Anda di halaman 1dari 22

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

KEMAHIRAN ASAS DALAM PERMAINAN HOKI PENGENALAN Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan,kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dan kemahirankemahiran asas.Kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada pemain untuk mempamerkan kreativiti dan gaya individu. Menurut catatan yang telah diperolehi, permainan hoki ini pada mulanya diamainlkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap kerana permainan ini masih tidak mempunyai peraturan yang khusus sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England. Hoki mula mendapat tempat di banyak negara dunia setelah undangundang permainan mula direka khusus. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan mempelajarinya. Permainan hoki ini sering diberi dengan pelbagai nama. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Manakala di Perancis nama permainan ini di panggil sebagai hoquet. Akhirnya pihak inggeris telah mengubahsuai dan mengubahnya kepada hockey. Akhirnya permainan hoki ini makin diterima oleh masyarakat di Britian. Permainan ini tidak hanya dimainkan oleh kaum lelaki malahan kaum wanita juga turut mengambil bahagian dalam permainan hoki ini. Pasukan hoki yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1840 dan Kelab Blackheath di Selatan London merupakan kelab hoki pertama yang ditubuhkan pada tahun 1861. Kelab ini turut memperkenalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan dan mengenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesilapan. Pada tahun 1875, undangundang hoki telah digubal dalam satu mesyuarat di London. Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang kemas untuk permainan ini pada tahun 1883. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula
AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

2 tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat, Eropah dan juga di Malaysia. Di Malaysia, permainan hoki bermula pada tahun 1892 sama seperti negara India, permainan ini telah dibawa oleh British yang ketika menjajah kedua-dua negara ini. Tetapi pada tahun 1923, pasukan India telah memenangi pingat emas olimpik dan pasukan negara kita baru sahaja ditubuhkan dengan pendedahan pertama mengadakan perlawanan

persahabatan dengan pasukan India. Betapa besar perbezaan antara negara kita dengan negara India. Pada zaman dahulu sebelum teknologi padang rumput tiruan (truf) diperkenalkan pemain-pemain hoki

pada zaman tersebut bermain diatas padang rumput biasa dan kawalan bolanya pula lebih sukar berbanding pada zaman sekarang dimana pemainpemain hoki sekarang bermain diatas padang rumput tiruan (turf). Tempo permainannya juga semakin laju dan kawalan bola pula semakin baik. Kemahirankemahiran yang dimiliki oleh pemain hoki pada zaman sekarang lebih tinggi kerana kelancaran pergerakan bola di bantu permukaan padang yang rata. Dalam permainan hoki antara peralatan yang perlu ada pada seorang pemain hoki adalah kayu hoki mengikut spesifikasi dan ukuran yang dibenarkan. Tapak kasuk pula tidak mempunyai pepaku(spike) ataupun yang boleh membahayakan pemain serta pemain yang lain. Baju atau jersi yang seragam dan berpakaian lengkap. Memakai pelindung kaki (shin pad) dan berstokin.

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

Berbeza dengan penjaga gol yang memerlukan peralatan yang lebih banyak seperti topi dan pelindung muka, shin pad juga lebih besar dari pemain biasa dan cara pakainya adalah diluar stoking.

AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

Lukisan Pelan Gelanggang hoki yang lengkap mengikut skala 1: 500 A) Pengiraan Skala 1m : 500 cm. 1. Ukuran garisan belakang (ukuran lebar) 55 meter = 55 meter x 100 = 5500cm 5500cm = 11cm 500cm 2. Ukuran garisan tepi ( Ukuran panjang ) 91.4 meter = 91.4 meter x 100 = 9140 cm 9140cm = 18.28 cm 500cm 3. Ukuran panjang gol 3.66 meter = 3.66 meter x 100 = 366cm 366 cm = 0.73 cm 500cm 4. Ukuran sudut penalty pertahanan dari gol 4.98 meter = 4.98meter x 100 = 498 cm 498 cm = 1 cm 500cm 5. Ukuran sudut penalti penyerang dari gol 9.98 meter = 9.98 meter x 100 = 998cm 998 cm = 2 cm 500 cm

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

6. Ukuran titik penalti dari titik tengah gol 6.4 meter = 6.4 meter x 100 = 640 cm 640 cm = 1.3 cm 500 cm 7. Ukuran sudut jauh pertama dari garisan belakang 5 meter = 5 meter x 100 = 500 cm 500 cm = 1cm 500 cm 8. Ukuran sudut jauh kedua dari garisan belakang 14.63 meter = 14.63 meter x 100 = 1463 cm 1463 cm = 2.93cm 500 cm 9. Ukuran garisan penggantian pemain 22.9 meter = 22.9 meter x 100 = 229 cm 229 cm = 0.46cm 500 cm 10. Ukuran bulatan pukulan ( D ) 14.63 meter = 14.63 meter x 100 = 1463 cm 1463 cm = 2.93cm 500 cm 11. Garisan putus dari bulatan D 5 meter = 5 meter x 100 = 500 cm 500 cm = 1cm 500 cm
AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

12. Garisan tengah gelanggang 91.4m = ( 91.4m x 100 ) = 9140/2 4570 cm = 9.14cm 500 cm

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

Lakaran padang hoki mengikut skala 1:500

AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

10

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

1 1

Ukuran gol dan D

AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

1 1

12

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

1 3

AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

1 3

14

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN HOKI Memukul Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki. Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh, bola bergerak dengan cepat dan jauh. Ketepatan semasa memukul bola adalah sangat penting, supaya bola tidak tersasar ke arah lain. Selain memukul dari arah kanan pemain, kemahiran memukul juga boleh dilakukan pada arah kiri pemain (reverse stick),

Dalam kemahiran memukul, selain untuk menghantar kemahiran ini juga boleh diaplikasikan ketika hendak melakukan jaringan. Apa yang membezakan antara memukul untuk menghantar dan memukul untuk menjaring adalah kekuatan hayunan kayu. Semakin laju hayunan kayu semakin besar kuasa yang dihasilkan. Seorang pemain hoki yang berkemahiran tinggi, mereka boleh melakukan pukulan samada dalam keadaan bola tidak bergerak atau bola sedang bergerak. Mereka juga boleh melakukan pukulan sambil berlari. Kemahiran ini memerlukan ketepatan agar bola yang dipukul sampai kearah sasaran dan tidak dirampas oleh pihak lawan.

Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran memukul dalam keadaa statik bola dan pemain tidak bergerak.

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

1 5

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam dengan longgar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satu bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan adalah selari dengan kayu hoki.

Berdiri

dengan sasaran

bahu atau

kiri arah

menghadap pukulan.

Mata pandang pada sasaran dan kayu masih lagi berada dihadapan pemain.

Lutut dibengkokkan Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu kayu hoki Kedudukan membongkok badan sedikit

Lutut dibengkokkan Kayu dihayun kebelakang semasa melangkah kesisi Siku kanan dibengkokkan dan

tangan kiri berada dalam keadaan lurus Badan bongkok dan mata pandang pada bola

AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

1 5

16 Kedudukan badan sedikit mengilas kekanan untuk mendapatkan kuasa dari putaran pinggang Kayu dihayun kehadapan Siku kanan diluruskan Bahu mengarah ke sasaran Lutuk dibengkokkan Bahagian atas badan pusingkan

kehadapan semula sambil kayu hoki dihalakan kearah bola Kedudukan bola berada tidak terlalu dekat dengan pemain agar pemain selesa untuk memukul Bola dipukul kearah sasaran menggunakan bahagian leper pada kayu hoki

Kayu dihayun sehingga kedepan Dibawa keatas bahu kiri untuk fasa ikut lajak Siku kiri dibengkokkan dan tangan kanan berada dalam kedudukan lurus Bahagian hadapan badan juga sedikit mengilas mengikut lajak hayunan kayu Kaki kanan dibawa kehadapan dan berada dalam kedudukan bersedia

menghadap rakan atau pihak lawan

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

1 7

KESALAHAN YANG DILAKUKAN SEWAKTU AKTIVITI MEMUKUL.

Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah: Pegangan pada pemegang kayu hoki tidak kuat. Pegangan yang longgar menyebabkan kontak bola dengan kayu hoki tidak kuat dan bola tidak pergi jauh. Pegangan tangan yang terlalu jauh dengan hujung kayu hoki. Pegangan yang terlalu jauh menjadikan hayunan kayu hoki tidak terlalu kuat. Lajakan diberhentikan semasa memukul bola. Ini menyebabkan kuasa hayunan tersebut sedikit berkurangan. Murid tidak memukul tetapi menolak bola Murid tidak menghayun kayu dari belakang ke hadapan tetapi memusingkan kayu untuk memukul. Bahagian atas badan tidak bergerak atau mengilas mengikut arah hayunan kayu agar kedudukan badan pemain selesa dan mendapat kuasa putaran yang dihasilkan dari tindakan mengilas badan mengikut hayunan kayu. Siku kanan tidak dibengkokkan sewaktu kayu dihayun kebelakang Siku kiri tidak dibengkokkan untuk fasa ikut lajak. Sewaktu kayu dihayun kehadapan untuk memukul bola kedudukan badan ditinggikan dan tidak dibongkok Bukaan kaki yang tidak sesuai menyebabkan kehilangan keseimbangan ketika hendak memukul bola. Bahu tidak menunjuk ke arah sasaran bola yang hendak dipukul.

AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

1 7

18

LATIHAN ANSUR MAJU UNTUK KEMAHIRAN MEMUKUL Untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam kemahiran memukul guru boleh melatih murid mengikut ansur maju yang sesuai agar murid dapat menguasai kemahiran tersebut . Latihan simulasi boleh digunakan tanpa menggunakan kayu dan bola. Tanpa alatan: Guru meminta murid berada dalam kedudukan bersedia untuk memukul Murid membuat hayunan untuk memukul Guru membetulkan lakuan murid seperti hayunan tangan, kedudukan kaki dan cara pergerakan kaki Dengan kayu sahaja: Murid berada dalam keadaan bersedia Kayu dihayun kebelakang dan dihayun kedepan untuk memukul serta fasa ikut lajak Guru memeriksa kedudukan kayu sewaktu mula dihayun sehingga memukul Kedudukan tangan seperti siku kanan dibengkokkan sewaktu mula dihayun dan diluruskan kehadapan apabila kayu hoki dibawa kedepan dan siku kiri dibengkokkan semula semasa kayu dibawa keatas bahu kiri untuk fasa ikut lajak. Dengan kayu dan bola Murid memukul bola yang tidak bergerak Guru membetulkan lakuan murid sekiranya terdapat masalah seperti hayunan yang tidak betul. Kedudukan bahu tidak mengadap kesasaran

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

1 9

Kedudukan badan berada dalam keadaan tegak Sekiranya badan ditegakkan hayunan kayu tidak mengenai bola hoki kerana ketinggian kayu telah berubah

Memukul kearah sasaran Murid memukul bola kearah sasaran yang berbeza. Setiap sasaran berbeza kedudukannya dan setiap sasaran mempunyai jarak yang berbeza . Sasaran diletakkan kiri, tengah dan kanan. Sasaran kanan lima meter dan sasaran kiri lapan meter dan sasaran tengah sepuluh meter. Jarak sasaran mengikut kesesuaian guru. Tujuan diletakkan sasaran dengan arah yang berbeza adalah untuk melatih murid memukul kearah sasaran dengan bahu kiri menghadap kesasaran. Kedudukan badan akan berubah mengikut arah sasaran. Kekuatan hayunan juga akan berubah kerana jarak sasaran yang berbeza. Semakin jauh sasaran yang diletakkan semakin tinggi dan semakin laju hayunan yang perlu dilakukan oleh murid.

AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

1 9

20

REFLEKSI Walaupun permainan hoki ini bukanlah permainan yang biasa dimainkan dan saya juga bukanlah seorang pemain hoki, ternyata kemahirankemahiran ini menguji kemampuan saya. Sebagai seorang guru pendidikan jasmani saya perlu menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat didalam permainan hoki ini. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya En.Ahmad Latfi bin Latif kerana banyak membantu saya dengan memberi maklumat sebanyak mungkin untuk saya menyiapkan tugasan ini. Banyak perkara baru yang saya dapat belajar melalui tugasan ini. Rupanya banyak aspek yang saya rasakan betul dan telah lama diamalkan dalam kemahiran hoki tetapi salah. Setelah menjalani kelas amali dan menyiapkan tugasan ini saya dapat perbetulkan kesalahan-kesalahan biasa yang saya lakukan untuk kemahiran asas permainan hoki. Sememangnya perlawanan hoki yang saya saksikan di televisyen amat menarik dengan pemain-pemain berkemahiran tinggi mempamerkan

kebolehan mereka. Tetapi setelah saya menerima tugasan ini dan mencuba beberapa kemahiran dalam permainan hoki ternyata memerlukan latihan yang lebih intensif lagi. Bagaimana pukulan yang kuat dapat dilakukan bukan hanya dengan memukul sekuat hati tetapi kedudukan badan, kedudukan kaki,hayunan kayu,kedudukan tangan dan pergerakan bahagian atas badan juga mempengaruhi kelajuan dan arah pergerakan bola. Pada masa yang sama saya juga memelajari penggunaan perisian Solid Works iaitu perisian perisian untuk kerja lukisan kejuruteraan. Persisian ini sangatlah membantu saya kerana saya hanya perlu memasukkan ukuran yang sebenar dan menukarkannya mengikur skala yang diberikan. Diharap

PJM 3113 PERMAINAN HOKI DAN BADMINTON

2 1

pengalaman ini dapat saya aplikasikan untuk sesi PdP saya agar murid saya dapat menerima ilmu yang disampaikan sebaik mungkin.

BIBLIOGRAFI Rujukan buku Permainan Hoki. Johor Bahru.Penerbitan Ramli Sdn. Bhd.Mohd Sofian Omar Fauzee. (2009). Siri Pengajaran Sukan: Panduan Mengajar Hoki . KualaLumpur: Fajar Bakti Sdn. BhdIsmail Roslan. (1992). Siri Sukan Popular, Hoki.Kuala Lumpur : PenerbitFajar Bakti Sdn. Bhd.Helen T.H.B & M.P. Haridas. (1994). Sports For All Series Badminton Hockey And Badminton (Hajah Supiah, 2004) Step By Step Sports:Hockey,Editorial Board,2005,Petaling Jaya Rujuka Laman Sesawang www.mssmkelantan.edu.my/hoki.pdf www.masum.org.my/pdf/Peraturan/HOKI.pdf http://duniahoki.weebly.com/sejarah-permainan-hoki.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Hoki http://www.fieldhockey.com/ http://www.library.uni.edu/collections/special-collections/field-hockeyuni http://www.scribd.com/doc/11515227/Sejarah-Permainan-Hoki-DiMalaysia

AMER HUSAINI BIN MOHD SHOLLEH 830806025083

2 1

22 http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=13&title=kenali-sukanhoki&more=1&c=1&tb=1&pb=1

Anda mungkin juga menyukai