Anda di halaman 1dari 39

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF (T1A2)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR

MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI

731208125515001 731208-12-5515 0138927731 faudzi@oum.com.my OUM, TAWAU

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON E-MAIL : :

PUSAT PEMBELAJARAN :

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

ISI KANDUNGAN

BIL 1.0 2.0

KANDUNGAN PENGENALAN KRITERIA PENILAIAN 2.1 2.2 Kriteria Murid Yang Dinilai Kriteria Penilai

MUKA SURAT 3-4 4 4 4 5 5 6-8 9-14 15-21

3.0

INSTRUMEN PENILAIAN 3.1 3.2 3.3 3.4 Pentadbiran Instrumen Bahagian A: Maklumat Murid Bahagian B : Senarai Semak Deria Bahagian C : Senarai Semak Penyataan Item Dan Penjelasan

4.0

CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS 4.1 4.2 4.3 Carta Alir Ujian Penglihatan Carta Alir Pelaksanaan Ujian Saringan Carta Alir Prosedur Pengesahan Murid Berkeperluan Khas

30

30 31 32

5.0 6.0 7.0

KESIMPULAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN Lampiran 7.1 Lampiran 7.2 Lampiran 7.3

33-34 35

36 37 38
2

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0

PENGENALAN

Umum menyedari bahawa setiap individu perlu memperoleh peluang pendidikan dan kemahiran agar berupaya mencapai kesejahteraan hidup. Ini bermakna kanak-kanak istimewa ini tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, sebaliknya mereka turut diberi pendidikan sewajarnya selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Khas yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mutakhir ini, keseriusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membela nasib murid-murid berkeperluan khas ini terbukti dengan wujudnya sekolah Pendidikan Khas yang mempunyai kurikulum yang telah diubah suai daripada kurikulum biasa yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara teratur dan dinilai keberkesanannya secara teliti oleh guru-guru terlatih khas dan dilengkapi dengan keperluan fizikal atau infrastruktur khas yang sesuai. Oleh hal yang demikian, pengesanan perlu dijalankan untuk menentukan murid-murid tersebut memiliki ciri-ciri murid berkeperluan khas sekaligus menempatkan mereka ke dalam opsyen persekolahan yang lebih sesuai. Bertitik tolak daripada kenyataan tersebut satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti atau mengesan dengan tepat tahap kompetensi murid perlu dibangunkan. Di samping itu saringan juga perlu dijalankan bertujuan untuk mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai masalah dalam pembelajaran dan memastikan murid mendapat akses perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian mengikut keperluan.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Dalam hal yang berkaitan, murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan seterusnya menempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran.

Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran merupakan satu alat untuk mengesan murid yang berkebarangkalian mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas. Instrumen ini disasarkan kepada kumpulan murid LINUS Tegar, murid Program Pemulihan Khas dan
3

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

murid yang mempunyai kebarangkalian berkeperluan khas.

Instrumen ini bertujuan membantu guru mengesan murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Instrumen ini juga penting sebagai bahan rujukan untuk pengamal perubatan membuat pengesahan status masalah pembelajaran murid. Panduan ini dihasilkan untuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas oleh pegawai perubatan.

Guru atau penilai perlu berbincang dengan ibu bapa atau penjaga sekiranya didapati murid berkemungkinan mempunyai ciri-ciri keperluan khas. Instrumen ini perlu dibawa bersama ketika berjumpa pengamal perubatan sebagai bahan rujukan untuk pengesahan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.

2.0

KRITERIA PENILAIAN

2.1

Kriteria Murid Yang Dinilai Murid telah melalui proses pembelajaran untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan; Murid mempunyai kesukaran dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira; Murid mempunyai prestasi yang rendah dalam mata pelajaran akademik; Murid telah diberi langkah-langkah pemulihan melalui program pemulihan dalam kelas atau Program Pemulihan Khas

2.2

Kriteria Penilai Penilai hendaklah telah mengajar murid yang hendak dinilai sekurang-kurangnya selama enam bulan.

Contoh guru yang boleh menjadi penilai: i) guru LINUS; ii) guru kelas; iii) guru Pemulihan Khas;
4

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

iv) guru Bahasa Malaysia; v) guru Matematik.

3.0

INSTRUMEN PENILAIAN

Instrumen ini dibahagikan kepada dua bahagian: 1. 2. i. ii. iii. iv. v. Bahagian A : Maklumat Murid Bahagian B : Senarai Semak Elemen 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran Elemen 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan Elemen 3 : Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu Elemen 4 : Tahap Penguasaan Mengeja, Membaca dan Menulis Elemen 5 : Tahap Penguasaan Nombor.

3.1

PENTADBIRAN INSTRUMEN

Peralatan yang diperlukan: Elemen 1 Elemen 2 : : Tiada Carta Snellen E Penutup mata Kad berbentuk E Pita ukur Tatacara pengendalian ujian penglihatan Elemen 3 : Teks bacaan Binding tape Contoh aktiviti menyambung titik-titik Pensel warna Contoh aktiviti mewarna gambar Bola (sebesar bolasepak) Contoh gambar untuk aktiviti bercerita berpandukan gambar Gunting Elemen 4 Elemen 5 : : Contoh perkataan mudah Kad gambar / kiub atau benda-benda yang ada dalam simpanan guru/sekolah.
5

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

3.2

Bahagian A: Maklumat Murid

Bahagian ini mengandungi item-item tentang maklumat murid dan perlu diisi oleh guru atau penilai.

Arahan : Tandakan atau tulis pada petak yang disediakan.

1. Nama murid :

2. Jantina : Lelaki Perempuan

3. Etnik : Melayu Cina India Bumiputra Sabah Bumiputra Sarawak Bumiputra Orang Asli Lain-lain

4.

Adakah murid ini mempunyai masalah fizikal Ya Tidak Jika Ya, nyatakan : ________________

5. Tarikh Lahir : _________________ ________________ 7. Tahun persekolahan semasa: Tahun 1 2 3 4 5 6 Nama Kelas

6. No. KP/Sijil Lahir:

8. Murid mengikuti program : YA Prasekolah/Tadika LINUS Pemulihan Khas TIDAK

9. Kategori LINUS Tegar: Literasi Numerasi Literasi dan Numerasi


6

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

10. Kedatangan ke sekolah : Baik (> 90%) Memuaskan (70-89 %) Sederhana (50-69%) Lemah (0-49%) 11. Keputusan Ujian Akhir Tahun : A Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Sains Kemahiran Hidup Pend. Islam/Moral P.Jasmani & Kesihatan Muzik B C D E

12. Pendapatan ibubapa/penjaga Sebulan

>RM5000 RM4000 RM5000 RM3000 RM4000 RM2000 RM3000 RM1000 RM2000 <RM1000

13. Latar Belakang Pendidikan Ibu Bapa (tandakan / pada petak yang berkaitan): Sijil Diploma Ijazah Phd Lain-lain: Nyatakan 14. Sejarah Kesihatan Murid : Penyakit Kronik Lelah Asma Masalah Jantung Leukimia Ada Tidak

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

15. Nama Sekolah :

16. Lokasi Sekolah : Sekolah Bandar Luar Bandar

17. Negeri :

18.

Jenis

19. Daerah ______________

Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor WP Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah WP Labuan WP Putrajaya

SK SJKC SJKT SKM

20. Kategori Tegar : Literasi Numerasi

21. Gred Sekolah A B C

Nama Penilai :

Tarikh :

Tanda Tangan Penilai :

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

3.3

Bahagian B : Senarai Semak Deria

Arahan : Tandakan pada petak yang sesuai.

ELEMEN 1 : Tanda-Tanda Masalah Pendengaran Ya 1. Murid tidak boleh bertindak balas terhadap bunyi 1 Tidak

2. Murid tidak boleh mengajuk bunyi yang didengar

3. Murid tidak boleh menunjuk arah bunyi yang didengar

ELEMEN 2 : Tanda-Tanda Masalah Penglihatan Ya 4. Murid merapatkan buku ke muka ketika membaca 4 Tidak

5. Bacaan Ujian Snellen E i. Mata kiri 6/9 atau lebih ii. Mata kanan 6/9 atau lebih

ELEMEN 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu Ya 6. Murid mempunyai masalah dalam bertutur. 7 Tidak

7.

Murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan 8 kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan dalam bahasa yang difahami. Murid mengalami masalah tingkahlaku 9

8.

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

9.

Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat

10

10.

Murid tidak boleh mengimbangi diri apabila berjalan 11 di atas garisan lurus.

11. Murid menghadapi kesukaran menggunting kertas.

12

12. Murid tidak boleh menyambung titik-titik.

13

13. Murid memerlukan bantuan ketika makan.

14

14. Murid tidak boleh bercerita berpandukan gambar.

15

15. Murid keliru dengan konsep arah. i. ii. ii. Kanan atau kiri Atas atau bawah 16 17

iii.

Depan atau belakang

18

16. Murid menghadapi masalah dengan konsep turutan.

19

17. Murid sering gopoh semasa bertindak.

20

18. Murid sering cuai dalam pergerakan.

21

19. Murid sukar menyesuaikan diri dalam pergaulan.

22

20. Murid sukar menyambut bola besar dalam jarak satu 23 meter. 21. Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang 24 disediakan.
10

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

22. Murid tidak boleh berinteraksi dengan rakan-rakan 25 mengenai perkara-perkara semasa di persekitaran. 23. Murid mempunyai masalah rendah diri. 26

24. Murid tidak mempunyai hubungan mata (eye contact) 27 ketika berkomunikasi.

25. Murid sukar mengikut arahan mudah.

28

26. Murid bermasalah menamakan objek.

29

27. Kebolehan lisan dalam bahasa yang difahami murid 30 tidak setanding dengan rakan sebaya. 28. Murid menghadapi kesukaran memakai kasut dengan 31 betul

Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis

A. Mengeja Ya 29. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 32 Tidak

30. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung 33 kaitan makna dengan perkataan asal. 31. Murid kerap melakukan kesalahan; i. Menyusun abjad dalam perkataan ii. Menggabung suku kata secara terbalik 34

35

32. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir 36 sama dalam suku kata.

11

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

B. Membaca Ya 33. Murid ketinggalan dalam berbanding rakan sebaya. kebolehan membaca 37 Tidak

34.

Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah; i. menggugurkan perkataan; 38

ii.

menambah perkataan pada bacaannya

39

iii.

melangkau baris

40

iv.

menggantikan perkataan

41

C.

Menulis Ya 35. Murid sukar menyalin maklumat dari papan tulis. 42 Tidak

36. Tulisan murid sukar dibaca

43

37. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya. 44

38. Murid menulis secara terbalik; i. abjad-abjad tertentu ii. perkataan.

45 46

ELEMEN 5 : Tahap Penguasaan Nombor Ya 39. Murid tidak boleh membezakan konsep banyak dan 47
12

Tidak

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

sedikit.

40. Murid tidak boleh membezakan saiz.

48

41. Murid tidak mengenal angka 0 hingga 9.

49

42. Murid tidak boleh membilang dalam lingkungan 10 secara lisan. 43. Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9.

50

51

PEMARKAHAN BAHAGIAN B
Lengkapkan skor mengikut Elemen dan buat rumusan di bahagian catatan. SKOR (Jumlah Ya)

HURAIAN

CATATAN ( @ X) Berkemungkinan ada masalah pendengaran

ELEMEN 1 : Tanda-tanda Masalah Pendengaran Ada masalah pendengaran sekiranya skor Ya sekurangkurangnya 1.

Jika ditanda pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Audiologis @ Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut. ELEMEN 2 : Tanda-tanda Masalah Penglihatan Ada masalah penglihatan sekiranya skor Ya sekurangkurangnya 1. Berkemungkinan ada masalah penglihatan

Jika ditanda pada catatan, murid perlu dirujuk kepada Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

13

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

ELEMEN 3 : Tahap penguasaan kemahiran asas perkembangan individu. Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas sekiranya skor Ya lebih daripada 21. ELEMEN 4 : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas sekiranya skor Ya lebih daripada 6. ELEMEN 5 : Tahap penguasaan nombor Berkemungkinan mempunyai ciri murid berkeperluan khas sekiranya skor Ya lebih daripada 2.

Berkemungkinan mempunyai ciri berkeperluan khas

Berkemungkinan mempunyai ciri berkeperluan khas Berkemungkinan mempunyai ciri berkeperluan khas

Jika semua /@ ketiga-tiga elemen 3,4 dan 5 ditanda , murid perlu dirujuk kepada Pengamal Perubatan untuk pemeriksaan lanjut.

RUMUSAN (Diisi oleh Penilai)


Murid berkemungkinan: i) ii) tidak mempunyai ciri berkeperluan khas mempunyai ciri berkeperluan khas.

Tandatangan Penilai : Nama : Tarikh :

Disahkan oleh: .... (GURU BESAR )

Cop sekolah :

14

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

3.4

Bahagian C: Senarai Semak Penyataan Item Dan Penjelasan

Bahagian ini terdiri daripada lima elemen dan 52 item.

Elemen 1:

Tanda-tanda Masalah Pendengaran

Item 1

Pernyataan Item Murid tidak boleh bertindak balas terhadap bunyi.

Penjelasan Murid tidak bertindak balas kepada bunyi yang dibuat dalam jarak satu meter. Contoh: guru mengetuk pintu tanpa dilihat oleh murid. murid berpaling apabila nama dipanggil.

Murid tidak boleh mengajuk bunyi yang didengar.

Murid yang mempunyai masalah pendengaran boleh membaca gerak bibir. Oleh itu, guru perlu mengelakkan murid daripada melihat gerak bibir semasa membuat bunyi. Murid mengajuk bunyi yang dibuat oleh guru. Contoh: bunyi ayam berkokok

Murid tidak boleh menunjuk arah bunyi yang didengar.

Guru memberi soalan secara berbisik dari arah belakang (kiri dan kanan) murid. Murid memberi respon kepada soalan.

Elemen 2: Tanda-tanda Masalah Penglihatan

Item 4

Pernyataan Item Murid merapatkan buku ke muka ketika membaca.

Penjelasan Guru memerhati jarak di antara buku dan muka murid ketika membaca. Jarak membaca yang ideal adalah 33cm (1 kaki).

Bacaan Ujian Snellen Eye . i) Mata kiri 6/9 atau lebih. rujuk lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman Penglihatan menggunakan Snellen-E.
15

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

ii)

Mata kanan 6/9 atau lebih.

rujuk lampiran pelaksanaan Ujian Ketajaman Penglihatan menggunakan Snellen-E.

Elemen 3: Tahap Penguasaan Kemahiran Asas Perkembangan Individu Item 6 Pernyataan Item Murid mempunyai masalah dalam bertutur. Penjelasan Pertuturan murid tidak lancar ketika berbual / berkomunikasi dengan rakan atau guru. Contoh: lambat mengeluarkan perkataan / tersekatsekat seolah-olah sukar mencari perkataan yang sesuai. 7 Murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan dalam bahasa yang difahami. Berdasarkan penilaian guru,murid tidak boleh menjawab secara lisan soalan kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. Soalan boleh diberi dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris / bahasa ibunda masing-masing. Contoh teks adalah seperti di Lampiran 2. 8 Murid mengalami masalah tingkah laku. Murid didapati gemar melakukan perkara yang negatif berulang-ulang seperti: (i) Sering membuat bising yang mengganggu (cth: mengetuk meja). (ii) (iii) (iv) 9 Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. Mengoyak buku tanpa sebab. Mengganggu kawan semasa belajar Tidak melibatkan diri dalam pembelajaran

Murid didapati kerap bertukar-tukar aktiviti dalam sesuatu tempoh (tempoh tumpuan pada satu aktiviti terlalu singkat)

10

Murid tidak boleh mengimbangi diri apabila berjalan di atas garisan lurus.

Murid berjalan di atas garisan lurus (binding tape) sepanjang 5 meter di atas lantai. Guru memerhatikan cara murid itu berjalan untuk melihat sama ada dia boleh mengimbangkan diri dengan baik di atas binding tape.

11

Murid menghadapi kesukaran

Murid mempunyai masalah dalam penggunaan gunting


16

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

menggunting kertas. 12 Murid tidak boleh menyambung titik-titik.

ketika menggunting kertas. Murid tidak boleh menyambung titik-titik dengan baik. Contoh: murid tidak boleh menyambung titik-titik untuk melengkapkan gambar (Lampiran 3).

13

Murid memerlukan bantuan ketika makan.

Murid memerlukan bantuan orang lain ketika makan tidak boleh makan dengan sendiri. Murid tidak boleh bercerita menggunakan perkataan sendiri berpandukan gambar yang ditunjukkan. Murid boleh menggunakan bahasa yang mereka fahami (Lampiran 4).

14

Murid tidak boleh bercerita berpandukan gambar.

15

Murid keliru dengan konsep arah. (i) (ii) kanan atau kiri atas atau bawah

Murid tidak dapat menentukan arah yang dinyatakan.

Contoh: angkat tangan kanan atau kiri Contoh: guru mengarah murid meletakkan benda di atas atau di bawah meja.

(iii)

depan atau belakang

Contoh: murid menyatakan benda yang terdapat di depan dan dibelakang mereka.

16

Murid menghadapi masalah dengan konsep turutan.

Murid tidak boleh menyatakan salah satu konsep turutan di bawah: (i) (ii) (iii) Turutan nombor Turutan abjad Nama hari dalam seminggu

17

Murid sering gopoh semasa bertindak.

Murid menunjukkan kegagalan mengawal diri semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Murid tidak dapat mengawal diri dalam pergerakan (cemerkap). Contoh: (i) Apabila berjalan kerap terlanggar sesuatu di persekitiran. (ii) Kerap menjatuhkan barang.

18

Murid sering cuai semasa bertindak.

19

Murid tidak boleh

Berdasarkan pemerhatian guru, murid tidak boleh


17

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

menyesuaikan diri dalam pergaulan. 20 Murid tidak boleh menyambut bola besar dalam jarak satu meter.

menyesuaikan diri dengan rakan-rakan. Sering menjauhkan diri dari rakan dan suka bersendiri. Murid tidak boleh menyambut bola yang dibaling oleh guru dalam jarak satu meter. Saiz bola adalah sebesar saiz bola sepak.

21

Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang disediakan.

Murid tidak boleh mewarna dalam ruang yang disediakan, sama ada bentuk atau gambar rajah (Lampiran 5).

22

Murid tidak boleh berinteraksi dengan rakan-rakan mengenai perkara-perkara semasa di persekitaran.

Berdasarkan penilaian guru, murid tidak berkeupayaan berkomunikasi dengan rakan sebaya mengenai perkaraperkara semasa yang berlaku di persekitaran mereka. Contoh: bercerita tentang watak-watak di televisyen dan buku cerita.

23

Murid mempunyai masalah rendah diri

Murid malu untuk melakukan sesuatu kerana menganggap dirinya tidak mampu menandingi rakan atau merasakan dia tidak akan berjaya melakukannya.

24

Murid tidak mempunyai hubungan mata (eye contact) ketika berkomunikasi

Murid tidak memandang mata guru / rakan ketika berkomunikasi.

25

Murid tidak boleh mengikut arahan mudah

Murid tidak memberi tindak balas atas arahan yang diberi. Contoh: angkat tangan, tutup pintu

26

Murid bermasalah menamakan objek.

Murid menghadapi masalah menamakan objek di persekitaran bilik darjah. Contoh: papan tulis, pembaris

27

Kebolehan lisan dalam bahasa yang difahami murid tidak setanding dengan rakan sebaya.

Berdasarkan pemerhatian guru , murid ketinggalan dalam berkomunikasi secara lisan jika dibanding dengan rakan sebaya.

28

Murid menghadapi kesukaran memakai kasut dengan betul.

Melalui pemerhatian guru, murid sering memakai kasut secara terbalik/ tidak boleh mengikat tali kasut /
18

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

memakai kasut di hujung tapak kaki sahaja.

Elemen 4: Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis. Item Pernyataan Item A. Mengeja 29 Murid sukar mengeja perkataan mudah Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. batu Sama 31 Murid kerap melakukan kesalahan (i) menyusun abjad dalam perkataan. Contoh perkataan: i) menyusun abjad dalam perkataan nasi Dalam sain dalma buta masa Contoh perkataan ialah nama sendiri, bola dan ayam (Lampiran 6) Sering mengeja perkataan yang tidak ada langsung kaitan makna dengan perkataan asal. Contoh perkataan: Penjelasan

30

ii)

menggabungkan suku kata secara terbalik

(ii) menggabung sukukata secara terbalik. Contoh perkataan: ibu tisu Ubi Tusi

32

Murid keliru membezakan bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata.

Contoh perkataan: dapat kakak padat katak pat kak dat tak

B. 33

Membaca Melalui pemerhatian atau maklumat dari guru lain / ibu bapa, kebolehan membaca murid jauh ketinggalan jika
19

Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

berbanding rakan sebaya.

dibanding dengan rakan sebaya. Rakan sebaya bermaksud murid-murid normal yang sama umur.

34

Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid semasa membaca ialah i. Menggugurkan perkataan. Contoh: Saya makan nasi goreng semalam. Saya makan nasi semalam. (gugur perkataan goreng) ii. Menambah perkataan pada bacaannya. Contoh: Dia ada seekor kucing. Dia ada seekor kucing jantan. (Tambah perkataan jantan) iii. Melangkau baris. Contoh: Saya ada seekor itik jantan. Warnanya putih. Itik saya suka berenang. (tertinggal baris kedua semasa membaca). iv. Menggantikan perkataan. Contoh: Saya perigi ke taman. (pergi perigi)

C. Menulis 35 Murid sukar menyalin maklumat dari papan tulis. Melalui pemerhatian guru, murid samada lambat, salah atau langsung tidak boleh menyalin maklumat yang ditulis di papan tulis 36 Tulisan murid sukar dibaca. Melalui semakan buku tulis murid, huruf /abjad yang ditulis tidak jelas bentuknya, bercampur huruf besar dan kecil, terlalu rapat di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. 37 Murid menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya. Murid lambat menyiapkan kerja bertulis jika dibanding dengan rakan-rakan lain di dalam kelas. Rakan sebaya bermaksud rakan yang normal yang sama umur.

38

Murid menulis secara terbalik. i. Abjad-abjad tertentu Contoh: p q u n


20

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

m ii. Perkataan Contoh:

w tanam batu masa

d taman buta sama

Elemen 5: Item 39

Tahap penguasaan nombor Pernyataan Item Penjelasan Murid tidak boleh menunjukkan himpunan yang banyak dan sedikit pada kad gambar / objek sebenar yang ditunjukkan. Murid tidak boleh mengasingkan / membandingkan benda mengikut saiz kecil dan besar / panjang dan pendek.

Murid tidak boleh membezakan konsep banyak dan sedikit.

40

Murid tidak boleh membezakan saiz.

41

Murid tidak boleh mengenal angka 0 hingga 9.

Murid tidak boleh menyebut angka yang ditunjukkan pada kad (secara rawak). Murid tidak boleh membilang satu-satu angka dalam lingkungan 10 mengikut turutan.

42

Murid tidak boleh membilang angka dalam lingkungan 10 secara lisan.

43

Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9.

Murid tidak boleh menulis angka 0 hingga 9 yang disebut oleh guru secara rawak.

PEMARKAHAN

Borang pemarkahan disediakan pada Lampiran 1 dalam Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran hendaklah dilengkapkan oleh guru / penilai mengikut arahan yang diberikan.

21

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

UNTUK SOALAN 6 UJIAN PENGLIHATAN UNTUK SARINGAN MURID BERMASALAH DALAM PEMBELAJARAN PERALATAN BAGI UJIAN SNELLEN E

3 5

4
1. Tempat pemeriksaan yang mempunyai pencahayaan yang terang. Sekiranya pencahayaan dalam bilik kurang baik, lakukan ujian di luar bilik darjah. 2. Pita pengukur 3. Carta Snellen E 4. Penutup mata/ occluder (elak menggunakan tangan untuk menutup mata) 5. Kad bentuk E

LANGKAH-LANGKAH UJIAN PENGLIHATAN 1. Tampal carta E pada dinding. Pastikan kedudukan Carta Snellen separas dengan mata murid.

22

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

2.

Buat garisan di lantai pada jarak 6 meter dari Carta Snellen.

3. Murid berdiri pada garisan tersebut seperti ditunjukkan pada Gambar 1.

Gambar 1

4. Uji mata kanan dahulu, 5. Minta murid tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad penutup mata dengan tangan kiri.

Gambar 2

6. Minta murid memegang kad bentuk E di tangan kanan seperti contoh ditunjukkan dalam Gambar 2. 7. Guru memberi penerangan cara menggunakan kad E semasa ujian dilaksanakan. Murid perlu memusing kad E mengikut bentuk E yang terdapat di Carta Snellen E. 8. Penilai berdiri di sebelah Carta Snellen E seperti pada Gambar 4.
23

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

9. Penilai mula menjalankan ujian penglihatan dengan meminta murid membaca carta pada barisan 9 (barisan dengan nombor 9 di Carta Snellen E). Terdapat 6 huruf E pada barisan 9. Arah murid memusingkan kad E seperti yang ditunjukkan pada carta.

Gambar 4

10. Perhatikan tindakbalas murid. Murid perlu memusingkan kad E mengikut arah nombor E yang yang ditunjukkan oleh guru atas Carta Snellen E. Nota untuk guru: Beri masa bagi murid. Guru tidak boleh memberi tunjuk ajar arah kad E kepada murid semasa ujian sedang dilaksanakan. Jangan buat pembetulan sekiranya arah yang ditunjuk oleh murid salah.

7. Ulangi langkah bagi setiap huruf E yang terdapat di barisan 9. 8. Sekiranya murid tidak boleh mengecam lebih separuh huruf E di barisan 9 ( lebih dari 4), berhenti ujian. 9. Ulangi setiap langkah bagi mata kiri.

24

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

KEPUTUSAN UJIAN 1. Sekiranya murid boleh mengecam sekurang-kurangnya 4 huruf E pada barisan 9, bacaan adalah kurang 6/9. 2. Sekiranya murid gagal mengecam lebih 4 atau lebih huruf E pada barisan 9, bacaan adalah lebih 6/9. 3. Keputusan ujian mesti dibuat untuk mata kiri dan kanan. 4. Rujuk murid untuk pemeriksaan lanjut sekiranya bacaan ujian snellen E pada salah satu atau kedua-dua mata melebihi 6/9

Contoh Teks Bacaan Bagi Soalan 7

Lina ada kucing. Nama kucing Lina Tompok. Tompok suka makan ikan. Tompok tidur bawah meja.
Soalan : 1. Lina ada apa? 2. Apa nama kucing Lina? 3. Tompok suka makan apa? 4. Tompok tidur di mana?
25

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Contoh Aktiviti Menyambung Titik-Titik Bagi Soalan 12

26

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Contoh Aktiviti Mewarna Gambar Untuk Soalan 14

27

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Contoh Aktiviti Bercerita Berpandukan Gambar Untuk Soalan 21

28

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Contoh Perkataan Mudah Bagi Soalan 29

Api Buku Bakul Cermin


29

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

4.1

CARTA ALIR UJIAN PENGLIHATAN

Pastikan tempat pemeriksaan mempunyai pencahayaan yang terang

Lekat Carta Snellen E di dinding

Ukur jarak 6 meter dari carta snellen

Pelajar berdiri pada jarak 6 meter dari carta Snellen

i. ii.

Uji mata kanan dahulu (tutup mata kiri dengan menggunakan occluder atau kad penutup mata Ulangi langkah di atas pada mata kiri.

Pelajar membaca arah nombor setiap huruf E pada barisan 9 meter

Ya

Boleh baca lebih dari 4 /semua huruf E pada barisan 9

Tidak

Bacaan kurang 6/9

Bacaan lebih 6/9

Rujuk klinik kesihatan untuk pengesahan

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia


30

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

4.2

CARTA ALIR PELAKSANAAN UJIANSARINGAN

MURID LINUS TEGAR


MELEPASI

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

SARINGAN PENGESANAN

TIDAK MELEPASI TIDAK DISAHKAN


PEMERIKSAAN PENGAMAL PERUBATAN

DISAHKAN

PENDIDIKAN KHAS

31

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

4.3 CARTA ALIR PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

1. Mula

1 2

2. Murid LINUS Tegar menjalani saringan menggunakan Instrume Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD). Guru membuat rumusan berasaskan skor yang dibuat pada instrumen. Jika melepasi saringan, murid mengikuti Program Pemulihan Khas. Jika tidak melepasi, murid akan ke proses (3).

3. Pihak sekolah menghantar data murid yang tidak melepasi saringan ini kepada PPD

3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

4. PPD menghubungi pihak hospital untuk menyerahkan data murid yang telah diselaraskan dan berbincang mengenai tarikh pemeriksaan oleh pegawai perubatan.

5. Klinik Kesihatan Daerah menyelaras tarikh temu janji murid dengan pegawai perubatan dan menghantar semula senarai temu janji kepada PPD

6. PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut kepada sekolah.

7. Sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tarikh temu janji murid dengan pegawai perubatan di klinik yang ditetapkan.

8. Ibu bapa/penjaga membawa anak/anak di bawah jagaannya untuk pemeriksaan pada tarikh dan masa di klinik/hospital yang telah ditetapkan dan membawa bersama keputusan IPMBDP, ISD, surat BPKh01 serta BPKh02

9.Pegawai Perubatan membuat pengesahan dan memaklumkan keputusan kepada ibu bapa/penjaga.

10.Ibu bapa/penjaga wajib memanjangkan keputusan pengesahan pegawai perubatan kepada pihak sekolah

11. Sekolah memanjangkan keputusan pengesahan murid sebagai murid pendidikan khas oleh pegawai perubatan kepada PPD untuk dibuat penempatan ke kelas pendidikan khas yang ditentukan oleh PPD. Murid yang bukan pendidkan khas akan dihantar ke Program Pemulihan Khas.

12. Tamat

32

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

5.0

KESIMPULAN

Kriteria Penilaian meliputi kriteria murid yang dinilai dan penilai yang terdiri daripada guru LINUS, guru kelas, guru Pemulihan Khas, guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik. Tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung sekurang-kurangnya selama enam bulan. Instrumen ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian maklumat murid dan senarai semak terhadap lima elemen iaitu tanda-tanda masalah pendengaran, penglihatan, tahap penguasaan kemahiran asas perkembangan individu, tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis serta tahap penguasaan nombor. Untuk menjalankan pengesanan yang boleh disahkan dan bermakna, beberapa peralatan perlu digunakan seperti Carta Snellen E, Penutup mata Kad berbentuk E, Pita ukur, teks bacaan, kad gambar atau kiub dan sebagainya. Murid LINUS Tegar menjalani ujian saringan menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran dan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) berdasarkan kelima-lima elemen tersebut. Keputusan yang terhasil berasaskan skor pemarkahan yang dibuat oleh guru akan menempatkan murid ke opsyen yang sesuai. Jika melepasi saringan, murid mengikuti Program Pemulihan Khas. Jika tidak melepasi, peranan pengamal perubatan pula akan memeriksa murid berkenaan untuk membuat pengesahan sama ada murid tersebut harus ditempatkan di sekolah pendidikan khas atau tidak. Sekiranya murid disahkan memiliki ciriciri berkeperluan khas maka ia perlu di tempatkan di Sekolah Pendidikan Khas tetapi jika tidak disahkan maka murid itu hendaklah mengikuti pembelajaran di kelas pemulihan khas.

Realitinya, Program Pendidikan Khas khususnya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di negara ini masih berada dalam fasa perkembangan dan pemurnian perlaksanaannya. Masih terdapat perkara yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Segelintir manusia menganggapnya memenuhi keperluan kanak - kanak ini adalah pilihan terakhir. Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program PKBP bukan sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain di Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua, kurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam yang mana ia akan menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah. Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah
33

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan

khas. Sebagai alternatif untuk menangani isu ini, program pendedahan Pogram Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran perlu diwujudkan di kalangan semua pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas terutamanya Guru Besar atau Pengetua sekolah. Berdasarkan pendedahan itu, persefahaman pengurusan penyelaras pendidikan dan Guru Besar / Pengetua akan menjadi lebih baik. Dialog di antara guru pendidikan khas, Guru Besar/Pengetua dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas secara berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada penyampaian maklumat adalah lebih telus dan terkini. Dari aspek sokongan PIBG khususnya di kalangan ibu bapa, tahap kesedaran mereka semakin meningkat terhadap keperluan kanakkanak berkeperluan khas.

Mujur dengan Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) j memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu merapatkan jurang pendidikan antara pelajar normal dengan berkeperluan khas berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka. Antara langkah yang diambil dalam memastikan keberjayaan PIPP ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha membangunkan dan membuka sekolah Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah Pendengaran dan juga Sekolah Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah Pendidikan Khas terutamnya PKBP, sesuatu yang perlu dipandang positif selain daripada memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ia juga

memperlihatkan tahap kesedaran ibu bapa dan juga masyarakat di Malaysia terhadap keperluan pendidikan di kalangan anak mereka dan peluang - peluang yang telah disediakan pihak berwajib.

( 4800 patah perkataan )


34

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

6.0

BIBLIOGRAFI

Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia (April 2011). Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah dalam Pembelajaran Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ( April 2011). Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS Tegar) Malaysia, Kementerian Pendidikan. (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas. http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/11/isu-isu-pendidikan-khas.html http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan %20.pdf http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanakberkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.html http://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos% 20murid%20OKU%20LINUS.pdf http://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMENPENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdf

35

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

7.0

LAMPIRAN Lampiran 7.1

CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN PIHAK SEKOLAH KEPADA IBU BAPA PENJAGA MURID BERKEPERLUAN KHAS No.Rujukan: Tarikh: Kepada: (Nama ibu bapa/penjaga)____ (Alamat)__________________

Tuan, RUJUKAN MURID UNTUK PEMERIKSAAN LANJUTAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berdasarkan skor daripada Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran, dimaklumkan bahawa anak tuan yang bernama ______________________ No. MyKid/Sijil Lahir ___________________ dari kelas __________dicadangkan supaya menjalani pemeriksaan lanjutan oleh Pengamal Perubatan. 3. Bersama ini dilampirkan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran yang telah dilengkapkan oleh guru untuk dibawa bersama semasa merujuk kepada Pengamal Perubatan. 4. Kerjasama pihak tuan adalah amat diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

_______________________ (NAMA GURU BESAR) (COP JAWATAN DAN SEKOLAH)


36

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Lampiran 7.2 BPKh 01 Nama Ibu bapa / Penjaga: Alamat: No. Telefon: __________________________________________________________________________ Rujukan: Tarikh: Guru Besar, Sekolah................................................

Tuan, KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI PEMERIKSAAN PERUBATAN ANAK Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas.

2.

Setelah berbincang dan mendapat nasihat serta pandangan dari pihak sekolah, saya

dengan rela hati dan secara ikhlas membenarkan anak saya / anak di bawah jagaan saya........................................................... No. Sijil Kelahiran............................. tahun

................menjalani pemeriksaan perubatan.

3.

Saya faham dan bersetuju bahawa saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan

undang-undang terhadap mana-mana pihak berkenaan dengan perkara ini. Saya faham bahawa pemeriksaan perubatan ini penting bagi masa depan anak / anak di bawah jagaan saya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar ,....................................... Nama Ibu bapa/penjaga:


37

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

No. Kad Pengenalan: Tarikh:

Lampiran 7.3 BPKh 02

Guru Besar Sekolah ___________________________________________________________________________ Rujukan sekolah : Tarikh:

Pegawai Perubatan, Hospital / Klinik......................................... Tuan, PEMERIKSAAN PERUBATAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami memohon jasa baik tuan bagi

mendapatkan kemudahan untuk menjalani pemeriksaan perubatan ke atas pembawa surat ini iaitu............................................................... No. Sijil Kelahiran ............................... Tahun .......................... 3. Saya memohon jasa baik tuan agar segala butiran dan hasil pemeriksaan dapat

dikembalikan kepada pihak kami untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.............................................
38

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Guru Besar

s.k.

PPD. Ibu bapa/ penjaga

39

Anda mungkin juga menyukai