Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. SLOT 2 : SENAMAN PAGI

Gambar 1 : Pemanasan badan

Gambar 2 : Senaman bebas (Chicken dance)

Senam pagi adalah salah satu slot yang terpenting kerana ia boleh mengelakkan murid daripada mengalami sebarang kecederaan dan kekal aktif sepanjang program berlangsung. Slot ini melibatkan aktiviti pemanasan badan, regangan, bebas dan penyejukan badan. Slot senam pagi ini mula dijalankan pada jam 8 pagi, yang dikendalikan oleh 4 orang guru pelatih. Setiap guru pelatih merancang gerak senam yang tersendiri supaya aktiviti senaman ini tidak membosankan dan mencakupi pelbagai jenis gerakan. Di samping itu, guru menggunakan muzik yang sesuai dengan pergerakan sepanjang senaman dijalankan.

SLOT 5 : ASAS PERMAINAN KATEGORI SERANGAN

Gambar 3 : Kumpulan serangan

Gambar 4 : Kumpulan pertahanan

Dalam slot ini, guru menerangkan maksud permainan kategori serangan terlebih dahulu. Permainan serangan adalah satu permainan yang memerlukan pemain untuk melakukan serangan yang kerap dalam semua keadaan. Dalam permainan ini, kebanyakan langkah yang digunakan adalah menyerang dalam pelbagai posisi. Guru juga menggunakan kaedah soal jawab dan sumbang saran berkenaan kategori serangan ini. Permainan yang diaplikasikan dalam slot ini ialah permainan tradisional, iaitu Galah Panjang. Peralatan yang digunakan ialah tali rafia dan pita pelekat untuk membentuk gelanggang, manakala wisel digunakan untuk pengawalan murid.

SLOT 6 : ASAS PERMAINAN KATEGORI LIGA DAN KALAH MATI

Gambar 5 : Penerangan sistem liga dan kalah mati

Gambar 6 : Perlawanan sistem liga dan kalah mati

Sistem perlawanan liga memberi peluang kepada penyertaan maksimum dan ia dibahagikan kepada liga satu pusingan, 2 pusingan dan separa liga. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan liga satu pusingan. Jika peserta atau pasukan menentang setiap lawannya sebanyak dua kali, pertandingan itu dikenali sebagai liga dua pusingan. Manakala, jika peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan, pertandingan itu dikenali sebagai separa liga. Dalam slot ini, guru lebih menerapkan sistem perlawanan liga satu pusingan sahaja supaya mudah bagi murid memahami keseluruhan jenis sistem, cara pengiraan mata, dan cara penyusunan bilangan perlawanan. Bagi sistem perlawanan kalah mati pula, ia menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau satu pasukan peserta yang tinggal. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati iaitu kalah mati sekali dan kalah mati dua kali. Guru lebih menekankan sistem kalah mati sekali bagi memudahkan murid memahami pelaksanaannya kelak. Guru masih menggunakan permainan yang sama di dalam kategori serangan kerana murid lebih bersemangat untuk bertanding sesama kumpulan. Setiap kali tamat perlawanan bagi setiap kategori, guru akan menyoal murid berkenaan sistem yang digunakan. Ini bagi mengukuhkan pengetahuan murid dan memaklumkan murid bahawa setiap perlawanan bukan hanya suatu permainan kosong semata-mata.

Anda mungkin juga menyukai