Anda di halaman 1dari 6

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK TUGASAN PROJEK PROGRAM: PPG ( SCE1, SCE2, BCN2) NAMA GURU PELATIH:

KOD DAN NAMA KURSUS: MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik

SEMESTER: 5

TARIKH MULA: 19.08.2013

TARIKH HANTAR: 21.09.2013

Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menerangkan peranan Matematik, ahli Matematik dan guru Matematik. 2. Menjustifikasikan perkembangan pendidikan Matematik dan kurikulum Matematik di Malaysia. 3. Mentafsirkan kurikulum Matematik kebangsaan semasa. 4. Mengenal pasti cara-cara melibatkan diri dalam perkembangan profesionalisme guru-guru Matematik. 5. Memupuk minat dan nilai dalam pendidikan Matematik. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 3.

Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menganalisis dan mentafsirkan pendidikan Matematik dan kurikulum dalam konteks Malaysia. 2. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber sehingga mendapat pemahaman yang lengkap dan koheren inti dari kurikulum nasional dan pendidikan Matematik 3. Melaksanakan pelbagai pendekatan dalam mentafsirkan pengetahuan dan kemahiran. 4. Berkomunikasi dalam pelbagai kaedah yang berkesan. 5. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

Tugasan Projek: 1. Ujian Struktur (30%) [ Secara Individu] a. Pendidikan Matematik b. Perkembangan kurikulum Matematik c. Kajian Kurikulum Matematik Malaysia

2. Penulisan Esei I (30%) [ Secara berkumpulan 4 5 orang] Menulis satu esei antara 2500 hingga 3000 patah perkataan daripada salah satu tajuk berikut: a. Matematik merupakan satu bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dari segi kandungan, kegunaan dan cara mempelajarinya. Bincangkan cabarancabaran yang dihadapi oleh guru Matematik dalam pendidikan Matematik di Malaysia. b. Principles and Standards for School Mathematics merupakan satu garis panduan yang dikeluarkan oleh National Council of Teacher of Mathematics (NCTM) untuk kecemerlangan dalam pendidikan Matematik. Bagaimanakah guru Matematik di Malaysia dapat meningkatkan mutu pendidikan Matematik berdasarkan 6 prinsipal dalam dokumen tersebut? c. Pelbagai polisi-polisi dan program-program untuk mengembangkan penguasaan Matematik dalam kalangan murid telah dilaksanakan dalam kurikulum Matematik di Malaysia. Berikan pendapat anda dari segi kekuatan , kelemahan, peluang dan ancaman. 3. Penulisan Esei 2 (20%) [ Secara Individu] Penyelesaian masalah, membuat perkaitan, berkomunikasi, penaakulan dan aplikasi teknologi maklumat ialah lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Huraikan bagaimana anda boleh mengaplikasikan lima tonggak tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Pilih satu topik dalam dokumen standard kandungan KSSR sebagai contoh dalam huraian. 4. Pembina Peta Minda (20%) [Secara Individu] Membuat satu peta minda dengan menggunakan kertas bersaiz A3 daripada salah satu tajuk berikut: a. Kajian terhadap hubungkait antara Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) b. Perbandingan antara Kurikulum Matematik di Malaysia dengan Negara Asia lain.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK / AMALI) Nama: Angka Giliran Pelajar: Tajuk Tugasan: Esei & Peta Minda Pensyarah: Encik Hamden Bin Gani Tarikh Hantar:

Kursus: Kurikulum Pendidikan Matematik Tarikh Diterima:

Pengakuan Pelajar Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan:.................................................... Tarikh:................................................ ( )

Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa Kekuatan:

Moderator (jika berkaitan) Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan:

Tandatangan:

Tarikh: Tarikh: Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah.

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai