Anda di halaman 1dari 2

Mengawal Emosi

Semua manusia mengalami pelbagai emosi contohnya suka atau tidak


suka. Justeru, kita tiada pilihan, kecuali mengurusnya. Pengurusan emosi bukan
bermakna menafikan kewujudannya atau tidak mengendahkannya. Tetapi
mengakuinya dan belajar mengawalnya. Mengurus emosi boleh melalui
mengawal perasaan dan tindakbalas atau reaksi, memilih bagaimana untuk
bertindakbalas kepeda sesuatu situasi atau kejadian dalam hidup seharian
dengan cara yang tidak menakutkan diri sendiri dan mengancam orang lain.
Sebelum mengawal emosi, kita perlu mengenalpasti emosi kita samaada
emosi tersebut adalah emosi yang positif atau negatif. Jika keterlaluan, ia akan
menjejaskan kesejahteraan hidup kita. Oleh itu, kita perlu bersederhana dengan
emosi kita.
Seterusnya, kita perlu mengenalpasti punca emosi terganggu samaada ia
daripada diri sendiri kita iaitu kesihatan atau unfinished business, daripada
persekitaran contohnya cuaca yang panas atau sejuk ataupun ruang kerja
sempit, daripada pekerjaan kita yang mempunyai banyak kerja tetapi gaji rendah,
atau pegawai atasan kita yang garang dan selalu sebut urgenturgenturgent!,
daripada orang sekeliling contohnya bunyi radio yang kuat, kawan ponteng, kerja
berkira, sindir-menyindir, ataupun daripada peristiwa yang dialami contohnya
traffic jam, bas lambat, anak tidak mahu ke sekolah, suami marah, isteri merajuk
dan sebagainya.
Kita haruslah bijak mengawal emosi kita, jika tidak buruk padahnya.
Kebanyakannya manusia terlajak emosinya dengan tidak sengaja, tidak sedar
sudah terlajak, tidak sensitif atau tersalah ucap. Tetapi sebilangan manusia
terlajak emosinya denga sengaja iaitu ingin memuaskan hatinya sediri atau
hendak balas dendam. Selain itu, berkemungkinan mereka tiada kemahiran
mengawal ataupun mereka telah hilang kewarasan.
Apabila kita marah, kita telah dikuasai oleh emosi. Kita sering terlupa
untuk berfikir dan tidak sempat memilih perkataan yang sesuai untuk
diperkatakan dan kesan yang akan timbul. Untuk mengawal emosi kita perlu beri
masa untuk otak menjalankan fungsinya, bukannya ikut suka hati kita.
Beberapa pendekatan boleh digunakan apabila kita marah.
Pendekatannya ialah latihan pernafasan, terapi air iaitu minum dan wuduk,
beralih atau tinggalkan tempat (konsep hijrah) iaitu tinggalkan persekitaran dan
pergi ke tempat lain.

Kebanyakan ketidakupayaan mengawal emosi boleh diubah atau


dihapuskan. Namun, kita harus terlebih dahulu menyedari dan memahami kesan
reaksinya dan kita berusaha atau berlatih untuk mengawalnya.
Kita dapat mengurangkan jarak hanyut dibawa arus emosi jika kita dapat
menerima kelebihan dan kelemahan diri sendiri dan orang lain. Ini adalah kerana
setiap individu adalah unik dan berbeza. Kita juga dapat bersedia berkongsi
masalah dengan orang lain yang boleh dipercayai.
Kesimpulannya, tiada siapa yang dapat memujuk orang lain untuk
berubah sikap, setiap kita menjaga pintu perubahan yang hanya dapat dibuka
dari dalam. Kita tidak dapat membuka pintu orang lain, baik dari perbahasan,
mahupun dengan rayuan emosi. Begitu juga harapan Perdana Menteri Negara
kita dalam Modal Insan.

Anda mungkin juga menyukai