Anda di halaman 1dari 5

Pentaksiran pengetahuan dan kemahiran proses sains Pengenalan Penilaian adalah suatu proses mengasingkan, mendapatkan dan membekalkan

makulmat berguna untuk membuat keputusan yang tepat. Penilaian membantu guru menentukan darjah pencapaian objektif dan membantu menentukan, menilai dan mengemaskinikan teknik pengajaran. Penilaian pengetahuan dan kemahiran proses sains haruslah dirancang dengan teliti untuk memastikan keesahan isi kandungannya. Jadual Spesifikasi Ujian memenuhi tujuan ini untuk menetapkan skop dan keutamaan suatu ujian diadakan; untuk mengaitkan objektif dengan isi kandungan, dan yang paling penting adalah untuk membina ujian yang seimbang. Siapa yang membina JSU? JSU harus disediakan lebih awal sama ada oleh bahagian pembangunan kurikulum atau guru yang mengajar subjek tersebut. Ini untuk memastikan keesahan isi kandungan ujian tersebut. Bila JSU harus disediakan? JSU harus disediakan sebelum guru mula mengajar pada awal tahun akademik atau sebelum ujian itu ditadbirkan. JSU membantu guru mengajar dengan lebih berkesan. Daripada JSU, guru dapat mengatur bahan pengajarannya, bahan bacaan tambahan, aktiviti makmal (jika perlu) dan semua sumber yang perlu digunakan di dalam bilik darjah. Siapa yang akan menggunakan JSU? Di sekolah atau kolej pendidikan, guru mata pelajaran menggunakan JSU untuk tujuan mengajar dan mentaksir. Di peringkat pusat atau negeri, lembaga peperiksaan menggunakan JSU sebagai panduan untuk membina soalan atau sebahagian soalan. Ini untuk memastikan bahawa soalan yang dibina setiap tahun mempunyai tahap kesukaran yang sama. Membina JSU JSU dibina daripada jadual yang terdiri daripada tiga lajur seperti berikut:

Jadual Spesifikasi Ujian


Nama Ujian : .. Kelas/Tahun : .. Tarikh : .. Tajuk yang diuji : .

Tahap Taksonomi Bloom Hasil Pembelajaran (dari HSP atau Standard) Pengetahuan E 1. 1 M D 1 E Kefahaman M D E Aplikasi M 1 D 3 Jumlah

2.

3.

4.

5.

30 Jumlah

Key: E = Mudah, M = Sederhana, D = Sukar

Lajur pertama menyenaraikan hasil pembelajaran atau standard pembelajaran tajuk yang hendak diuji. Lajur kedua menyenaraikan jenis kemahiran yang hendak dinilai dalam ujian. Lajur ini biasanya dibahagikan lagi kepada beberapa kemahiran dan juga tahap kesukaran (mengikut Taksonomi Bloom atau SOLO). Lajur terakhir digunakan untuk mencatatkan bilangan soalan untuk setiap hasil pembelajaran. Pada mulanya, guru harus memilih tajuk yang akan dinilai di dalam ujian. Kemudian, setiap hasil pembelajaran disenaraikan mengikut kehendak kurikulum/sukatan. Dalam lajur kedua, kemahiran yang hendak dinilai dicatatkan mengikut enam tahap kognitif Taksonomi Bloom. Setiap tahap kognitif pula akan dibahagikan kepada tiga bahagian kecil: sukar, sederhana dan mudah. Lajur ini kadang kala juga menyenaraikan kemahiran afektif dan psikomotor bergantung kepada objektif ujian. Bilangan soalan untuk setiap hasil pembelajaran atau pemberatannya bergantung kepada kepentingan setiap tajuk dan kemahiran yang ditetapkan oleh sukatan

kurikulum. Untuk ujian kelas, pemberatan biasanya ditentukan oleh tempoh masa tajuk itu diajar di dalam kelas. Secara kuantitatif, setiap kesukaran item atau soalan ditentukan oleh peratus murid yang menjawab betul. Peratus yang lebih tinggi menunjukkan item yang lebih mudah. Secara umum, suatu item dikatakan mudah jika 70% murid dapat menjawab betul. Kurang daripada 30%, item itu dianggap sukar. Ujian yang ideal harus terdiri daripada pelbagai item dengan tahap kesukaran yang bercampur-campur yang mencabar murid bijak tetapi tidak mengganggu motivasi murid lemah. Dicadangkan pemberatannya adalah 20% sukar, 60% sederhana dan 20% mudah. Terdapat lima langkah dalam pembinaan JSU:

Langkah 1
Tentukan objektif ujian dan skop subjek yang hendak diuji daripada sukatan pelajaran. Kaedah pentaksiran seharusnya mengandungi teori dan juga kerja kursus dan amali supaya proses penilaian tidak bertindan.

Langkah 2
Pilih format ujian berdasarkan masa yang ada untuk ujian, jenis item, bilangan setiap jenis soalan dan keupayaan murid. A summary is shown as below: Subjek: Tajuk: Sains Tahun 4 Menyiasat Alam Kehidupan, Menyiasat Alam Fizikal Menyiasat Alam Bahan Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Menyiasat Dunia Teknologi Masa: 1 jam 15 minit Format: Objektif dan struktur Jum Markah: 100

Format item Masa Markah Bil. Setiap item Markah setiap item Masa setiap item

Objektif 30 minit 30 30 1 1 minit

Struktur 45 minit 70 5 16 9 minit

Langkah 3
Senaraikan semua tajuk yang akan diuji dan peruntukan masa mengajar setiap tajuk. No. 1. 2. 3. 4. 5. Tajuk Menyiasat Alam Kehidupan Menyiasat Alam Fizikal Menyiasat Alam Bahan Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Menyiasat Dunia Teknologi Jumlah jam Masa interaksi di kelas 20 9 12 5 8 54

Langkah 4
Hitung peratus untuk mengubahsuai pemberatan setiap tajuk: Tajuk jam interaksi Jumlah jam No 1. 2. 3. 4. 5. Tajuk Menyiasat Alam Kehidupan Menyiasat Alam Fizikal Menyiasat Alam Bahan Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Menyiasat Dunia Teknologi Jumlah

X
Jam 20 9 12 5 8 54

100

Kiraan 20/54 x 100 = 37 9/54 x 100 = 16.7 12/54 x 100 = 22 5/54 x 100 = 9 8/54 x 100 = 14.8

Peratus 37 16.7 22 9 14.8 100

Langkah 5
Hubungkan markah dengan setiap jenis soalan No 1. 2. 3. 4. 5. Tajuk Menyiasat Alam Kehidupan Menyiasat Alam Fizikal Menyiasat Alam Bahan Menyiasat Bumi dan Alam Semesta Menyiasat Dunia Teknologi Jumlah Peratus 37 17 22 9 15 100 Markah struktur 25 12 17 6 10 70 Markah objektif 10 10 2 4 4 30

Langkah 6
Tahap kemahiran setiap item boleh diambil dari domain kognitif, afektif atau psikomotor. Dalam ujian ini, cadangan pemberatan setiap tahap kognitif mengikut taksonomi Bloom adalah seperti berikut:

Domain kognitif Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Jumlah

Item objektif 10% 30% 25% 25% 5% 5% 100%

Item struktur 10% 30% 20% 20% 20% 100%

Ringkasnya, JSU harus mengandungi: (i) (ii) (iii) Isi kandungan ujian tajuk yang hendak diuji dalam bentuk hasil pembelajaran. Tahap kemahiran kognitif mengikut Taksonomi Bloom Peratus peruntukan untuk isi kandungan dan tahap kemahiran ditunjukkan oleh peruntukan masa yang diberikan semasa mengajar setiap tajuk/hasil pembelajaran dan kepentingan relatifnya dalam sukatan pelajaran / kurikulum. Format ujian ditentukan oleh jenis soalan, iaitu, objektif, struktur, esei, amali dan kerja kursus dsbnya. Bilangan soalan ujian mengikkut format ujian, isi kandungan dan tahap kemahiran. Tahap kesukaran setiap soalan mudah, sederhana, sukar. Kebiasaannya dalam julat 20% hingga 80% untuk setiap jenis soalan bergantung kepada tahap pencapaian kelas, guru dan sekolah.

(iv) (v) (vi)

Diubahsuai daripada Module 11/12 Evalution Science Major KDPM (Kursus Dalam Cuti) Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (Jun 2003) 10.03.2012

Anda mungkin juga menyukai