Anda di halaman 1dari 1

Tajuk 12:Menjelaskan kedaulatan Negara kita dari aspek kejayaan Negara.

Pembangunan pesat di Malaysia mampu membuatkan kita berbangga mengenainya.Ekonomi Negara juga kini sedang berkembang pesat dan menjadi semakin stabil tatkala kebanyakan Negara lain sedang bergelut dengan prestasi ekonomi mereka yang semakin merudum. Para perjuang kemerdekaan berjaya memerdekakan Negara kita dari cengkaman penjajah yang sekali gus memberi kita kuasa sepenuhnya untuk mengurus sendiri sumber kekayaan Negara yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi seperti getah,bijih timah,kelapa sawit dan bijih besi.Komoditi-komoditi ini menjadi sangat penting kepada perkembangan industri eksport Negara yang membolehkan kita melabur untuk perkembangan infrastruktur serta industri.Kebanyakan kawasan tempat kita membesar dahulunya hanya merupakan pekan-pekan kecil kini telah menjadi bandar besar. Kebanggaan pertama Negara ialah pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Ia menjadikan Malaysia sebagai tempat pelancongan antarabangsa.KLIA seperti yang diketahui oleh rakyat Malaysia merupakan suatu bangunan yang menonjolkan kesenian yang unik dan menjadi teras kepada sektor pelancongan asing Negara ini.Oleh itu,kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghargai dan menghayati kebanggaan Malaysia ini iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kebanggaan kedua Negara ialah pembinaan Menara Kembar Petronas (KLCC).Ia mula menjadi ikon pencakar langit dalam Negara.KLCC merupakan simbol kemodenan dan kemajuan Malaysia dalam Sains dan Teknologi.Gelaran bangunan tertinggi di dunia bagi KLCC bertahan dari tahun 1998 hingga 2004.Walau bagaimanapun,KLCC masih menjadi ikon Malaysia yang berwawasan dan bangunan ini akan sentiasa mengingatkan rakyat bahawa Negara Malaysia mampu menjadi Negara yang maju dan Berjaya. Kebanggan ketiga Negara ialah tahun demi tahun Negara kita terus membuat pelaburan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di Negara ini.Sebagai contoh,adalah kewujudan Koridor Raya Multimedia (MSC).MSC ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat.MSC bertujuan menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai syarikat sementara kemudahan-kemudahan lain seperti internet yang laju dan lokasinya yang berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa. Kesimpulannya,saya berharap rakyat Malaysia dapat melihat apa yang pernah dialami oleh Negara satu ketika dahulu.Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh para perjuang kemerdekaan Negara.Marilah kita sama-sama tidak lupa yang kejayaan kita pada hari ini adalah hasil perpaduan daripada masyarakt Melayu,Cina serta India terdahulu.Kita mesti memperingati jasa perjuang kemerdekaan yang telah memberi kita sebuah Negara berdaulat seperti hari ini.

Anda mungkin juga menyukai