Anda di halaman 1dari 10

RBT 3109

TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENGENALAN

PENGENALAN Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu meberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin

berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di serata dunia. Negeri yang banyak mengusahakannya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. (no1)

Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi chromatophoraes iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri ikan istimewa ikan hiasan dapat dilihat pada warna sisik, sais, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan, jantina dan gaya berenang.

Menternak ikan hiasan adalah salah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dapat dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Petikan no 1 diambil dan diolah daripada : http://kemahiranhidup-thn5.blogspot.com/p/ikan-hiasan.html

RBT 3109
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENGENALAN

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ini juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan. Jenis-jenis ikan hiasan

Tinfoil Barb

Kaloi

Green Tiger Barb

Tetra Black

RBT 3109
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENGENALAN

Jenis-Jenis Ikan Hiasan(no1)

Bil Jenis Ikan 1. GUPPY

2.

TIGER BARB

3.

PELAGA

Ciri-Ciri Ikan Hiasan Poecilia reticulate juga dikenali sebagai Ikan Seribu. Berasal daripada Brazil, Guyana, Venezuela dan Kepulauan Carribean. Ikan Guppy yang jantan mempunyai tompok atau belang yang berwarna kuning, jingga, biru, merah atau hitam (saiz antara 23cm) tetapi yang betina berwarna kelabu (saiz antara 2-7cm) Adalah jenis ikan yang berenang berkumpulan. Sangat agresif dan suka mengganggu ikan-ikan yang lain yang seakan akan lemah dengan cara mengigit sirip-sirip ikan yang lebih kecil darinya. Ikan ini bersikap omnivor, boleh juga diberi makanan kering (buatan) atau mangsa hidup seperti cacing, kutu air atau jentikjentik. Memiliki ciri luaran yang cantik Suka bergaduh Berasal dari lembangan Sungai Mekong di asia tenggara. Antara jenis ikan pelaga ialah Betta Spendens (Ikan Pelaga Siam), Betta Imbellis (Ikan Karin) dan Trichopsis Vittata (Ikan Sempilai). Satu kumpulan besar ikan yang berasal dari Asia dan Eropah. Kap telah lama menjadi sumber makanan penting bagi manusia, dan juga sebagai ikan hiasan seperti pelbagai jenis Ikan Emas dan Kap biasa yang dipelihara dimana dikenali sebagai ikan Koi. Ikan Kap juga terdiri daripada Ikan Kap (Acrossocheilus hexagonolepis), Kap Lumpur (Cirrhina Molitorella), Kap Rumput

4.

KAP/KOI

Petikan no 1 diambil dan diolah daripada : http://kemahiranhidup-thn5.blogspot.com/p/ikan-hiasan.html

RBT 3109
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENGENALAN

(Ctenopharyngodon idellus), Kap Hitam (Mylopheryngodon piceus), Kap Perak (Hypophthalmichthys molitrix)

Arowana tergolong di dalam keluarga ikan karuhun, iaitu Osteoglasidae atau keluarga ikan bony-tongue (lidah bertulang), kerana bahagian dasar mulutnya berbentuk tulang yang berfungsi sebagai gigi. Arowana memiki pelbagai nama samaran, seperti: Ikan Naga (Dragon Fish), Barramundi, Saratoga, PlaTapad, Kelesa, Siluk, Kayangan, Peyang, Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung dari tempatnya. Ikan Arowana merupakan ikan yang berasal dari daerah subtropics dan tropis, ikan ini banyak ditemui di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma, Thailand. Habitatnya adalah sungai sungai besar dengan arus yang cukup deras. (no 1) IKAN EMAS Ikan Emas merupakan salah satu ikan hiasan yang amat terkenal di kalangan penggemarnya. Walaupun begitu, ikan jenis ini baru mengalami perkembangan pesat peminatnya sekitar tahun 2000-an. Ikan yang asalnya dari Cina ini, bentuknya amat lucu dan menyenangkan. Ukurannya boleh Petikan no 1 diambil dan diolah daripada : http://bengkeldaus.blogspot.com/p/pengenalan-ikan-hiasan.html mencapai 20 cm. Ikan ini suka bermain di dasar dan hanya sesekali berenang. Terdapat pelbagai warna ikan emas seperti merah, kuning, hitam, 5. AROWANA

RBT 3109
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENGENALAN

putih, dan ada pula campuran pelbagai warna. Selain itu, ikan ini pun memiliki jenis atau variasi sangat beragam. Bentuk badan umumnya bulat atau gemuk. Makin bulat biasanya makin digemari para penggemar.

MENYENARAIKAN SPESIS IKAN HIASAN

(no2)

Ikan hiasan boleh diketegorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis pemakanannya. Antaranya ialah :

Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.

Petikan no 2 diambil dan diolah daripada : http://bengkeldaus.blogspot.com/p/pengenalan-ikan-hiasan.html

Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.

Ikan omnivor

RBT 3109
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENGENALAN

Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid. Bah agi an Stu ktur Bad an Ika n

Gambar rajah 1: struktur badan ikan

Gambar rajah 1 diambil daripada laman : http://bengkeldaus.blogspot.com/p/pengenalan-ikan-hiasan.html

RBT 3109
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENGENALAN

Fungsi bahagian-bahagian luar utama ikan: (no 3) 1). Sisik o Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit. 2). Sirip o Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. o Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. o Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. o Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung. 3). Garis lateral o Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. o Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga. 4). Insang o Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. o Air disedut melalui mulut nya dan keluar melalui tutup insang. o Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan. 5). Mata o Digunakan oleh ikan untuk melihat di dalam air 6). Mulut o Digunakan oleh ikan untuk mengambil dan makan.

Petikan no 3 diambil dan diolah daripada laman : http://cikgu-hazlina.blogspot.com/p/bahagian-ikan.html

RBT 3109
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENGENALAN

7).

Sirip Pektoral o Untuk mengawal pergerakan ikan ke kiri atau ke kanan dan memberhentikan pergerakan.

8).

Sirip Pelvik o Memantapkan kedudukan ikan supaya tidak dibawa arus.

9).

Dubur o Bahagian yang mngeluarkan bahan perkumuhan dan najis.

10).

Sirip Dorsal

o Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah di dalam air. 11). Sirip Anal

o Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah. 12) Sirip Kaudal o Mengawal pergerakan ikan ke hadapan.

Sebab Memelihara Ikan Hiasan (no 4)

1) Sebagai Hobi 2) Mengindahkan Ruang 3)Memberikan Ketenangan 4)Berpeluang Menghayai Alam Akuatik

Petikan no 4 diambil dan diolah daripada laman : http://cikgu-hazlina.blogspot.com/p/bahagian-ikan.html

RBT 3109
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENGENALAN

Mengenal Pasti Penyakit Ikan Hiasan Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah terjangkit penyakit ialah seperti: Keadaan suhu air akuarium yang terlalu sejuk. Air di dalam akuarium terlalu kotor dan tidak ditukar selama beberapa lama. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat. 1). Penyakit rintik putih (no 5) Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisik ikan. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kdai akuarium.

Gambar rajah 2: penyakit rintik putih (no 6)

Petikan no 5 dan gambar rajah no 5 diambil dan diolah daripada laman : http://ainezuhada.blogspot.com/2011/12/httpwww.html

RBT 3109
TEKNOLOGI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DAN IKAN HIASAN

PENGENALAN

2). Penyakit Kulat

Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip,mulut dan badan yang luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas. Boleh dirawat dengan methylene blue.Masukan terus ke dalam air atau disapu pada luka. Ikan ini
Gambar rajah 3: penyakit kulat

perlu diasingkan.

3). Penyakit Bakteria

Ikan yang dijangkiti akan berubah warna menjadi pudar,sisik mengembang atau perut buncit. Ini disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress. Namun penyakit ini boleh dirawat dengan antibiotik dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

Gambar rajah 4: penyakit bakteria

Anda mungkin juga menyukai