Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN SEMASA Pada 16 Mac 2014 yang lepas satu Karnival Permainan Tradisional telah diadakan di Padang IPG

Kampus Sultan Mizan dari jam 8.45 pagi hingga 12.30 tengahari di mana Karnival Permainan Tradisional ini dikelolakan oleh kumpulan 3 unit PISMP semester 5 ambilan Januari 2012 iaitu unit Sains, unit Matematik dan unit Pendidikan Jasmani.

Karnival ini telah disertai oleh pengelola sendiri yang melibatkan unit masingmasing. Kami akan bergerak sebagai pemain dari stesen 1 sehingga stesen 3 mengikut unit. Sebelum Karnival Permainan Tradisional berlangsung, satu taklimat ringkas telah diadakan bagi membentuk AJK Induk yang bakal menggerakkan program ini. Setiap pelajar diberi tanggungjawab dan wajib melaksanakannya.

Sebelum Karnival Permainan Tradisional diadakan pada jam 8.45 pagi, persiapan tempat telah di fokuskan terlebih dahulu bagi memastikan tapak atau tempat permainan tradisional diadakan selamat digunakan. Kami turut menghias tempat permainan agar nampak lebih meriah. Selain itu, penganjur juga menyediakan tempat bagi setiap permainan tradisional agar lebih tersusun.

Bagi permainan di stesen pertama ialah pertandingan campak getah. Permainan ini hanya melibatkan 6 orang peserta. Sebelum permainan dimulakan, taklimat ringkas tentang pergerakan peserta yang bermain permainan tradisional diadakan bagi memastikan para peserta tahu permainan yang bakal mereka main samada dari segi peraturan dan sebagainya. Aktiviti memanaskan badan diadakan sebelum permainan dimulakan bagi mengelakkan kecederaan otot atau untuk memberi kesediaan kepada para peserta. Selesai sahaja aktiviti memanaskan badan, maka bermulalah aktiviti permainan campak getah ini. Sepanjang permainan ini berlangsung, suasana kelihatan sungguh meriah dengan gelagat peserta yang lucu dan sebagainya.

Gelagat si pengelola

Pemain sedang mencampak getah

Gelagat para peserta ketika permainan berlangsung

Keputusan rasmi bagi permainan campak getah

Anda mungkin juga menyukai