Anda di halaman 1dari 1

DOA KARNIVAL

Bismillahirohmanirahim…

Alhamdulillahirobbila’lamin, assolatuwassala mu’ala asyrafil anbiya iwal mursolin,


wa’ala alihi wasohbihi ajmain…

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Tuhan yang menguasai langit & bumi, hanya padamu sahaja kami panjatkan kesyukuran di atas
segala rahmat dan nikmat yang telah engkau kurniakan

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,

Kami berhimpun pada pagi ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan
ibadah kepada-Mu, Sesungguhnya solatku, ibadahku , hidupku, dan matiku semata-mata hanya
untuk-Mu ya Allah.

Kami memohon kepada-Mu kelancaran dan keberkatan sepanjang program Karnival Permainan
Tradisional (KARPETRA) yang bakal berlangsung sebentar sahaja lagi. Semoga program ini
akan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Mu.

Ya Allah, Ya Muhaiminu, Ya Aziz, Ya Jabbar,

Sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami, sejahterakanlah


penglihatan kami.

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan
sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan
diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah, Ya Faarijal Hammi wa, Ya Kaashifal Ghammi,

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang, sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang
akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum
serta berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Robbana atina fiddunya hasanah, wafil akhiroti hasanah wakina azzabanar……

Anda mungkin juga menyukai