Anda di halaman 1dari 9

Keluarga Ikan Hiasan Paling Popular di Malaysia

(1) Keluarga Cyprinidae Antaranya Barb, Seluang ( Rasbora ) dan Kap seperti Kelah dan Tengas.

Ikan Barb,antara spesies ikan hiasan popular di Malaysia, terutamanya Tiger Bard, warnanya berbelang seperti harimau

Ikan kelah merupakan spesies ikan eksotik terkenal di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap,sukar untuk dipancing serta hidup di habitat air yang bersih tanpa pencemaran. Sekarang menjadi ikan hiasan popular. Mempunyai 19 spesies diseluruh dunia dan hanya 3 spesies di Malaysia.

(2) Keluarga Anabantidae Antara ikan yang popular sebagai ikan hiasan dari keluarga ini ialah Ikan Pelaga, Sepat dan Kaloi.

Colissa Lailia,spesies ikan sepat hiasan popular

Pearl Gouramy, Ikan sepat memerlukan air yang masam ,elakkan menukar air selalu.Namun pastikan tangki atau akuarium anda bersih.

Ikan Kaloi turut menjadi ikan hiasan yang popular di Malaysia

Ikan Pelaga, murah dan popular sebagai ikan hiasan, teringat zaman kanak-kanak dulu bawa bekas sauk dan balang ,cari ikan laga dan belut

(3) Keluarga Poecilliidae Antara yang paling popular dari spesies ini termasuklah Ikan Guppy, Platy Molly dan SwordTail

Ikan Guppy merupakan antara ikan hiasan yang popular, dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai ekor yang kembang dengan pelbagai warna dan corak, gambar atas ialah molly guppy dan gambar di bawah ialah tuxedo guppy

SwordTail antara ikan hiasan paling banyak di kedai akuarium negara, harganya murah dan senang untuk dibela.

(4) Keluarga Cyprinidae seperti Ikan Emas Dan Ikan Koi, antara spesies yang sangat popular di Malaysia dan di seluruh dunia

Ikan Emas, masih mendahului senarai ikan hiasan di seluruh dunia, sangat popular kerana warna keemasannya, namun sekarang sudah terdapat ikan emas hitam

Ikan Koi, merupakan ikan hiasan popular, berasal dari Asia Timur sangat popular sebagai pelengkap seni Taman Jepun.Menimbulkan suasana yang indah dan tenang jika dibela dikolam yang betul cara hiasannya.

(5) Keluarga Characidae ( Tetra ) Antaranya ialah ikan Black Widow( macam labah-labah), Black Neon, Serpae Kebanyakan ikan dari keluarga ini berasal dari Amerika,namun dengan pantas membiak di Malaysia.

Black widow, ikan Tetra yang mampu membiak di dalam akuarium dengan mudah

(6) Keluarga Cichlidae antara Ikan popular ialah Ikan Angel, Discus dan Oscar

Ikan Angel,biasa lihat di kedai ikan, tetapi belum pernah cuba membelanya.Antara ikan yang cantik dibela di akuarium.Antara sifat terbaik ikan ini ialah sangat sayang akan anak-anaknya dan dikenali sebagai ikan 'parental care'

Discus ikan hiasan yang paling rumit jagaannya,namun jika anda ingin buka kedai ikan hiasan, ikan ini mesti ada,kerana harganya mahal,tetapi tinggi permintaannya.

Berasal dari Eropah,namun sudah banyak dibiakkan di Asia,memerlukan kualiti air serta makanan yang baik jika anda ingin membelanya.

Oscar,memang laris dipasaran

(7) Keluarga Osteoglossidae Antara yang paling popular dan dikatakan antara ikan hiasan paling mahal di dalam kelasnya, iaitu Arowana atau Ikan Kelisa. Namun ikan ini semakin pupus dari sungai di Malaysia.Biasanya berwarna Meraha, Eams dan Hijau. Memerlukan modal yang tinggi untuk membelanya,dek kerana harganya yang sangat mahal bergantung kepada saiz, umur dan warna.Walaupun bermuka ganas,ikan ini semakin berkurangan kerana tangkapan yang beleluasa seperti di Sungai Kerian Perak (dulu saya pernah tulis tentangnya )

Arowana -

Anda mungkin juga menyukai