Anda di halaman 1dari 3

BADAN PERMUAFAKATAN PENDUDUK TAMAN SERI RAHMAT D/a No 7 Jalan Rahmat 3 Taman Seri Rahmat 83700 Yong Peng

Johor No Tel : 016-7690146 (HP) Surat kami : Bil ( 02 )/BPPTSR/2014/su Tarikh : 27hb Februari 2014 YB Datuk Dr. Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Air Hitam. YB Datuk, UCAPAN TAHNIAH DAN MEMOHON SUMBANGAN PERUNTUKAN MEMBELI PERALATAN BAGI KEGUNAAN PENDUDUK TAMAN SERI RAHMAT / TAMAN INDAH / TAMAN BAHAGIA, YONG PENG Terlebih dahulu bagi pihak seluruh penduduk kawasan Zon 2 Yong Peng merangkumi Taman Seri Rahmat, Taman Indah dan Taman Bahagia mengucapkan tahniah dan syabas keatas perlantikan YB Datuk sebagai Timbalan Presiden MCA Malaysia yang baru. Kami berharap dan sentiasa berdoa semoga perlantikan tersebut lebih memberi semangat dan meningkatkan iltizam didalam kerjaya YB Datuk. Sesungguhnya dengan perlantikan tersebut juga amat mengembirakan seluruh penduduk yang mengharapkan perhatian dan keperihatinan pihak kerajaan didalam memacu program terutama dari bidang NKRA Negara. 2. Di kesempatan ini juga, kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih keatas YB Datuk diatas sumbangan berbentuk pinggan mangkuk dan beberapa peralatan untuk makanan dan hidangan kepada persatuan penduduk zon 2 bagi keperluan aktiviti penduduk pada tahun lepas (2013). Walaubagaimanapun peralatan-peralatan asas yang lain amat kami perlukan didalam sesuatu aktiviti kemasyarakatan disebabkan kapasiti penduduk yang agak ramai. Justeru itu kami amat berbesar hati sekiranya pada tahun ini pihak YB Datuk dapat mempertimbangkan dan seterusnya meluluskan sumbangan untuk membekal peralatan yang diperlukan oleh pihak kami. 3. Bil 1 2 3 4 5 Antara peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :Jenis Peralatan Kerusi Plastik Meja Plywood 3 x 6 Dulang Bulat Besar Tikar dan Alas Meja Plastik Khemah Jumlah Unit Diperlukan 60 10 20 5 1 Anggaran Harga Seunit RM 20.00 RM 100.00 RM 20.00 RM 50.00 RM 2500.00 Jumlah keseluruhan Anggaran Jumlah Kos Keseluruhan RM 1200.00 RM 1000.00 RM 400.00 RM 250.00 RM 2500.00 RM 5350.00

4. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati agar YB Datuk dapat memberikan sumbangan peruntukan bagi tujuan perbelanjaan tersebut. Sumbangan YB Datuk boleh dibuat melalui cek dibayar atas nama Badan Permuafakatan Penduduk Taman Seri Rahmat Yong Peng atau tunai dengan

dikreditkan ke akaun kami di MAYBANK Akaun No 551267005118 dan dikemukakan kepada kami dengan menggunakan boring yang dilampirkan bersama-sama ini. 5. Di atas sumbangan dan sokongan dari pihak YB Datuk, kami bagi pihak AJK dan seluruh penduduk Taman Seri Rahmat, Taman Indah dan Taman Bahagia Yong Peng mengucapkan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

... KAPT (B) SAAD BIN PARLAN Pengerusi Badan Permuafakatan Penduduk Taman Seri Rahmat Yong Peng s.k. Setiausaha / Bendahari Badan Permuafakatan Penduduk TSR

BADAN PERMUAFAKATAN PENDUDUK TAMAN SERI RAHMAT D/a No 7 Jalan Rahmat 3 Taman Seri Rahmat 83700 Yong Peng Johor No Tel : 016-7690146 (HP) Surat kami : Bil ( 02 )/BPPTSR/2014/su Tarikh : 27hb Februari 2014 YB Datuk Dr. Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Air Hitam. YB Datuk, PERMOHONAN MEMBINA BALAI ISLAM DIATAS TAPAK SURAU PTD 14320 TAMAN SRI RAHMAT YONG PENG Rujuk : Perjumpaan YB Datuk Dr. Wee Ka Siong bersama penduduk bertarikh 16 Mei 2013.

Berhubung dengan perkara dan rujuk diatas, bersama-sama ini disertakan surat kelulusan dari Majlis Agama Islam Daerah Batu Pahat bagi tujuan tersebut seperti yang telah dipersetujui didalam perjumpaan YB Datuk bersama penduduk. 2. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar pihak YB Datuk dapat membantu didalam pembinaan tersebut agar dapat dilakukan dengan kadar segera demi kebaikan penduduk setempat. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas,

... KAPT (B) SAAD BIN PARLAN Pengerusi Badan Permuafakatan Penduduk Taman Seri Rahmat Yong Peng s.k. Setiausaha / Bendahari Badan Permuafakatan Penduduk TSR

Anda mungkin juga menyukai