Anda di halaman 1dari 3

vi.

Refleksi Terhadap Tahap Kompetensi EQ Salim dan Cara Menguruskan Emosinya

Salim ialah seorang yang tidak mempunyai kesedaran emosi kendiri dan pendirian yang kukuh. Beliau tidak sedar tentang perasaan, pemikiran dan Dengan ini telah

perlakuannya yang telah menjejaskan prestasi pekerjaannya.

menyebabkan beliau tidak dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat. Sebagai seorang guru yang berkesan, beliau tidak sepatutnya melibatkan diri di pusat-pusat hiburan di kotaraya dan seterusnya terlibat dalam kegiatan perjudian. Jadi Salim haruslah

rasionalisasi pemikiran tentang perbuatannya serta memiliki pendirian yang kukuh untuk mengubah tingkah laku sendiri. Beliau haruslah mempunyai perasaan kesedaran tentang terlibat dengan kegiatan perjudian yang akan membawa kesan yang buruk terhadap kerjaya sendiri. Oleh itu, beliau dikehendaki mencari jalan penyelesaian

dengan pemikiran yang rasional dan pendirian yang kukuh. Misalnya, beliau haruslah meninggalkan rakan-rakan yang tidak mempunyai misi dan mendekati diri dengan kawan-kawan yang mempunyai impian dan beretika dengan bidang sendiri. Dengan ini, Salim bukan sahaja dapat mengelakkan diri dalam penglibatan dengan bidang perjudian manakala juga dapat mendapatkan keyakinan orang lain terhadap diri sendiri. Salim juga seorang yang tidak pandai dalam pengurusan kawalan kendiri. Beliau tidak dapat bertindak secara beretika sebagai seorang guru dan menyebabkan anak muridnya kehilangan kepercayaan terhadapnya semasa beliau menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. merancang pengajaran hariannya dengan Hal ini demikian kerana beliau tidak baik atau tidak langsung dapat

menyediakannya.

Keadaan ini telah menyebabkannya tidak dapat melaksanakan

pengajarannya di dalam kelas dengan berkesan. Hal ini juga akan menyebabkan Salim kehilangan kepercayaan dan keyakinan daripada orang lain. Oleh itu, Salim haruslah memiliki nilai amanah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Beliau haruslah melaksanakan tugasnya dengan penuh semangat dan tanggungjawab. Sebagai

contohnya, beliau dikehendaki merancang pengajaran harian berdasarkan objektif

pelajaran, keperluan murid untuk menjamin pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan berfaedah kepada anak muridnya. Kemahiran sosial antara satu sama lain adalah sangat penting dalam semua bidang dan termasuklah bidang perguruan. Hubungan antara pelajar, rakan sekerja dan pihak pengurusan sekolah perlulah dipupuk dengan baik bagi seorang guru yang berkesan. Tetapi bagi Salim, beliau gagal menguasai kemahiran tersebut. Sikap Salim yang tidak bertanggungjawab dengan pekerjaannya telah menyebabkan perhubungan kerja di antara rakan sekerja mula memunyai unsur tekanan. Selain itu, rakan sekerjanya juga mulai tidak mempercayainya dan sehingga sesetengah rakan sekerjanya mula sangsi dan ragu terhadap kebolehan Salim sebagai seorang pendidik. Keadaan ini juga menyebabkan Salim tidak dapat berkomunikasi dengan pihak pengurusan. Dengan ini, salim haruslah mempunyai pemikiran yang positif dan menguasai kemahiran sosial semasa berinteraksi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana seseorang yang mempunyai pemikiran yang positif, beliau tidak akan membiarkan sendiri terus mempunyai sikap yang tidak baik manakala mereka akan mencari jalan penyelesaian yang efektif untuk menyelamatkan diri dalam keadaan yang akan membawa keburukan kepada diri sendiri atau orang lain. Bagi Salim,

sekiranya beliau mendapati rakan sekerjanya mulai sangsi dan ragu terhadap prestasi dan kebolehannya sebagai seorang guru, serta anak murid juga tidak lagi mempercayakan dan menghormati Salim. Pada ketika ini, beliau sepatutnya

melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru seperti merancang pengajaran harian sebelum masuk kelas dengan hati yang ikhlas supaya perubahannya dapat dikesan oleh rakan sekerja dan anak muridnya. Di samping itu, kemahiran sosial sangat penting dipupuk antara guru dengan murid serta guru dengan rakan sekerjanya. Salim perlulah menguasai kemahiran ini supaya dapat memupuk hubungan yang baik antara anak muridnya dan rakan sekerjanya. Dengan menguasai kemahiran sosial dan mempunyai pemikiran yang

positif beliau dapatlah menyelesaikan masalah dengan lebih cekap dan berkesan.

Di samping itu, Salim juga dapat mencari redha melalui ugama atau kaedah spiritual untuk mengatasi perasaan tekanan dan menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Beliau boleh sembahyang untuk mencari keamanan dan sokongan supaya dapat mengubahkan sikap sendiri dan meneruskan kehidupannya dengan lebih bermakna serta menjadi seorang guru yang berkesan. Selain itu, beliau juga boleh meluangkan masa untuk menenangkan fikiran sendiri dan membuat refleksi terhadap perbuatan sendiri. Di sini, memang tidak dapat dinafikan bahawa ugama boleh

memberi keredhaan yang diingini untuk menghadapi tekanan emosi. Kesimpulannya, Salim haruslah sentiasa membuat refleksi tentang perbuatan sendiri dan sekiranya menghadapi masalah, beliau hendaklah mencari kaedah yang baik untuk menyelesaikan masalahnya serta menguruskan emosi sendiri dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai