Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan wajid untuk semua( akta pendidikan 1996)

Pelaksanaan satu undang-undang yang menghendaki setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia yang mempunyai anak umur enam tahun pada hari pertama tahun persekolahan semasa, mendaftarkannya di sekolah rendah dan melanjutkan pembelajaran sepanjang tempoh sekolah rendah.

Tempoh pelaksanaan empoh pendidikan wajib adalah selama tempoh pendidikan rendah, iaitu selama enam tahun. Tahun pelaksanaan Pendidikan wajib akan dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003 yang meliputi murid Tahun 1. Bermula tahun 2004 Pendidikan Wajib akan meliputi murid di Tahun 2 semua sekolah di seluruh Malaysia.

Akta pendidikan 1996 Diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong setelah diluluskan oleh Parlimen pada 15 Julai1996. Diwartakan pada 1 Ogos 1996. Dikuatkuasa pada 31 Disember 1997 Menggabtikan Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan (Pindaan) 2002 (AKTA A 1152) Seksyen 29A,Pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib.

Kanak2 terlibat Kanak-kanak yang terlibat adalah mereka yang dilahirkan antara 2 Januari 1996 hingga 1 Januari 1997 bagi tahun 2003 dan murid yang dilahirkan pada 2 Januari 1997 hingga 1Januari 1998 bagi tahun 2004. Petukaran sekolah sebelum pendaftaran hari persekolahan Ibu bapa yang telah membuat pendaftaran awal dan/atau telah mengesahkan penerimaan penempatan ke sekolah rendah tetapi berpindah ke tempat baru sama ada dalam daerah yang sama atau di negeri lain hendaklah memaklumkan kepada sekolah lama terlebih dahulu sebelum memohon untuk membuat pendaftaran baru ke sekolah di tempat tinggalnya yang baru.

Penalty Dasar Pendidikan Wajib bertujuan untuk memberi pendidikan kepada ibu bapa dan masyarakat dalam memastikan pendidikan sekolah rendah diberikan kepada anak-anak. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib adalah merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. Jika disabitkan dengan kesalahan ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

http://www.scribd.com/doc/35496917/Pendidikan-Wajib-Untuk-Semua

Anda mungkin juga menyukai