Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Menurut Abdul Sukor Shaari (2011), peranan Teknologi Pengajaran di kategorikan kepada 3 bidang utama yang mewakili fungsinya sendiri.

Peringkat pertama adalah mengubah peringkat membuat keputusan. Pada peringkat ini penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan. Peringkat kedua adalah mengubah sistem atau pendekatan pengajaran. Pada tahap ini Teknologi Pengtajaran boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Manakala peringkat yang ketiga pula adalah mengubah pengalaman pembelajaran. Pada peringkat ini aplikasi Teknologi Pengajaran secara teratur boleh membantu pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus.

Secara amnya Teknologi Pengajaran berperanan penting dalam menangani sebarang persoalan melalui pembekalan beberapa model pengajaran yang sesuai, teknik-teknik pengajaran yang maju dan perisian yang releven dan pengurusan yang cekap.

Model pembelajaran ASSURE pula telah membahagikan pengajaran kepada 6 pembahagian dalam sesi pengajaran para guru. Pengagihan pertama ialah analisis pelajar yang menekankan peranan guru mengenalpasti terlebih dahulu ciri-ciri umum para pelajar sebelum memulakan sesuatu sesi pembelajaran. Penjelasan mengenai Model Assure akan dijelaskan oleh penulis pada halamn yang berikutnya.

Sehubungan itu, penyediaan Rancangan Persediaan Harian (RPH) yang berkesan hendaklah memenuhi haruslah memenuhi beberapa kriteria iaitu RPH tersebut haruslah sesuai dan sejajar dengan ciri-ciri keupayaan pelajar. Oleh itu, penggunaan model ASSURE dapat membantu guru menyediakan RPH yang berkesan dan sesuai dengan penerimaan pelajar.

1.1

MODEL ASSURE

Aplikasi model ASSURE mengandungi enam langkah yang dapat menjamin kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara langkah-langkah dalam model ASSURE ialah : 1. 2. 3. A S S Analyse learner (Analisis pelajar) State objective (Nyatakan objektif/ hasil pembelajaran) Select method, media and material (pilih keadah, media

dan bahan sumber) 4. U Utilize media and material (Gunakan media dan bahan

sumber) 5. 6. R E Require learner (Libatkan pelajar dalam pembelajaran) Evaluate and revise (nilai dan semak semula )

A - analyze learners (menganalisis pelajar)

Bagi langkah pertama iaitu menganalisis pelajar, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis oleh guru iaitu ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam proses menganalisis ciri-ciri pelajar, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan, budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciriciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jika pelajar berasal dari satu kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan bolehlah berasaskan unsur budaya etnik berkenaan.

Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid-murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada muridmurid. Oleh itu, guru perlu mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat

membina pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab.

Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan.

S - state objectives (menyatakan objektif)

Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus, guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Objektifobjektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas bagi memastikan aplikasi yang kan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati kehendak. Sebagai contoh : Siapa yang hendak mencapai objektif tersebut? Apa objektif yang hendak dicapai? Bagaimana objektif hendak dicapai dan berapakah ukuran tahap minimum yang hendak dicapai.

S - select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber)

Bagi langkah ketiga iaitu memilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua ialah format media yang dipilih. Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar, foto, slaid, audio, video serta video interaktif. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih, mengubah suai

atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

U- utilize media and materials (menggunakan media dan bahan)

Bagi langkah keempat iaitu menggunakan media dan bahan, persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

R - require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar)

Bagi

langkah

kelima

iaitu

penglibatan

pelajar

dalam

pembelajaran,

sesuatu

pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. Penggunaan gambar, gambar bersiri, video dan animasi dapat mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan aktif pelajar. Contoh penglibatan aktif pelajar adalah seperti membuat latihan, simulasi, perbincangan, latih tubi, kuiz, mengadakan sesi pemerhatian, perbincangan serta komen. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai, efektif serta menarik minat pelajar.

E - evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian)

Bagi langkah keenam iaitu melakukan penilaian dan pengubahsuaian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu, sesuatu sesi refleksi guru bersama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu. Ia adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran 4

agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah bagi menjawab persoalan-persoalan seperti : Adakah objektif akan tercapai? Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran? Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul? Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif?

1.2

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.2.1

Set Induksi

Bagi set induksi penulis telah menggunakan video sebagai media pengajaran. Berdasarkan kepada pemerhatian yang di buat oleh penulis, majoriti daripada murid-murid dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap video yang ditayangkan oleh guru. Hal ini kerana klip video yang dijadikan sebagai media pengajaran oleh guru telah memberikan pengalaman baru terhadap murid.

Penggunaan

media

pengajaran

yang

berkesan

akan

membantu merangsang

perkembangan minda murid . Secara tidak langsung guru telah memberikan murid untul berfikir perkaitan di antara klip video dengan tajuk pembelajaran.

Sehubungan itu, di dalam set induksi ini guru telah mengaplikasikan Pembelajaran konstruktivisme merupakan satu fahaman bahawa murid akan membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif dengan mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan baru secara pasif (Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad :2007 ).

Pembelajaran secara konstruktif ini berlaku dengan cara menggabungkan di antara pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk diproses oleh murid untuk mendapatkan pengetahuan baru. Pengetahuan baru ini akan lebih kekal dalam ingatan dan lebih bermakna kerana ia telah dijana dan dibina oleh murid sendiri melalui pengalaman dan pengamatan mereka (Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad :2007 ).

1.2.2

PENCAPAIAN OBJEKTIF (PELAJAR)

Pernyataan objektif atau hasil pembelajaran adalah penting sebagai hala tuju pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran-pembelajaran perlu menyatakan secara jelas dan khusus apa bentuk keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran merujuk RPH ini ialah ;

1)

Murid dapat menyatakan tiga peringkat penurunan Al-Quran dengan betul .

2) Murid dapat mengenal pasti tiga peringkat penurunan Al-Quran melalui aktiviti PDP dengan betul. 3) Murid dapat membaca lima ayat surah pertama yang diturunkan dengan betul.

Ketiga-tiga hasil pembelajaran tersebut dapat tercapai apabila guru telah memilih media pengajaran yang dengan tepat iaitu melalui video dan persembahan slaid power point.

Berikutan itu, melalui pemerhatian penulis, ketiga-tiga objektif tersebut lebih mudah untuk dicapai kerana penggunaan media pengajaran (power point) yang banyak menggunakan elemen-elemen animasi, warna yang menarik, tulisan yang sesuai dengan peringkat umur murid.

1.2.3

PEMILIHAN KAEDAH MEDIA DAN BAHAN SUMBER

Di dalam tugasan ini, kaedah media yang dipilih adalah tayangan video dan power point di mana guru menayangkan klip video kepada pelajar. Selain itu, guru juga menggunakan perisian power point untuk memberikan penerangan kepada pelajar.

Perisian power point adalah suatu software yang akan membantu dalam menyusun sebuah persembahan yang efektif, profesional, dan juga mudah. Power point akan membantu sebuah gagasan menjadi lebih menarik dan jelas tujuannya yang akan membantu dalam pembuatan slide, outline presentasi, menampilkan slide yang dinamis, termasuk clip art yang menarik, yang semuanya itu mudah ditampilkan di layar monitor komputer ( W.Patty , W.Rick & W.Faithe . : 1999). .

1: CARA PELAKSANAAN

Kebiasaanya sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkualiti adalah sangat berkaitan dengan isi kandungan kurikulum dan strategi pelaksanaan yang berkualiti. Tugasan untuk ini mempunyai dua cara perlaksanaan iaitu tayangan video dan slaid power point sebagai kaedah pengajaran.

a.

Memuat turun laman Youtube

Guru telah memuat turun klip video daripada laman web Youtube bagi klip video yang digunakan bagi set induksi. Sehubungan itu, seiring dengan perkembangan multimedia dalam pendidikan, video telah menjadi salah satu media yang popular di kalangan pendidik. Gabungan elemen mutimedia seperti teks, grafik, dan audio terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Biasanya pemilihan bahan bantu mengajar mempunyai hubung kait dengan strategi pemusatan bahan. Media pembelajaran seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses pembelajaran. Video adalah sebagai set induksi di mana ia mempunyai unsur grafik dalam bentuk gambar dengan diiringi muzik latar untuk menarik minat dan merangsang murid serta memberi semangat kepada murid.

2.0

KESIMPULAN

Teknologi Pengajaran yang merangkumi teori dan amalan berkaitan mereka bentuk, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran adalah sesuatu yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Dengan kemajuan dalam pembangunan dan dunia teknologi, teori serta amalan teknologi pengajaran turut sama berubah.

Atas faktor-faktor perubahan yang sedemikian para pendidik perlulah lebih berdaya saing dan sentiasa bersedia dengan ilmu dalam bidang yang dikhususkan. Di samping itu para pendidik juga perlu bersedia dengan ilmu-ilmu serta pengalaman yang lain bagi melahirkan seorang pendidik yang serba boleh.

Dengan Teknologi Pengajaran yang berperanan penting dalam menangani sebarang persoalan melalui pembekalan beberapa model pengajaran yang sesuai, teknik-teknik pengajaran yang maju dan perisian yang releven dan pengurusan yang cekap para pendidik akan lebih bersedia dengan profesion keguruan masing-masing.

Berbantukan Model pembelajaran ASSURE sesi dan kandungan pengajaran pendidik akan lebih baik, menarik dan lebih terancang lagi. Model ASSURE ini sudah pasti akan lebih membantu para pendidik dalam merncang proses pembelajaran sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran itu.

Kesimpulannya Teknologi Pengajaran dan Model ASSURE adalah satu kombinasi ilmu teknologi pengajaran dan satu teori pembelajaran yang sangat berkesan dalam sesi pengajaran dalam kelas. Para pendidik yang menggunakan kedua-dua kombinasi ini adalah tidak mustahil untuk menghasilkan satu sesi pembelajaran yang menarik pada para pelajar.

RUJUKAN

Abdul Sukor Shaari. (2011). Pedagogi : Dari Sekolah ke Institut Pendidikan Tinggi. Sintok: UUM Press. Shahabuddin bin Hashim, Rohizani binti Yaakub & Mohd Zohir bin Ahmad. (2007). Pedagogi : Strategi dan Teknik Pengajaran Berkesan. Kuala Lumpur : PTS P Profesional W.Patty , W.Rick & W.Faithe . (1999). Microsoft Power Point 2000 Proficient One Day Course. United Kingdom : Prentice Hall

Anda mungkin juga menyukai