Anda di halaman 1dari 2

BINA INSAN GURU FASA VI

Sinopsis

REFLEKSI

Kursus ini bertujuan meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan. Tumpuan kursus ini adalah berkaitan dengan perbengkelan, tema bengkel, mentadbir ujian post inventori Self Direction Search (SDS), inventori koflik, interpretasi dapatan ujian, refleksi, lawatan benchmarking, interaksi professional dengan guru cemerlang, ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang. Refleksi Program Bina Insan Guru semester 6 mencakupi aktiviti penandaarasan, bengkel, dan refleksi. Fokus aktiviti lawatan penandaarasan adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap kepentingan membina kualiti peribadi dan professional sebagai insane guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat, kepentingan hubungan komuniti dan peranan serta tanggungjawab guru dalam member perkhidmatan berkualiti dalam member perkhidmatan berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara. Program Bina Insan Guru kali ini bertujuan agar pelajar guru dapat menghayati dan mengaplikasikan pengurusan aspek seperti inovasi pedagogi guru cemerlang, amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang, sarta cirri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang. Beberapa orang guru cemerlang sekitar Pulau Pinang telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam dua sesi interaksi bersama pelajar guru. Antara guru cemerlang yang dijemput adalah Puan Krishnammah A/P Muniandy (Guru Cemerlang Kajian Sosial, SJK(T) Kulim), Encik Alias Bin Ismail (Guru Cemerlang Sains, SK Kuala Kupang), Puan Hazlinathoon Binti Said Ahamed (Guru Cemerlang Pemulihan, SK Jalan Hamilton), Encik Anuar Bin Haji Kassim (Guru Cemerlang Matematik, SK Bagan Jermal), dan Encik Lee Chai Huat (Guru Cemerlang Muzik, SMK Tunku Abdul Rahman).

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

WAJ3114

BINA INSAN GURU FASA VI

REFLEKSI

Guru-guru cemerlang ini telah dijemput mengadakan interaksi bersama pelajar guru dalam dua sesi. Sesi pertama adalah sesi Ceramah Guru Cemerlang mengikut opsyen. Sesi ini melibatkan pelajar guru mengikut opsyen masing-masing. Saya mengikuti ceramah yang diberikan oleh Puan Hazlinathoon Binti Said Ahamed. Melalui ceramah ini, pelbagai input yang berguna telah saya perolehi. Antara input yang paling bermakna apabila Puan Hazlinathoon menyedarkan kami mengenai tujuan kami memilih opsyen pemulihan sebagai major kami. Beliau menyedarkan kami peri pentingnya guru pemulihan yang dipandang enteng. Walaubagaimanapun, sesi ini seharusnya dilaksanakan dalam tempoh yang lebih lama. Tempoh masa dua jam yang diperuntukkan dalam sesi ini tidak mencukupi memandangkan terdapat pelbagai lagi pengalaman yang ingin beliau kongsikan bersama kami. Sesi kedua pula melibatkan sesi Bengkel. Sesi ini mengumpulkan semua guru cemerlang yang dijemput dan semua pelajar guru berlainan opsyen. Pelajar guru diberi peluang untuk berinteraksi bersama guru cemerlang dalam satu sidang pleno. Melalui sidang pleno ini, pelbagai perkara baru dapat saya perolehi. Antara perkara baru yang dapat saya prolehi ialah mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Guru Cemerlang, pengurusan aspek seperti inovasi pedagogi guru cemerlang, amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang, sarta cirri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang. Program Bina Insan Guru kali ini diharap dapat membakar semangat saya untuk menjadi salah seorang Guru Cemerlang satu hari nanti mengikut jejak langkah guru-guru cemerlang yang telah dijemput pada sesi kali ini. Disediakan Oleh, _________________________ (MUHAMMAD YUSOFF BIN SULAIMAN) 890528-14-5089 T3/S2 PEMULIHAN 2

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

WAJ3114

Anda mungkin juga menyukai