Anda di halaman 1dari 3

Pengamatan ialah hasil tindak balas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber lain.

Pengamatan ini berkaitan dengan keupayaan pancaindera untuk menerima rangsangan, kemudian mengutuskannya melalui sistem saraf ke otak untuk diproses. Otak akan melakukan proses mentafsir, menyimpan atau menyatakan rangsangan itu sebagai gerak balas melalui pertuturan ataupun perlakuan fizikal, atau kedua-duanya sekali. Proses ini sangat kompleks kerana ketepatan tafsiran yang dibayangkan oleh perlakuan atau pernyataan pertuturan bergantung kepada keadaan normal pancaindera, sistem saraf dan otak. Keupayaan ini pula bergantung pada pengalaman, emosi, situasi dan akidah atau keimanan seseorang.

Sekiranya gerak balas fizikal atau pernyataan pertuturan difahami oleh orang lain, maka pemahaman dan pembelajaran itu dikatakan berlaku. Oleh itu, kepekaan berlaku sekiranya rangsangan-rangsangan diterima oleh deria dan kemudian diutuskan ke otak untuk diproses sehingga mencetuskan makna, pemahaman atau pengetahuan yang diterima oleh perangsang dan masyarakat sekitarnya. Peringkat antara kepekaan dan pengetahuan inilah dikenali sebagai pengamatan.

Teori yang dijelaskan menunjukkan bahawa jika rangsangan diamati dengan sempurna, ia akan menjadi pengetahuan atau pelajaran. Peringkat pembentukan pengamatan menentukan kualiti pembelajaran. Di samping itu, perlu diingat bahawa bukan semua deria peka kepada rangsangan. Walau bagaimanapun deria lebih peka kepada ciri-ciri berikut:

i.

Perubahan

Rangsangan yang memperlihatkan perubahan warna, bentuk, saiz dan kedudukan lebih menarik minat deria. Umpamanya, cecair yang berwarna merah tiba-tiba bertukar menjadi jernih; kertas menjadi wang; yang kecil menjadi besar; yang miskin tiba-tiba menjadi kaya raya; atau yang hodoh menjadi cantik sudah pasti akan merangsang deria atau menarik perhatian.

ii.

Pergerakan

Rangsangan yang bergerak seperti tayangan gambar; jarum saat pada permukaan jam; atau cahaya pada lampu neon kelihatan bergerak lebih menarik minat deria daripada sesuatu yang tidak bergerak.

iii.

Saiz

Rangsangan yang bentuknya bersaiz besar ataupun terlalu kecil seperti yang terdapat pada papan tanda iklan (yang mudah dibaca) sudah tentu menarik perhatian seseorang.

iv.

Ulangan

Deria pendengaran lebih tertarik kepada rangsangan bunyi yang berulang-ulang, bergema atau laungan yang panjang.

v.

Kekuatan

Deria penglihatan lebih tertarik kepada warna yang garang, manakala deria pendengaran pula lebih tertarik kepada bunyi yang nyaring.

vi.

Set

Penglihatan atau pendengaran seseorang lebih cenderung kepada set atau himpunan objek atau nyanyian tertentu atribut-atribut yang ditetapkan. Umpamanya set abjad yang tidak dicampur adukkan dengan angka lebih sesuai daripada yang dicampur adukkan. Begitu jugalah dengan nyanyian yang dicampur adukkan tempo yang rancak dengan tempo yang perlahan.

vii.

Kontra

Keadaan yang kontra biasanya akan menarik perhatian seseorang. Umpamanya, sebuah bukit di tengah-tengah kawasan pamah kelihatan lebih menarik daripada

bukit

yang

sama

di

kawasan

bukit

bukau.

Ciri-ciri yang disebutkan di atas hendaklah dijadikan panduan semasa menyediakan alatan pembelajaran. Jika boleh tiap-tiap alat yang disediakan hendaklah mengandungi satu atau lebih dari segi ciri-ciri perubahan, pergerakan, saiz, ulangan, kekuatan, set dan kontra.

Sesuatu yang diamati atau sesuatu pengamatan akan diproses melalui pancaindera, saluran saraf dan seterusnya diproses di dalam otak. Dengan ini sudah semestilah kecenderungan atau kekuatan bahagian-bahagian yang dilalui tadi akan

mempengaruhi pengamatan seseorang. Oleh sebab itu, jika terdapat kecacatan pada salah satu bahagian tersebut, ini boleh menimbulkan salah pengamatan. Misalnya, orang yang cacat pendengaran, akan mengamati bunyi yang berlainan daripada orang yang pendengarannya normal. Begitu juga dengan kecacatan deria penglihatan, sentuhan, bau dan rasa. Kecacatan deria ini bukan merupakan dua ekstrem seperti pekak dan dengar; buta dan celik. Antara kedua-dua ekstrem ini terdapat tahap kecacatan seperti:

Dengar Separuh dengar Hampir tidak dengar Terlalu tidak dengar Pekak

Masalah mungkin timbul kepada orang yang sejak dilahirkan telah mengalami keadaan tidak dengar. Dia akan menganggap pengamatan semua orang adalah serupa dengan pengamatannya. Dia tidak sedar bahawa dia sedang mengalami kecacatan deria. Oleh yang demikian apa yang diamatinya dianggap betul dan jika dikatakan salah dia akan berasa hairan dan mungkin juga marah, walaupun sebenarnya pengamatannya tercelaru akibat kecacatan deria yang ringan.

Anda mungkin juga menyukai