Anda di halaman 1dari 9

2.

0 Pengenalan Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu sistem pendidikan yang sangat berkesan bagi melihat pencapaian murid-murid. Pengajaran adalah satu aktiviti bagi membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Oleh itu, guru-guru perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuandan pencapaian murid. Selain itu, guru-guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Melalui ujian, guru-guru dapat mengesan perkembangan murid-murid. Ujian merupakan satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Sebagai seorang guru, kita pasti melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian akademik murid-murid. Oleh itu, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) sangat penting untuk ujian pencapaian akademik muridmurid. Dengan adanya adual Spesifikasi Ujian boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif yang perlu dicapai oleh murid-murid. Selain itu, guru-guru pasti dapat memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan murid-murid kita. Oleh itu, guru-guru haruslah membina Jadual Spesifikasi Ujian seawal yang mungkin. Selepas item dibina dan ujian sudah digubal, guru-guru perlu membuat analisis terhadap item dan ujian tersebut untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item dapat membolehkan guru menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya. Selepas membuat analisis item, guru juga perlu membuat analisis ujisn bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis-analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian.

2.1Langkah-langkah Pembinaan Ujian

Terdapat langkah langkah yang telah disusun dengan teratur sebelum membina ujian agar guru boleh melaksanakan ujian dengan baik. Langkah-langkah tersebut ialah:

1. Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian 2. Menulis item atau soalan ujian 3. Menyemak item atau soalan ujian 4. Menilai item atau soalan ujian 5. Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item atau soalan

Sebelum membina item atau soalan, guru perlu menyediakan

Jadual

Spesifikasi Ujian dahulu supaya ia dapat mengelakkan ujian dibina dengan sesuka hati. Ini juga dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian dan juga dapat menjadi panduan kepada penggubal soalan.

2.3Jadual Spesifikasi Ujian Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk

menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan keutuhan.

2.4 Langkah Pembinaan JSU Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah : langkah pembinaan JSU

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga

diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan

kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

2.5 Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa walaupun dibina oleh pembina soalan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.

TAKSONOMI BLOOM

3.0

KONSEP TAKSONOMI BLOOM

Konsep Taksonomi bloom Menitikberatkan aspek kognitif atau

pengetahuan

yang bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Melalui konsep Taksonomi Bloom soalan akan di buat dalam pelbagai aras bagi menguji tahap berfikir pelajar. Terbahagi kepada tiga domain yang besar iaitu aspek kognitif,aspek afektif dan aspek psikomotor.

3.1

ARAS TAKSONOMI BLOOM

a. Aras Pengetahuan

Ciri soalan melalui aras pengetahuanTaksonomi Bloom memerlukan calon mengingat semula jawapan. calon peperiksaan akan menggunakan bahasa asal untuk mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas. Istilah yang biasa digunakan dalam aras ini ialah namakan, labelkan,nyatakan dan terangkan.

b. Aras Kefahaman

Aras kefahaman dalam Taksonomi Bloom memerlukan calon memahami fakta dengan menghuraikannya. Calon juga akan diminta untuk memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri untuk mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain. Melalui aras kefahaman, calon diminta untuk menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri. Calon peperiksaan juga akan menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah yang biasa digunaka dalam aras ini ialah pilih, terangkan dan tulis semula .

c. Aras Aplikasi

Ciri soalan dalam aras aplikasi memerlukan calon untuk memahami fakta dan menghuraikannya serta memberi contoh atau ilustrasi dengan menggunakan bahasanya sendiri. Melalui aras aplikasi calon akan menggunakan maklumat dalam sistuasi baru termasuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori formula dan membina graf daripada data. Istilah yang biasa digunakan dalam aras ini ialah selesaikan, ramalkan, cari, tunjukkan,susunkan ,demontrasikan ,gunakan dan selesaikan.

d. Aras Analisis

Aras analisis memiliki ciri soalan yang memerlukan calon untuk memecahkan fakta yang diberi kepada bahagian atau elemen supaya pertalian di antara mereka dapat diperjelaskan iaitu sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil seperti bezakan fakta daripada pendapat,kaitan kenal di antara bahagian dan kenali struktur organisasi.Istilah yang digunakan dalam aras ini ialah

bezakan,huraikan,jelaskan

Dalam aras ini seseorang menggunakan fakta,maklumat dan pengalaman yang ada untuk menyatakannya,menjadi laporan,alasan,pelan atau penghujahan yang teratur dan sistematik dengan cara menyepadu, mencantumkan menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, dan membuat klasifikasi.

Antara Istilah yang digunakan dalam aras ini ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang berlaku.

e. Aras Sintesis

Dalam aras ini memerlukan calon menyepadu,mencantum idea menjadi satu dengan menggunakan usaha sendiri, menyelesaikan masalah,membuat ramalan dan membuat klasifikasi.

Antara

istilah

yang

biasa

digunakan

untuk

aras

sintesis

ialah

binakan,hasilkan,susunkan dan kembangkan.

f. Aras Penilaian

Memerlukan

kepada

penulisan

yang

logik

dan

sistematik,

kaedah

penyelidikan yang sah, interpretasi data yang logik, dan pertimbangan Yang adil.Oleh itu seseorang perlu memecah-mecahkan fakta yang diberi kepada

bahagian-bahagian atau elemen-elemen supaya pertalian di antara mereka dapat diperjelaskan Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.Istilah yang biasa digunakan dalam aras ini ialah pertimbangkan,taksirkan,tentukan,rumuskan dan buktikan .

3.2

MEMBINA ITEM SOALAN UJIAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

3.2.1 Item ujian Objektif 1) Aras pengetahuan

Anda mungkin juga menyukai