Anda di halaman 1dari 2

KANAK-KANAK

Masalah kanak-kanak yang hilang bukanlah sesuatu perkara yang baru. Kes kanak-kanak hilang sesungguhnya sering "meniti dari bibir ke bibir" kebanyakkan anggota masyarakat di negara kita. Hal ini membuktikan bahawa nilai murni dan akhlak dalam diri manusia yang terlibat dalam penculikkan kanak-kanak semakin terhakis. Oleh itu, perhatian yang serius hingga ke "akar umbi" perlu diberikan agar wujud kesedaran masyarakat untuk membasmi gejala ini. Persoalan yang sering timbul apabila terdapat kes kanak-kanak hilang adalah kenapakah masalah ini masih lagi timbul pada alaf ini? Sebenarnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kes kanak-kanak hilang ini berlaku.

Realitinya, memang tidak dinafikan bahawa kehilangan kanak-kanak ini adalah disebabkan oleh sifat manusia yang kejam dan "tidak berhatiperut". Orang yang melakukan penculikan itu bertujuan untuk memuaskannafsunya. Terdapat berita kehilangan kanak-kanak diculk dan dirogol oleh manusia yang bertopengkan syaitan. Apakah dosa kanak-kanak ini sehingga ada orang yang sanggup melakukan perkara yang keji ini.

Faktor lain yang menyebabkan kehilangan kanak-kanak ini berlaku disebabkan oleh kelalaian ibu bapanya sendiri. Sikap ibu bapa yang tidakmengambil berat tentang keselamatan anak-anak mereka amat menyedihkan kita. Hal ini demikian kerana, ibu bapa yang asyik sibuk dengan kerjaya, sanggup membiarkan anak-anak mereka pergi dan pulang ke rumah seorang diri dari sekolah. Selain itu, sikap ibu bapa yang leka dengan membiarkan anak-anak menunggu lama di hadapan sekolah seorang diri mendedahkan mereka kepada bahaya. Perkara sebegitu boleh mengundang kepada berlakunya penculikan ini.

Faktor lain yang menyebabkan berlakunya kes kehilangan kanak-kanak, iaitu sikap kanakkanak itu sendiri yang suka keluar seorang diri tanpa memberitahu ibu bapa mereka terlebih dahulu. Mereka menganggap bahawa mereka boleh menjaga diri apabila berada di luar dan berani berhadapan dengan sesiapa sahaja. Kanak-kanak ini hanya tahu keseronokan di luar tanpa mengetahui risikonya. Selain itu, kanak-kanak ini terlalu mudah dan cepat mempercayai orang yang baru dikenali oleh mereka. Mereka juga berani mengikut orang yang tidak dikenali keranadisogokkan dengan ais krim dan gula-gula. Perkara sebegini memudahkan kanak-kanak itu diculik.

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kanak-kanak hilang ini? Antara langkah yang perlu diambil adalah dengan menguatkuasakan undang-undang. Pihak

kerajaan perlulah mengambil inisiatif dengan mengenakan hukuman yang berat dan denda yang tinggi terhadap pesalah. Sebagai contohnya, hukuman gantung sampai mati perlu dikenakan kepada pesalah itu. Perkara ini akan menakutkan pesalah dan sedikit sebanyak dapat menginsafkan orang yang hendak melakukan penculikan. Dengan cara itu, masalah ini dapat dikurangkan dan rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman tanpa rasa takut untuk memberikan kebenaran kepada anak mereka untuk bermain di luar rumah.

Langkah lain ialah peranan ibu bapa amat penting untuk mengurangkankes ini. Ibu bapa haruslah sentiasa menasihati dan mengajar anak-anaksupaya tidak mengikut orang yang tidak dikenali walaupun diberikan gulagula atau sebarang pemberian. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak supaya menjerit dan menangis dengan sekuat hati apabila dipaksa mengikut arahan orang yang tidak dikenali. Selain itu, ibu bapa harus menasihati anak-anak mereka supaya tidak keluar rumah seorang diri. Dengan perkataan lain, ibu bapa harus memainkan peranan dengan menemani anak-anak ke manamana sahaja mereka pergi untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Dalam konteks ini, peranan media juga penting untuk menangani masalah ini. Media massa harus memaparkan iklan-iklan tentang kanakkanak ini untuk dijadikan pedoman oleh ibu bapa supaya mengawasi anakanak mereka. Media massa perlu memaparkan hukuman yang akan dijalanioleh pesalah yang melakukan penculikan kanak-kanak ini supaya merekatakut dan kembali ke pangkal jalan. Hal ini demikian kerana, penculik iniakan sentiasa menonton televisyen untuk mendapatkan perkembangan dan berita tentang penculikan ini tersebar supaya mereka dapat menyembunyikan diri di tempat yang tidak diketahui oleh orang. Jadi, mahu tidak mahu, mereka akan menonton iklan tentang usaha untuk membenteras kegiatan penculikan kanak-kanak yang sedikit sebanyak dapat menakutkan mereka.

Masalah jenayah ini mencerminkan kerapuhan pegangan nilai-nilai murni dan etika masyarakat kita. Oleh itu, iltizam. yang tinggi amat diperlukan oleh anggota masyarakat bagi menjayakan usaha-usaha kerajaan untuk memerangi dan menghapuskan masalah penculikan kanakkanak yang berlaku di negara kita agar perkara ini tidak menjejaskan imej masyarakat Malaysia. Sekiranya langkah ini tidak dititikberatkan sudah tentu masalah penculikan kanak-kanak ini sukar untuk dibanteras. Oleh itu, semua pihak perlu "berganding bahu" untuk memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa terjamin

Anda mungkin juga menyukai