Anda di halaman 1dari 2

SUMBER : http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/07/media-pengajaran.

html

Media Pengajaran
Konsep Media dan Media Pengajaran. Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara. Maksud asal merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.

Heinich (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi. Pervicel dan Elington (1984) Membahagikan media kepada dua: Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan Perkataan bercetak, filem, pita, pring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya. Pelbagai Saluran Komunikasi Media Surat khabar, radio dan televisyen

Reiser dan Gagne (1983) Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Guru, pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

Konsep media menurut Torkleson a) Mesej: lsi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.

b) Bentuk Mesej: lbagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.

c) Saluran Mesej: lperalatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD dan sebagainya.

SUMBER : http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/07/media-pengajaran.html

Media Pengajaran Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar sebagai media pengajaran. Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu pengajaran.

Definisi Media Pengajaran. lMedia pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

Fungsi Media Pengajaran (MP) Kelebihan MP 1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej, adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan. Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik. 2. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh; i.Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. ii.Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography. iii.Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau pun lisan. iv.Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll. v.Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan. 3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi, akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri

Anda mungkin juga menyukai