Anda di halaman 1dari 11

Prinsip-prinsip Asas Kemoralan

Prinsip-prinsip Asas Kemoralan terbahagi kepada 3, iaitu;

Autonomi (Autonomous)

Altruisme
Nagel, Thomas (I970) menjelaskan perkataan altruisme sebagai sesuatu sikap atau perbuatan yang; - menyenangkan orang lain, - memanfaatkan dan - prihatin terhadap orang lain. Oleh itu, altruis (altruist) ialah orang yang pemurah, atau dermawan.

Beliau juga berpendapat bahawa untuk memperoleh sifat altruism dalam diri sendiri, seseorang individu mesti iuga bersifat;

Empati

Bersifat terbuka & percaya akan orang lain

Bertoleransi & boleh menerima orang lain

Keadilan
Istilah keadilan (justice) berasal daripada perkataan Latin Justus yang bermaksud law/ right. Kini disebut sebagai justice. Menurut Kamus Dewan, keadilan bererti; - sifat (orang, perbuatan, tindakan, keputusan, undang-undang, hukuman dan lain-lain) - yang wajar atau berpatutan, - tidak memihak kepada mana-mana (apabila memutuskan sesuatu dan sebagainya).

Konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan & kelakuan yang adil terhadap;

Diri sendiri & orang lain

Tidak merugikan diri & orang lain.

Melayan semua orang dengan cara yang saksama

Contohnya, dalam aspek pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan.

Keadilan penting dalam penilaian moral kerana prinsip ini amat berkaitan dengan pemikiran atau pentaakulan. Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, individu tersebut akan sentiasa berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun. Ini secara langsung membawa individu tersebut utk mengawal dirinya daripada unsur-unsur yang buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan dan sebagainya.

Perbezaan antara prinsip etika altruisme & keadilan:


Altruisme Keadilan

Altruisme adalah satu sifat yang bukan sahaja amat mulia tetapi terlalu mulia.

Keadilan adalah sesuatu perkara (perbuatan, kelakuan & tindakan) yang rasional

Autonomi
Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya.
Maksudnya, seseorang individu tersebut bebas untuk membuat apa yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa yang dirasakannya baik. Ia adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan (yang ingin dibuat) atau paksaan (yang perlu diketepikan).

Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli. Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil.

Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara-perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain. Contoh penyalahgunaan konsep autonomi; - Sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu yang berkepentingan kepada diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai