Anda di halaman 1dari 11

KAEDAH FONETIK Latihan Membaca Frasa dan Ayat

DEFINISI FONETIK
Fonetik adalah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. (Raminah Haji Sabran (1984) Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan) Fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. (Arbak Othman (1983)) Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.(Dr. Lufti Abas (1985))

Kaedah Frasa
Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa ialah unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini akan dapat menarik lebih banyak minat pelajar terhadap cerita yang ringkas. Frasa yang bermakna boleh dihasilkan dengan dua atau tiga perkataan yang mudah seperti: Ini kasut, Ini baju. Itu beg.

Frasa-frasa ini pula dipanjangkan untuk membentuk ayat-ayat mudah. Semasa mengajar guru akan memilih frasafrasa yang sesuai dan pengulangan perkataan digalakkan agar memudahkan murid mengingati dan membaca. Proses pengajaran dilaksanakan secara berperingkat yakni daripada yang senang kepada yang susah. Sebagai contoh teknik berasaskan gambar

Kaedah Ayat
Murid terlebih dahulu diperkenalkan dengan kalimat atau ayat-ayat pendek yang bermakna. Guru akan membacakan satu kalimat beberapa kali. Murid mengulangi kalimat yang disebut guru. Kemudian kalimat itu akan dicerakinkan kepada perkataan, suku kata dan huruf. Contohnya ialah teknik menggunakan buku cerita dan teknik berasaskan pengalaman

TEKNIK-TEKNIK LATIHAN MEMBACA FRASA DAN AYAT

Teknik berasaskan gambar.


Guru menunjukkan gambar kepada murid. Minta murid sebutkan apa yang terdapat dalam gambar. Ajar murid menulis dan membaca perkataan yang disebutnya tadi.

Teknik menggunakan buku cerita.


Pilih satu cerita yang disukai oleh kanakkanak. Bacakan cerita tersebut. Minta kanak-kanak sebutkan perkataanperkataan yang mereka ingati daripada pembacaan tadi. Tuliskan perkataan tersebut. Ajar kanak-kanak mengeja perkataan yang dipilihnya tadi.

Teknik berasaskan pengalaman kanakkanak


Guru membuat brainstorming kepada murid mengenai pengalaman mereka. Jika murid minat untuk melukis minta murid melukis di atas kertas. Jika tidak cukuplah dengan mendengar dan menulis semula cerita tersebut. Guru menulis cerita yang diceritakan oleh kanak-kanak menggunakan ayat asal kanakkanak.

Guru bacakan cerita kepada kanak-kanak. Kanak-kanak cuba membaca cerita yang dibuatnya sendiri. Oleh kerana teks yang digunakan adalah dari kanak-kanak maka ianya mudah diingati oleh mereka Kemudian fokus kepada perkataan demi perkataan untuk dicerakinkan.

Teknik buku serba guna


Selepas P&P, murid dipanggil seorang demi seorang ke meja guru. Atas tunjuk ajar guru, murid diminta mengisi tempat kosong untuk membina ayat berdasarkan gambar yang disediakan. Murid diminta membaca dan menyebut ayat tersebut. Sekiranya ayat yang disebut itu salah kedudukan perkataannya, maka murid diminta sekali lagi menyusun dan menyebut perkataan yang betul semula. Melalui bahan ini juga, guru boleh melaksanakannya dari meja ke meja murid-murid untuk lebih kefahaman.

Anda mungkin juga menyukai