Anda di halaman 1dari 11

http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-membaca.

html

MASALAH MEMBACA
TAJUK 6: MASALAH BACAAN PENGENALAN Masalah membaca di kalangan murid sekolah bukanlah perkara luar biasa lagi walaupun mereka telah mengikuti pembelajaran bacaan terutamanya dalam pelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca adalah merentas semua mata pealajaran dan kelemahan dalam kemahiran membaca akan menyebabkan pencapaian rendah dalam pelajaran di sekolah . Adalah menjadi tugas guru mengesan kelemahan membaca muridnya dan seterusnya menjalankan pengajaran pemulihan bacaan dengan segera. Berbagai-bagai kaedah dan teknik mengajar bacaan boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Kaedah dan teknik mengajar bacaan yang digunakan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan membaca murid. Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan jenis kesalahan bacaan, punca masalah membaca, dan seterusnya kaedah-kaedah mengajar bacaan Bahasa Melayu. Bagi mengajar kanak-kanak berkeperluan khas, guru hanya perlu sesuaikan kaedah-kaedah ini dengan keupayaan murid-murid.

OBJEKTIF Pada 1. 2. 3. akhir mengenal menjelaskan menghuraikan tajuk pasti ini, jenis-jenis punca-punca kaedah-kaedah anda seharusnya masalah masalah mengajar bacaan membaca dapat: , , membaca

MASALAH

MEMBACA

Masalah

Bacaan

Strategi

Pengajaran

Kemahiran

Membaca

Jenis Masalah Punca

Masalah dalam

Bacaan memahami

Kaedah Kaedah Khas masalah

Mengajar Pemulihan

Bacaan Bacaan Membaca

6.1

Masalah

Bacaan

Masalah bacaan di kalangan pelajar sekolah sekarang mendapat perhatian umum. Kerisauan tentang masalah ini bukan hanya pada ibu bapa dan guru-guru sahaja malah sudah hingga ke peringkat pemimpin tertinggi negara . Berbagai-bagai usaha telah dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah, negeri, dan peringkat nasional. Satu usaha terbesar yang dilaksanakan adalah KBSR yang

bermatlamatkan kecemerlangan pendidikan sekolah rendah, dan diikuti dengan KBSM di sekolah menengah. Namun selepas fasa pertama KBSM,didapati ramai pelajar kita yang masih gagal menguasai 3M. Hakikat ini diakui dalam seminar Kebangsaan KBSR pada 1989 yang merumuskan; Pelaksanaan Program Pemulihan KBSR tidak mencapai tahap terdapat sebilangan kanak-kanak asas 3M hingga ke peringkat di peringkat dan Pengayaan dalam kelas yang dijangkakan menyebabkan tidak dapat menguasai kemahiran tahap II persekolahan rendah dan persekolahan menengah.

Keadaan ini amat menakutkan apabila semakin ramai pelajar kita yang gagal membaca walaupun sudah memasuki sekolah menengah. Sebagai usaha untuk memulihkan masalah bacaan murid di sekolah randah, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pprogran Kelas Intervensi Membaca dan Menulis atau KIA2M.

6.1.1

Jenis

Masalah

Bacaan

Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. Antara a) masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah seperti berikut: (omission)

membuang/meninggalkan

Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti; Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai Buku itu tebal.

Manakala meninggalkan imbuhan adalah seperti mengandungi disebut mengandung dan sebagainya. b) Ulangan (repetition)

Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap. c) Gantian (substitute)

Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat. d) Bunyi buah seperti Saya rojak. e) Huruf, Contoh perkataan, atau Tambahan huruf atau perkataan ditambah semasa disebut buwah. Manakala penambahan suka makan rojak. dibaca sebagai Saya membaca, perkataan sangat suka (insertion) misalnya berlaku berikut; makan

Pembalikan frasa dibaca secara terbalik atau

(reversals) songsang. ;

Bala disebut laba, manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu juga dengan pembalikan frasa. f) Tidak kenal huruf

Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanakkanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanakkanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna. g) Salah tidak tidak Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tahu membunyikan sesuatu huruf bermakna lagi dalam sebutan tidak mengenal huruf atau sehingga sesuatu perkataan konteks ayat berkenaan.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah seperti berikut: a) b) membatang suku kata terlebih bacaan tersekat-sekat iaitu dahulu sebelum perkataan dapat menyebut perkataan seluruh perkataan, tidak lancar,

demi

dan

c) teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya, d) e) f) membaca terlampau cepat atau gopoh lambat dengan selesa seperti kepada, dan dekat tanpa menghiraukan atau jari tanda bacaan,

membaca menunjuk

terlampau perkataan

merangkak-rangkak, ketika mata, atau bahan membaca, membaca, mengerut sebagainya, blurring, bacaan, dan langsung.

g) tingkah dahi, h) i) j) k) Suara

laku yang tidak menggeleng terlalu mata mengelak tidak

mengelip-ngelip dan jelas dengan aktiviti membaca

perlahan terlalu

tidak

kedudukan cuba

daripada boleh

Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.

Latihan: Berdasarkan masalah-masalah bacaan di atas, berikan beberapa contoh masalah atau kesalahan bacaan yang kerap dilakukan oleh kanak-kanak.

6.2

Masalah-masalah

dalam

Memaham

Bacaan

Selain masalah bacaan nyaring, kanak-kanak juga menghadapi masalah memahami apa yang dibaca. Masalah tidak memahami isi bahan bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. Guru dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus petikan, dan sebagainya. Antara masalah dalam kefahaman bacaan adalah:

i) gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap,

berkaitan dengan dan sebagainya,

ii) tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat Panjatlah lagi pokok itu. yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok, iii) gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca, iv) lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca, v) gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca,

vi) tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca, vii) tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.

Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Masalah pemahaman kanak-kanak boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi, menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where, when,why, dan how).

Latihan: Apakah kepentingan membuat peta semantik, carta alir, dan carta organisasi. Berikan contoh untuk menjelaskan jawapan anda.

6.3

Punca

Masalah

Membaca

Punca masalah membaca adalah rumit dan sukar hendak ditentukan secara khusus. Namun Guy L.B. dan rakan-rakannya (1994) telah membahagikan punca masalah membaca kepada tiga faktor besar , iaitu : i. ii. iii. Faktor Faktor kognitif persekitaran, fizikal bahasa pendidikan Fizikal

Faktor Faktor emosi,

dan dan

Faktor fizikal yang mempengaruhi masalah bacaan adalah seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah neurologikal seperti kerosakan otak (serebral palsi, aphasia, terencat akal, dll), dan bermasalah kesihatan (epilepsi, masalah jantung, kurang zat

makanan Faktor

yang Kognitif

serius, dan

dll). Bahasa

Kanak-kanak yang tahap kecerdasannya rendah dan yang terencat akal akan menghadapi masalah dalam bacaan yang serius. Selari dengan masalah ini ialah tahap kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca menjadi sangat sukar. Manakala faktor bahasa melibatkan bahasa penerimaan (receptive language) yang melibatkan keupayaan semantik dan sintaksis. Faktor Emosi, Persekitaran, dan Pendidikan

Masalah membaca kebiasaannya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Masalah penyesuaian mungkin berpunca daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan kanak-kanak kecewa dan menjejas emosi mereka. Faktor persekitaran bagi kanak-kanak yang kurang beruntung seperti tidak mendapat kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga, dan sebagainya akan menjejas pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca. Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak, mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan teknik pengajaran yang kurang berkesan, dan sebagainya.

6.4

Strategi

Pengajaran

Kemahiran

Membaca

Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik pengajaran bacaan yang telah kita pelajari dan kita gunakan untuk membantu murid yang tidak dapat membaca dengan baik. Sebenarnya semua kaedah dan teknik itu boleh digunakan dengan berkesan Semuanya bergantung kepada cara kita merancang strategi pengajaran dan melaksanakannya ke atas murid berkenaan. Perkara terpenting adalah murid-murid ini perlu diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas bacaan terlebih dahulu supaya pemerolehan kemahiran membaca mereka menjadi mantap. Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini kelak akan membantu mereka menguasai kemahiran bacaan seterusnya Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. Terdapat beberapa kaedah mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu yang sesuai dengan binaan perkataan Bahasa Melayu yang terbentuk melalui gabungan suku kata.

6.5

Kaedah

Mengajar

Bacaan

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan beberapa kaedah mengajar bacaan kepada kanakkanak. Antara kaedah yang sering digunakan adalah: iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Kaedah pandang Kaedah Kaedah Kaedah Kaedah pelbagai Kaedah Kaedah abjad/huruf perkataan fonik/bunyi Bunyi-kata VAK VAKT Fernald Gillingham

Kaedah

sebut/seluruh Gabungan deria -

Kaedah

Abjad/huruf

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contoh: Memperkenalkan huruf Memperkenalkan huruf vokal a, Menggabungkan huruf konsonan dan vokal Membentuk perkataan daripada suku kata Seterusnya membentuk rangkai kata a z e, i, o, u ba, be, bi, bo, bu ba + tu batu dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca.

Kaedah

Pandang

dan

sebut/Kaedah

Seluruh

Perkataan

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

Kaedah

Fonik/bunyi

Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. [ [ [ b t ba ] ] ] + + + [ [ [ta a a ] ] ] = = = [ kepada perkataan [ [ ba ta bata ] ] ]

Kaedah ( Dari

nama

gabungan huruf

dan

bunyi bunyi

kata )

Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory).

Contoh; i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut. ii. a iii. iv. Guru Murid Guru menyebut mengulangi menyebut bunyi perkataan menyebut huruf dan perkataan kemudian dan dan menyebut bunyi bunyi nama huruf. huruf. huruf.

v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf. vi. Murid (terjemahkan vii. Murid membaca apa huruf yang menulis huruf yg telah ditulisnya, ditulis kepada bunyi mata tertutup untuk iaitu membunyikan huruf yang boleh didengar). dapat merasakan huruf itu

dengan

Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut; i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan). ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.

6.6

Kaedah

Khas

Pemulihan

Bacaan

Terdapat segelintir kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang serius dan memerlukan kaedah bacaan khas untuk mengajar mereka seperti kanak-kanak Disleksia, kanak-kanak pemulihan, dan kanak-kanak berkeperluan khas (PKBP). Antara kaedah bacaan yang akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah seperti kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan kaedah Gillingham, dan semua kaedah ini digolongkan sebagai pendekatan kinestetik.(Margaret, Lynne, Janet, 1989).

Kaedah

VAK

Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu pelajar : i. ii. iii. iv. perkataan menyebut cuba menulis perkataan membandingkan hasil VAK ini diulang-ulang memerhati yang itu tulisan perkataan berdasarkan dengan perkatan dapat hendak dipelajari itu ingatannya, dan perkataan asal dengan betul.

Prosedur

sehingga

ditulis

Kaedah (Multisensory Kaedah ini

Membaca

Pelbagai Reading sebagai kaedah

Deria

VAKT Method) bermaksud;

dikenali

VAKT

yang

V A K T

kinesthetic tactile

visual audio ( (

(penglihatan) (pendengaran) pergerakan ) sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran dan berdiri atas Premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah sepeerti berikut: kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 ( menggunakan krayon ) Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu - Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain. Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ; v. lihat vi. dengar guru vii. menyebut viii. dengar huruf ix. rasa pergerakan otot semasa x. rasa permukaan huruf xi. lihat pergerakan tangan xii. dengar sendiri huruf yang surihan (V) (A) huruf (A) yang disebut (A) membuat surihan huruf (K) dgn hujung jari (T) semasa tracing (V) disebut semasa membuat (A) sebut huruf huruf

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih perinci oleh tokohtokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

Kaedah

Fernald

Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943, 1988) untuk membantu kanakkanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu. Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi, ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi, iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

Peringkat

pengajaran

dalam

kaedeah

Fernald

adalah

seperti

berikut:

Peringkat

1:

- Guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas. - Pelajar surih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A). Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) . - Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh. Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat

2:

- Pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut. Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan. Peringkat 3:

- Pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks). - Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.

Peringkat

4:

- Pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataanperkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari. - Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa pelajar dan kaedah VAKT. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:

i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan, ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,dan

iii. hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.

Kaedah

Gillingham

Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970 AN difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum) Kaedah Gillinghammenumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.

Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf huruf. Enam kesatuan asas itu adalah: i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu. ii. A-V (Auditory-Visual). Bunuyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja. iii. A-K (Auditory Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis. iv. K-A (Kinesthetic Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut. v. V-K (Visual Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.

vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.

Langkah-langkah Langkah Langkah Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan Dgn Guru Bila menggunakan menyebut sudah Soalan mahir, guru kad nama guru latih huruf menyebut , tubi, dan bunyi Apakah tunjuk murid huruf satu huruf

pengajaran; 1: kepada sebutan murid huruf murid. guru

mengikut dan bunyi

mengikutnya ini? 2:

mengikut

huruf.

- Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] . Guru mengguna kan strategi ejaan lisan Langkah Murid Guru menyurih guru menulis ikut tulisan mula huruf guru, dengar, dan pandang, menerangkan dan membunyikan tulisan 3: bentuknya. huruf itu.

memperkenalkan

sambung.

Setelah huruf

murid

mahir

10

huruf

(konsonan menjadi

dan

vokal),

mereka

mengadun hurufperkataan.

Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

Latihan: Bezakan antara kaedah abjad dengan kaedah fonik dalam mengajar bacaan.

6.7

Kesimpulan

Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan sematamata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berke[perluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

Rumusan 1. Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak dapat dilihat melalui aktiviti bacaan nyaring, manakala aktiviti bacaan senyap hanya dapat dilihat melalui aspek bacaan kefahaman. 2. Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk oleh murid-muridnya kerana tingkah laku berkenaan menghadapi masalah 3. Guy membaca bahasa, tingkah tersebut laku yang ditunjukkan menunjukkan murid dalam bacaan.

L.B. dan rakan-rakannya (1989) telah membahagikan punca masalah kepada tiga faktor besar , iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan dan faktor emosi, persekitaran, dan pendidikan ini perlu supaya diajar menguasai kemahiran-kemahiran asas pemerolehan kemahiran membaca mereka bacaan menjadi

4. Murid-murid terlebih dahulu mantap.

5. Pengajaran membaca kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan strategi yang pelbagai. Guru tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah dan teknik tertentu sahaja kerana kerana penerimaan seseorang kanak-kanak terhadap perkara yang diajar adalah berbeza antara satu sama lain. 6. Kaedah VAK, kaedah VAKT, kaedah Fernald, dan digolongkan sebagai pendekatan kinestetik dan hanya mengajar bacaan bagi kanak-kan ak yang mengalami masalah bacaan yang kaedah Gillingham digunakan untuk

Anda mungkin juga menyukai