Anda di halaman 1dari 22

KONSEP PENJAJAHAN DAN IMPLIKASINYA TERHADAP PEMBANGUNAN MASYRAKAT PLURAL DI MALAYSIA

Pengenalan Alam Melayu telah mengalami pluralisme budaya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Hal ini berlaku apabila adanya interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab praa-Islam, Hinduisme, Buddhisme Arab Islam dan Eropah (Portugis,Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia ini telah mewujudkan fenomena sosial di Alam Melayu yang digelar fenomena kepluralitian budaya.

Pengertian Pluralisme adalah ideologi yang menyamaratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Masyarakat pluraliti pula berlaku apabila wujudnya kepelbagaian bangsa dan agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi, tanpa paksaan dan fleksibel. Berlainan dengan masyarakat pluralistik, di mana mereka merupakan masyarakat yang wujud hasil daripada kepelbagaian bangsa dan agama di suatu tempat pada satu masa secara yang dirancang dan bercirikan paksaan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

1. PLURALISME BUDAYA ALAM MELAYU

Kewujudan pelbagai etnik di Alam Melayu telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Masyrakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya. Mereka datang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan dan kedatangan mereka turut disertai bersama oleh ahli keluarga. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk, alam sekitar, sistem sosial, politik dan agama. Mereka juga turut berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan dan mengamalkan pemakaian baju kebaya dalam kehidupan mereka. Indianisation merujuk kepada proses pengaruh agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara. Tamadun awal Alam Melayu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Hindu dan Buddha. Namun begitu, menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Hinduisme dan Buddhisme tidak banyak mempengaruhi masyarakat Melayu. Namun, tidak dinafikan kewujudan pengaruh Hinduisme dan Buddhisme dalam adat dan seni budaya masyarakat Melayu. Sebagai contoh, watak-watak wayang kulit yang menggunakan nama-nama Hindu seperti Ramayana, Hanuman dan Sita Dewi. Penggunaan bunga manggar dan bunga telur serta adat bersanding dalam masyarakat melayu diambil daripada kebudayaan India. Terdapat konsep-konsep yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu (raja dan kerajaan) dan Sanskrit (negeri atau negara). Sistem

pemerintahan di Alam Melayu awalnya diadaptasi daripada astrologi Hindu melalui perlantikan pegawai kerajaan secara berangka seperti Orang Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua. Masyrakat Melayu diterapkan dengan pemikiran bahawa raja ialah anak tuhan dan perlu dipatuhi dan ditaati. Kebesaran raja-raja dapat dilihat melalui pembinaan candi-candi besar seperti yang terdapat di Borobudur, Indonesia. Pembentukan masyrakat pluralistik selepas kedatangan orang Eropah berbeza berbanding dengan zaman sebelum kedatangan mereka. Orang Cina dan India dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh British untuk memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka. Sebagai contoh,

orang Cina digalakkan membuka lombong-lombong bijih timah dan emas. Mereka datang ke Tanah Melayu tanpa disertai keluarga, dan kedatangan mereka adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan ekonomi-politik British. Oleh itu, asimilasi budaya dan cara hidup antara kaum etnik tidak berlaku. Namun begitu, kehidupan yang harmonis antara kaum tetap terus wujud dalam bentuk akomodasi sosial. Keharmonian ini terus berkekalan sehingga ke hari ini. Sebelum kedatangan penjajah British, ilmu pengetahuan dalam Alam Melayu lebih banyak berasaskan epistemologi bercorak metafizik yang merujuk kepada ilmu bersumberkan alam ghaib. Alam ghaib ialah alam bukan material yang wujud diluar pengalaman pancaindera manusia. Antaranya dapat dilihat dalam amalan perubatan perdukunan atau perbomohan menggunakan jampi serapah ketika berinteraksi dengan makhluk alam ghaib untuk mengubati sesuatu penyakit. Kedatangan Briish telah mengubah epistemologi metafizik yang bersifat bukan material kepada epistemologi fizikal bersifat rasional atau saintifik. Ia merupakan pembuktian sesuatu pengetahuan menerusi pancaindera yang dipertingkatkan dengan alat saintifik seperti mikroskop dan sebagainya. Epistemologi ini kemudiannya memperkenalkan ilmu, konstruksi sosial, perbendaharaan kata, idiom, peta, banci, muzium dan kategori etnik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

2. KEMUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU: KESULTANAN MELAKA

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu berada pada zaman keemasan. Melaka digelar The Venice of The East berikutan menjadi pusat tumpuan perdagangan dari seluruh dunia. Melaka merupakan pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara. Faktor-faktor yang menyumbang kepada zaman kegemilangan Melaka adalah pemerintahan yg sistematik, perdagangan, kebudayaan dan kependudukan. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh. Para pegawai istana tidak hanya terdiri daripada orang Melayu tetapi terdapat juga kaum lain seperti India. Jawatan-jawatan yang diwujudkan seperti Temenggong, Bendahara, Laksamana dan Shahbandar mempunyai peranan penting dalam melaksanakan sistem pemerintahan Melaka dengan teratur. Melaka mendapat perlindungan Cina dengan bantuan Laksamana Yin-Ching yang melawat Melaka pada 1403. Dari aspek perdagangan, kedudukan geografi Melaka yang strategik terletak di kawasan laluan perdagangan iaitu Selat Melaka yang juga terkenal sebagai spice route telah menarik ramai pedagang untuk menjalankan urus niaga di Melaka. Melaka telah menjadi pusat

pelabuhan yang sibuk kerana sistem pemerintahan terbuka, kemudahan dan sistem pelabuhan yang cekap. Panglima dan laksamana yang proaktif dalam menjalankan tugas memastikan Melaka selamat daripada ancaman perompak dan lanun seperti wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Dari segi kebudayaan dan kependudukan, proses penghijrahan yang bebas dan semulajadi tanpa paksaan mewujudkan kepluralitian dalam masyarakat yang di antaranya terdiri daripada para pedagang dari Arab, India, Cina, Eropah dan negara-negara lain. Imigran tidak memerlukan pengenalan diri untuk masuk ke Melaka. Mereka berakomodasi dengan masyarakat tempatan seperti masyarakat Cina dan orang tempatan seterusnya mewujudkan masyarakat baru yang dikenali sebagai masyarakat Baba.

3. PENJAJAHAN DAN KEWUJUDAN MASYARAKAT PLURALISTIK

1. Masyarakat Plural Masyarakat plural sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di satu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua- dua istilah masyarakat plural membawa maksud `satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat pluralistik muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok- kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Dalam memahami intipati masyarakat plural yang menumpukan Semenanjung Malaysia sahaja, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat plural. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat pluralistik. Penggunaan istilah masyarakat pluralistik itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak British. Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun. Di sini kita akan mengupas kewujudan masyarakat pluralistik di Malaysia melalui penjajahan kuasa asing.

4. PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU 4.1 JENIS-JENIS PENJAJAHAN: IMPERIALISME DAN KOLONIALISME

Penjajahan di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu Imperialisme dan Kolonialisme. Penjajahan berbentuk Imperialisme merupakan penjajahan secara fizikal. Contohnya, penjajah mengaut kekayaan muka bumi seperti bijih timah dan emas demi kepentingan negara mereka sendiri. Imperialisme British membawa masuk buruh dari China dan India untuk mengusahakan lombong dan ladang getah. Manakala penjajahan Kolonialisme pula dapat ditakrifkan sebagai penjajahan secara fizikal dan juga mental. Ianya dapat dilihat apabila penjajah memperkenalkan sistem sosial, politik, dan agama mereka kepada penduduk tempatan. Kolonial British berjaya menjajah dan mengawal kehidupan masyarakat peribumi yang ramai dengan jumlah mereka yang hanya sedikit. Portugis dan Belanda menekankan penjajahan berbentuk Imperialisme di dalam misi-misi kedatangan mereka. Inggeris pula menggunakan senjata serampang dua mata dalam misi-misi kedatangan mereka iaitu penjajahan berbentuk Imperialisme dan Kolonialisme.

4.2 KEDATANGAN PENJAJAH KE TANAH MELAYU a) Kedatangan dan serangan Portugis ke Melaka Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham Sultan telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran 800 orang Portugis dan 600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika itu.Pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka.

b) Rampasan takhta oleh Belanda Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun 1606 - Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka. Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

c) Pendudukan British Di Tanah Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergolakan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British.

Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negerinegeri Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan, perladangan dan pembangunan bandar-bandar kecil. Tanah Melayu yang pada ketika itu kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja.Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.Masyarakan Melayu pula ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Penghijrahan orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Sementara kemasukan orang India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke- 19 dimana berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi. Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.

d) Pendudukan Jepun di Tanah Melayu Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga turut memberi Kesan serba sedikit terhadap pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu.Dari segi pentadbiran , satu wilayah pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Pulau Pinang , Melaka , Perak , Pahang , Selangor , dan Negeri Sembilan. Sementara itu negeri Perlis , Kedah , kelantan , dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada tahun 1945 , dengan tujuan membalas jasa Siam.

5. PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK ZAMAN PENJAJAHAN

Pembentukan masyarakat pluralistik pada zaman penjajahan dapat diterangkan dalam tiga bahagian, iaitu prinsip, sistem dan struktur serta dasar pentadbiran yang diperkenalkan oleh penjajah British di Alam Melayu. British telah mengamalkan prinsip epistemologi iaitu pemisahan antara negara dan agama. Hal ini berlaku kerana semasa kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu, Eropah turut mengalami perubahan yang sama. Ilmu pengetahuan akhirnya terpisah kepada dua, iaitu agama dan sains moden akibat daripada pertelingkahan antara para agamawan dan saintis di Eropah. Oleh itu, masyarakat secara umunya telah terpisah kepada dua: pihak yang menyokong agama dan pihak yang menyokong sains moden. Ilmu yang berasaskan sains moden mendapat sokongan kuat daripada penduduk Eropah dan akhirnya agama menjadi anutan individu sahaja. Hal ini kerana ilmu sains mempunyai sifat sarjawagat yang boleh menyatukan manusia dengan kefahaman yang sama dan membolehkan manusia hidup secara aman, sebaliknya agama hanya dianggap sebagai penyumbang kepada perselisihan pendapat dalam kalangan manusia yang akan membawa kepada pergaduhan dan peperangan. Oleh itu, ilmu sains telah menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia. Penjajah British telah menguasai pentadbiran negara manakala hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah penguasaan sultan. Malah, merekan turut memperkenalkan sistem pentadbiran berdasarkan pengagihan kuasa, iaitu kehakiman, eksekutif dan perundangan. Setiap pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh bercampur aduk. Keadaan ini berbeza dengan sistem pemerintahan zaman sebelum kedatangan British, di mana tiada pengasingan kuasa berlaku kerana Raja dan Sultan mempunyai kuasa mutlak. Kedatangan penjajah British telah membawa kepada dasar ilmu kolonial yang berasaskan sains moden yang bersifat rasional dan saintifik dan sekaligus mencorakkan dasar-dasar pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan penjajah. Sistem pentadbiran telah dipisahkan antara negara dan agama. Manakala ekonomi yang pada mulanya berasaskan pertanian sara diri, akhirnya kepada sistem ekonomi perindustrian dan perdagangan (sistem ekonomi kapitalis). Manakala dari segi pendidikan pula, dwi-sistem telah diperkenalkan, iaitu pendidikan agama dan pendidikan sekular.

10

6. PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Sebelum tahun 1848, majoriti penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu. Pada abad ke-19, berlakunya perkembangan perusahaan bijih timah dan perusahaan getah pada awal abad ke-20. Maka berlakulah penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi jumlah penduduk Melayu. Akhirnya, wujudlah masyarakat majmuk berbilang kaum di Tanah Melayu yang mengamalkan kebudayaan masing-masing dan mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan. Kaum Melayu, Cina dan India hidup dalam keadaan yang harmoni serta mempunyai persefahaman dan hubungan yang baik. Hal ini terbukti apabila mereka sama-sama berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Terdapat juga kaum dan suku lain di Malaysia. Antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut dan Suluk di Sabah. Kedatangan orang Cina di Sabah adalah hasil daripada pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang menggalakan penghijrahan masuk orang Cina di lading getah dan tembakau. Bilangan penduduk Cina di Sabah telah meningkat daripada 27,801 orang pada tahun 1911 kepada 50,056 orang pada 1931. Manakala di Sarawak pula, kaum Bumiputera yang utama ialah Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau. Pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak telah menggalakkan kemasukan Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan pelombong dan telah meyebabkan peningkatan dalam bilangan penduduk Cina di Sarawak, kira-kira 5000 orang pada thaun 1871 kepada 123,626 pada tahun 1939.

11

7. IMPLIKASI

PENJAJAHAN

EROPAH

TERHADAP

PLURALITI

MASYARAKAT MALAYSIA

7.1

Politik

Kesan penjajahan eropah terhadap kewujudan pembentukan pluraliti masyarakat majmuk di Malaysia dapat dilihat dengan jelas dari segi aspek politik sama ada dari segi perundangan mahupun pentadbiran. Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasar-dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka. Iainya berbeza sama sekali dengan sistem dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan diguna pakai di tanah melayu. Ini dapat dibuktikan melalui perubahan epistemologikal yang besar iaitu dari segi perpisahan diantara agama dan negara. Kesannya ialah pemerintahan negara telah dikawal secara keseluruhan oleh penjajah, bagaimanapun segala perkara berhubung dengan agama dan adat istiadat telah diberi kuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri. Selain itu, wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman. Sebelum penjajahan eropah, sistem pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada adalah dibawah kuasa mutlak raja-raja. Malahan, perubahan didalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa; eksekutif, legislatif dan juga kehakiman telah diteruskan didalam operasi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini. Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh. Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun

12

1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi merancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Di samaping itu, wujudnya undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk

memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932, orangorang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat pribumi. Namun, selepas merdeka, politik Malaysia menjurus kepada konteks politik domestik, demokrasi telah berjalan dengan lancar terutamanya pada pilihan raya umum (1955) kerana kaum Melayu, Cina, India telah bersatu untuk mendapatkan kemerdekaan daripada British. Melalui kesepakatan antara kumpulan-kumpulan etnik ini, maka terbentuk satu pakatan parti iaitu Perikatan. Iainya terdiri daripada United Malays National Organisation (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya menjadi Barisan Nasional(BN). Titik permulaan kejayaan BN bermula

13

apabila BN mengamalkan sikap saling bertolak-ansur dan kerjasama antara kumpulan-kumpulan etnik yang lain justeru pembangunan negara. mambuka peluang kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada

7.2

Perlembagaan Perlembagaan merupakan panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di negara

Malaysia. Perlembagaan tokoh-tokoh melayu yang berlandaskan kepada kontrak sosial merupakan persetujuan antara kaum-kaum yang lain. Sebelum kedatangan Inggerish, Tanah Melayu mengamalkan kontrak sosial ,dan iainya terbahagi kepada 2 peringkat. Pada peringkat pertama, berlaku pada zaman pluraliti, iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja. Janji taat setia ini juga diistilahkan sebagai waad. Kontrak sosial pada peringkat kedua pula berlaku pada zaman pluralistik, hasil daripada penjajahan British, dimana mereka berjanji untuk memberikan kemerdekaan dengan syarat orang Melayu bersetuju untuk menerima kedatangan orang bukan Melayu dan memberikan taraf kerakyatan disamping hak istimewa orang bukan Melayu. Pada masa yang sama, orang bukan Melayu juga bersetuju dengan peruntukan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Sehubungan dengan itu, terbentuklah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee- CLC) Selepas memperoleh kemerdekaan, sistem perlembagaan berubah kepada Federalisme berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia). Perlembagaan Malaysia berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan beberapa perubahan telah dibuat untuk memudahkan proses penyertaan Sarawak, Sabah dan Singapura ke dalam Malaysia. Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara dan telah menjadi asas kepada kontrak sosial dan juga pembentukan parti politik.

14

7.3

Ekonomi Dasar ekonomi yang diamalkan oleh British ialah dasar ekonomi bebas , laissez faire.

Kesan amalan ini telah mewujudan sistem ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan ladang. Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja didominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu tradisional. Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi aktiviti perlombongan,perkilangan,dan perkhidmatan. Ketidakseimbangan antara etnik jelas dilihat dalam sektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja.Sebagai contoh, separuh daripada etnik Melayu yang terlibat dalam sektor ketiga adalah sektor kerajaan (polis). Manakala dalam sektor swasta pula dimonopoli oleh etnik Cina dalam bidang pengangkutan, perniagaan, dan kewangan. Etnik India pula terlibat dengan sektor perkhidmatan awam, pengangkutan awam (kereta api) ,perniagaan dan kewangan.

15

Melalui ketidakseimbangan ini, wujudnya permasalahan ekonomi terutamanya dari segi jurang pendapatan dan juga pencetus kepada peristiwa 13 Mei 1969. Oleh hal yang sedemikian, selepas merdeka, kerajaan telah cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan

memperkenalkan langkah pembangunan berencana, antaranya ; i. Rancangan oramerdeka iaitu meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (19561960) ii. Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) iii. iv. v. Dasar Ekonomi Baru Dasar :Pembangunan Negara Wawasan 2020

16

7.4

Sosial Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentuk melalui

proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela untuk menjalani kehidupan serta mencari kekayaan. Kehidupan di Tanah Melayu yang berlandaskan kebebasan dan tanpa paksaan telah mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman itu. Mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan secara sukarela. Ini dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat tempatan yang melahirkan masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinan campur telah berlaku antara mereka tetapi mereka masih lagi mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu. Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterima oleh penduduk tempatan dengan hati yang terbuka. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihat daripada imigrasi penduduk Cina dan India ke Tanah Melayu yang digalakkan oleh British untuk kepentingan ekonomi mereka. Oleh kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperuan ekonoi British, maka interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masingmasing. Namun begitu, kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetap menjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini

17

7.5

Pendidikan Sistem pendidikan adalah elemen yang penting bagi sesebuah negara untuk menuju

kearah pembangunan masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Oleh itu, sistem pendidikan juga harus dilaksanakan dengan sewajarnya dan dijalankan mengikut kesesuaian dan keperluan masyarakat sejagat. Sebelum penjajahan berlaku di Tanah Melayu, sistem pendidikan lebih menjurus kepada penguasaan dan pengkajian ayat-ayat kitab Al-Quran, iaitu pendidikan Islam diutamakan. Sebarang permasalahn mengenai isu agama diselesaikan melalui perbincangan dan rujukan daripada imam dan para guru agama. Pendidikan Islam mula berkembang dengan kewujudan sekolah-sekolah pondok dan madrasah sebagai tempat mendapat pendidikan. Namun sewaktu zaman penjajahan British, terdapat empat pendidikan aliran yang berlainan iaitu, aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Disamping itu, tiga peringkat pendidikan diadaptasikan di Perseketuan Tanah Melayu ketika itu. Pertama, pendidikan British rendah dan menengah yang dihadiri oleh anak-anak bangsawan Melayu, dan hartawan Cina dan India. Kedua, sekolah melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British untuk menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka namun British membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Quran. Ketiga, sekolah vernakular Cina dan India. Kewujudan sekolah vernakular telah menyebabkan masyakat Melayu, Cina dan India mempunyai kepentingan tersendiri terutama untuk kaum masing-masing dan bagi aliran pendidikan Cina dan India, kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasinya berkiblatkan negara asal mereka. Laporan Barnes 1950 telah menjadi penggerak perubahan kedudukan pendidikan orang Melayu kerana telah bangkit kesedaran semangat nasionalisme selepas tamat Perang Dunia II pada tahun. Mengikut Laporan Barnes 1950, kewujudan sekolah vernakular tidak menyumbang ke arah perpaduan kaum, di mana antara syor Jawatankuasa Barnes adalah sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil hendaklah dibubarkan dan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja, iaitu sekolah kebangsaan. Tetapi masyarakat Cina merasa kedudukan mereka tergugat dan atas desakan kaum mereka sendiri, juga kerana terhasilnya Laporan Fenn-Wu 1951. Perubahan pendidikan sentiasa berlaku ketika itu kerana kehendak rakyat perlu dipenuhi bagi

18

menjamin perpaduan dan kesejahteraan negara. Pembentukan Ordinan Pelajaran 1952 adalah untuk mengatasi impak daripada hala tuju Laporan Barnes 1950 dan Laporan Fenn-Wu 1951 yang berlainan matlamat.

Walaubagaimanapun, semasa era pascamerdeka sistem pendidikan telah berubah corak baru yang berorientasikan unsur-unsur tempatan. Pendidikan kebangsaan dibentuk untuk keseragaman kukirikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. Usaha kearah ini telah dilakukan semenjak sebelum merdeka lagi apabila dua laporan iaitu Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960). Matlamat kedua-dua laporan ini adalah menggunakan satu bahasa pengantae tunggal iaitu bahasa melayu.

Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberi perhatian oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal demikian menjadikan dasar-dasar penting dalam Laporan Razak 1956 dan laporan Rahman Talib 1960 yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan melalui Akta Pendidikan 1961. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris masih lagi digunakan sebagai bahasa rasmi. Walaubagaimanapun, pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 atas prinsip : i. Sekolah pelbagai aliran dan sistem pengajaran dalam bahasa ibunda masingmasing dibenarkan. ii. Sekolah Cina dan India wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata pelajaran. iii. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang lain berteraskan Malaysia dan iv. Bukan lagi berteraskan negara Cina dan India.

Semasa rancangan Malaysia kedua, iaitu 1971-1975, rancangan pendidikan negara ditumpukan pada tiga bidang, iaitu: (1) menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara, (2) memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara

19

mengenai tenaga rakyat, dan (3) memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi moden. Bagi mencapai rancangan itu, strategi untuk melaksanakannya disediakan, iaitu melaksanakan Bahasa Malayu sebagai bahasa pengantar utama disemua sekolah secara berperingkat, mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang pelajaran di antara kawasan dan antara kaum melalui pembinaan sekolah dan kemudahan sekolah di luar bandar, dan meningkatkan mutu pelajaran. Pada tahun 1983, kerajaan Malaysia telah wujudkan rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk dilaksanakan di semua sekolah rendah seluruh negara; dan tahun 1989 kerajaan melaksanakan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di semua sekolah menengah seluruh Malaysia. Kedua-dua KBSR dan KBSM mempunyai objektif yang sama, iaitu sebagai alat perpaduan kaum dan negara.

20

8. KESIMPULAN Pluraliti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat Malaysia namun ianya juga bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk diakhiri terutama sekali dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia yang masih kaya dengan adat budaya kaum masing-masing. Perpaduan dan gabungan tiga kaum yang terbesar di negara ini terutamanya pada zaman darurat yang memerlukan kaum-kaum utama bersatu padu dan bekerjasama dalam bidang politik telah memberi peluang besar etnik-etnik di Tanah Melayu untuk menilai hubungan etnik ketika itu. Perpaduan seperti ini telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan masih lagi kekal hingga kini. Kewujudan etnik-etnik yang berasingan kekal sehingga penjajah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu dan memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa. Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa peribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.

21

9. RUJUKAN

1. Joginder Singh Jessy .1964. History of Malaya (1400-1959). Penang . United Publishers & Peninsular Publications.

2. Shamsul Amri Baharuddin. 2011. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam, Selangor. UPENA. 3. J. Kennedy, M.A . 1967. History of Malaya A.D 1400-1959. New York. St Martins Press Inc.

4. http://www.scribd.com/doc/13097947/Sejarah-Kewujudan-Masyarakat-Majmuk-DiMalaysia, Penjajahan dan Kewujudan Masyarakat Majmuk.

5. http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-3-pluralistik-zt1042-presentation/download, Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia.

6. http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf,

Mior

Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin. Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional.

22

Anda mungkin juga menyukai