Anda di halaman 1dari 17

Program

SK Selekoh 2013

PENGENALAN
MEMUPUK MINDA MASA DEPAN
Projek ini membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya mencari jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK merupakan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

LAPAN PROSES PEMIKIRAN


Lapan Proses Pemikiran dibangunkan melalui alat berfikir visual, iaitu Peta Pemikiran yang memudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian.

LAPAN PETA PEMIKIRAN


MENDEFINASIKAN MENGIKUT KONTEKS Peta Bulatan membantu aktiviti sumbang saran dan menyenaraikan semua yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka. Sebagai contoh, jika mahu berkongsi idea tentang sistem suria, tulis perkara yang muncul dalam fikiran dalam lingkungan bulatan luar.

LAPAN PETA PEMIKIRAN


MENERANGKAN Peta Buih membantu menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata adjektif kualiti, sifat atau ciri supaya boleh menerang dan memahami sesuatu dengan lebih baik. Sebagai contoh, jika mahu memahami tumbuhan Refflesia dengan lebih baik, senaraikan kata adjektif yang menerangkannya dalam bulatan-bulatan yang berada di sekitar.

LAPAN PETA PEMIKIRAN


MEMBANDING BEZA Peta Buih Berganda membantu menyenaraikan persamaan dan perbezaaan antara dua perkara atau idea supaya dapat membezakan kedua-duanya dengan membanding dan membeza. Sebagai contoh, jika mahu membandingkan kapal terbang dan keretapi, senaraikan persamaan antara kedua-dua jenis sistem pengangkutan tersebut dalam bulatan-bulatan di tengah manakala perbezaan pula disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.

LAPAN PETA PEMIKIRAN


MEMBUAT PENGELASAN Peta Pokok membantu menyusun maklumat supaya berada dalam kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran besar secara menyeluruh. Sebagai contoh, jika mahu menyusun senarai makanan yang berbeza, kelaskan butiran yang sama dalam kumpulan yang sama dan labelkan kumpulankumpulan tersebut.

LAPAN PETA PEMIKIRAN


URUTAN Peta Alir membantu menyenaraikan langkahlangkah yang terlibat dalam sesuatu proses supaya dapat memahami apa yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu. Sebagai contoh, jika ingin tahu langkah-langkah untuk bersiap sedia ke sekolah, tulis langkahlangkah yang perlu diambil dan susun dalam urutan yang harus diikuti.

LAPAN PETA PEMIKIRAN


SEBAB DAN AKIBAT Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk mengubahnya. Sebagai contoh, jika ingin mengetahui kesan-kesan kerosakan gigi dan sebab perkara ini berlaku, senaraikan perkara-perkara yang menyebabkan kerosakan gigi di sebelah kiri dan kesan kerosakan gigi si sebelah kanan.

LAPAN PETA PEMIKIRAN


ANALOGI (HUBUNGAN YANG SAMA, MENCARI FAKTOR PENGHUBUNG)
Peta Titi membantu menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkara-perkara di dunia yang mempunyai hubungan yang serupa (analogi). Sebagai contoh, jika ingin mengetahui hubungan antara haiwan dengan anaknya, mulakan dengan menamakan haiwan dan anaknya, yang anda tahu, kemudian senaraikan pasangan-pasangan yang lain.

MAKLUM BALAS

Pasukan Pemandu
Program Sekolah Kebangsaan

Selekoh

Tuan Haji Misran bin Taib PJK.

Noor Azri bin Mohd Nazaruddin.

Nanda Kishore a/l Applanaidu.

Noor Zairiah binti Kharis.

Anda mungkin juga menyukai