Anda di halaman 1dari 2

Bismillahhirrahmanirrahim Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis Yang Amat Berhomat .., Ahli Parlimen P.177 Beaufort.

Yang Berusaha , Yang Berusaha ., Yang dihormati., Ketua-ketua kampung, pemimpin-pemimpin masyarakat dan persatuan belia, tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudari yang saya hormati Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1 Belia 1 Malaysia Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadirat Ilahi kerana dengan kasih dan limpahNYA, dapatlah kita bersama-sama dalam majlis penutupan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Parlimen P.177 Beaufort bagi tahun 2014 anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.177 Beaufort dengan Kerjasama Persatuan Belia Sepakat Menumbok. Saya amat mengalu-alukan Yang Berhormat Dato Timbalan Menteri Wanita yang dapat bersama sama dengan kita pada hari ini. Di sebalik kesibukan tugas, YB Dato dapat juga mencuri masa untuk hadir. Kami rasa berbesar hati dan ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan prihatin YB Dato terhadap kami. Bagi pihak Persatuan Belia Sepakat, saya yakin dengan kehadiran YB Dato, akan dapat menyemarakkan lagi semangat belia-belia dan masyarakat-masyarakat di Kg Menumbok ini untuk melibatkan diri dengan aktif dalam program-program belia. Untuk pengetahuan YB Dato Persatuan Belia Sepakat Menumbok ini baru sahaja ditubuhkan pada 09 Disember 2013 dengan kekuatan ahli hanya seramai 25 orang Alhamdulillah dalam beberapa bulan kebelakangan ini ramai belia-belia di Kampung Menumbok ini mendaftarkan diri untuk menjadi ahli Persatuan Belia Sepakat Menumbok. Untuk pengetuhuan YB Dato Tujuan menubuhkan persatuan Belia Sepakat ini adalah dengan satu matlamat untuk menegah dan mengelakkan belia-belia di kawasan kampung daripada membuat perkaraperkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah seperti budaya melepak yang berleluasa kebelakangan ini, kutu-rayau dan pelbagai lagi masalah-masalah social yang lain. Penubuhan Belia Sepakat ini juga mempunyai beberapa Objektif dan matlamat antaranya : i) Untuk menggalakkan dan membudayakan belia dalam aktiviti berpersatuan. ii) Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawal seliaan daerah, negeri dan kebangsaan. iii) Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang paras, warna kulit, asal usul bahasa, bangsa, agama dan kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota. iv) v) Selain itu, saya juga sebagai pengerusi persatuan memohon dari pihak YB Dato agar dapat membantu Persatuan Belia di daerah Kecil menumbok ini untuk bergiat aktif berpersatuan samada dari segi sumbangan dana ataupun mewujudkan bangunan khas untuk belia-belia di Menumbok ini berpersatuan. Di dalam bangunan itu terdapatnya pejabat-pejabat persatuan belia, bilik mesyuarat, caf dan mini gymnasium untuk persatuan-persatuan belia bergiat aktif di dalamnya bagi mengisi masa-masa yang terluang. Saya juga ingin mengajak belia-belia di kampung menumbok ini untuk bersama-sama dengan saya dan memasuki persatuan belia ini bagi bersama-sama kita menjalankan aktiviti-aktiviti berpersatuan secara sihat dan berkumpulan.

Hadirin hadirat sekalian, Tujuan Kejohanan ini dianjurkan juga adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada belia-belia sekalian agar dapat meningkatkan keyakinan dan jati diri masing-masing di dalam melahirkan minat di dalam bidang sukan. Kejohanan yang dianjurkan ini sangatlah bermakna dan mampu member impak yang positif kepada belia-belia setempat agar dapat membina keyakinan diri untuk merebut kejuaraan di dalam kejohanan bola sepak 9 sebelah. Dengan komitmen yang tinggi daripada semua pihak, saya berharap program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Akhir kata, izinkan saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada YB Dato, dif-dif jemputan, perserta-perserta bola sepak, belia-beliawanis, dan penduduk-penduduk kampung di atas menghadiri dan meramaikan majlis Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah ini yang telah berlangsung pada 29, 30 Mac dan 04 April. Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pihak khususnya kepada penduduk persertaperserta bola sepak dan penduduk-penduduk kampung amatlah dialu-alukan dan dihargai. Sebelum mengundurkan diri, saya amat berharap program ini dapat dijalankan pada tahun-tahun berikutnya. Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai