Anda di halaman 1dari 2

JURAlDA BlNTl JARlAH

SMK MAJlDl BARU 2,


JALAN KANGKAR TEBRAU LAMA,
8l200, JOHOR BAHRU,
JOHOR.
PENGARAH,
BAHAGlAN PENGURUSAN SEKOLAH HARlAN,
ARAS 3 & 4, BLOK E2, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBlRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.
26 MAC 20l4
(u/p: Dato Haji Mazlan bin Mohamad D.S.A.P, D.l.M.P)
Dato,
RAYUAN PENEMPATAN SEMULA DAN MEMOHON PERTUKARAN GURU KE NEGERI
SELANGOR
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas,
2. Saya seperti nama di atas merayu agar diberi penempatan semula dan
memohon pertukaran ke negeri Selangor kerana saya menghadapi masalah kesihatan yang
kronik. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya disahkan menghidap 'pituitary adenorma' iaitu
ketumbuhan di bahagian otak. Keadaan ini semakin serius kerana sejak bertugas di SMK
Majidi Baru 2, saya pernah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah kerana demam panas
yang teruk. lni disebabkan oleh tekanan yang saya hadapi iaitu berjauhan dengan suami
dan menetap seorang diri di Johor Bahru tanpa mempunyai saudara-mara. Hal ini
menyulitkan saya sekiranya saya tidak sihat dan memerlukan rawatan doktor. Saya terpaksa
ke klinik seorang diri sambil menahan kesakitan yang dialami.
3. Tujuan saya membuat permohonan pertukaran adalah untuk memudahkan
saya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Putrajaya kerana sejak dari tahun 20l0 lagi
saya mendapatkan rawatan Pakar Endokrin di Hospital Putrajaya. Mengikut doktor pakar di
sana, tiada lagi doktor Pakar Endokrin di hospital di negeri Johor ini kerana mereka masih
berkursus di Hospital Putrajaya. Memandangkan masalah kesihatan saya agak serius,
doktor Pakar Endokrin meminta saya untuk terus membuat rawatan susulan di Hospital
Putrajaya dan saya perlu menjalani ujian MRl untuk memastikan keadaan kesihatan saya
tidak lama lagi di lnstitut Kanser Negara, Putrajaya. Keadaan ini menyulitkan saya kerana
terpaksa berulang-alik dari Johor Bahru ke Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. Saya
telah mengambil cuti rehat khas dan cuti sakit untuk mendapatkan rawatan. lni merugikan
saya dan pihak sekolah kerana ianya mengganggu tugas hakiki saya di sekolah.
Kebelakangan ini juga saya sering mengalami masalah kesihatan berikutan keadaan cuaca
yang tidak menentu. Hal ini membimbangkan suami dan keluarga saya di kampung kerana
saya di sini menyewa seorang diri.
3. Selain itu juga, saya mengalami kecederaan di lutut akibat terjatuh semasa Kursus
Bina lnsan Guru yang dianjurkan oleh pihak UPSl pada l4 Januari 20l3. Akibat kecederaan
itu saya tidak boleh berjalan seperti dahulu dan tidak dapat menaiki tangga dengan baik
kerana sakit di bahagian lutut. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya terpaksa menahan
kesakitan yang amat sangat sekiranya terpaksa menaiki tangga di sekolah dan saya tidak
dapat menjalankan aktiviti yang berat kerana tidak dapat berjalan dengan baik. Saya juga
kepenatan apabila banyak bergerak. Saya pernah mendapatkan rawatan di Hospital Klang
pada tahun 20l3 tetapi tidak dapat berjumpa dengan Pakar Ortopedik kerana kekangan
masa kerana saya sedang menjalani praktikum di SMK Pendamaran Jaya, Klang.
4. Saya merayu untuk ditukarkan ke negeri Selangor kerana berdekatan dengan
tempat kerja suami saya. Suami saya kakitangan swasta yang tidak boleh berpindah ke
mana-mana dan sangat mengharapkan agar saya dapat berkhidmat di negeri Selangor
memandangkan saya sering mengalami masalah kesihatan dan seorang diri di sini. Untuk
pengetahuan pihak tuan, kami telah berkahwin selama 5 tahun dan masih belum
dikurniakan cahaya mata, dan lebih menyedihkan lagi apabila kini kami terpaksa berjauhan
lagi. Kami amat berharap agar dapat hidup bersama berdekatan suami dan isteri.
5. Bersama-sama ini juga saya lampirkan bersama surat doktor dari Pakar
Endokrin Hospital Putrajaya dan surat pengesahan majikan suami saya untuk perhatian
pihak tuan.
Saya amat berharap pihak tuan dapat meluluskan permohonan saya ini. Saya memohon
maaf kepada pihak tuan di atas segala kesulitan kerana rayuan pertukaran ini. Kerjasama
daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang Benar,
(JURAlDA BlNTl JARlAH)

Anda mungkin juga menyukai