Anda di halaman 1dari 14

TUJUAN DAN PRINSIP-PRINSIP PENGAKAP

Falsafah Pengakap Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu dari segi in telek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan . Tujuan Untuk melatih dan menggalakkan perkembangan Rohani, Jasmani, Akal dan Pergaulan di kalangan generasi muda supaya berpeluang mengambil bahagian dalam Pembangunan Masyarakat untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Prinsip-Prinsip Menghayati ketaatan kepada Tuhan; Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia serta mengelakkan diri daripada bersifat kejam; Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekelilingnya. Undang-Undang Undang-undang perlu diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih anggota pengakap patuh pada peraturan, khususnya pada PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip-prinsip ini merupakan suatu nilaian yang positif. Dasar Keagamaan Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun Agama masing-masing; Anggota pengakap perlu menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya; Pemimpin menggalakkan anggota bawahannya untuk membuat ibadat mengikut kepercayaan masing-masing.

Kewarganegaraan Mengingatkan keperibadian sebagai berbudi pekerti yang baik, berhemah tinggi dan berpotensi; Seorang yang baik dan sanggup berkorban untuk mempertahankan maruah; Menghormati ibu bapa, keluarga, pemimpin bagi membentuk keperibadian; Bersopan santun, berbudi bahasa dan lemah lembut; Mematuhi Perlembagaan Negara dan memupuk semangat perpaduan. Cara-Cara Berpengakap Keanggotaan secara sukarela untuk berpakaian seragam dalam sebuah pasukan; Mematuhi rukun hidup seperti yang ditegaskan dalam Persetiaan Pengakap; Mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, penuh cabaran dan daya tahan; Berpeluang menjadi seorang yang bertanggungjawab; Galakan menjalankan aktiviti-aktiviti; Belajar dari pengalaman berpengakap. Objektif Keagamaan Untuk memelihara agama-agama yang terdapat di negara kita; Persaudaraan Pengakap yang tidak mengira agama dan warna kulit; Berbangga menjadi masyarakat majmuk di Malaysia. Rasional MPKLM Menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar Maktab/Institut Perguruan Malaysia menceburkan diri dalam Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) Pengakap kerana pelajar-pelajar akan menjadi bakal pemimpin apabila merka keluar mengajar di sekolah nanti . Objektif MPKLM Menyeragamkan pergerakan GERKO Pengakap di Maktab/Institut Perguruan di seluruh negara berdasarkan satu pakej kurikulum latihan yang sama; Membolehkan setiap ahli ( pelajar ) keluar sebagai penolong pemimpin yang berwibawa;

Keyakinan pelajar menghadapi tugas di sekolah bagi merancang program pergerakan pengakap dengan lebih sistematik; dan Meningkatkan kualiti kepengakapan di Malaysia.

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP


Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan : Taat kepada Tuhan, Raja, dan Negara; Menolong orang pada setiap masa; Menurut Undang-undang Pengakap. Isyarat Dan Hormat Pengakap

Undang-Undang Pengakap 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah, dan mempunyai kehormatan diri. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang DiPertuan Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya, dan orang-orang dibawahnya. 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada pengakap lain walau apa negeri, pangkat, dan agama sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua sekawan/ patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa soalan.

8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusahan. 9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan cermat. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya, dan perbuatannya. Undang-Undang Pengakap Pengakap itu dipercayai, Pengakap Bersifat taat, menolong orang Bersaudara berbudi pekerti Ia kasih pada binatang, Pengakap Kita selalu menurut perintah, Pengakap Manis muka semasa susah Jimat cermat diamal selalu Suci bersih tutur dan laku, Pengakap

ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA


Organisasi Pengakap Pentadbiran Persekutuan; Pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia; Pentadbiran Majlis Pengakap Negeri; Pentadbiran Majlis Pengakap Daerah; Pentadbiran Kumpulan/Unit Pengakap. Pentadbiran Persekutuan Penaung Utama:DYMM Yang DiPertuan Agong Penaung-Penaung:DYMM Sultan-Sultan; DYMM Raja-raja Melayu; TYT Yang DiPertua Negeri-negeri; Ketua Pengakap Negara: Salah seorang daripada menteri kabinet / eksekutif kerajaan yang dilantik dan diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong.

ANGGOTA RASMI MAJLIS PENGAKAP MALAYSIA Naib Yang DiPertua Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Pesuruhjaya Antarabangsa Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Latihan Negara Pesuruhjaya Negeri Setiausaha Majlis Pengakap Negeri Pegawai Kewangan (yang dilantik)

Pentadbiran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Ketua Setiausaha Kerja Setiausaha Latihan Negara Setiausaha Kewangan Pentadbiran Majlis Pengakap Negeri Yang DiPertua Pesuruhjaya Negeri Penolong Pesuruhjaya Negeri Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Ketua Program / Latihan Lembaga Pentarafan Pengakap Raja Pesuruhjaya Daerah Persaudaraan BP Pentadbiran Majlis Pengakap Daerah Pengerusi Kehormat Pesuruhjaya Daerah (DC) Penolong Pesuruhjaya Daerah (ADC) Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Pemimpin Pengakap

Pentadbiran Kumpulan/Unit Pengakap Kumpulan/Unit Pengakap Kanak-Kanak Kumpulan/Unit Pengakap Muda Kumpulan/Unit Pengakap Remaja Kumpulan/Unit Pengakap Kelana Kumpulan/Unit Pengakap Budika Kumpulan/Unit Pengakap Adik Bongsu (Golongan Istimewa)

PENTADBIRAN KUMPULAN/UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK Pengerusi Kehormat Pemimpin Pengakap Penolong Pemimpin Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Ketua Kumpulan Ketua-ketua Sekawan Kuarter Master :Guru Besar :Pemegang Manikayu :Guru/Individu memiliki Sijil Manikayu PKK :Guru Penasihat :Guru atau anggota PIBG :Anggota yang layak dilantik :Anggota yang berkemahiran :Anggota PKK

PENTADBIRAN KUMPULAN/UNIT PENGAKAP MUDA/REMAJA Pengerusi Kehormat Pemimpin Pengakap Penolong Pemimpin Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Ketua Kumpulan :Pengetua :Pemegang Manikayu :Guru/Individu memiliki Sijil Manikayu PM/PR :Guru Penasihat :Guru atau anggota PIBG :Anggota yang layak (Unit PR)

Unit Pengakap Remaja Ketua Unit PR Ketua-Ketua Patrol Penolong Ketua Patrol Kuarter Master :Anggota PR yang berkemahiran :Anggota PR yang berkemahiran :Anggota PR :Anggota PR

Anggota-Anggota Unit Pengakap Remaja

Unit Pengakap Muda Ketua Unit PM Ketua-Ketua Patrol Penolong Ketua Patrol Kuarter Master :Anggota PM yang berkemahiran :Anggota PM yang berkemahiran :Anggota PM :Anggota PM

Anggota-Anggota Unit Pengakap Muda Pentadbiran Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia (BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU) Pesuruhjaya Negeri (SC) Penolong-Penolong Pesuruhjaya Negeri (ASC) Setiausaha Kerja Penolong Setiausaha Kerja Bendahari Kehormat Pesuruhjaya-pesuruhjaya Maktab (KLM)

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia ( PENTADBIRAN ZON ) Pengerusi Timbalan Pengerusi :Pengarah Maktab Zon :Pengarah Maktab Zon

Penolong Pesuruhjaya Negeri MPKLM/BPG Zon Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari :Pesuruhjaya Maktab/Penolong :Pesuruhjaya Maktab/Penolong :Pesuruhjaya Maktab/Penolong

Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia ( PENTADBIRAN ZON ) Kuarter Master Alatan dan Logistik :Pesuruhjaya Maktab/Pen. Unit Latihan Unit Hal Ehwal Wanita Unit Program Unit Tugas-tugas Khas Unit Pengakap Muda Unit Pengakap Kanak-Kanak :Pesuruhjaya Maktab/Penolong :Pesuruhjaya Maktab/Penolong :Pesuruhjaya Maktab/Penolong :Pesuruhjaya Maktab/Penolong :Pesuruhjaya Maktab/Penolong : Pesuruhjaya Maktab/Penolong

PENUBUHAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN


Menubuh Kumpulan; Bilangan Anggota; Pendaftaran; Yuran Pendaftaran; Tauliah Pemimpin; Kegiatan; Pentadbiran Kumpulan; Jawatankuasa Kumpulan; Tugas Majlis Pemimpin; Butiran Peribadi Anggota; Rekod-rekod; Bilik. Menubuh Kumpulan Satu kumpulan bagi sebuah sekolah. Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan itu. Contoh : Kangar Ke-34A Kangar Ke-34B Bilangan Anggota Sekurang-kurangnya 18 orang; Sebanyak-banyaknya 48 orang; Dengan dua orang pemimpin; Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada dua buah pasukan.

Pendaftaran Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM. Gunakan beberapa jenis borang : Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A (Permohonan Tauliah Pemimpin/Penolong)

Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat PPM. Yuran Pendaftaran Kumpulan/Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/ anggota yang lama perlu diperbaharuhi pendaftaran kumpulan dengan PPM. Yuran pendaftaran : Kumpulan Anggota Pengakap Pemimpin/Penolong Pemimpin :RM 30.00 (setahun) :RM 5.00 (setahun)

:RM 10.00 (setahun)

Kumpulan/Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM : Tauliah Sementara Tauliah Tetap Tauliah Sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepemimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu pohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain. Kegiatan Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada Skim Latihan yang dikeluarkan PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah; Program Latihan PM untuk pelajar Tingkatan 1 - 3; Program Latihan PR untuk pelajar Tingkatan 4 - 5; Program Latihan PK untuk pelajar Tingkatan 6 dan remaja. Semua kegiatan di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar/Pengetua); Ibu bapa/Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR.

Pentadbiran Kumpulan Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar/Pengetua) dan pemimpin. Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa penganjur/ketua pemimpin bagi pihak pelajar. Anggota tidak dibenar menjalankan urusan pentadbiran. Pihak sekolah perlu memiliki/menyediakan satu fail pengakap. Jawatankuasa Kumpulan Jawatankuasa Kumpulan; Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan; Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol.(bagi Budak-budak Pengakap) Tugas Majlis Pemimpin Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan. Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin Memeriksa stok alatan kumpulan. Membuat persediaan mengajar (Program Mingguan) Mengeluarkan surat kebenaran Ibu Bapa/Penjaga. Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan no. kad pengenalan anggota; Nombor pendaftaran; Nama ibu bapa/penjaga; Alamat dan no. telefon ibu bapa/penjaga; Tarikh Lahir; Bangsa dan Agama; Kesihatan dan Alergi Pemakanan; Kecenderungan/Minat. Rekod-Rekod Rekod Kehadiran; Rekod Prestasi (kegiatan, sijil, lencana); Rekod Perancangan Semester dan Mingguan; Rekod Kewangan;

Fail Surat-menyurat; Fail Minit Mesyuarat; dan Laporan Aktiviti. Bilik Perjumpaan Carta Organisasi; Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana/pangkat); Buku-buku Rujukan; Model-model hasilan kerja (model tapak perkhemahan/ gajet/ikatan dan simpulan); Peralatan Latihan; Peralatan Perkhemahan; Meja dan kerusi untuk bermesyuarat.

Anda mungkin juga menyukai