Anda di halaman 1dari 9

Muslim

Muslim adalah orang yang beragama Islam, berserah diri, tunduk dan taat kepada perintah Allah swt dan Rasul-Nya. Allah swt berfirman: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. (QS. Fushilat: 33)

Mukmin

Mukmin adalah orang-orang yang beriman dengan rukun iman dalam hati, perkataan dan perbuatanya. Allah swt berfirman: Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orangorang yang benar. (QS. Al Hujurat: 15)

Seorang mukmin sejati memiliki iman yang teguh dan kuat, tidak mudah goyang atau rapuh, senantiasa mengerjakan kebaikan, sabar dalam menghadapi cobaan, dan meminta pertolongan hanya kepada Allah swt.

Muttaqin Muttaqin adalah orang yang bertakwa kepada Allah swt dan takut kepada-Nya, serta menjauhkan diri dari neraka dan dari azab-Nya dengan senantiasa mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya. Muttaqi memiliki sifat sifat sebaimana tersebut dalam ayat berikut: (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sholat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada

Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. (QS. Al Baqarah 3-4

*BAGAIMANA RAMADHAN MENDIDIK KETAKWAAN? Keindahan kefardhuan puasa.. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.. Keagungan Allah s.w.t memang tiada taranya. Segala ciptaanNya pasti mempunyai segala hikmat yang tersurat pada zahir yang tersirat. Setiap sesuatu perkara itu sememangnya mempunyai matlamat yang digariskan oleh Allah s.w.t untuk semua hambanya mencapai matlamat yang direncanakan oleh Allah s.w.t. Hanyalah mereka yang sentiasa memikirkan keagungan Allah s.w.t mempunyai sifat insaf di dalam dirinya ketika bermuhasabah kelemahan diri sendiri. Firman Allah s.w.t di dalam surah Al Jaatsiyah ayat 12 dan 13. Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya dan supaya kamu dapat mencari karunia -Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur (12).. Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir (13).. Demikian juga kefarduan puasa yang diwajibkan ke atas semua ummah islam yang meyakini dua kalimah syahadah yang dilafazkan. Kefarduan puasa sekiranya disingkap hakikatnya bukan sekadar memberikan manfaat ke atas fizikal manusia yang menjalaninya. Tetapi, ianya merangkumi proses penyucian batin manusia untuk mencapai hakikat fitrah manusia itu sendiri. Hebatnya mukjizat rasulallah s.a.w dapat dirakamkan dengan sabdaan baginda s.a.w bermaksud hendaklah kamu berpuasa. Maka, kemudiannya akan diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t... sekiranya dinilai dengan aqal yang ketiadaan ilmu sememangnya manusia akan mempertikaikan dan mempersendakan sabdaan baginda s.a.w. Namun, dengan ilmu sains yang diilhamkan kepada manusia. Manusia dapat menilai dan menganalisis bagainama program berpuasa dapat mengurangkan pelbagai penyakit. Sebagai contoh, mereka yang berhadapan dengan diabetis. Dengan rawatan puasa mereka dapat merendahkan kandungan gula dalam badannya. Para hukamak

juga ada mengatakan sesungguhnya usus adalah rumah segala penyakit, manakala puasa adalah penawar akan segala penyakit. Saudaraku sekelian, Sekiranya diamati secara halusnya. Puasa merupakan satu makmal untuk menjalani proses penyucian jiwa daripada kamaraan nafsu amarah yang sentiasa menginginkan dunia. Maka dengan sebab itu, puasa amat memerlukan mujahadah yang tinggi untuk mengatasi dan menundukkan nafsu amarah. kerna nafsu itu perlu disengkang untuk mengelakkan ianya membawa diri seseorang itu kea rah fahsha dan mungkar. Nafsu hanya dapat dihalang kemaraannya dengan berpuasa. Kerna itulah pernah Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada para pemuda di zaman sahabat r.a wahai orangorang muda, sesiapa di kalangan kamu yang berupaya untuk bernikah. maka kahwinlah. kerana ianya boleh menundukkan matamu dan menjaga kemaluanmu. namun, sekiranya kamu tidak mampu. maka, berpuasalah. kerana dia mampu menundukkan nafsumu." Ini menunjukkan bagaimana kesesuaian ibadah puasa sebagai kaedah untuk mengelakkan manusia ke lembah noda dan dalam masa yang sama puasa juga menjadi medan untuk memperbaiki ketakwaan kepada Allah s.w.t. kerana TAKWA itulah mesej utama dalam kefarduan puasa. Muslimin dan muslimat, Apakah kepentingan takwa itu sebenarnya? Mari kita menyingkap nasihat saidina Ali K.w.j. yang mana baginda s.a.w menyebutkan bahawa Ali r.a merupakan pintu kepada gedung ilmu Cahaya Jalan Yang Lurus. Kata Ali r.a takwa itu beramal dengan al quran, takut dengan tuhan yang agung. Redha dengan sedikit dan bersedia menghadapi hari pemergian.. Mereka yang bertakwa pasti sentiasa redha dengan keadaan dirinya. Sifat redha itulah akan mentarbiyah dirinya menjadi orang yang kaya. Ramai manusia yang mengangap bahawa orang yang berharta itu kaya. Namun hakikatnya, mereka yang kaya itulah mereka yang faqir. Kerana mereka sentiasa mengharap akan dilimpahi lagi harta mereka itu. Sedangkan mereka yang sentiasa redha dengan kehidupannya. Tidak memikirkan akan kehidupan dunianya. kerna dia mengatahui penbendaharaan yang lebih agung. Selain itu, ketakwaan dapat menjana manusia agar sentiasa bersedia menghadapi kematian. Sehinggakan baginda s.a.w bersabda sesungguhnya MATI itu hadiah

bagi orang mukmin. Kerana mereka yang beriman sentiasa menginginkan kematian kerna dengan itulah mereka dapat bertemu dengan Penciptanya Allah s.w.t. Saudaraku sekelian, Jika disingkap hakikat ketakwaan itu. Pasti tidak mampu untuk dilisankan oleh manusia. Tidak mampu untuk dinukilkan oleh tinta dan tidak dapat digambarkan oleh mereka yang telah merasai kenikmatan hakikat ketakwaan untuk menyingkapkan hakikat kemanisannya. Hanyalah mereka yang dianugerahkan kebaikan oleh Allah s.w.t dengan kefahaman agama dapat menghayati konsep ketakwaan kepada Allah s.w.t. kata Ibrahim bin adham r.a tokoh ulama sufi berkata " sekiranya semua pemerintah dunia mengatahui kemanisan dan kelazatan mengenal hakikat ketuhanan (dengan ketakwaan).. pasti mereka sanggup mengarahkan segala bala tenteranya untuk menperolehi nikmat tersubut." kerana indahnya ketakwaan itu sekiranya dapat digapai. Sebagai akhirnya, benarlah firman Allah s.w.t dalam surah al baqarah ayat 183.. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, ".. kerana hanyalah kefardhuan puasa dapat mentarbiyah element manusia itu. maka, marilah kita bersama menggerakkan segala kudrat yang dianugerahkan untuk merebut segala janji yang dirakamkan oleh Allah s.w.t. kerana janji Allah s.w.t itu adalah pasti.. al faqir ila Allah..

SIFAT DAN SIKAP ORANG BERTAQWA SECARA KHUSUS Orang bertaqwa itu mempunyai sikap yang tertentu terhadap berbagai orang dan perkara. Di antara sikap-sikap tersebut adalah seperti berikut: 1. Sikap orang bertaqwa dengan Allah,Tuhannya Tuhan sangat dibesarkannya melalui ibadah sembahyang, zikir, membaca Al Quran, tasbih dan tahmid. Rasa bertuhan sangat mendalam hingga terserlah pada mukanya dan sikap hidupnya. Seperti merendah diri, pemalu, sabar, redha, tenang, pemurah, tawakal, pemaaf, bertolak ansur, berdisiplin sehingga melihat mukanya mengingatkan kita kepada Allah dan hari Akhirat. Melihat mukanya terasa senang dan tenang. 2. Sikap orang bertaqwa dengan syariat Syariat sangat dijaga, pakaiannya menutup aurat dan bersih serta kemas. Makan minumnya sangat dijaga dari yang haram dan syubhat. Pergaulan dijaga daripada bergaul bebas lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Matanya selalu ditundukkan, percakapannya disukat dan dikawal daripada tersalah dan tersilap. Pendengarannya juga begitu, sangat dijaga daripada mendengar perkara-perkara yang haram, masanya tidak dibiarkan terbuang dengan sia-sia. Setiap peralihan waktu dia pandai menggunakannya untuk perkara-perkara yang berfaedah dengan kerja-kerja yang sesuai dengan waktu itu. 3. Dengan gurunya Dia sangat menghormati gurunya. Malu di hadapannya dan merendah diri dengannya. Sekalipun guru yang mengajarnya tentang ilmu dunia. Jasa gurunya selalu dikenang, disebut-sebut nama dan jasanya. Bila ada masa selalu menziarahinya, memberi bantuan dan hadiah. Bukan sahaja gurunya dihormati, bahkan isteri-isteri gurunya dan anak-anak gurunya dihormati juga. Kesalahan gurunya dilupakan, apatah pula dihina dan diberi malu serta diberi umpat. Dia selalu mendoakan gurunya.

4. Dengan ibu bapa Ibu bapa sangat dihormati, sangat merendah diri di hadapan mereka. Jasa mereka selalu dikenang, bahkan dibalas selalu. Kesusahan mereka dibantu. Kalau mereka orang senang, diberi hadiah selalu. Selalu diziarahi, sering didoakan dan aib mereka ditutup. Bercakap dengan ibu bapa tutur bahasa sangat dijaga. Kalau ibu bapanya memarahinya, dia tidak akan melawan. Kalau pun perlu bercakap, sekadar menjelaskan keadaan. 5. Dengan kawan Pandai bergaul dengan kawan, setia dengan kawan. Kesusahan kawan ditolong dan dibantu, apatah lagi kalau diminta. Suka menziarahi kawan kalau ada masa. Janjinya ditepati, aib kawan ditutupkan, anak dan isteri kawan dimuliakan, kesalahan kawan dimaafkan walaupun tanpa diminta. Kalau dia yang membuat salah cepat-cepat dia meminta maaf. Menziarahi kawan memilih waktu. Waktu ziarah tidak meliarkan mata. Kehormatan keluarga kawan dijaga. 6. Dengan umum manusia Dalam pergaulan dengan umum manusia pandai pula menye-suaikan diri. Dalam pergaulan dia sedar diri hingga pandai meletakkan diri pada tempatnya sesuai dengan kedudukannya. Pandai melayan orang sesuai dengan kedudukannya dan mengikut tarafnya. Kalau dia seorang yang pandai atau kaya atau berpangkat, dia tidak sombong atau menunjuk-nunjuk diri di depan orang ramai. Dia tetap tawadhuk dan merendah diri. Kalau dia orang yang serba kurang tidak pula rasa rendah diri atau hina diri lebih-lebih lagi tidak mudah dihambakan orang. Kalau dia susah dia tidak akan meminta-minta apatah lagi menipu. Dia tetap menjaga maruah dirinya. Mudah memberi salam dan mudah pula menjawab salam orang. 7. Dengan tetamu

Dia sangat menghormati dan mengutamakan tetamu. Keper-luan tetamunya, sangat dijaga seperti makan minum dan tempat tinggalnya. Datangnya disambut,

kepulangannya dihantar sampai di hadapan pintu atau sampai di hadapan rumahnya hingga hilang dari pandangannya. Dia memberi hadiah kepada tetamu atau memberi buah tangan kalau ada dan di waktu mampu. 8. Dengan anak isteri Dia mengelokkan pergaulan dengan mereka. Memberi nasihat dan memimpin mereka selalu. Kesilapan mereka dibetulkan dengan bijaksana. Sabar dengan karenah mereka, beribadah fardhu bersama, makan bersama. Kewajipan terhadap anak isteri ditunaikan. Dia mendidik dan mendisiplinkan mereka di dalam semua perkara. Anak-anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang. Yang masih belajar didisiplinkan mereka. Tidak sangat ditunjukkan kasih sayang dan tidak pula ditunjukkan benci. Anak yang sudah dewasa atau yang sudah berkeluarga, mereka di buat macam kawan, diajak berbincang dan berbual-bual. Dengan isteri bergurau senda yang tidak berlebih-lebihan, berbual-bual dengannya sesuai dengan kedudukan isteri untuk mengambil dan menjinakkan hatinya. Bagi orang yang ada berbilang-bilang isteri, bertolak ansur dengan mereka dalam halhal yang dibolehkan. Boleh juga tidak bertolak ansur di masa-masa yang tertentu walaupun dalam hal-hal yang dibolehkan untuk mendidik mereka. 9. Dengan situasi Orang bertaqwa sentiasa menjaga maruah diri. Kalau dia lalu di tempat-tempat yang penuh dengan keadaan-keadaan yang boleh melalaikan dan yang boleh jatuh kepada haram, atau yang boleh menggugat iman dia tidak akan terpengaruh. Dia tetap terhormat dengan tidak meliarkan pandangan dan tidak membuka telinga untuk melihat dan mendengar perkara-perkara yang melalaikan itu. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi. Hatinya tidak rosak oleh suasana sekelilingnya. Keadaannya macamlah ikan di laut. Dia tidak masin oleh masinnya air laut. 10. Dengan ilmu

Orang bertaqwa sentiasa menambah ilmu dan pengalaman. Makin berumur semakin banyak ilmu. Semakin tua, ilmunya juga ikut tua dan matang. Pengalamannya semakin luas, sangat peka dengan ilmu. Setiap kejadian diambil iktibar dan pengajaran. Setiap isu semasa pandai mengambil hikmahnya, serta pandai menilai buruk baiknya. Hingga mendapat ilmu pengajaran darinya. Serta dia boleh menetapkan pendirian dan sikapnya. Orang bertaqwa itu sepatutnya mengambil tahu setiap kejadian di dunia ini. Sebab itu orang bertaqwa tidak mudah tertipu dan ditipu dan tidak mudah terpengaruh dengan yang negatif. Mereka mudah terpengaruh dengan yang positif. Orang bertaqwa tidak mudah dicorak tetapi mudah mencorak. 11. Dengan masa Orang bertaqwa sangat menjaga masa. Masa tidak dibuang dan disia-siakan begitu saja. Setiap masa diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Bahkan dia pandai membahagi-bahagikan masa mengikut jadual hidupnya. Ada masa untuk beribadah, ada masa untuk membaca, ada masa untuk berjuang, ada masa untuk menziarah, ada masa dengan anak-anak dan isteri-isteri, ada masa untuk tidur baring dan rehatnya. Kalau dia orang penting, ada masa untuk tetamu dan orang-orang yang hendak berjumpa dengannya. Begitulah seterusnya. Baginya masa itu sangat berharga. Masa adalah umurnya. Mensia-siakan masa ertinya mensia-siakan umurnya. Dia sudah tentu tidak akan mensia-siakan umurnya. 12. Dengan harta dan mata benda Orang bertaqwa, bila berhadapan dengan harta benda dan kekayaan, sangat cemas dan bimbang, takut-takut ia disalah-gunakan. Kerana itu dia bersyukur dengan Tuhan. Digunakan harta benda dan kekayaan itu untuk Allah dan untuk berkhidmat kepada manusia lebih-lebih lagi dia sangat cemas kalau-kalau dia terbuat kerja-kerja yang boleh membazirkan harta benda dan kekayaan itu atau membuangnya kepada yang haram dan sia-sia. Orang bertaqwa merasakan harta benda dan kekayaan adalah amanah Tuhan yang perlu dipertanggungjawabkan se-baik-baiknya. Iaitu untuk diagih-

agihkan kepada yang berhak dan yang empunyanya, terutamanya kepada fakir miskin dan kepada jihad fisabilillah.

Anda mungkin juga menyukai