Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat ke atas Rasulullah SAW kerana atas izin serta kurnia-Nya tugasan ini telah berjaya disiapkan. Saya telah menerima tugasan ini pada tarikh 21 Februari 2014 dan akan menghantarnya pada 17 March 2014. Apabila menerima sahaja kertas kajian daripada Puan Aisyah saya telah membuat perancangan untuk menyelesaikan tugasan ini sehingga masa yang telah ditetapkan kerana hasil kerja yang baik dimulakan dengan perancangan yang teliti.

Pada minggu pertama, saya berbincang dengan hazwan untuk menentukan acara balapan dan akhirnya kami memilih lontar peluru kerana saya agak pakar dalam bidang ini. Saya bersyukur kerana pada Kejohanan Olahraga Tahunan kali ini saya telah mendapat juara dalam lontar peluru. Walaupun begitu, saya tetap mencari bahan di perpustakaan berkenaan dengan lontar peluru untuk mencari ilmu yang lebih mantap di samping menyiapkan tugasan ini.

Walaupun agak sibuk dengan KOT selaku pengurusan khemah dan persiapan tempat, saya juga mempelajari semua jenis acara yang bakal diadakan terutamanya lontar peluru. Saya juga perlu menyediakan RPH yang lengkap bagaimana pengajaran lontar peluru dijalankan di sekolah. Sebagai sorang pelatih yang bakal begelar guru, perkara ini sangat penting untuk mengaplikasikan ilmu kepada murid-murid.

Setelah selesai untuk menghasilkan tugasan ini, banyak yang saya perolehi selaku bakal seorang guru sukan nanti. Semasa melakukan senaman, murid-murid boleh berlaku kecederaan dan seorang guru yang sudah mempunyai asas sukan sudah mengetahui apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak patut untuk dilakukan. Saya juga boleh menyediakan kepada murid-murid senaman yang seronok dan selamat semasa dilakukan hasil pembelajaran saya atas tugasan pada kali ini.

HAMIZAN BIN SAHARI

Anda mungkin juga menyukai