Anda di halaman 1dari 13

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

UNIT 8 PENGAYAAN DALAM PENULISAN


HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Konsep pengayaan dalam KBSM, KBSR dan KSSR 2. Prinsip pengajaran pengayaan

PENGENALAN
Pengayaan adalah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam atau di luar waktu sekolah. la, mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Penekanan program ini ialah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid-murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebib awal daripada itu. Sekiranya di dalam sesebuah kelas itu terdapat kebolehan belajar yang berbeza-beza, maka kumpulan murid yang telah mencapai taraf atau pencapaian tertentu yang memuaskan akan diberi aktiviti pengayaan. Ini dilakukan dalam tempoh masa semasa murid-murid lain masih berada dalam proses pembelajaran ke taraf yang diperlukan. Walau bagaimanapun, murid-murid yang lain tetap mempunyai peluang untuk mengikuti aktiviti-aktiviti pengayaan selepas mereka dapat menguasai kemahiran yang ditetapkan. Dalam hubungan ini aktiviti-aktiviti pengayaan dibahagikan kepada dua kategori, iaitu: 1. Pilihan murid Aktiviti ini berkait secara tidak langsung dengan kemahiran yang sedang dipelajari. la dijalankan secara tidak formal. Murid-murid bebas memilih dan menjalankan sendiri sesuatu aktiviti mengikut minat, bakat dan kcbolehan masing-masing. Arahan atau penglibatan guru adalah paling minimum. Muridmurid juga bebas melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan seperti permainan, sukan, persatuan, pertubuhan dan lain-lainyang dianjurkan oleh pihak sekolah.

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

2. Pilihan guru Aktiviti ini berkait secara langsung dengan kemahiran yang sedang dipelajari dan ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Pada umumnya, alctiviti ini dikendalikan secara formal mengikut arahan, penentuan atau rancangan guru. Oleh sebab aktiviti ini berfungsi sebagai pengukuhan, maka ia disediakan di dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan mengikut kemahiran-kemahiran yang berkenaan. Guru boleh menjalankan aktiviti ini sebaik sahaja murid-murid selesai menjalani aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran.

ISI KANDUNGAN
Objektif
Aktiviti-aktiviti pengayaan bertujuan untuk memboichkan murid-murid: 1. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. 2. Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu ke arah perkembangan diri dan bakat mcreka. 3. Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat mereka. 4. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada berbagai bahan dan sumber pengetahuan. 5. Berminat untuk belalar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolchkan mereka mencruskan pembelajaran scumur hidup. 6. Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan berkebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri. 7. Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.

Rasional
Pada peringkat permulaan persekolahan, sernua murid didedahkan kepada pengalaman pembelajaran yang sama. Murid-murid biasanya berbeza dari segi fizikal, emosi, minat, mental, bakat, latar belakang sosial dan sebagainya. Oleh yang demikian, pertimbangan yang wajar seharusnya diberikan dalam menentukan corak layanan yang diperlukan. Pada umumnya, dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran, muridmurid dapat dikelaskan ke dalam tiga kumpulan, iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-murid ini haruslah menerima layanan dan kemudahan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal dan mental mereka. Murid-murid yang cerdas dan sederhana merupakan murid-murid yang kurang bermasalah atau yang berpotensi dalam pelajaran mereka. Walau bagaimanapun, murid-murid ini mungkin akan

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

menghadapi masalah sekiranya mercka tidak mendapat layanan pembelajaran yang sesuai dengan mereka. Oleh yang demikian, murid-murid ini patutlah diberi program pengayaan. Melalui program ini, mereka berpeluang mengikuti berbagai-bagai bentuk aktiviti yang menarik dan mencabar. Bagi murid-murid yang lambat pula, walaupun mereka ini lebih sesuai diberi program, pemulihan, tetapi pada masa-masa tertentu mereka juga perlu diberi program pengayaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Ini untuk memberi peluang kepada mereka menikmati pengalaman yang berbagai-bagai yang disalurkan mclalui aktiviti-aktiviti pengayaan. Murid-murid harus mendapat peluang yang sama supaya hasrat kita untuk menghasilkan individu-individu yang mempunyai perkembangan yang menyeluruh dapat dicapai.

Konsep Pengayaan Dalam KBSR Dan KBSM


Program pengayaan adalah satu rancangan pembelajaran yang disediakan untuk semua murid bagi membolehkan mereka mendapat pengalaman dan pengetahuan yang berbagai-bagai berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan keupayaan mereka. Aktiviti-aktiviti ini dibentuk sebegitu rupa supaya menarik dan mencabar sesuai dengan peringkat pembelajaran murid. Melalui program ini muridmurid akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi sifat-sifat ingin tahu, sikap berdikari, sikap bertanggungjawab, bakat kepimpinan dan sebagainya. Sasaran Aktiviti-aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid. Sungguhpun begitu, sama ada seseorang m4rid itu mendapat sedikit atau banyak pengalaman pengayaan adalah bergantung pada kebolehan dan keupayaan mereka masing-masing dalam menguasai kemahiran yang telah ditetapkan. Seperti yang telah dinyatakan, pada umumnya dalam satu-satu situasi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu: 1. Kumpulan cerdas Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang dapat menguasai pelajaran lebib awal dari jangka masa yang ditetapkan. 2. Kumpulan sederhana Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang dapat menguasai pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan. 3. Kumpulan lambat Murid-murid yang tergolong dalam kumpulan ini ialah mereka yang tidak dapat menguasai pelajaran dalam jangka masa yang ditetapkan.

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

Dalam hubungan ini murid-murid dalam kumpulan cerdas akan mendapat lebih banyak aktiviti pengayaan jika dibandingkan dengan murid-murid lain.

Prinsip-Prinsip Penting Untuk Menyediakan Aktiviti Pengayaan Guru hendaklah membuat perancangan yang rapi supaya aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan murid-murid mengikut peringicat perkembangan umur dan kebolehan mereka. Sebagai'panduan, aktiviti-aktiviti yang hendak disediakan itu haruslah: 1. Bercorak belajar sendiri dan mengandungi arahan itau penerangan yang jelas supaya murid dapat menjalankannya tanpa banyak memerlukan pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. la bolch dijalankan sama ada secara perseorangan atau kumpulan. 2. Menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza. 3. Boleh berbentuk program harian atau berbentuk projek yjang mungkin mengambil masa satu atau dua minggu. Apabila seseorang murid telah selesai menjalani aktiviti pembelajaran biasa atau telah dapat menguasai sesuatu kemahiran lebih awal daripada masa yang ditetapkan, dia bolehlah menjalani aktiviti pengayaan atau meneruskan projeknya. 4. Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid. 5. Mengandungi bahan-bahan yang dipelbagaikan sama. ada dibuat sendiri atau diperolehi dari pasaran. Seelok-eloknya bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan kcmahiran yang telah dipelajari saxna ada secara langsung atau tidak langsung.

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan Pengelolaan program ini pada Berdasarkan perkara-perkara berikut: keseluruhannya bolehlah dijalankan.

1. Pilihan murid a. Aktiviti-aktiviti pengayaan dijalankan. secara tidak formal di mana guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan sendiri aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. b. Bagi murid-murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada guru kurang diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Oleh itu, untuk memudahkan pengelolaan bilik darjah, semasa aktiviti-aktiviti pengayaan. ini dijalankan guru bolehlah memberi bimbingan kepada murid-murid yang lambat.

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

c. Oleh kerana murid-murid lebih senang belajar dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya, guru bolehlah pada masa-masa tertentu mendapatkan kerjasama daripada murid-murid cerdas bagi membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti-aktiviti mereka sama ada secara perseorangan. atau kumpulan. Pengajaran rakan sebaya ini bukan sahaja berfaedah kepada murid-murid larnbat tetapi juga kepada murid-murid cerdas kerana semasa mengajar murid-murid lain, secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka juga akan bertambah. Melalui pengajaran. rakan sebaya ini juga, bakat kepirnpinan yang ada pada.murid-murid dapat diperkembangkan lagi mengikut kemampuan masing-masing dan sikap, bekerjasarna antara mereka dapat diwujudkan dengan lebih berkesan. d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberi, hasilhasil kerja mereka hendaktah dibcri penghargaan, misainya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan kelas. 2. Pilihan guru Pengajaran dan pembelajaran bolehlah dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di dalam. buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. la hendaklah diialankan selepas murid-murid diberi aktivi.ti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid memperkukuhkan. lagi kemahiran yang sedang dipelajari. Biasanya aktivitiaktiviti ini dijalankan secara. formal untuk semua murid mengikut peringkat keupayaan mereka. Berikut ini dibincangkan beberapa perkara, yang berkaitan dengan pengelolaan aktiviti pengayaan bagi kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.

Objektif Pengelolaan Aktiviti Pengayaan Objektif di sini bermaksud pernyataan yang tepat dan jelas tentang gerak balas murid yang diharapkan setelah menerima pengajaran dan pcmbelajaran. Dalam konteks ini, gerak balas yang diharapkan itu ialah hasil pembelajaran yang diperolehi daripada program pengayaan. Objektif pertakuan datangnya daripada analisis pengajaran. Satu atau lebih objektif boleh ditetapkan untuk setiap kemahiran yang telah diidentifikasikan daripada analisis pengajaran. Lazimnya, terdapat tiga komponen penting dalam menetapkan objektif la, melibatkan apa yang murid boleh buat, dalam kcadaan bagaimana murid itu melaksanakan dan kriteria yang bagaimana untuk menilai perlakuan. Walau bagaimanapun, yang lebih utama ialah guru harus boleh memadankan analisis pengajaran dengan objektif perlakuan dengan baik. la harus membolehkan perlakuan itu dapat dilihat dan diukur.

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

Bidang Pengelolaan Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan dalam tahap satu adalah lebih kepada komponen kemahiran asas. Ini kerana. penguasaan yang mernuaskan dalam kemahiran asas (3M) akan membolehkan murid-murid menimba ilmu pengetahuan dalam bidang-bidang lain dengan lebih baik lagi. Sungguhpun begitu aktiviti-aktiviti pengayaan ini bolehlah juga dijalan~kan dalam skop mata-mata pelajaran lain mengikut keperluan.

Masa Melaksanakannya Aktiviti-aktiviti pengayaan ini boleh dijalankan pada masa-masa berikut: 1. Dalam masa yang dipilih khas pada setiap hari Guru boleh memilih mana-mana, waktu dalam pelajaran Bahasa Malaysia atau Matematik bagi menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan. 2. Selepas menjalani aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran Selepas murid menjalani aktiviti-aktiviti asas, murid-murid bolehlah diberikan aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk mengukuhkan lagi kemahiran yang sedang dipelajari. 3. Selepas menguasai sesuatu atau sekumpulan kemahiran Murid-murid yang didapati telah menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran dalam masa yang ditetapkan atau lebih awal dari itu akan diberi pengayaan. Mereka ini biasanya terdiri daripada murid-murid kumpulan cerdas atau sederhana. Semasa murid-murid ini menjalani aktiviti-aktiviti pengayaan, murid-murid lain diberi bimbingan untuk mencapai sesuatu kemahiran yang belum dikuasai. Setelah semua murid menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran yang ditetapkan, barulah kemahiran berikutnya diajarkan. Dalam pelajaran Matematik, murid-murid yang telah dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baik akan digalakkan mempelajari kemahirankemahiran yang seterusnya. Begitulah seterusaya sehingga murid-murid itu dapat menguasai semua kemahiran di dalam sesuatu unit pembelajaran. Murid-murid yang lambat akan diberi aktiviti-aktiviti pemulihan untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran-kemahiran tersebut. Selepas itu barulah mereka diberi program pengayaan yang sesuai dengan keupayaan dan kebolehan mereka. 4. Selepas menguasai semua kemahiran & dalam sesuatu unit pembelajaran Aktiviti-aktiviti pengayaan akan diberi kepada murid-murid yang telah menguasai semua kemahiraff yang telah ditentukan di dalam sesuatu unit pembelajaran. Murid-murid yang tidak berjaya mencapai tahap sedemikian akan diberi program pemulihan. Masa yang digunakan untuk program pengayaan adalah sciring dengan masa yang digunakan untuk program pemulihan.

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

Sebelum program pengayaan dijalankan, guru-guru hendaklah terlebih dahulu mengadakan ujian pencapaian. Ini penting untuk melihat pencapaian setiap murid secara menyeluruh. Sekiranya murid telah menunjukkan pencapaian yang mernuaskan, mereka akan dibenarkan mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya. Proses ini berterusan sehinggalah murid-murid dapat menguasai kesemua unit pembelajaran dalam sesuatu tahap.

Penyediaan Bahan Bahan-bahan bolehlah disediakan mengikut ciri-ciri seperti berikut: 1. Bercorak belajar sendiri dan mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid dapat menjalankannya tanpa banyak melibatkan pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru. Ia boleh dijalankan sama ada secara perseorangan atau kumpulan. 2. Mempunyai perkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan kemahiran yang telah dikuasai. 3. Membantu murid untuk mengukuhkan lagi kemahiran yang telah dikuasai. 4. Membantu murid untuk meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman sesuai dengan peringkat pembelajaran mereka. 5. Menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-beza. 6. Boleh berbentuk aktiviti harian atau yang mengambil masa satu atau dua minggu. Apabila seseorang murid telah selesai menjalani aktiviti pembelajaran biasa atau telah dapat menguasai sesuatu kemahiran lebih awal daripada masa yang ditetapkan, dia bolehlah menjalankan aktiviti pengayaan atau meneruskan projeknya. 7. Mengandungi berbagai-bagai baftan yang diperingkatkan mengikut kebolehan murid. la boleh dibuat sendiri, dibuat oleh orang lain atau boleh juga dibeli. Bahan-bahan pengayaan terdiri daripada beberapa bentuk seperti yang dibincangkan berikut ini. 1. Bentuk bacaan Bahan-bahan yang berbentuk bacaan boleh dikategorikan ke dalam beberapa jenis. Pertama bentuk penerangan. Bahan-bahan seperti ini biasanya mengandungi penerangan-pencrangan tentang sesuatu bcnda, peristiNva, kejadian dan sebagainya. Kedua ialah bentukpuis4 Bahan-bahan seperti ini melibatkan karangan-karangan berangkap seperti pantun, gurindam, seloka, syair, sajak dan sebagainya. Bentuk ketiga pula ialah teka-teki. Bentuk ini melibatkan teka-teki yang mudah-mudah. Susunan kata-katanya hendaklah membayangkan sifat-sifat sesuatu benda yang dimaksudkan. Teka-teki ini bolch juga diolah dalarn bentuk puisi. Bentuk keempat ialah dialog. la mengandungi kata bual di antara seorang dengan seorang yang lain. Selain manusia, watak-watakdalam dialog bolchjuga terdiri daripada haiwan atau benda-benda lain. Bentuk kelima ialah cerita. la mengandungi rentetan peristiwa yang mempunyai pertalian di antara satu sama lain. la juga mempunyai plot atau jalan

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

cerita. Bentuk cerita ini bolch diolah dengan menggunakan berbagaibagai teknik seperti lintasan kembali, khayalan, monolog dalaman dan sebagainya. Bcntuk-bentuk lain yang juga bolch digunakan ialah bcntuk berita, Wan, ulasan dan sebagainya. 2. Bentuk tulisan Bahan-bahan ini ialah seperti kad-kad perkataan, kad-kad ayat dan sebagainya. Tulisan yang digunakan hendaklahjelas, terang dan tidak terlalu kecil. Saiz yang dicadangkan untuk kad-kad bacaan ialah 20 cm x 16 cm. Sungguhpun bcgitu, guru bolehlah memilih mana-mana ukuran yang difikirkan lebih sesuai dengan bahan-bahan yang disediakan. 3. Bentuk gambar dan ilustrasi Gambar-gambar tertentu dan ilustrasi yang berbagai jenis boleh digunakan sebagai bahan pengayaan. Sekiranya gambar yang dipilih, ia haruslah besar, mudah dilihat dan menarik. Gambar harus mencerminkan keadaan atau peristiwa yang sebenar. Gambar harus mengandungi maklumat yang cukup dan membolehkan komunikasi berlaku. Sekiranya ilustrasi yang dipilih, seelokeloknya ia berwarna-warni dan bersesuaian dengan konsep, unsur dan maksud yang hendak dikemukakan. Hustrasi terscbut hendaklah digambarkan mengikut benda yang sebenar atau dalam bentuk kartun.

Aktiviti Aktiviti-aktiviti pengayaan yang dicadangkan dalam program pengayaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang penting, iaitu: 1. Bacaan tambahan/latihan tambahan 2. Kerja projek 3. Permainan dan rekreasi Pengayaan Bacaan tambahan/latihan lambahan Bacaan tambahan merupakan suatu aktiviti yang dijalankan di dalarn atau di luar bilik dariah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan atau kemahiran dalam. bidang-bidang bahasa supaya pada akhir pembelajaran murid-murid dapat membina dan menimba ilmu daripads bidang-bidang yang lain dengan lebih berkesan. Dalam mata-mata pelajaran lain, umpamanya Matematik atau Alam dan Manusia, pengayaan dilakukan dalam bentuk yang sama, iaitu sama ada melalui latihanlatihan tambahan atau membuat bacaan tambahan. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menyuburkan minat murid-murid di samping menguasai kemahirankemahiranmelalui berbagai-bagai bahan rujukan dan pengetahuan. Dalam. aktiviti bacaan tambahan, beberapa bentuk bahan pengayaan telah dicadangkan. Antaranya ialah:

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

(a) Kad-kad bacaan yang disediakan oleh guru mengikut tema-tema tertentu (b) Buku-buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak (c) Hasil-hasil kerja murid yang dipilih dan dikumpul (d) Majalah kanak-kanak (e) Suratkhabar-suratkhabar dan potongan-potongannya (f) Risalah-risalah Aktiviti-aktiviti pengayaan seperti ini boleh dijalankan di bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. la hendaklah dijalankan dalam bentuk yang tidak formal. Guru bertindak sebagai pengelola dan pembantu kepada murid-murid, terutama dalam memilih dan menyediakan bahan-bahan bacaan yang sesuai. Biasanya, bahanbahan itu haruslah terdiri "ripada berbagai-bagai jenis. Kerja projek Kerja projek adalah satu rancangan kerja yang memerlukan murid-murid membuat satu kajian terhadap sesuatu perkara yang mereka gemari atau yang telah mereka pelajari. Aktiviti ini adalah berdasarkan anggapan bahawa seseorang kanak-kanak itu akan lebih bersedia membuat sesuatu kerja atau aktiviti yang menarik. Kerja projek menggalakkan murid-murid menjalani gerakerja secara aktif dan lebih berinisiatif. la juga memberi peluang kepada murid-murid bekerja dalam kumpulan atau secara bersendirian. Latihan begini memang baik kerana ia dapat melatih murid-murid berdikari, menggunakan budi bicara sendiri, berinteraksi dengan cara bertukar-tukar pandangan dan pendapat, bekerjasama dan berpakat dalam merancang dan menghasilkan sesuatu kerja. Masa yang diperuntukkan bagi sctiap projek adalah berbeza-beza, bergantung pada keperluan mengadakannya. Adakalanya ia dijalankan dalam masa satu waktu pengajaran dan adakalanya pula ia memakan masa berhari-hari atau bermingguminggu. Biasanya, selepas aktiviti-aktiviti projek diadakan pula beberapa aktiviti susulan. Ini termasuklah gerakerja mengulas, melapor, berbincang, menyusun isi dan sebagainya. Seelok-eloknya aktiviti susulan yang dijalankan hendaklah berbentuk aktiviti lanjutan yang dapat menambah dan meluaskan lagi kajian-kajian yang dijalankan. Di samping itu, ia harus dapat memberikan pengalaman langsung mengenai sesuatu perkara yang mereka kaji itu.

Sewaktu aktiviti-aktiviti ini dijalankan, murid-murid akan berfikir serta menggunakan daya kreativiti mereka untuk menyelesaikan berbagai-bagai masalah yang timbuL Permainan dan rekreasi seperti ini memang baik kerana ia merupakan proses pembelajaran yang sentiasa melatih dan merangsangkan murid-murid berfikir dan menyelesaikan masalah mereka sendiri. Aktiviti-aktiviti permainan dan rekreasi yang hendak dijalankan biarlah berkaitan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. la boleh dilakukan secara langsung

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

10

atau secara. tidak langsung. Yang penting ialah permainan dan rekreasi itu dapat memberi faedah kepada perkembangan mental, sikap dan emosi murid. Dalam usaha mempelbagaikan aktiviti pengayaan, guru digalakkan mefiggunakan daya cipta sendiri untuk menghasilkan pcrmainan-permainan yang lebih menarik. Dalam Matematik misalnya, guru boleh memperkenalkan berbagai-bagai jenis permainan yang melibatkan angka dan bentuk-bentuk segitiga, bujur, segiempat, bulat dan sebagainya. Benda-benda yang ada di sekeliling kita sebcnarnya boleh dikaitkan dengan angka dan bentuk. Oleh yang demikian, guru-guru diharapkan dapat menjadikan angka dan bentuk itu sebagai suatu aktiviti pengayaan yang menarik dan mencabar. Kebanyakan permainan yang dicadangkan dalam KBSR sebenarnya telah memang sedia diketahui oleh guru. Terserahlah kepada guru untuk menggunakannya dengan cara yang terbaik dan berfaedah. Berikut ini diperlihatkan beberapa contoh permainan yang dicadangkan itu: (a) Teka silang kata (b) Teka benda dalam beg (c) Teka-teki (d) Mencari jalan keluar ikut garisan (e) Menyambung titik-titik untuk dijadikan gambar (f) Mencari benda-benda tersembunyi (g) Meneka bunyi yang diperdengarkan (h) Mencari arah bunyi (i) Bermain dengan angka (j) Bermain dengan bentuk-bentuk segitiga, segiempat, bulat dan sebagainya (k) Menyusun blok-blok tertentu (l) Ular dan tangga (m) Bingo untuk perkataan dan angka (n) Sahiba (scrabble) (o) Catur

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

11

(p) Mernberi tajuk kepada suatu gambar atau cerita

PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN Strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan pada masa-masa tertentu mengikut keperluan mengadakannya. la boleh dilaksanakan dalam kelas-kelas pemulihan khas atau dalam kelas-kelas biasa. la juga boleh dilaksanakan selepas sesuatu pelajaran atau sesuatu unit pembelajaran dikuasai. Murid-murid biasanya dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan mereka. Kerja-kerja kumpulan amat penting bagi program pengayaan. Di samping dapat belajar sendiri, murid-murid juga dapat berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Guru boleh mendapatkan bantuan daripada murid-murid cerdas untuk menunjuk ajar rakan-rakan mereka yang lambat. Ini bolch dilakukan dalarn bentuk khidmat perseorangan atau khidmat kumpulan. Apabila mengadakan aktiviti kumpulan, satu perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah mobiliti ftiurid-murid dalam kumpulan itu. Murid-murid tidak semestinya kekal dalam sesuatu kumpulan tertentu. Perubahan akan berlaku dari semasa kesemasa mengikutjenis pengetah6an, kemahiran dan mata-mata pelajaran yang diikuti oleh murid. Seseorang murid yang maju dalarn mata pelajaran Bahasa Malaysia mungkin pula lemah dalam mata pelajaran Geografi. Begitu juga halnya dengan seorang murid yang larnbat menguasai sesuatu kemahiran pada peringkat awal petsekolahan, mungkin akan meningkat lebih maju pada peringkat seterusnya. Dalam hal ini, mobiliti murid dalam kumpulan-kumpulan mereka harus diberi perhatian serius agar aktiviti-aktiviti pengayaan yang dilaksanakan itu menepati sasaran dan tujuannya. Di samping itu murid-murid dapat belajar dengan lebih selesa dan menyeronokkan. Sebelum sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dilaksanakan, guru perlulah terlebih dahulu merancang aktiviti-aktiviti yang hendak diberikan kepada muridmurid. Ini bertujuan supaya guru dapat menentukan aktiviti yang manakah yang sesuai untuk sesuatu kemahiran dan aktiviti yang manakah pula sesuai untuk program pengayaan. Dalam proses pembelajaran biasa, guru haruslah memastikan bahawa murid murid mereka telah menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebelurn sesuatu program pengayaan itu dirancangkan. Program pengayaan itu haruslah menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan murid-murid. Sebaik-baiknya ia bermakna kepada murid-murid yang cerdas 6n mencabar kepada murid-murid yang

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

12

lambat. Menarik atau mencabarnya sesuatu aktiviti itu bergantung pada jenis aktiviti dan persembahan yang di6erikan oleh guru-guru. Untuk membina satu strategi pengajaran dan pembelajaran program pengayaan secara berkesan, seseorang itu haruslah menyemak kembali objektif pengajaran, kemahiran yang mesti ada pada kurnpulan sasaran, urutan untuk menyampaikan maklumat dan kandungan maklumat. Secara keseluruhannya, strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan harus menitikberatkan perkara-perkara berikut: 1. Program pengayaan yang hendak disampaikan itu haruslah menarik dan menyeronokkan. 2. Murid-murid harus faham apa yang sepatutnya mereka pelajari. 3. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah berkaitan secara langsung dengan semua pernyataan objektif. 4. Latihan dan aktiviti yang disediakan hendaklah mencukupi dan dapat membantu memperkembangkan pengetahuan atau mempertingkatkan penguasaan kemahiran.

Soalan-soalan
1. Jelaskan peranan guru dalam melaksanakan proses pengayaan dalam pengajaran penulisan di dalam kelas.

KRB 3023 : Prinsip Pengajaran Penulisan

13

RUJUKAN
Greenberg, K. L. (1994). The Advancing Writer Book 2. New York: Harper Collins. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Sukatan Pelajaran KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum. Lyons (1989). Study Writing. Cambridge: College Publishers University. Mohd. Sidin Ishak (1992) Ketrampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mortomore, P. (1999) Understanding Pedagogy and Its Impact on Learning . London: Thousand Oak, Clif: Chapman. Schunk, D.H. (1996) Learning Theories: An Educational Perspective. Eaglewood Cliff, N.S. : Merill. Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai