Anda di halaman 1dari 3

Gua Hira telah menjadi tempat pilihan

Nabi Muhamad s.a.w untuk menyucikan


jiwanya dan beribadat kepada Allah. Ia
terletak di Jabal Nur bukit yang curam dan
dipenuhi batu-batu kerikil yang tajam.
Jaraknya kira-kira 10km dari Kota Mekah.
Firman Allah dalam surah Assyams ayat 9
iaitu:
;~ EEU^ }4`
E_-Ee ^_
Sesungguhnya berjayalah orang Yang
menjadikan dirinya - Yang sedia bersih -
bertambah-tambah bersih (dengan iman
dan amal kebajikan),

Rakan-rakan sekalian,
Marilah kita sama-sama sentiasa
membersihkan jiwa dengan menjauhi
perbuatan dan persekitaran maksiat. Di
Malaysia, kewujudan masjid-masjid yang
indah binaannya dan sarat aktivitinya
seperti Masjid Negeri Shah Alam menjadi
tempat terbaik untuk beribadah dan
menyucikan jiwa.












Ya Kawan-kawan
Malaikat Jibril telah datang memeluk Nabi
Muhammad seraya berkata Bacalah,
wahai Muhammad.
Dalam ketakutan baginda menjawab
Saya tidak tahu membaca .
Malaikat Jibril a.s mengulangi lagi,
Bacalah, wahai Muhammad tetapi Nabi
tetap menjawab Saya tidak tahu
membaca. Jibril mengulangi lagi untuk
kali ketiga namun jawab baginda, Saya
tidak tahu membaca. Setelah itu Malaikat
Jibril a.s melepaskan pelukan yang kuat
terhadap baginda sambil membaca Surah
Al-Alaq ayat 1-5 iaitu:

4O^~-
c)
El)4O Og~-.-
4-UE ^ 4-UE
=}=Oee"- ;}g`
-U4N ^g
4O^~-
El4O4
N4O^- ^@
Og~-.- =^U4
U^) ^j
=^U4 =}=Oee"-
4` uu4C
^)

1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan
nama Tuhanmu Yang menciptakan
(sekalian makhluk),
2. ia menciptakan manusia dari sebuku
darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah, -
4. Yang mengajar manusia melalui Pena
dan tulisan, -
5. ia mengajarkan manusia apa Yang
tidak diketahuinya.

Rakan-rakan sekalian,
Ilmu adalah pelita hidup. Membaca adalah
jambatan ilmu. Program Nilam adalah satu
usaha murni oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi memupuk minat membaca
dikalangan murid-murid sekolah. Inilah
bukti menunjukkan betapa pentingnya
ilmu bagi kita semua.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Selepas peristiwa itu Rasulullah saw pun
pulang ke rumah dalam keadaan mengigil
ketakutan, Muhammad terus berselimut.
Firman Allah Taala dalam Surah Al
Muddathir ayat 1-3 iaitu

Og^4C
NOgEO^- ^
~ OO^ ^g
El+4O4 uO) ^@
1. Wahai orang Yang berselimut!
2. bangunlah serta berilah peringatan dan
amaran (kepada umat manusia).
3. dan Tuhanmu, maka ucaplah dan
ingatlah kebesaranNya!

Melihat keadaan baginda yang berselimut
itu, Khadijah isterinya menjadi kehairanan.
Lalu Khadijah cuba menenangkan
baginda


Isteri cerdik dan solehah,
penyejuk mata,
penawar hati,
penenang fikiran,..
di rumah dia isteri, dijalanan kawan,
di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan....
(Nasyid)

Setelah baginda kembali tenang,
Rasulullah s.a.w pun menceritakan
peristiwa aneh yang telah dialaminya
kepada isteri yang dikasihi.

Hadirin-hadirat sekalian,

Isteri adalah sayap kiri perjuangan suami.
Ramai tokoh muslimah hari ini seperti
Dato Norbahiyah, Prof. Dr. Muhaya
menjadi pendakwah hebat yang berjaya
membantu suami mengemudi rumah
tangga agar menjadi baiti jannati.

Rakan-rakan sekalian,

Khadijah meminta izin suaminya
Berjumpa Waraqah bin Naufal alim agama
Setelah bercerita segala peristiwa
Lantas sepupunya itu pun berkata;

Demi Tuhan, sesungguhnya engkau
adalah nabi kepada umat ini.
Sesungguhnya jika aku masih hidup dan
di waktu itu orang memusuhimu, nescaya
akulah orang pertama menolongmu.

Tenangnya mendengar kata-kata
Waraqah
Suaminya kini pesuruh Allah
Nabi Muhammad pun mula berdakwah
Kepada Allah Tuhan yang wajib
disembah.

Kawan-kawan sekalian,
Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Bertanyalah kepada orang yang berilmu
sekiranya kita tidak tahu. Firman Allah
Taala dalam Surah An Nahl Ayat 43:

_ W-EOU4*O
u- @O^g]~.-
p) +-47
4pO+u> ^j@
oleh itu bertanyalah kamu kepada orang
yang berpengetahuan jika kamu tidak
mengetahui.

Program Tanyalah Ustaz yang
ditayangkan dalam TV9 merupakan salah
satu saluran terbaik untuk bertanyakan
sebarang kemusykilan agama secara
langsung.









Hingga di sini saya akhiri,
Banyak pengajaran boleh didapati,
Cintai Rasulullah Sunnah ikuti,
Balasan di syurga sentiasa menanti. (
pantun )

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah,
wassalamualaikum w.b.t
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai