Anda di halaman 1dari 14

NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

SURAH AL FATIHAH.
ISI-ISI PENTING.
- Surah pertama di dalam al quran.
- Mempunyai 7 potong ayat di dalamnya termasuk
‘basmalah’ (‫)بسم اهلل الرحمن الرحيم‬.
- Di baca setiap hari dan setiap waktu pada setiap rakaat
solat samada yang fardhu atau yang sunat.
- Bertepatan dengan ayat al quran :
: { ‫هو سورة الفاتحة بوصفها سبع } ولقد آتيناك سبعاً من المثاني والقرآن العظيم‬
‫ آيات‬Surah Al-Hijr : 87
o { ‫ } من المثاني‬bermaksud dibaca berulang-ulang di
dalam solat.
o dinyatakan bahawa Allah ta’ala telah
mendatangkan (mewahyukan) pada nabi saw 7
ayat yang dibaca berulang2 daripada ayat-ayat al
quran.
o 7 ayat itu adalah surah al fatihah.
o Maksud berulang2 itu ialah surah al fatihah itu
dibaca berulang2 di dalam setiap solat pada setiap
rakaat kerana bacaan al fatihah adalah rukun,serta
syarat sah di dalam sembahyang jika tidak dibaca
ia, maka tidak solat itu.

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

- Dan jika ianya tidak dibaca ketika solat maka solat itu
tidak sah.
 Hadith sahihayn- diriwayatkan oleh Imam Al
Bukhari Dan Imam Muslim.

“‫“ ال صالة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب‬


o Maksudnya : sesiapa yang tidak membaca surah al fatihah di dalam
solatnya, maka ianya tidak dikira bersolat.

- Dimulai dengan ‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬


- terdapat khilaf mengenainya.
 Adakah basmalah ini sebahagian daripada
surah fatihah – ayat pertama surah ini.
Ataupun ianya hanya dibaca bagi permulaan
surah sebagaimana surah-surah yang lainnya.
 Pendapat yang paling rajjih- yang paling kukuh
dan disepakati seluruh ulama’; bahawa ianya
sebahagian daripada surah al fatihah. Ayat
yang pertama.

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

AYAT PERTAMA.

‫بسم اهلل‬

 Dimulakan dengan nama Allah adalah bagi


menunjukkan segala sesuatu itu dimulai
dengan nama Allah yang maha agung. Ini
adalah ajaran islam yang pertama yang
mengandungi metod tauhid- mengesa’kan
Allah ta’ala.
 Ia juga merujuk kepada turutan yang betul
sebagaimana wahyu pertama Nabi SAW – iqra’
‫اقرأ باسم ربك‬..
 Ini adalah kaedah pengajaran awal Allah
kepada nabi saw agar mengenal siapakah
tuhannya, siapakah Allah. Allah itu yang
pertama dan yang terakhir, yang zahir dan
yang batin, maha suci Allah oleh kerana
kewujudanNya maka wujudlah benda-benda
(makhluk) yang lain). Dan dimulai segala
proses kewujudan itu daripada Allah jua,
pemula segala permulaan. Dengan dengan
namaNya dan izinNya maka terjadilah proses
itu( permulaan) pada setiap titik zarah atau
benda seni yang lain.

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

 Kemudian di datangkan pula 2 sifat Allah yang


maha pengasih lagi maha penyayang –
Nampak sama tetapi tidak serupa, apakah
yang dimaksudkan dengan maha pengasih lagi
maha penyayang.

 ‫قال اهلل تعالى انا الرحمن خلقت الرحم‬


 “Aku ini Ar- Rahman (pengasih) dan aku yang
menjadikan Rahim (kasih sayang)” (Hadith
Sahih, riwayat Abu Daud no. 1694 dan Tirmidzi
no. 1907).
 iaitu Sifat Ar-Rahman Allah digunakan kepada
hamba-Nya di dunia sebagai tanda ihsan dan
kemurahan Allah kepada hamba-Nya apabila
Dia menciptakan di dunia kasih sayang supaya
manusia dapat saling bergantung dan hidup
dengan bahagia.

 Manakala sifat Ar-Rahim pula merupakan sifat


khas Allah buat hamba-Nya yang beriman
sebagai ganjaran kepada mereka di dunia dan
akhirat. Seperti dalam firman-Nya :
 ً‫ين َر ِحيما‬ِِ
َ ‫َو َكا َن بِٱل ُْم ْؤمن‬
 “ Dan sesungguhnya Dia (Allah) sangatlah
Penyayang kepada orang-orang yang
beriman” (Surah Al-Ahzab : 43). 

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

AYAT KEDUA.

)2( ‫ين‬ ِ ِّ ‫ْح ْم ُد لِلَّ ِه َر‬


َ ‫ب ال َْعالَم‬ َ ‫ال‬

:‫ قال‬،‫ حدثنا بشر بن عُمارة‬:‫ قال‬،‫ حدثنا عثمان بن سعيد‬:‫ قال‬،‫ حدثنا محمد بن العالء‬
‫ قال جبريل لمحمد صلى اهلل‬:‫ قال‬،‫ عن ابن عباس‬،‫ عن الضحاك‬،‫حدثنا أبو َر ْوق‬
،‫ هو الشكر هلل‬:"‫ "الحمد هلل‬:‫ قل يا محمد "الحمد هلل " قال ابن عباس‬:‫عليهما‬
‫ وغير ذلك‬،‫ واإلقرار بنعمته وهدايته وابتدائه‬،‫واالستخذاء هلل‬
 Maksud hadith :
o Hadith daripada ibn ‘abbas r.a : segala pujian bagi Allah
(Alhamdulillah) ; ia adalah bersyukur kepada Allah, penyerahan diri
yang total kepada Allah, dan ikrar atau pengakuan bersungguh ke
atas nikmat yang dikurniakan kepada kita olehNya juga hidayah yang
telah diberikan olehNya kepada kita dan kewujudan kita ini atas
nikmat daripadaNya dan lain-lain lagi .
 Alhamdulillah itu bermakskud, rasa bersyukur kepada
Allah di atas segala perkara yang telah dikurniakan
kepada kita akan nikmatnya, hidayahnya dan kejadian
kita daripadaNya dan segala yang kita telah perolehi di
dunia ini. – Tafsir At Tabari.
 Rasa bersyukur manusia yang disemaikan di dalam hati
dan dialunkan di dalan solat berulang2 agar menguatkan
dan menambah lagi iman. –
 rasa syukur itu membuat kita merendah diri atas
kelebihan yang kita peroleh,

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

 jadikan kita ingat tuhan yang esa, ingat segala


suruhanNya, laranganNya. Kepada siapa kita patuh itu?
 Tuhan sekelian alam, seluruh alam. Contoh lihat ayat2
quran yang menunjukkan kehebatan Allah jika kita
dalami maksudnya..ayat al qursi.. – tuhan yang memiliki
segala yang ada di langit dan di bumi. Huraikan langit-
kata jama’..menunjukkan kebesaranNya…

AYAT KETIGA

)3( ‫الر ِح ِيم‬


َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ
‫ادة الْ َخ ْير أِل َْهلِ ِه‬ ِ َّ ‫الرحمن‬
َ ‫الر ْح َمة َو ِه َي َإر‬
َّ ‫َي ِذي‬
ْ ‫الرحيم" أ‬ َ ْ َّ "
 Yang mana pemilik ataupun yang mempunyai rahmat
itu berupaya mengurniakan kebaikan kepada hambanya.
 Tafsirannya sama juga dengan ar rahman ar rahim..

AYAT KEEMPAT

)4( ‫ك َي ْوِم الدِّي ِن‬


ِ ِ‫مال‬
َ
 Perkataan ‘maliki’ itu sendiri juga mempunyai khilafnya
yang tersendiri dari segi qiraat.
 Abu ja’afar menyatakan ada yang membaca :
‫ك َي ْوِم الدِّي ِن‬
ِ ِ‫ مل‬
َ
‫ك َي ْوِم الدِّي ِن‬
ِ ِ‫ مل‬
َ

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

‫ك َي ْوِم الدِّي ِن‬


َ ِ‫ مال‬
"‫الملْك‬ ِ ‫ أن‬،‫ ال خالف بين جميع أهل المعرفة بلغات العرب‬
ُ " ‫الملك من‬
َ
 Namun semuanya bersepakat asal perkataannya adalah
al mulk- yang memiliki. Raja, pemilik bagi sesuatu.
 ‫ – َي ْوِم الدِّي ِن‬hari qiamat. – tiada sesiapapun memiliki apa
pun pada hari itu. Pada hari itu akan dihakimi segala apa
yang kita buat dan diberikan pembalasan setimpal
dengan segala perbuatan yang telah kita lakukan.
‫ هو يوم‬،)‫ك َي ْوِم الدِّي ِن‬
ِ ِ‫(مل‬:‫ وعن ناس من أصحاب النبي صلى اهلل عليه وسلم‬
َ
.‫الحساب‬

Maksudnya : yaum al ddin itu adalah hari penhisaban, hari


pembalasan (salah satu daripada pengertian hari qiamat)

AYAT KELIMA
ِ َ َّ‫اك َن ْعب ُد وإِي‬
)5( ‫ين‬
ُ ‫اك نَ ْستَع‬ َ ُ َ َّ‫إِي‬
(:‫ قل يا محمد‬:‫جبريل لمحمد صلى اهلل عليه وسلم‬
ُ ‫ قال‬:‫ قال‬،‫عن عبد اهلل بن عباس‬ 
)3( ‫وحد ونخاف ونرجو يا ربَّنا ال غيرك‬
ِّ ُ‫إياك ن‬ َ َّ‫إِي‬
َ ،) ‫اك َن ْعبُ ُد‬
 Maksud hadith;
Hadith daripada abdullah bin ‘abbas telah berkata ; telah berkata jibril (malaikat )

kepada nabi Muhammad saw, katanya, “ya Muhammad, :( َ َّ‫ إِي‬bahawa kami
‫اك َن ْعبُ ُد‬
mengaku hanya engkau ya Allah tuhan kami yang satu, bahawa kami takut
denganMu ya Allah, dan kamu hanya berharap kepadaMu ya Allah, tiada tuhan
melainkan engkau ya Allah.

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

 Kita mengakui bahawa hanya kepada Allah sajalah tuhan


yang kita sembah, yang kita taati, yang kita patuhi segala
perintah yang merangkumi suruhan dan laranganNya.
Ini adalah salah satu bentuk takrir, ikrar kita sebagai
orang yang beriman. – tafsir fi zilal.
‫ عن عبد اهلل بن‬،‫ عن الضحاك‬،‫ حدثنا أبو َر ْوق‬:‫ قال‬،‫ حدثني بشر بن عُمارة‬:‫ قال‬
. )1( ‫ين على طاعتك وعلى أمورنا كلها‬ ِ ِ َ َّ‫( وإِي‬:‫عباس‬
ُ ‫ إياك نستَع‬:‫ قال‬،) ‫ين‬
ُ ‫اك نَ ْستَع‬ َ
 Maksud hadith :
‫ين‬ ِ َ َّ‫) وإِي‬، bahawa hanya kepada
Hadith daripada Abdullah bin ‘abbas : :( ُ ‫اك نَ ْستَع‬ َ
engkau ya Allah kami memohon pertolongan atas perkara-perkara ketaatan padaMu
ya Allah, dan segala perkara kami yang berkaitan dengan ketaatan itu.

 Hanya kepada Allah saja kita memohon pertolongan,


tiada yang lain daripadaNya. – ulama’ berpendapat,
pertolongan itu kita mohon untuk perkara yang
berkaitan dengan ketaatan terhadap Allah taala bukan
yang berlawanan dengan suruhanNya.
 Kalau kita teliti apakah bentuk pengajaran dan ajaran
yang Allah ingin tunjukkan, dimulai dengan nama Allah,
kemudian penyataan 2 sifat yang Nampak sama tetapi
berbeza – yang menunjukkan sikap kasih dan sayang
tuhan kepada hambanya.
 Penyataan bahawa Allah taa’la adalah raja segala raja
dan pemilik hari kiamat, dan kita akur dengan
kekuasaannya – ingat hari kiamat, tingkatkan amal..

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

 Kemudian kita mengaku pula bahawa hanya kepada


Allah saja kita sembah, kita beribadat, kita serahkan diri
hanya kepadaNya.
 Maka kita memohon pertolongan daripadanya..
 Jarak kita dengan Allah semakin dekat dan semakin
dekat.

AYAT KEENAM

)6( ‫يم‬ ِ ِّ ‫ْاه ِدنَا‬


َ ‫الص َرا َط ال ُْم ْستَق‬
‫ اهدنا‬،‫ يا محمد‬،‫ " قل‬: ‫ قال جبريل لمحمد صلى اهلل عليه‬:‫ قال‬،‫ عبد اهلل بن عباس‬173
. )2( ‫ ألهمنا الطريق الهادي‬:‫ يقول‬." ‫المستقيم‬
َ ‫الصراط‬
Maksud hadith :
Hadith daripada Abdullah bin ‘abbas, katanya, telah berkata jibril kepada nabi muhammad
saw, “katakanlah ya muhammad, ‫المستقيم‬ ‫ اهدنا الصراط‬. katanya : ilhamkan kepada kami
َ
jalan yang membawa kepada hidayah.

 Tunjukkan kami jalan yang lurus.


 Jalan yang lurus :
o Kata saidina Ali, ianya adalah Islam.
o Jalan yang benar.
 Tafsiran ayat ini dapat kita lihat pada ayat seterusnya
mengenai apa yang dimaksudkan dengan ‫يم‬ ِ
َ ‫الص َرا َط ال ُْم ْستَق‬
ِّ .

AYAT KETUJUH
ِ َّ ِ
َ ِّ‫وب َعلَْي ِه ْم َواَل الضَّال‬
)7( ‫ين‬ ِ ‫ض‬ُ ْ‫ت َعلَْي ِه ْم غَْي ِر ال َْمغ‬
َ ‫ين أَْن َع ْم‬
َ ‫ص َرا َط الذ‬

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

‫ين أَْن َع َم اللَّهُ َعلَْي ِه ْم ِم َن‬ ِ َّ َ ِ‫ول فَأُولَئ‬


َ ‫ك َم َع الذ‬ َّ ‫يما َو َم ْن يُ ِط ِع اللَّهَ َو‬
َ ‫الر ُس‬ ِ ِ
ً ‫ولهدينهم ص َراطًا ُم ْستَق‬
ِ ِ َّ ‫الشه َد ِاء و‬ ِ ِّ ‫النَّبِيِّين و‬
.]69-86:‫ين ) [سورة النساء‬ َ ‫الصالح‬ َ َ ُّ ‫ين َو‬ َ ‫الصدِّيق‬ ََ
:‫ قال‬،‫ حدثنا بشر بن ُع َمارة‬:‫ قال‬،‫ حدثنا عثمان بن سعيد‬:‫ قال‬،‫ حدثنا محمد بن العالء‬-
‫ريق من‬
َ َ‫ ط‬:‫ "صرا َط الذين أنعمت عليهم" يقول‬:‫ عن ابن عباس‬،‫ عن الضحاك‬،‫حدثنا أبو َر ْوق‬
،‫أنعمت عليهم بطاعتك وعبادتك من المالئكة والنبيين والصديقين والشهداء والصالحين‬
َ
. )1( ‫الذين أطاعوك وعبَ ُدوك‬

 Tarsiran bagi ayat sebelumnya jalan itu adalah :


 Hidayah di atas jalan yang benar dan segala perkara
yang berkaitan dengannya.
 Al maghdhub : orang2 yahudi
 Ad dhallin : orang2 nasoro; Nasrani.
 tafsir Jalalulayn. JUGA Tafsir Terjemahan Pimpinan Ar
Rahman.
 Di sudahi dengan Amin.. merupakan kebenaran kepada
doa ini..

Kesimpulannya :
o Surah al fatihah adalah surah yang pertama di dalam al
quran, juga digelar dengan pelbagai nama antaranya
adalah ‘ummu al kitab’ – ibu bagi kitab (al quran).
o Terdapat 7 ayat di dalamnya termasuk basmalah ( ‫بسم اهلل‬
‫)الرحمن الرحيم‬.

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

o Ianya adalah salah satu daripada rukun sembahyang


yang 13, dan tanpanya di dalam solat, maka tidak sah
solat seseorang itu.
o Kalau diteliti Allah Ta’ala mengajar manusia mengenai
adab kita denganNya bagaimana cara kita hendak
berkomunikasi dengannya di dalam surah al fatihah ini.
di mulai dengan bacaan bismillah, kita mulakan sesuatu
dengan nama Allah.
o Di sini Allah mengajar kita agar memulakan sesuatu
perkara dan pekerjaan itu dengan namanya agar kita
senentiasa berada di dalam limpahan 2 sifat utamanya
ar rahman – maha pemurah; yang merupakan sifat azali
pencipta (Allah) kepada keseluruhan makhluk yang
diciptanya (seperti manusia, jin, haiwan dan segalanya2)
tidak kira samada beriman, atau beragama islam
ataupun tidak. Kemudian, Allah datangkan pula sifat ar
rahim – penyayang, yang merupakan pemberian dan
focus yang khusus untuk hambanya yang beriman
kepadaNya.
o Hamdallah; (‫ْح ْم ُد لِلَّ ِه‬
َ ‫ ) ال‬segala pujian hanyalah untuk Allah
tuhan sekelian alam, kalau kita teliti Allah taala telah
mengajar kita bahawa segala pujian itu hanyalah Allah
taala saja yang berhak memilikinya, sebab itu apabila
orang memuji kita digalakkan kita mengucapkan
hamdallah. Antara hikmahnya akan luntur sifat riya’
ataupun maksiat hati di kalangan kita sebagai manusia
yang mudah lupa ini, juga yang utama senentiasa

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

mengingati Allah dalam apa jua keadaan susah ataupun


senang, dikeji mahupun dipuji orang.
o Kemudian Allah Ta’ala mengajar kita lagi agar
menyebutkan sifat-sifat terpujiNya iaitu ar rahman, ar
rahim, kemudian kita mengakui bahawa nanti pada hari
kiamat hanya Allah saja yang memiliki segala-galanya.
o Daripada situ saja kita dapat simpulkan bahawa, sebesar
mana sekalipun pangkat kita sebagai manusia, setinggi
mana sekalipun darjat kita perolehi di dunia ini, juga
sebanyak mana sekalipun harta yang dapat kita
kumpulkan di dunia ini, ianya hanyalah sementara!
Akhirat jua yang kekal selama-lamanya. Nanti di sana, di
akhirat sana, hanya Allah jua yang memiliki segala-
galanya. Maka terbuktilah bahawa hanya Allah sajalah
tuhan yang maha berkuasa, maha esa, maha memiliki
segala-galanya. Tiada apa pun selain Dia, dan tiada apa
pun yang menyerupai Dia, Allah yang maha hebat!
ِ َ َّ‫اك َن ْعب ُد وإِي‬
o Apabila tiba pada ayat )5( ‫ين‬
ُ ‫اك نَ ْستَع‬ َ ُ َ َّ‫ إِي‬maka kita
dapati, dialog kita dengan Allah semakin dekat, bahasa
yang kita gunakan adalah secara langsung, tiada
pengganti diri, hanya bahasa ‘aku’ dan ‘engkau’ bagi
menunjukkan betapa dekatnya Allah dengan hambanya
ketika di dalam solat. Maka jika kita mempunyai
tawakkal yang jitu maka pastinya akan terbuka segala
hijab di antara kita dengan Allah, di antara ‘yang
mencipta’ dengan ‘yang diciptakan’. Maha suci Mu ya
Allah.

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

o Kita mengakui bahawa hanya Allah jua yang kita sembah


tiada yang lain lagi selain Dia, dan hanya pada Allah jua
kita memohon pertolongan; pertolongan ini melibatkan
perkara yang memberi menfaat kepada kita sebagai
hambaNya namun hanya di dalam perkara yang
berkaitan dengan ketaatan kita dengan Allah subhanahu
wa ta’ala. Sebagai contoh, pekerjaan kita, Allah
menyuruh kita mencari rezeki yang halal bagi memberi
makan pada tanggungan kita yang terdiri daripada ibu
bapa, isteri, dan juga anak-anak. Juga tidak ketinggalan
hal-hal berkaitan pelajaran, nak lulus peperiksaan
dengan cemerlang atau sebagainya mintalah dengan
Allah, mintalah apa saja. Nak sembuh penyakit, nak kaya
dan sebagainya asalkan tidak berlawanan dengan
perintah Allah.
o Namun Allah juga mengingatkan kita apakah perkara
yang lebih utama di dalam hidup kita yang akan
membawa kita kepada titik penghujung yang
mengembirakan? Tidak lain dan tidak bukan adalah;
meminta pada Allah ilhamkan jalan mana yang lurus…
o Jalan apakah yang lurus? Jalan yang mana telah dipilih
dan dilalui oleh orang-orang yang telah Allah beri nikmat
yang amat tinggi, orang-orang yang terdiri daripada
kalangan para anbia’ (nabi-nabi), orang-orang yang
benar, orang-orang yang mati syahid di dalam
perjuangan, orang-orang soleh, itulah jalan yang

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.


NOTA KULLIYAH TAFSIR SURAU TAMAN MAKMUR, KLUANG . JOHOR.

sepatutnya kita pohon, cara hidup yang betul, pegangan


yang teguh dan panduan yang benar.
o Kalau mengikut kata saidina Ali, itulah ajaran islam.
o Kemudian kita aminkan kerna inilah doa kita sehari-
harian. Moga dengan adanya nota ringkas ini dapat
menambah pengertian kita dan menguatkan lagi iman
kita. Juga menambah lagi kekhusyukkan kita di dalam
solat kita seharian. Amin….

Oleh : Faizal Bin Jailani, Taman Makmur, Kluang Johor.

Anda mungkin juga menyukai