Anda di halaman 1dari 10

PENTAFSIRAN TEKS AL-QURAN

HQT3012

KUMPULAN A

SEMESTER 1 SESI 2023/2024

TAJUK TUGASAN :

AYAT AL-QURAN YANG PALING DISUKAI

FAKULTI :

FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

NAMA :

MUHAMMAD IRHAM BIN RUSLAN FADZIL

NOMBOR MATRIKS :

D20231108398

NAMA PENSYARAH:

PROF. DR. HUSNA BINTI HUSAIN


ISI KANDUNGAN MUKASURAT

PENGENALAN 2

TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR 3-6

AYAT 53 & 54

ASBABUN NUZUL 7

SEBAB PEMILIHAN AYAT 8

DAN KESIMPULAN

RUJUKAN 9

1
PENGENALAN

Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam.Saya telah diberikan
tugasan untuk menghuraikan lebih mendalam tentang ayat yang paling disukai.Saya telah
memilih ayat 53 dan 54 daripada Surah az-Zumar yang mana membawa tema betapa kasihnya
Allah kepada hambanya dan perintah untuk bertaubat kepadanya.Berikut merupakan kumpulan
ayat tersebut bersertakan terjemahan ayat berdasarkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman :

َ ْ ُ َ َ ُ َّ ُ ُ َ ۡ َ ُ ُ َّ ً َ َ ُ ُ ۡ َ َ َّ َّ َّ َ ۡ َّ ْ َۡ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ َّ َ َ َٰ َ ۡ ُ
‫ِيب ٓوا إِل َٰى‬ ‫ وأن‬٥٣‫س ِه ۡم لا تق َن ُطوا مِن رحمةِ ٱّللِِۚ إِن ٱّلل يغفِر ٱلذنوب جمِيعا ِۚ إِنهۥ هو ٱلغفور ٱلرحِيم‬
ِ ‫ِين أ ۡس َرفوا عَل ٰٓى أنف‬
‫۞ قل يعِبادِي ٱلذ‬

َ َ ُ َ َّ ُ ُ َ َ ۡ ُ ُ َ ۡ َ َ ۡ َ َ ْ َ ُ َ
٥٤‫نص ُرون‬ ‫ك ۡم َوأ ۡسل ُِموا ل ُهۥ مِن قب ِل أن يأتِيكم ٱلعذاب ثم لا ت‬ِ ‫رب‬

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas


terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus
asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."Dan kembalilah kamu kepada
Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi
azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

(Surah az-Zumar Ayat 53 & 54)

2
TAFSIR SURAH AZ-ZUMAR AYAT 53 & 54

Tafsir Ibnu Kathir

Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas tentang firman Allah pada ayat 53
Surah az-Zumar.dia berkata: "Sesungguh- nya Allah Ta'ala menyeru kepada ampunan-Nya bagi
orang yang menyangka bahwa al-Masih adalah Allah, orang yang menyangka bahwa al-Masih
adalah anak Allah, orang yang menyangka bahwa 'Uzair adalah anak Allah, orang yang
menyangka bahwa Allah itu fakir, orang yang menyangka bahwa tangan Allah terbelenggu
(bakhil) dan orang yang menyangka bahwa Allah adalah salah satu di antara tiga oknum”.1

Pentafsiran ini menunjukkan bahawa seruan untuk taubat kepada golongan-golongan tersebut
yang mana semuanya melibatkan dengan prasangka buruk terhadap Allah dan membuatkan
mereka jauh dari rahmatnya.Berdasarkan Kamus Besar Bahasa Indonesia,oknum membawa
makna penyebut diri Tuhan dalam agama Katolik terhadap konsep Trinity dalam agama
mereka.

Ath-Thabrani meriwayatkan dari jalan asy-Sya'bi, dari Sunaid bin Syakl, bahwa dia berkata:
Aku mendengar Ibnu Mas'ud berkata, “ayat yang paling banyak mengandungi kegembiraan
adalah yang terdapat dalam surat az-Zumar”, iaitu:

َّ َ ۡ ْ َۡ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ َّ َ َ َٰ َ ۡ ُ 2
ِِۚ‫س ِه ۡم لا تق َن ُطوا مِن َّرحمةِ ٱّلل‬
ِ ‫ِين أ ۡس َرفوا عَل ٰٓى أنف‬
‫قل يعِبادِي ٱلذ‬

Ini merupakan salah satu bahagian daripada kalam Ibnu Mas’ud yang menerangkan ayat-ayat
yang istimewa dalam Al-Quran yang mana ayat 53 Surah az-Zumar termasuk dalamnya.

1
Dr. Abdullah bin Muhammad bin Abdurahman bin Ishaq Al-Sheikh (2004).Lubaabut Tafsiir Min Ibni Katsiir .
Pustaka Imam asy-Syafi’I,Jil.7,hal.121
2
Ibid,hal.122

3
Kemudian Allah SWT mendorong hamba-hamba-Nya untuk bersegera melakukan taubat
dengan firman-Nya:
َْ َ ُ َ َ ْ ُ ََ
‫ك ۡم َوأ ۡسل ُِموا ل ُهۥ‬ ٓ
ِ ‫وأن ِيبوا إِل َٰى رب‬

Iaitu:kembali dan berserah diri kepada Allah

َ َ ُ َ َّ ُ ُ َ َ ۡ ُ ُ َ ۡ َ َ ۡ َ
٥٤‫نص ُرون‬ ‫مِن قب ِل أن يأتِيكم ٱلعذاب ثم لا ت‬

Iaitu:bersegeralah bertaubat dan beramal soleh sebelum tertimpa kemurkaan3

Tafsir At-Thabari

Ahli takwil berbeda pendapat tentang orang yang dimaksud dalam ayat 53 Surah az-
Zumar.Sebahagian berpendapat bahwa yang dimaksud adalah orang- orang musyrik.Ahli
takwil lain berpendapat bahawa yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah untuk orang
Islam.Ahli takwil lain juga berpendapat bahawa ayat ini berisi tentang beberapa orang yang
berpendapat bahawa pelaku dosa besar itu masuk neraka.Namun begitu,pendapat yang utama
dan benar ialah pendapat yang mengatakan bahawa maksudnya adalah seluruh orang yang
melampaui batas terhadap dirinya sendiri sama ada dia orang ‘mukmin’ atau ‘musyrik’ kerana
Allah mengatakan ayat ini dalam bentuk umum dan tiada pengkhususan untuk orang-orang
tertentu.4

Pada ayat 54 Surah az-Zumar pula, Maksud ayat tersebut adalah “wahai manusia, segeralah
bertaubat kepada Tuhan kamu dan kembalilah taat kepadaNya. Penuhilah seruannya agar kamu
mengesakannya, mempertuhankannya dan tulus ikhlas hanya beribadah kepadanya”.5

Maka dapat difahami bahawa ayat 53 & 54 Surah az-Zumar merupakan suatu ayat yang
membawa kepada seluruh manusia untuk kembali kepada Tuhan yang sebenar-benarnya
pencipta bagi alam ini.

3
Ibid,hal.122-123
4
Abu Ja’far Muhammad bin Jarir Ath-Thabari (2009).Jami’ Al-Bayan an Ta’wil Ayi Al Qur’an.Misbah,Abdul
Somad,Abdurrahim Supandi,Penterjemah.Pustaka Azzam,Jil.22,Hal.398-408
5
Ibid,Hal.411

4
Tafsir Al-Qurtubi

Ibnu Juraij meriwayatkan, dari Atha' dari Ibnu Abbas RA, dia berkata, "Wahsyi datang
menemui Rasulullah SAW dan berkata, 'Ya Rasulullah, saya ingin dekat denganmu. Terimalah
saya, saya ingin mendengar firman-Nya (tentangku)." Rasulullah SAW bersabda, "Sebenarnya
aku tidak suka berdekatan denganmu, tetapi, jika kamu mau baiklah sampai kamu mendengar
firman-Nya (tentangmu). "

Wahsyi berkata, "Saya telah menyekutukan Allah SWT sebelum ini. Saya membunuh orang
yang tidak halal untuk saya bunuh. Saya juga melakukan zina. Apakah Allah SWT masih
menerima taubatku?" Rasulullah SAW diam, hingga akhirnya turun ayat:

َ ُ َ ۡ َّ ُ َّ َ َّ َ َّ َ ۡ َّ َ ُ ُ ۡ َ َ َ َ َ َ ً َ َّ َ َ َ ُ ۡ َ َ َ َّ َ
ِۚ ‫ٱّلل إِلا بِٱلحَ ِق َولا يَ ۡزن‬
‫ون‬ ‫وٱلذِين لا يدعون مع ٱّللِ إِلَٰها ءاخر ولا يقتلون ٱلنفس ٱلتِي حرم‬

Rasulullah SAW membacakannya kepada Wahsyi. Wahsyi berkata, "Ayat ini seakan
mengisyaratkan adanya syarat, mungkin saya tidak mampu berbuat kebaikan. Saya tetap akan
di sini hingga mendengar firman Allah SWT (tentangku).

Maka turunlan ayat

ُٓ ََ َ َ َ ُ َ َۡ َ ۡ ُ َ ۡ َ َ َ َّ َّ
ِۚ ‫إِن ٱّلل لا يغف ُِر أن يش َرك بِهِۦ َويغف ُِر ما دون ذَٰل ِك ل َِمن يشاء‬

Rasulullah SAW memanggil Wahsyi dan membacakan ayat ini kepadanya.

Wahsyi berkata, "Mungkin saya termasuk orang tidak dikehendaki. Saya akan tetap di sini,
hingga Allah menurunkan firman-Nya. Maka turun ayat 53 Surah az-Zumar

َّ َ ۡ ْ َۡ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ َّ َ َ َٰ َ ۡ ُ
ِِۚ‫س ِه ۡم لا تق َن ُطوا مِن َّرحمةِ ٱّلل‬
ِ ‫ِين أ ۡس َرفوا عَل ٰٓى أنف‬
‫۞ قل يعِبادِي ٱلذ‬

dan Wahsyi berkata, "Ya, sekarang saya tidak melihat adanya syarat dalam ayat ini. Wahsyi pun
memeluk Islam."6

Ini menunjukkan ayat ini dapat memujuk hati hambanya yang jauh dari landasan yang
sebenar untuk menuju fitrah yang hakiki di samping menunjukkan rahmat Allah SWT itu tidak
dapat dibatasi dengan sesuatu yang lain.

6
Syaikh Imam Al-Qurthubi (2009).Tafsir Al-Qurthubi.Muhyiddin Mas Rida,Muhammad Rana Mengala,Ahmad
Athaillah Mansur,Penterjemah.Jil.15,Hal.635-636

5
Tafsir Fi Zilalil Quran

Tafsir Ayat 53 & 54 Surah az-Zumar

“Tiada yang memisahkan di antara orang-orang yang keterlaluan melakukan maksiat,


terjerumus dalam dosa, lari dari keselamatan dan mengikut jalan yang sesat. Tiada yang
memisahkan di antara mereka dan rahmat Allah yang lembut dan bayangannya yang
menyegarkan melainkan hanya bertaubat sahaja, iaitu kembali memasuki pintu taubat yang
sentiasa terbuka, di mana tiada pengikut yang akan menahan mereka dan tidak perlu kepada
meminta keizinan untuk memasukinya”.“Kembali kepada Allah menyerahkan diri kepada-Nya
dan pulang semula kepada bayangan keta'atan dan penyerahan diri yang teduh, inilah sahaja
langkah yang perlu untuk mendapat rahmat Allah.”7

Allah tidak memandang hambanya dengan pandangan hina malah sebaliknya Dia
memujuk hambanya untuk kembali kepadanya oleh kerana makhluk bersifat lemah dan selalu
akan berbuat kesalahan setiap hari.Maka,sebagai seorang pendosa hendaklah sentiasa bertaubat
kepada Allah setiap masa dan tempat kerana Allah SWT sangat suka kepada orang-orang yang
selalu kembali kepadanya setelah membuat kesilapan.Buktinya Allah berfirman di dalam Surah
al-Baqarah Ayat 222

ۡ َ ‫ٱلت َّوَٰب‬
َ ‫ين َويُحِب ٱل ُم َت َطهر‬ ُ َ َّ ‫إ َّن‬
َّ ‫ٱّلل يحِب‬
٢٢٢ ‫ين‬ِ ِ ِ ِ

Maksudnya:”Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang
menyucikan diri”.

7
Sayyid ibn Qutb Ibrahim (2000).Tafsir Fi Zilalil Qur’an.Yusuff Zaky Haji Yacob,Penterjemah. Penerbitan Warisan
Sdn. Bhd.Jil.13,Hal.622-623

6
ASBABUN NUZUL

1. Sebab penurunan ayat 53 Surah az-Zumar disebutkan dalam surah al-Furqan, ayat 68 yang
direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim.Umar bin al-Khattab berkata: "Ketika kami mahu
berhijrah, saya, 'lyasy bin Abu Rabiah dan Hisyam bin al-'As bin Wa'il sama- sama berada pada
masa itu. Lalu kami berkata: "Janji temu kita adalah di perkampungan Bani Ghaffar. Sesiapa
yang tidak datang di perkampungan itu, dia dihalang.Dua yang lain boleh terus berangkat (ke
Madinah). Saya dan 'Isyasy sampai di perkampungan Bani Ghaffar. Namun, Hisyam dihalang
dan ditangkap. Dia pun mendapat seksaan dan dugaan lalu terdengar dia kembali kufur. Kami
sampai di Madinah dan berkata: "Sesungguhnya Allah SWT tidak menerima taubat mereka
yang mengenal Allah SWT, beriman kepada-Nya dan membenarkan rasul-Nya lalu kembali
kufur disebabkan bala atau dugaan yang menimpa mereka di dunia. Mereka mengatakan hal
ini menurut mereka sendiri. Lalu Allah SWT menurunkan ayat berkenaan mereka itu:

َّ َ ۡ ْ َۡ َ ُ َ َ ْ ُ َ َ َّ َ َ َٰ َ ۡ ُ
ِِۚ‫س ِه ۡم لا تق َن ُطوا مِن َّرحمةِ ٱّلل‬
ِ ‫ِين أ ۡس َرفوا عَل ٰٓى أنف‬
‫۞ قل يعِبادِي ٱلذ‬

Umar berkata: "Lalu aku menulis ayat di sebelah kepada Hisyam." Hisyam berkata: "Selepas
surat itu sampai kepadaku, aku pergi ke Dhawi Tuwa dan naik ke atas bukit dan berusaha
memahaminya.Aku pun berkata: "Ya Allah, beri kefahaman kepadaku mengenainya, lalu aku
pun faham ayat ini turun berkenaan kami kerana mengatakan perkara mengikut pemikiran
kami. Aku balik dan menunggang untaku bagi menyusul Rasulullah SAW di Madinah. Hisyam
mati syahid, dibunuh oleh dua askar (kafir Quraisy) pada pemerintahan Abu Bakar.8

2. Abu Said berkata: “Ketika Wahsyi masuk Islam,Allah menurunkan ayat:


ۡ َّ ُ َّ َ َّ َ َّ َ ۡ َّ َ ُ ُ ۡ َ َ َ َ َ َ ً َ َّ َ َ َ ُ ۡ َ َ َ َّ َ
‫ٱّلل إِلا بِٱلحَ ِق‬ ‫وٱلذِين لا يدعون مع ٱّللِ إِلَٰها ءاخر ولا يقتلون ٱلنفس ٱلتِي حرم‬

Maksudnya: “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah,
dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang
hak”

Lalu Wahsyi dan sahabat-sahabatnya berkata:”Sesungguhnya kami melakukan semua


itu”.Kemudian Allah SWT menurunkan ayat 53 Surah az-Zumar. 9

8
Zulkifli Mohd Yusoff (2014).Asbabun Nuzul.PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.Hal.608-609
9
Ibid

7
SEBAB PEMILIHAN AYAT DAN KESIMPULAN

Ayat 53 & 54 Surah az-Zumar merupakan ayat yang penuh dengan hikmahnya
tersendiri kerana ia dapat menarik perasaan keinsafan dalam jiwa hamba-hamba yang sedar
akan keadaan diri yang mana telah terpesong dari jalan kebenaran.Dalam ayat ini,ia terlihat
seolah-olah Allah SWT ingin memujuk hamba-hambanya yang telah melampaui batas atas diri
mereka sendiri untuk kembali menghadap diri kepada penciptanya kerana manusia hanyalah
hamba pada hakikatnya dan Allah lah penciptanya dan selayaknya untuk disembah.Ayat ini
juga menyeru kepada seluruh manusia yang telah melakukan dosa untuk bertaubat dan sucikan
diri untuk menjadi hamba yang taat dan dikasihi oleh Allah SWT.

Di samping itu,kedua-dua ayat ini berhubung kait kerana ayat ini menunjukkan seolah-
olah Allah SWT ingin menyedarkan para pendosa yang ingin berputus asa dari jalan Allah
untuk kembali secara lemah lembut seterusnya menyeru mereka untuk bertaubat lalu memohon
keampunan kepadanya serta dikemukan ancaman seksaan kepada mereka yang enggan.Betapa
ruginya seorang hamba yang sedar dan tahu bahawa Allah SWT Maha Mengampuni segala
dosa hambanya akan tetapi mereka masih lagi berpaling dan terus melakukan maksiat.

Selain itu,kedua-dua ayat ini juga merupakan langkah-langkah untuk bertaubat


sebagaimana pernah disebutkan oleh Imam Qusyairi:” Taubat itu merupakan langkah mula,
taubat merupakan langkah akhir, sedangkan inabat itu ada di antara keduanya.”10Juga menurut
Imam Qusyairi :”Taubat bermaksud kembali kepada Allah atas dorongan rasa takut kepada
seksaan Allah manakala Inabah bermaksud kembali kepada Tuhan dengan rasa malu terhadap
dosa serta dengan limpahan kurnian nikmat terhadapnya”.11Tuntasnya,kedua ayat ini amatlah
berkait dalam elemen taubat yang sebenar iaitu taubat ‘nasuha’.

Akhirnya,banyak pengajaran dapat diperoleh daripada kedua-dua ayat ini dan sebagai
hamba Allah hendaklah bertaubat kepada Allah kerana setiap manusia tidak akan terlepas
daripada membuat kesalahan. Disebabkan itu, Allah SWT sentiasa membuka ruang supaya kita
tidak berputus asa dengan rahmatnya.

10
Muhammad Syakir al-Amin (2010).Pustaka Ilmuwan.Hal.2
11
M. Quraish Shihab (2003).Lentera Hati JI.Hal.251

8
RUJUKAN

Abu Ja’far Muhammad bin Jarir Ath-Thabari (2009).Jami’ Al-Bayan an Ta’wil Ayi Al
Qur’an.Misbah,Abdul Somad,Abdurrahim Supandi,Penterjemah.Pustaka Azzam.

Dr. Abdullah bin Muhammad bin Abdurahman bin Ishaq Al-Sheikh (2004).Lubaabut Tafsiir
Min Ibni Katsiir . Pustaka Imam asy-Syafi’I,Jil.7.

M. Quraish Shihab (2003).Tafsir Al-Mishbah.Lentera Hati JI.

Muhammad Syakir al-Amin (2010).Kehebatan Taubat dan Rahsianya.Pustaka Ilmuwan.

Sayyid ibn Qutb Ibrahim (2000).Tafsir Fi Zilalil Qur’an.Yusuff Zaky Haji


Yacob,Penterjemah.Penerbitan Warisan Sdn. Bhd.Jil.13.

Syaikh Imam Al-Qurthubi (2009).Tafsir Al-Qurthubi.Muhyiddin Mas Rida,Muhammad Rana


Mengala,Ahmad Athaillah Mansur,Penterjemah.Pustaka Azzam.Jil.15

Zulkifli Mohd Yusoff (2014).Asbabun Nuzul,PTS Darul Furqan Sdn. Bhd.

https://edakwah.kelantan.gov.my/portal/books/%F0%9F%94%96siri-20-surah-az-zumar-39-
ayat-53-betapa-kasihnya-allah-swt-kepada-hamba-hambanya-

https://celiktafsir.net/2014/01/16/zumar-53-56/

https://cahayaberkahislami.blogspot.com/2018/01/hikmah-al-quran-surat-az-zumar-ayat-
53.html

Anda mungkin juga menyukai