Anda di halaman 1dari 11

http://lompatkecutperut.wordpress.

com/

LUKISAN & GRAFIK May 14, 2012 Leave a Comment ~assalamualaikum~ di sini kami sertakan info tambahan bagi nota lukisan & grafik..contoh simbol, teknik melukis pelan induk rekabentuk taman mini dan lain-lain.. selamat belajar!

Posted in landskap Tags: landskap, prinsip rekabentuk, simbol MODEL TAMAN MINI May 13, 2012 Leave a Comment ~assalamualaikum~ ini adalah antara contoh model taman mini..cantik kan? contoh model taman mini terbuka

contoh model taman mini tertutup

untuk contoh hasil produk pelajar-pelajar yang telah membuat model taman mini..anda boleh lihat di sini.. selamat belajar! Posted in landskap Tags: landskap SIMBOL-SIMBOL REKABENTUK LANDSKAP May 13, 2012 Leave a Comment Tanaman dan elemen landskap dilukis dalam bentuk simbol untuk membina sesuatu taman mini. Ini akan memberi gambaran sebenar keseluruhan rupa bentuk taman yang akan dibina. Antara simbol tanaman hiasan yang digunakan adalah : 1.Simbol pokok renek

2.Binaan konkrit / batu / siar kaki

3.Pergerakan air 4.Bayangan matahari

Posted in landskap Tags: simbol ELEMEN-ELEMEN DALAM LANDSKAP May 11, 2012 Leave a Comment Jika sebelum ini kita sudah melihat contoh-contoh pelan landskap, kini kita lihat pula apakah elemenelemen yang perlu di ambil kira dalam menyediakan sesuatu landskap yang baik. Ini adalah sangat penting kerana setiap elemen ini memainkan peranan tersendiri dalam suatu hiasan landskap. Terdapat 4 elemen utama yang harus diambilkira dalam merekabentuk sesuatu landskap. Elemenelemen tersebut adalah : 1. Tumbuh-tumbuhan: Ia ditanam untuk memberikan pelbagai jenis fungsi antaranya: melembutkan seni bina keras seperti bangunan mengindahkan kawasan dengan bentuk, warna dan tekstur yang menarik mewujudkan persekitaran yang harmoni alam menghalang pandangan yang tidak dikehendaki mengawal pergerakan pengguna dalam kawasan landskap mengawal suhu dan iklim mikro di sesuatu tempat mengawal hakisan dan meningkatkan kesuburan tanah Tumbuhan landskap mempunyai nilai-nilai estetika melalui ciri-ciri khusus yang ada padanya seperti bentuk, warna dan tekstur

2. Air: Air dapat melembutkan suasana, menyejukkan persekitaran, menghasilkan bunyi untuk tujuan rekreasi seperti bersampan dan memancing

Air juga dapat meningkatkan kecantikan kawasan persekitaran Ia boleh diperindahkan dalam bentuk kolam, air pancutan dan air terjun

3. Bentuk muka bumi: Bentuk rupa bumi atau topografi sesuatu kawasan landskap Landskap semulajadi bukit-bukau, lembahdan daratan Landskap buatan manusia busut kecil, batas tanaman, kolam-kolam dan lain-lain

4. Struktur dan binaan: Merupakan elemen keras, padu dan bersifat tetap dalam sesuatu kawasan landskap Struktur yang biasa seperti wakaf, siar kaki, kerusi, lampu taman, papan tanda, pergola, pintu gerbang, binaan simen ferro dan sebagainya

Posted in landskap Tags: elemen, landskap, lukisan pelan PELAN REKABENTUK LANDSKAP May 11, 2012 Leave a Comment Penghasilan pelan induk merupakan peringkat terakhir dalam proses merekabentuk landskap. Ia dihasilkan dengan perincian pelan konsep. Ia juga menunjukkan semua elemen yang dicadangkan dalam konsep reka bentuk dengan jelas dan terperinci dan setiap spesies tanaman yang digunakan dilukiskan simbol beserta nama spesiesnya. Struktur binaan dilukis dengan simbol khusus. Pelan induk yang berwarna dipersembahkan kepada pelanggan atau pemilik kawasan tersebut untuk mendapat persetujuan berkenaan reka bentuk yang dibuat. Ia perlu lengkap, kemas dan menarik untuk menarik perhatian pelanggan.

Di atas merupakan contoh lukisan landskap yang di lukis dari sudut pandangan atas. Lukisan-lukisan sokongan juga perlu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang pelan. Lukisan sokongan yang biasa adalah perspektif. Di bawah ini adalah antara contoh pelan rekabentuk landskap dari sudut pandangan perspektif.

Bagi melaksanakan kerja-kerja pembinaan landskap, pelan penanaman, pelan perincian pembinaan dan spesifikasi. Pelan ini disediakan oleh arkitek landskap atau perekabentuk landskap. Posted in landskap Tags: landskap, lukisan pelan PRINSIP REKABENTUK LANDSKAP May 10, 2012 Leave a Comment

Prinsip Rekabentuk Landskap merupakan satu tatacara menyusun dan mengolah elemen landskap seperti tumbuhan dalam satu kombinasi yang sesuai, menarik dan berfungsi. Dalam reka bentuk landskap, satu atau lebih prinsip reka bentuk digunakan bagi menggabungkan elemen-elemen landskap dalam satu-satu kawasan. Beberapa prinsip yang boleh diguna pakai dalam merekabentuk landskap: 1. Keringkasan Penggunaan beberapa jenis elemen sahaja spt. Tumbuhan, air dan struktur binaan yang mudah dan ringkas 2. Keanekaan Penggunaan pelbagai jenis elemen yang digabungkan

Banyak ciri digunakan terutamanya tumbuhan yang berbagai saiz, bentuk, warna dan tekstur 3. Keseimbangan Pembahagian yang sama bagi ruang-ruang luar Ia juga melibatkan keseimbangan dari segi saiz ruang, tinggi pokok dan juga bentuk tumbuhan 4. Penumpuan Penumpuan terhadap satu-satu elemen yang khusus yang mempunyai ciri yang menarik dan menonjol dalam landskap Penumpuan boleh diberikan kepada spesies tumbuhan yang menarik, elemen air pancutan, air terjun, struktur binaan dan sebagainya 5. Turutan Penggunaan elemen terutamanya tumbuhan secara berulangulang Ulangan bentuk linear (memanjang) atau barisan Ia memberikan pandangan yang bersambungan dan berterusan Prinsip ini biasanya digunakan untuk membahagi kawasan, menunjukkan sempadan atau menunjuk arah laluan. 6. Skala Perbandingan saiz di antara elemen-elemen yang ada serta perbandingan saiz di antara manusia dan persekitarannya. Posted in landskap Tags: landskap, lukisan pelan, prinsip rekabentuk PENGENALAN LANDSKAP May 9, 2012 Leave a comment Apa itu LANDSKAP? Landskap merupakan rupa daratan apa sahaja yang boleh dilihat di atas muka bumi seperti bangunan, jalan raya, tumbuhan, tasik dan sebagainya. Pelandskapan pula adalah proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka bentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamatan dan keseronokan manusia. Memilih dan menyusun elemen-elemen landskap seperti tumbuhan, struktur, air dan batu batan untuk mewujudkan ruang di kawasan luaran disebut Reka Bentuk Landskap.

Individu yang mereka bentuk landskap dipanggil pereka bentuk landskap. Arkitek landskap ialah profesional yang bertauliah dalam bidang seni bina landskap untuk menjalankan kerja-kerja merancang dan mereka bentuk landskap. Kontraktor landskap pula ialah seorang peniaga yang membuat kerja-kerja pembinaan dan pengurusan landskap.

Posted in pengenalan

Anda mungkin juga menyukai