Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU KAWA

UJIAN PROGRESIF 2
BAHASA MALAYSIA PERALIHAN TAHUN 2012
NAMA: ____________________
KELAS: ____________________

BAHAGIAN A
Berikan imbuhan meN- ... -kan bagi kata yang terdappat dalam kurungan untuk
melengkapkan ayat berikut. (15%)
1. Kerajaan ____________________ (sedia ) jalan raya untuk kemudahan rakyat.
2. Sebelum ____________________ ( mula ) perjalanan pulang ke kampung, Nabilah
memeriksa kenderaannya.
3. Nurin ____________________ ( serah ) kunci kereta itu kepada Hajit.
4. Pemandu bas hendaklah __________________ ( pasti ) keselamatan
penumpangnya.
5. Pencuri itu telah ____________________ ( rosak ) kereta ayah.

BAHAGIAN B
Pilih kata hubung yang sesuai untuk menyambungkan ayat-ayat di bawah. Tulis ayat tersebut
semula dengan selengkapnya. (20%)

1. Beng Tiong duduk di ruang tamu.


Beng Tiong membaca surat khabar. ( lalu )

___________________________________________________________________________
2.

Pasukan bola sepak itu berlatih bersungguh-sungguh.


Pasukan bola sepak itu ingin menang dalam pertandingan itu. ( agar )

___________________________________________________________________________
3. Adik menangis.
Adik lapar. ( kerana )
_
___________________________________________________________________________
4. Pantai Port Dickson sangat cantik.
Pantai Port Dickson bersih. ( dan )
____________________________________________________________________________
___
5. Samy menonton televisyen.
Adiknya menonton televisyen.
Mereka makan kacang. ( dan, sambil )
____________________________________________________________________________
____

BAHAGIAN C
Garisi kata ganda yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. (10%)
1. Adik tidak dapat makan kerana ( lelangit, sesiku, kekuda )nya sakit.
2. Ah Kow menyorong basikalnya kerana ( bebola, jejari, reroda ) basikal itu patah.
3. Emak sedang mengisi ( kekabu, kekacang, kekunci ) dalam bantal baharu adik.
4. Tin-tin kosong hendaklah ditanam untuk mengelakkan ( nyenyamuk, kekura, jejentik ).
5. Setiap minggu, kakak akan mencuci ( tetikus, kekisi, jejari ) tingkap supaya tidak
berhabuk.

BAHAGIAN D
Baca petikan yang diberikan dengan teliti dan pilih jawapan yang paling tepat. (20%)
Negara kita ialah sebuah negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada
pelbagai kaum. Walaupun berlainan agama dan bangsa tetapi dapat hidup aman
sentosa tanpa sebarang pergaduhan. Keadaan ini amat dikagumi oleh dunia luar.
Masyarakat Malaysia tidak menghiraukan latar belakang, keturunan, dan kaum
dalam menjalani kehidupan harian. Mereka menganggap ini ialah satu anugerah
daripada tuhan yang tidak ternilai, malah berasa cukup terharu apabila melihat
keakraban orang Melayu, Cina, India dan kaum bumiputera yang lain hidup tolongmenolong dalam satu kelompok masyarakat.
Dengan menjamin keselamatan dan keamanan yang berterusan, usaha
memupuk perpaduan sentiasa dititikberatkan oleh kerajaan agar negara Malaysia akan
aman sampai bila-bila.
1. Mengapakah Malaysia dianggap sebuah negara yang unik?
A Rakyatnya berlainan agama
B Rakyatnya sentiasa hidup dengan sentosa
C Rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum
D Rakyatnya bekerjasama antara satu dengan yang lain
2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan keakraban dalam petikan?
A Tolak ansur

B Kemesraan

C Pergaduhan

D Kesempitan

3. Bagaimanakah keadaan kehidupan penduduk di Malaysia?


A Sentiasa bergaduh

C Saling bermusuhan

B Saling tolong-menolong

D Saling benci-membenci

4. Kenapakah kita perlu mengekalkan perpaduan?


A Rakyat boleh bersatu padu

C Supaya rakyat suka tinggal di Malaysia

B Negara akan terus disanjungi


sendiri

D Rakyat tidak mementingkan diri

5. Apakah yang akan berlaku jika rakyat bekerjasama?


A Negara tidak maju
B Malaysia tidak akan dikenali

C Rakyat hidup dalam kemiskinan


D Berlaku persengketaan antara kaum

BAHAGIAN E
Padankan maksud dengan lokasi simbol-simbol berikut. (10%)

BAHAGIAN f
Lihat gambar di bawah. Bina alyat yang lengkap supaya menjadi satu cerita tentang
percutian di Pulau Langkawi. (25%)

1. ______________________________________________________________________
________
______________________________________________________________________
________

2. ______________________________________________________________________
________
______________________________________________________________________
________

3. ______________________________________________________________________
________
______________________________________________________________________
________

4. ______________________________________________________________________
________

____________________________________________________________________________
__

5. ______________________________________________________________________
________
______________________________________________________________________
________

Disediakan oleh

Guru matapelajaran

Disemak oleh

Ketua Panitia Bahasa Malaysia


KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai