Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM TARANNUM TOUR 2014 (PISMP PENDIDIKAN ISLAM SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2012)

Pada 27 hingga 29 Februari 2014,seramai 40 orang pelajar Pismp Pendidikan Islam Semester 5 Ambilan Januari 2012 telah mengadakan Program Tarannum Tour. Program tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam. Program tersebut diadakan adalah bertujuan untuk mendalami dan mempelajari ilmu taranum dengan lebih fasih disamping untuk mendapatkan pengalaman belajar dengan tokoh-tokoh taranum Alquran di malaysia. Program ini diadakan dia Institut Perguruan Pendidikan Islam,Bangi. Namun,semua peserta bermalam di Kolej Kediaman Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa,Kuala Lumpur.

Laporan Hari Pertama Pada pukul 11 pagi 27 Februari 2014 bersamaan dengan hari khamis, semua peserta Program Tarannum Tour telah berkumpul di hadapan pejabat Kolej Kediaman Pelajar IPDA untuk menaiki bas. Seramai 40 orang pelajar ini adalah dari 2 kelas yang berbeza iaitu Pendidikan Islam 1 dan 2. Pelajar lelaki adalah seramai 22 orang manakala pelajar perempuan pula adalah seramai 18 orang. Bas bertolak ke Kuala Lumpur pada jam 12.00 tengah hari. Perjalanan ke Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa,Kuala Lumpur mengambil masa selama 6 jam. Rombongan pelajar tiba di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa,Kuala Lumpur pada pukul 6.15 petang. Rombongan pelajar disambut oleh barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa. Segala urusan penginapan rombongan pelajar diuruskan pihak Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa. Setelah urusan pendaftaran selesai,semua peserta rombongan mengangkat beg pakaian ke Kolej Kediaman Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa. Pada pukul 8.30 malam,semua peserta rombongan berkumpul di tempat letak kenderaan untuk menaiki bas. Semua peserta rombongan dibawa ke Mid Velley untuk makan malam.

Setelah selesai makan malam dan bersiar-siar di dalam kawasan Mid Velley, semua peserta rombongan berkumpul di tempat menunggu bas di hadapan Mid Velley untuk pulang semula ke Kolej Kediaman Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa. Setelah sampai di Kolej Kediaman Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa,semua peserta rombongan pulang ke tempat penginapan untuk tidur.

Laporan Hari Kedua Pada 8.30 pagi 28 Februari bersamaan dengan hari Jumaat, semua peserta rombongan berkumpul di tempat letak kenderaan Kolej Kediaman Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa untuk menaiki bas menuju ke Institut Perguruan Pendidikan Islam,Bangi. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Rombongan pelajar sampai di Institut Perguruan Pendidikan Islam,Bangi pada pukul 10.00 pagi. Rombongan pelajar disambut oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Pendidikan Islam. Semua peserta rombongan di bawa ke dewan kuliah Institut Perguruan Pendidikan Islam. Program bermula pada pukul 10.30 pagi. Penceramah pertama adalah Ustaz .................. Bagi sesi ceramah pertama,hanya disertai oleh peserta rombongan. Ceramah pertama selesai pada pukul 12.30 tengah hari. Setelah selesai ceramah pertama tersebut,rombongan pelajar dibawa oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Pendidikan Islam ke Kafeteria Institut Perguruan Pendidikan Islam untuk menikmati hidangan tengah hari. Setelah selesai makan,semua peserta lelaki bergerak ke Masjid Rahman yang terletak di dalam Institut Perguruan Pendidikan Islam untuk menunaikan solat jumaat. Setelah selesai menunaikan solat jumaat,sesi Ceramah Kedua bermula pada pukul 2.30 petang. Bagi ceramah sesi kedua dan ketiga,ia turut disertai pelajar dari Institut Perguruan Pendidikan Islam. Penceramah kedua ialah Ustaz Amirahman Bin Abas dan beliau adalah merupakan guru dari Sekolah Menengah Agama Labu,Negeri Sembilan. Sesi ceramah ketiga bermula pada pukul 4.00 petang. Ceramah sesi

ketiga disampaikan oleh Ustaz Ustaz Anuar Bin Hasin. Beliau adalah merupakan juara Tilawah Al-quran Kebangsaan.

Ceramah sesi ketiga tamat pada pukul 5.30 petang. Setelah selesai ceramah tersebut,sekali lagi rombongan pelajar dibawa oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Perguruan Pendidikan Islam ke Kafeteria Institut Perguruan Pendidikan Islam untuk menikmati hidangan minum petang pula. Setelah selesai menikmati jamuan tersebut,semua peserta rombongan berkumpul di tempat letak bas Institut Perguruan Pendidikan Islam untuk bertolak pulang ke Kolej Kediaman Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa. Sebelum sampai ke Kolej Kediaman Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa,rombongan pelajar telah singgah di Masjid Besi,kuala Lumpur untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Setelah itu,rombongan pelajar singgah di The Mines untuk bersiar-siar. Setelah

selesai,rombongan pelajar bertolak pulang ke Kolej Kediaman Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa.Rombongan pelajar tiba di Kolej Kediaman Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa pada pukul 11.45 malam. Setelah itu, semua peserta rombongan pulang ke tempat penginapan untuk tidur.

Laporan Hari Ketiga Pada 8.30 pagi 29 Februari bersamaan dengan hari Sabtu, semua peserta rombongan berkumpul di tempat letak kenderaan Kolej Kediaman Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa untuk menaiki bas menuju ke Yayasan Restu. Sebelum itu samapi di Yayasan Restu,rombongan pelajar singgah di restoran untuk bersarapan pagi. Setelah itu,rombongan pelajar meneruskan perjalanan ke Yayasan Restu yang terletak di Shah Alam. Rombongan pelajar tiba di Yayasan Restu pada pukul 10.30 pagi. Di Yayasan Restu,robongan pelajar dibawa bersiar-siar di dalamnya oleh pekerja Yayasan Restu itu sendiri. Setelah itu, semua peserta rombongan berkumpul di tempat letak bas. Rombongan pelajar bertolak ke Masjid Shah Alam untuk menunaikan solat Zohor dan Jamak Takdim solat Asar. Setelah selesai menunaikan solat,semua peserta rombongan berkumpul di tempat letak bas untuk bertolak ke Taman 4 Musim yang terletak di Bukit Cahaya Sri Aman.

Setelah selesai bersiar-siar di taman tersebut, semua peserta rombongan berkumpul di tempat letak bas untuk berangkat pulang ke Institut Perguruan Darul Aman,Jitra. Perjalanan pulang mengambil masa selama 7 jam. Bas sampai di Institut Perguruan Darul Aman,Jitra pada pukul 11.30 malam.

Anda mungkin juga menyukai