Anda di halaman 1dari 6

Bab 4: Ketaksamaan Peluang Pendidikan 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kelas social Jantina Kumpulan minority Isu-isu ketaksamaan pendidikan Murid berkeperluan khas Jantina

________________________________________________________________ 1. Kelas sosial Kelas sosial berkaitkan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Terdpt dua golongan kelas sosial dlm masyarakat kapitalis iaitu: a.Bourgeoisie:masyarakat yang memiliki punca-punca pengelauaran, pengagihan dan pertukaran. b. Proletariat: masyarakay yang tidak memiliki perkara di atas, sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja. Institusi sosial merujuk konsep utma dlm memahami masyarakat dan kebudayaan. Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dll. Konsep mobiliti sosial pula merupakan satu proses perubahan individu dari satu lapis sosial kpd lapisan sosial yg lain dlm satu sistem stratifikasi social. Mobiliti sosial berkait rapat dgn struktur sosial sesuatu masyarakat. Dlm sistem yang lebih terbuka, peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka.sebaliknya dlm sistem tertutup seperti dlm sistem kasta yg bercorak tradisi, mobiliti sosial jarang sekali berlaku. Konsep diskriminasi ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorg atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik. Dlm bidang pendidikan, ketaksamaan peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk diskriminasi yang perlu dielakkan.

Aspek ketaksamaan peluang pendidikan masa kini pula meliputi kemudahan mendapatkan guru, bahan-bahan rujukan dan peluang kerjaya selepas tamat belajar. Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu: -: golongan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ialah golongan bangsawan. -: kumpulan pertengahan atasan iaitu orang yang berpendidikan tinggi, profesional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka terdiri drpd kalangan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. -: kumpulan ketiga iaitu pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri drpd lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta diploma. -: kumpulan yang seterusnya adalah kelas pekerja iaitu terdiri drpd pekerja kolar biru yang mempunyai latar belakang pendidikan PMR sehingga SPM. -: Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri drpd mereka yang mempunyai kelulusan yang mat rendah dan tidak pernah lamgsung melalui pendidikan secara formal. Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada tentunya akan menerima peluang pendidikan yang jauh lebih baik. Tahap kesihatan seperti kemudahan mendapatkan rawatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit juga menjadi faktor kpd penerimaan peluang belajar dlm kalangan murid. Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kpd jurang pendidikan. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibu bapa, pengarauh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukan kelas sosial dlm masyarakat. Selain lokasi yang berkaitan terus dengan sosial, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan dlm peluang pendidikan.

2. Jantina Pd zaman penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.Golongan wanita seolah2 dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu. Kedua-dua jantina ini mempunyai perbezaan dari segi status, citacita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan. Menurut Siti Rahani Yahya, terdapat 3 faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Pertama:kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dlm proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yg telah mempercepatkan perlaihan penglibatan wanita Melayu luar bandar ke kawasan bandar. 3. kumpulan minoriti Merupakan suatu kumpulan etnik dlm sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yg kecil.Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan itu, spt masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murut, dll. Antara kumpulan minoriti yg boleh dikategorikan adalah yg bersifat negatif spt yg suka ponteng sekolah dan kelas, pembuli, suka merokok, budaya lepak gengterisme dll. Bagi kumpulan yg bersifat positif pula adalah seperti kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kpd agama, menghias sekolah dan sebagainya. Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dlm arus pendidikan.

4. Murid berkeperluan khas Murid berkeperluan khas ialah kanak-kanak istimewa atau luar biasa dr segi intelek, jasmani, sosial atau emosi.(Dr Chua Tee Tee) Terdapat dua kategori murid berkeperluan khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus. Terdapat 7 kategori kanak-kanak istimewa yg perlu mengikuti Program Pendidikan Khas, iaitu: i. kerencatan mental ii. bermasalah pembelajaran iii. kecelaruan tingkah laku iv. cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi v. cacat penglihatan vi. cacat fizikal vii. pintar-cerdas dan berbakat istimewa. Kanak-kanak istimewa ini mempunyai tingkah laku yg suka menentang autoriti, tidak mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang org. Kanak-kanak golongan ini adalah hiperaktif atau hiperkinetik. Menurut kirk dan kirk (1994) murid berkeperluan khas berbeza dr murid biasa dari segi mental(kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), sosial (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yg lewat, hiperaktiviti dan pintar cerdas dan berbakat. Murid berkeperluan khas yg lain adalah seperti ADHD tanpa hiperaktiviti. Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian lama dlm penglibatan setiap aktiviti dan tidak dpt menyempurnakan tugasan yang diberikan. Terdapat juga murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang duduk diam-diam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan sering mengganggu orang lain. Modifikasi enviromental dan behavioral adhdenvironmental merupakan kaedah untuk menangani kumpulan ini.

4.5 Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan 4.5.1 Orang Asli Kadar keciciran yang sangat tinggi dlm kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan ttg pengurusan alam semula jadi. Orang Asli boleh dibahagikan kpd 3 rumpun bangsa iaitu Senoi. Negrito dan Melayu Asli. Dari segi agama, sebahagian orang Asli beragama animisme. Dari segi pendidikan, pencapaian Orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaiaan kelompok etnik lain di Malaysia. Kebanyakan Orang Asli masih terpinggir dlm arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan seperti bekalan elekrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan. Dlm kes tertemtu, terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yg tidak dpt ke sekolah kerana tergolongan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Tempat kediaman terlalu jauh dari sekolah dan bandar. Taraf sosioekonomi mereka juga agak rendah. Penyediaan tenaga pengajar agak sukar kerana mencari tenaga pengajar yg benar-benar berjuang demi pembangunan Orang Asli begitu kurang diberi perhatian. Cara hidup yang masih tertumpu kpd hutan mendapatkan telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit. Ini memnyebabkan berlakunya keciciran pelajaran yang agak serius. 4.5.2 Indigenous Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum. Masyarakat indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Ketaksamaan dlm pendidikan tetap berlalku dlm masyarakat indigenous kerana sistem pendidikan sekolah yg dikembangkan di tanah air belum menyentuh sistem belajar asli(indigenous learning system) masyarakat tradisional.

Sistem belajar asli yang secara turun-temurun diwarisi masyarakat indigenous tradisional merupakan potensi sangat berharga. 4.5.3 Masyarakat Pedalaman Faktor-faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pedalman kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dlm satu-satu bidang. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kpd kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dlm kalangan guru. Guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar serta meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Anda mungkin juga menyukai