Anda di halaman 1dari 5

http://whatta.ipgmksm.edu.my/?

p=71 TEORI KONSTRUKTIVISME Tujuan utama pembelajaran pelajar adalah untuk menguasai tubuh ilmu bagi sesuatu mata pelajaran. Sistem pemerosesan maklumat manusia adalah satu set idea (struktur kognitif) yang menjadi tunjang kepada pembelajaran maklumat baru.

Pembelajaran maklumat baru bergantung kepada sejauh mana ianya berkaitan dengan struktur kognitif ini.

TEORI KONSTRUKTIVISME Vygotsky: Social Constructivism Teori ini menjelaskan ilmu terbina dalam konteks sosial. Melalui interaksi sosial, pelajar memurnikan ideanya dan membantu membentuk idea orang lain. Mengikut Funderstanding Group (1998), konstruktivism; .. Is a philosophy of learning founded in the premise that, by reflecting on our experiences, we construct our own understanding of the world we live in. Ciri constructivist learning environment.

Menyediakan pembelajaran yang menggambarkan kerencaman dunia sebenar. Menekankan pembinaan pengetahuan. Menekankan tugasan yang autentik dalam konteks yang bermakna. Menekankan pembelajaran yang berasaskan kes dan bukannya kepada bentuk pengajaran yang telah ditetapkan. Menyediakan pelbagai bentuk realiti. Menggalakkan pemikiran reflektif berdasarkan pengalaman. Menyediakan peluang pembinaan pengetahuan baru berdasarkan konteks dan kandungan pelajaran. Menyokong pembinaan pengetahuan secara kolabotarif.

CIRI TEORI KONSTRUKTIVISME Pelajar membina ilmu pengetahuan melalui tindakan aktif dan pemikirannya untuk memberi makna terhadap pengalamannya. Pembelajaran baru bergantung kepada kefahaman semasa. Pembelajaran pelajar terbimbing melalui interaksi sosial. Pembelajaran bermakna terbina melalui task pembelajaran yang autentik.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS Konstruktivis mengandaikan subjektiviti adalah kritikal kerana setiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan/ membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya. Konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Dalam situasi yang sama, ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu adalah tidak sama. CIRI 1: Pelajar membina kefahaman/ilmu melalui tindakan aktif dan pemikirannya. IMPLIKASINYA: Guru perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang melibatkan pelajar aktif dalam membina kefahaman. Menggalakkan proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen. Penggunaan pedagogi yang berpusatkan pelajar. Mengutamakan pembelajaran berfikrah. Peranan guru adalah sebagai penggerak dan pembimbing. CIRI 2: Pembelajaran baru bergantung IMPLIKASI Guru perlu mencungkil kefahaman semasa pelajar dan merancang pengalaman pembelajaran berdasarkan kefahaman semasa pelajar ini. Pelajar perlu disediakan dengan pengalaman yang membolehkan mereka membina makna kendiri atau mengubah kefahaman semasa mereka. CIRI 3: Interaksi sosial merangsang pembelajaran. IMPLIKASI: Perlunya diwujudkan communities of learners yang menggalakkan tanggungjawab pembelajaran di kalangan pelajar. Peranan guru adalah sebagai pembimbing. Galakkan dialog dalam proses P&P. kepada kefahaman semasa. secara

Bentuk kumpulan heterogenous untuk Pembelajaran Sosial (Vygotsky)

menggalakkan perubahan konseptual.

Penekanan pada sifat sosial pembelajaran (rujuk cooperative learning) Pelajar senang menguasai konsep-konsep yang berada di dalam Zone of Proximal Development mereka (apabila mereka tidak dapat menyempurnakan sesuatu secara persendirian tetapi memerlukan bantuan rakan sebaya atau orang dewasa) Cognitive Apprenticeship: Proses di mana seorang pelajar secara beransur-ansur memperoleh kepakaran kerana berinteraksi dengan seorang pakar. Mediated Learning/Scaffolding: Pelajar diberi tugasan yang kompleks, sukar, tetapi realistik kemudian bantuan yang secukupnya diberikan untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Menyokong kaedah projek, simulasi. CIRI 4: Task pembelajaran autentik menghasilkan pembelajaran bermakna. IMPLIKASI: Pembelajaran secara kontekstual. Pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah sebenar.

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISM KE ATAS AMALAN PEDAGOGI Pedagogi yang digunakan ialah pemusatan pelajar dengan guru menyediakan peluangpeluang untuk pelajar dapat membina pengetahuan dan membentuk kemahiran, yang mana mereka dapat menghubungkaitkan pengalaman lampau (old knowledge) mereka dengan kegunaan masa depan. Learners must actively and individually discover and transform complex information if they are to make it their own. Learners must individually discover and transform complex information, checking new information against old rules and revising rules when they no longer work. Menggunakan pemprosesan atas-bawah, iaitu pelajar bermula dengan masalah atau tugasan yang kompleks dan menemui ilmu pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah itu atau untuk menyempurnakan tugasan berkenaan. Pemprosesan Atas-Bawah mula dengan tugasan yang kompleks dan kemudian cari kemahiran asas yang diperlukan untuk menyelesaikannya Contoh: Tulis karangan dahulu sebelum belajar ejaan, tata bahasa dan tanda baca

Tradisional (bawah-atas) kemahiran asas secara beransur-ansur diterapkan menjadi kemahiran kompleks Pembelajaran Koperatif: Berasaskan pendapat bahawa pelajar lebih mudah mempelajari dan memahami konsep yang sukar sekiranya mereka diberi peluang untuk membincangkannya dengan orang lain. Generative Learning Mengajar pelajar strategi-strategi yang spesifik cara-cara memproses secara mental maklumat-maklumat baru. Pembelajaran Discovery: Pelajar sangat digalakkan untuk belajar sendiri dengan melibatkan diri secara aktif dengan prinsip dan konsep Guru pula menggalakkan pelajar untuk mengalami sendiri dan menjalankan eksperimen yang akan membolehkan mereka menemui prinsip Bruner, We teach a subject not to produce little living libraries on that subject, but rather to get a student to thinkfor himself, to consider matters as an historian does, to take part in the process of knowledge-getting. Knowing is a process, not a product Pembelajaran Discovery Pembelajaran perlu bersifat fleksible dan eksploratori Ambil kira faktor sikap pelajar terhadap pembelajaran Bruner: tingkatkan rasa ingin tahu pelajar, kurangkan kadar kegagalan, kerelevanan dengan diri pelajar Galakkan informed guessing melalui jenis soalan bimbingan Gunakan pelbagai bahan dan permainan Beri kelonggaran kepada pelajar untuk memuaskan rasa ingin tahu mereka walaupun idea yang dicari itu tidak ada kaitan langsung dengan apa yang dipelajari Gunakan contoh-contoh yang bertentangan dengan isi kandungan untuk menghubungkaitkan tajuk IMPLIKASI LAIN Guru sebagai fasalitator dan haruslah dapat menyediakan aktiviti-aktiviti berasaskan handson dan minds-on (mengwujudkan pengalaman aktif);

Berusaha mewujudkan interaksi antara guru-murid dan murid-murid untuk proses negotiation (termasuk refleksi) bagi proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep (abstraksi); Sediakan aktiviti-aktiviti yang meransangkan fikiran, sama ada soal-jawab atau dalam proses penyelesaian masalah. Guru juga sesuai berperanan sebagai pelajar atau penyelidik, supaya guru lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Penilaian dalam proses P&P pula merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pegetahuan. Pendekatan konstruktivis juga menekankan pembelajaran janaan, penyoalan atau strategistrategi inkuiri dan kemahiran metakognitif yang lain. Kaedah Pembelajaran Discovery dan Scaffolding merupakan kaedah pengajaran konstruktivis yang berasaskan teori pembelajaran kognitif Teori PD Bruner menekankan aspek pembelajaran kendiri secara aktif, perasaan ingin tahu, dan penyelesaian masalah secara kreatif pelajar. Scaffolding yang berasaskan pandangan Vygotsky, menyeru guru membantu pelajar pada saat-saat kritikal dalam proses pembelajaran mereka. PEDAGOGI UNTUK PENDIDIKAN BERKONSEPKAN BESTARI

Menggunakan Pelbagai Strategi Pembelajaran. Pedagogi Berpusatkan Pelajar. Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif. Pembelajaran Kontekstual, Realistik dan Autentik. Pedagogi yang Mengambil Kira Kepelbagaian Pelajar. Pengintegrasian Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Pembelajaran. Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran Pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai