Anda di halaman 1dari 46

PEMARKAHAN

1. REFLEKSI
2. ESEI:
RIS
(a)
(b)
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
3. FORUM
JUMLAH
KOD & NAMA KURSUS
KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK

PORTFOLIO
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

KUMPULAN:
EL- A18
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
ROSMAN BIN TAHIR

NO. ID
D20102043006

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK ZAINI BIN ABDULLAH


TARIKH SERAH: 4 DISEMBER

NO. TELEFON
010-3916251

ISI KANDUNGAN
1.0

2.0

3.0

REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN:


1.1
Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah
pembangunan insan dan negara
1.2

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):


Huraian dan penghayatan

1.3

Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan


amalan profesion keguruan

1.4

Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia

1.5

Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia

1.6

Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan


Falsafah Pendidikan kebangsaan

1.7

Reka bentuk kurikulum di Malaysia

1.8

Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan

1.9

Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia

1.10

Akta Pendidikan 1996

ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN


2.1

Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi


kandungan unit tersebut memberi impak terhadap
perkembangan profesionalisme keguruan.

2.2

Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan


dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

FORUM E-LEARNING
3.1

Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan


tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang
terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
tercapai?

3.2

Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolahsekolah? Berikan hujah anda.

3.3

Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan


bertaraf dunia. Bincangkan.

3.4

Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan.

3.5

Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat


menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.

Halaman
2-18

19-37

38-50

REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT

TAJUK

PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN DI MALAYSIA

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 6 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan era
masyarakat tradisional,era penjajahan era kemerdekaan dan era selepas kemerdekaan
,pembentukan akta pelajaran dan tokoh-tokoh yang terdapat dalam pendidikan dari era
sebelum penjajahan Inggeris hingga era selepas kemerdekaan seterusnya ke era
milenium.Unit ini juga menjelaskan perubahan bentuk pendidikan dan perkembangannya
mengikut pada zaman tersebut.Turut menjelaskan tokoh-tokoh yang terlibat dalam
perkembangan pendidikan negara .Pendidikan bukan sahaja untuk membangun diri insan
secara seimbang dan menyeluruh tetapi juga bertujuan untuk membentuk individu ,ahli
keluarga,ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu,bertanggungjawab,berakhlak mulia
dan berbakti kepada agama ,bangsa dan negara. Secara umumnya senario pendiddikan
negara adalah tidak terpisah daripada mengambil kira hal-hal berkaitan perpaduan dan
kemajuan ke arah pembangunan dan kemakmuran negara.

2.

1.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
Pembangunan insan

Penjelasan
Usaha untuk membentuk generasi masa hadapan dengan
sahsiah,keperibadian dan akhlak yang tinggi.

2.

Superior

Hebat /unggul dalam sesuatu bidang.

3.

vernakular

Penggunaan bahasa atau dialek yang dituturkan oleh sesuatu

4.

sosiologi

golongan.
Ilmu tentang kemasyarakatan termasuk ilmu mengenai cara

5.

Pendidikan Era

hidup.
Berciri global dan pada masa yang sama tanpa meninggalkan

Milenium

yang asal

3.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang perkembangan
pendidikan di Malaysia yang semakin hari semakin berkembang seiring dengan kemajuan
negara kita.Hal ini banyak memberi pengetahuan kepada saya mengenai sejarah yang
berlaku kepada perkembangan pendidikan negara pada zaman sebelum kemerdekaan
negara sehinggalah kini.Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang hala tuju pendidikan
negara dengan mengubal beberapa dasar tertentu bertujuan untuk mempertingkatkan lagi
pendidikan demi untuk kebaikan rakyat Malaysia.Kerajaan telah melakukan
penambahbaikan dalam pendidikan terutamanya dalam meningkatkan profesionalisme
keguruan bagi mencapai kecemerlangan sehingga mampu menganggkat taraf pendidikan
ke persanda antarabangsa.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT

TAJUK

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) :HURAIAN DAN PENGHAYATAN

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan.Bahagian permulaan uinit ini membincangkan mengenai falsafah Barat dan
Falsafah Islam dalam pemnbentukan FPK,hubungkait antara ciri-ciri FPK Barat dan Islam
yang terkandung di dalam FPK.Berdasarkan FPK dapat dirumuskan bahawa proses
pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga
untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat ,demi untuik melahirkan
insan berkualiti secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu dan warganegara
yang berilmu,bertanggungjawab,berakhlak mulia dan berbakti kepada keluarga,masyarakat
dan negara.Unit ini juga turut membincangkan pembentukan FPK iaitu aspek perpaduan
kaum yang perlu dilaksanakan melalui sistem pendidikan negara.FPK juga adalah untuk
mewujudkan masyarakat yang mempunyai kemahiran dan kepakaran bersesuaian hasrat
kerajaan yang ingin menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

2.

1.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
Usaha berterusan

Penjelasan
Pendidikan merupakan suatu proses yang berlaku dalam diri
seseorang bermula sejak dalam kandungan sehingga ke akhir

Memperkembangkan

hayat.
Memerlukan bakat yang ada pada setiap individu dicungkil dan

potensi individu

dipertingkatkan secara berterusan.

3.

penaakulan

Kebolehan atau keupayaan seseorang individu untuk berfikir

4.

Epistemologi

secara logik
Teori tentang kajian kritis tentang kesahihan,kaedah,dan

5.

Perkembangan

pengetahuan.
Perkembangan kempat-empat potensi iaitu

potensi secara

intelek,rohani,emosi,dan jasmani adalah bagi membolehkan

menyeluruh dan

penguasaan ilmu,kemahiran dan nilai.

2.

bersepadu

3.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang maksud Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.Perkaitan ciri-ciri yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan
Barat,Falsafah Islam dan Falsafah Pendidikan Islam di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Begitu juga huraian isi kandungan dan huraian Falsafah Pendidikan
Kebangsaan banyak memberi manfaat kepada saya agar menghayati dan mendalami
Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi kelangsungan tugas sebagai seorang
pendidik.Sebenarnya proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan
kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan
masyarakat.
.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT

TAJUK

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG):


PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit dan berikan penjelasannya

Unit ini mengandungi kandungan Falsafah Pendidikan Guru Malaysia,pemikiran dan


amalan dalam profesion keguruan , perwatakan ciri-ciri unggul guru,cabaran dalam
profesion keguruan. Falsafah Pendidikan Guru(FPG) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
adalah saling berkaitan.Manakala FPK pula yang menentukan bentuk,proses dan matlamat
FPG yang merupakan halatuju dalam pembinaan watak guru dari segi pemikiran dan
amalan.FPK juga menjadi teras kepada pembinaan Standard Guru Malaysia,ia dibentuk
untuk memartabatkan profesion keguruan ke tahap antarabangsa dengan memberi
penekanan kepada standard keguruan dan keperluan untuk mencapai standard
tersebut.Komponen standard keguruan melibatkan Amalan Nilai Profesionalisme
Keguruan ,Pengetahuan,dan Kefahaman Pembelajaran .

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

1.

Konsep
profesionalisme

Penjelasan
Sifat yang dimiliki oleh orang yang profesional.

2.

substantif

Peruntukan hak dari segi undang-undang yang berbeza

3.

Standard

daripada prosedur undang-undang.


Seragam ,selaras,dapat diterima orang ramai.

4.

profesion

Pekerjaan dalam bidang tertentu yang memerlukan ilmu dan

5.

Transformasi

latihan khusus.
Perubahan bentuk (sifat ,unsur,rupa)

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
4.
Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang potensi dan kualiti
seorang guru.SGM pula telah menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang
patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti
kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang.Dengan adanya SGM ,guru dapat
meningkatkan nilai profesionalisme keguruan ,pengetahuan, kefahaman serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT

TAJUK

DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Kandungan unit ini banyak memberi penerangan tentang pengertian dasar dan konteksnya
dengan perubahan pendidikan ke arah kemajuan pada abad ke-21.Unit ini turut
menganalisis tujuan dasar-dasar pendidikan disamping turut dimuatkan tentang cara untuk
menilai dasar pendidikan negara.Tujuan dasar digubal dan dilaksanakan ialah untuk tujuan
displin/kawalan,inovasi ,solusi dan kebajikan /perkhidmatan.Ia juga bermatlamat untuk
keharmonian ,keadilan,penambahbaikan dan pemantapan.Proses pembuatan dasar dan
pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi
mencapai matlamatnya.Pelaksanaannya melibatkan kos,risiko dan sumber manusia yang
pakar.Penggubalan dilakukan diperingkat kabinet dan diterjemahkan pada peringkat
Kementerian Pelajaran,Jabatan Pelajaran Negeri,Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolahsekolah.Guru-guru adalah pelaksana perlu akur dengan dasar yang telah dibuat.Segala
dasar-dasar yang dibuat adalah untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara maju
pada 2020.

2.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

1.

Konsep
Inovasi

Penjelasan
Sesuatu yang baru diperkenalkan atau dimulakan (misalnya

2.

sentralisasi

,kaedah,sistem)
Meletakkan atau menyerahkan kuasa kepada pihak pusat.

3.

Dualisme

Teori yang berasaskan dua dasar yang berlainan.

4.

komprehensif

Liputan (huraian yang meluas dan lengkap

5.

globalisasi

Fenomena yang menjadikan dunia seolah-olah kecil dari segi


perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Kandungan unit banyak memberi pendedahan kepada saya tentang dasar-dasar dalam

pendidikan negara.Ini banyak membantu saya mengetahui dengan lebih terperinci tentang
tujuan dasar-dasar pendidikan digubal dan kepentingan atau matlamat dasar tersebut
digubal.Dengan pendedahan ini secara tidak langsung amat bermanafaat kepada saya
sebagai seorang guru kerana dapat mengetahui dan membantu bagi menjayakan hala tuju
pendidikan negara.Dasar-dasar yang dibentuk juga dapat membantu memacu Malaysia
menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti.
REFLEKSI UNIT PELAJARAN
UNIT
5
1.

TAJUK
PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 3 perkara yang berkaitan dengan rancangan pembangunan


pendidikan Rancangan Malaysia (RM ,menyatakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010 (PIPP) serta hubungkait rancangan pembangunan pendidikan dengan aspirasi
negara.Juga turut diselitkan tentang fasa perkembangan pendidikan di Malaysia.Pendidikan
di Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamis dan sentiasa berkembang dari semasa
ke semasa.Pelbagai perkara telah dilakukan melalui rancangan pembangunan negara bagi
memastikan pendidikan di Malaysia sentiasa mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan
di peringkat global. Unit ini juga turut membincangkan PIPP adalah satu stretegi untuk
memperkukuhkan sistem pendidikan negara yang diwujudkan oleh KPM melalui enam teras
strategik.
2.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

1.

Konsep
Intergrasi

Penjelasan
Pergabungan dua atau beberapa kaum.

2.

dasar

Pendirian yang menjadi asas segala tindakan (keputusan ).

3.

global

Meliputi / mempengaruhi seluruh dunia.

4.

Matlamat PIPP

Menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua tanpa mengira


lokasi,kaum ataupun daripada kelompok kurang upaya,orang

5.

holistik

asli dan suku minoriti lain.


Bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu
sistem bersepadu.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang fasa pendidikan di
Malaysia,perubahan penting dalam bidang pendidikan,serta fokus PIPP yang mempunyai enam
teras.Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk
meningkatkan lagi jati diri sebagai seorang pendidik dalam usaha melahirkan modal insan yang
mahir da berpengetahuan.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT
6

TAJUK
KURIKULUM SEBAGAI WAHANA MENTERJEMAH FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Kandungan dalam unit ini lebih menitikberatkan mengenai takrif kurikulum,perbincangan


mengenai ciri-ciri kurikulum kebangsaan da mensintesis pelaksanaan kurikulum dalam
menterjemah FPK.Sebagaimana yang kita tahu pendidikan yang berkesan mestilah
mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana cara untuk melaksanakannya.FPK banyak
memberi panduan bagaimana pendidikan negara mesti beroperasi mengikut bentuk dan
proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak dicapai.Kurikulum
kebangsaan pula memberikan kelebihan dari segi perancangan
,pelaksanaan,kawalan,agihan dan penilaian kerana bersifat sentralisasi.Kurikulum
kebangsaan mencakupi pendidikan pada semua peringkat rendah,sekolah menengah,lepas
sekolah menengah dan pendidikan khas.Kurikulum adalah bersifat dinamik dan fleksibel
untuk disesuaikan dengan keadaan semasa yang sentiasa berubah.KSSR merupakan
kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapat meningkatkan standard

pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (menulis,membaca,mengira dan menaakul).Unit ini


juga turut membincangkan bagaimana kurikulum kebangsaan berperanan menterjemah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.

1.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep
Kurikulum formal

Penjelasan
Kurikulum yang tersurat.Boleh dilihat ,tersedia,terancang dan
berturutan.Berfokus kepada matlamat ,objektif,subjek dan

2.

instrument

struktur pengajaran.
Tafsiran / pengertian tentang maksud.

3.

Kurikulum tak formal

Melibatkan human variables yang tidak dapat dikawal /


dirancang sebelumnya.Melibatkan interaksi sosial-psikologikal
antara guru dan murid,yang melibatkan perasaan,sikap dan

4.

generik

tingkah laku.
Berkaitan dengan ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatu

5.

wahana

.golongan
Perantaraan untuk menyampaikan.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang maksud kurikulum itu
sendiri,bagaimana atau jenis kurikulum yang dilaksanakan di Malaysia.Cara kurikulum
kebangsaan menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta banyak membantu saya
untuk mengetahui perkembangan kurikulum terkini dalam sistem pendidikan di negara kita iaitu
KSSR yang dimulakan pada tahun 2011 ini.Ini menunjukkan perkembangan kurikulum di negara
kita selari dengan perubahan terkini dalam sistem pendidikan.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT

TAJUK

7
1.

REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA


Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini pula memberi penjelasan tentang peranan pendidik dalam mengaplikasikan
profesion
pendidikan.Juga turut diselitkan peranan guru dalam perkembamngan kurikulum dan
kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran.Turut dimuatkan tentang prinsip dan
model perkembangan kurikulum dalam membuat perancangan dan pelaksanaan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.Ia juga banyak memberi pendedahan kepada para
pendidik untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
mengikut tahap pendidikan. Unit ini juga turut membincangkan pola dan orientasi reka
bentuk kurikulum yang memberi impak kepada guru dalam melaksanakan sesi pengajaran
dan pembelajaran..Hasil kurikulum yang digubal juga membentuk kualiti pelajar,kualiti
kurikulum,dan tanggapan masyarakat setempat dan masyarakat dunia terhadap program
dan institusi.Tugas setiap orang pendidik ialah menentukan bahawa pengajaran dan
matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah,misi,visi dan amalan yang
telah dipilih dan memaksimunkan koherens serta kesan positif dari kurikulum
tersembunyi.Faktor-faktor ini mencorakkan kurikulum yang direka dan menentukan hasil
akhir yang diperolehi.Turut didedahkan perbandingan teori pembelajaran dalam mereka
bentuk kurikulum yang banyak membantu guru dalam mengaplikasi teori ini dalam
pembelajaran.

2.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

1.

Konsep
humanisme

Penjelasan
Sifat perikemanusiaan.

2.

fleksibel

Perubahan mengikut keadaan.

3.

kognitif

Perkara-perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses

4.

kumulatif

untuk memperolehi ilmu pengetahuan


Mengalami pertambahan ,semakin bertimbun.

5.

efektif

Ada kesannya (pengaruh)

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya untuk mengaplikasikan kurikulum yang telah
dibentuk dalam proses pengajaran dn pembelajaran saya di dalam kelas.Reka bentuk kurikulum
yang disusun oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah penting kepada para pendidik
sebagai panduan mereka .Topik atau sub topik perlu dimasukkan daklam rancangan
pengajaran harian mereka.Sebagai seorang pendidik saya bertanggunjawab sebagai
perancang,pelaksana dan menilai semula keberkesanan kurikulum tersebut.Pendedahan ini
juga dapat membantu saya dalam meperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri sendiri
seterusnya dapat mempertingkatkan mutu pengajaran keapada yang lebih baik.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT

1.

TAJUK

PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini pula membincangkan tentang matlamat dan objektif kurikulum dalam sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.Juga dimuatkan tentang transformasi matlamat
pendidikan negara ke dalam matlamat mata pelajaran khusus.Kurikulum juga dianggap
sebagai satu jambatan yang menghubungkan pendidikan dengan matlamat.Kandungn
kurikulum mengandungi pengetahuan deklaratif dan prosedural.Pengetahuan deklaratif
merupakan intipati yang mengandungi fakta,konsep,prinsip,teori,dan generlisasi serta
ditegaskan mengikut jadual spesifikasi kandungan.Manakala pengetahuan prosedural
berkait dengan proses ,metodologi dan prosedur.Kandungan kurikulum yang terdapat di

dalam SP & HSP dialihkan kepada Rancangan Pengajaran Tahunan & Rancangan
Pengajaran Harian sebelum dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Unit
ini turut membincangkan penterjemahan kurikulum sekolah kepada proses pengajaran dan
pembelajaran yang membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran harian yang
dapat membantu guru dan murid bagi memudahkan sesi pengajaran dan
pembelajaran.Penulisan rancangan pengajara harian penting agar pembelajaran murid lebih
menarik dan mempelbagaikan proses pembelajaran.
2.

1.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
generalisasi

Penjelasan
Formulasi satu kenyataan umum berasaskan kepada beberapa
hasil pemerhatian khas.

2.

psikomotor

Keadaan saling hubungan antara fikiran dan jasmani dalam


melakukan kegiatan fizikal.

3.

artikulasi

Pergerakan organ pertuturan dalam penyebutan sesuatu bunyi

4.

manifestasi

tertentu.
Perbuatan atau ucapan yang menyatakan / melahirkan

5.

Generik

sesuatu.
Berkaitan dengan ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatu
golongan.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Kandungan unit ini memberi pendedahan kepda saya intipati kurikulum kebangsaam dan
kurikulum sekolah secara terperinci dan mendalam lagi.Ini membantu saya mengetahui dengan
lebih lanjut tentang strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah disamping kupasan
tentang transformasi sukatan pelajaran kepada rancangan pengajaran tahunan.Kepentingan
guru-guru menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang penting dalam
menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik,murid juga akan mendapat impak yang lebih
berkesan hasil daripada RPH yang baik.Persediaan guru sebelum mengajar penting bagi
mengenalpasti murid yang cerdas dan lemah.Seterusnya guru dapat membuat pengayaan dan
pemulihan kepada murid berkenaan.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT
9
1.

TAJUK
KOD ETIKA PERGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menghuraikan ciri-ciri profesional guru yang perlu dihayati oleh semua guru demi
menjaga profesion guru dalam mewujudkan guru yang unggul seterusnya dapat
mengahsilkan pelajar yang mempunyai kekuatan ilmu,berpesonaliti sihat dan serba
boleh.Disamping itu unit ini turut membincangkan Kod Tatasusila Keguruan Malaysia dan
seterusnya menganalisis peraturan-peraturan pendidikan di Malaysia yang perlu difahami
dan dihayati oleh guru dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang
pendidik.Dengan adanya kod etika ini juga profesion guru dapat
dipertingkatkan.Peningkatan dalam bidang ini melambangkan tingginya kualiti seorang guru
yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan .Guru dan ibu bapa juga
memainkan peranan terhad dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah .Akta pelajaran
1961 telah wujud selama tiga puluh lima tahun ,tetapi tidak menampakkan keberkesanannya
dalam bidang pendidikan sehingga ia dimansuhkan.Akhirnya ia digantikan dengan Akta
pendidikan 1996 supaya satu sistem pendidikan yang lebih berkesan dapat diwujudkan.Unit
ini juga menyatakan peraturan-peraturan pegawai awam untuk menjaga imej kerajaan
khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.

2.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

1.

Konsep
Tawaduk

Penjelasan
Sifat merendah diri kepada Allah

2.

personaliti

Pembawakan / keperibadian

3.

justifikasi

Alasan-alasan yang kuat yang menjadikan sesuatu wajar

4.

mendominasi

dilakukan ,diusahakan sebagai alasan bagi sesuatu.


Menguasai ke atas sesuatu golongan / negara.

5.

Gramatis

Berdasarkan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau


tatabahasa.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang etika perguruan di
Malaysia yang banyak membantu saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang
pendidik.Juga turut dibincangakan mengenai perkara yang tidak dibenarkan dilakukan oleh
penjawat awam dan jika dilakukan akan dikenakan tindakan tatatertib.Perkara ini merupakan
peraturan atau garis panduan yang mesti dipatuhi oleh semua penjawat awam di
Malaysia.Peraturan-peraturan dan etika keguruan ini adalah untuk mewujudkan guru yang
unggul dan mampu menjadi idola bagi muridnya.

LAMPIRAN 1

REFLEKSI UNIT PELAJARAN


UNIT
10

1.

TAJUK
AKTA PENDIDIKAN 1996.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini pula memberi penjelasan tentang Akta Pendidikan 1996,Kandungan Akta Pendidikan
1996 dan implikasi Akta Pendidikan 1996.Sesuatu yang tidak dapat dinafikan Akta
Pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia yang sentiasa
dinamik mengikut perubahan global .Bermula dengan Penyata Razak perkembangan
pendidikan di Malaysia menjadi semakin pantas.Dasar dan rancangan pembangunan
negara sentiasa meletakkan bidang pendidikan sebagai suatu yang penting dan harus diberi
keutamaan .Justeru ,tidak hairanlah jika perkembangan pendidikan di negara kita
kadangkala dilihat mendahului sesetengah negara yang sama usia kemerdekaan mereka
dengan negara kita.Sebenarnya kemerdekaan yang diperolehi pada tahun 1957 merupakan
satu signal kepada pemimpin negara untuk menetukan hala tuju kita sendiri.
2.

1.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya


Konsep
Orientasi

Penjelasan
Kegiatan yang dibuat untuk memberikan pendedahan sesuatu
yang baru dan disesuaikan dengan suasana baru.

2.

Autoriti

Kuasa atau hak untuk memberikan perintah ,mengawal dan

3.

Liberal

membuat keputusan.
Berpandangan terbuka.

4.

Akta

Undang-undang yang digubal dan diluluskan oleh parlimen.

5.

Ordinan

Peraturan atau undang-undang yang ditetapkan dan


dikeluarkan oleh pihak tertentu biasanya pihak atasan atau
pihak berkuasa.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang Akta Pendidikan di
negara kita.Unit ini turut memberi pernerangan yang ditir tentang Akta Pendidikan negara 1996
dan hala tujunya sekali.Dalam bidang perguruan sudah semestinya Akta Pendidikan sangat
pentintg untuk diketahui dan dihayati oleh pendidik.Lebih-lebih lagi dengan penetapan wawasan
2020 yang menjadi matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
menuntut supaya sistem pendidikan diperkemas dan dimantapkan lagi.

A) Bagaimanakah pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut


memberi impak terhadap profesionalisme keguruan
Pengenalan
Pendidik atau guru adalah kerjanya mengajar (Kamus Dewan Edisi Empat, 2007), di mana
secara asasnya guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajar di sekolah
dengan ilmu pengetahuan. Guru juga adalah orang yang memberi inspirasi dan pengaruh
melalui kepakaranya serta lebih mengenali pelajarnya.
Guru merupakan komponen teras yang menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum
tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di
samping pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan negara (Awang
Had, 1998). Ini kerana, guru merupakan komponen utama dalam sistem pendidikan untuk
melaksanakan dan menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Abu Ajip (1994) dalam Azura (2004), pendidik yang kreatif, cekap, bermotivasi
tinggi dan berhemah mulia diperlukan oleh institusi pendidikan bagi melahirkan pelajar
sebagaimana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apabila seseorang guru itu
menjalankan tugasnya berlandaskan ciri-ciri Falsafah Pendidikan Negara, maka pelajar yang
dihasilkan akan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh yang demikian,
ianya dapat meningkatkan kepuasan bekerja serta prestasi seseorang guru tersebut ini guru
tersebut telah dapat menjayakan FPK.
Vroom (1964) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai suatu kejayaan seseorang individu
itu di dalam membuat penyesuaian diri dengan peranan kerjanya. Sikap positif terhadap
kerjayanya secara konseptual boleh dinyatakan setimpal dengan kepuasan kerja sebaliknya
sikap negatif adalah sama dengan ketidakpuasan. Definisi ini disokong oleh Smith, Kendall dan
Hullin (1969) menyatakan kepuasan kerja sebagai perasaan seseorang pekerja mengenai
kerjanya. Dengan kata lain, kepuasan kerja berkaitan dengan seseorang sama ada berminat
atau tidak terhadap kerjanya.
Falsafah pendidikan digubal bertujuan untuk melahirkan insan yang memberi sumbangan
kepada kemakmuran Negara. Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu
philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud
kebijaksanaan. Kesimpulannya, falsafah diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan
(Mok Soon Sang, 2010). Tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan
memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

Konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan
menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan
dalam bidang pendidikan (Tajul dan Noraini, 1992). Pendidikan pula bermaksud proses atau
aktiviti untuk mengembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) untuk
menambahkan kemahiran, kebolehan dan pengetahuan supaya dapat memberi kebahagiaan,
faedah dan kemajuan dalam hidup dan dapat bertindak rasional untuk diri sendiri, bangsa dan
agama (Annick, 1999). Pendidikan merupakan proses perubahan manusia untuk mencapai
aktualisasi diri atau dengan kata lain mencapai kesedaran diri. Ia berkait rapat dengan
kesedaran hubungan antara manusia dengan pencipta, manusia lain, makhluk lain dan alam.
Aliran Falsafah Pendidikan
Falsafah pendidikan tidak sekadar bertanyakan tentang asas metafizik, epistemologi dan
aksiologi malah ia juga akan membincangkan berkaitan dengan pendidikan. Disamping itu, ia
juga cuba memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang mendefinasikan proses
pendidikan, konsep pendidikan, tujuan pendidikan, kurikulum, pembelajaran dan sebagainya.
Tujuan atau matlamat pendidikan ialah untuk mengembangkan potensi individu dan mencapai
kesedaran kendiri.Disini dinyatakan empat aliran pemikiran falsafah sahaja iaitu essensialisme,
parennialisme, progressivisme dan eksistensialisme.
Esensialisme
Pendidikan essensialisme bersifat fleksible dimana ia terbuka untuk perubahan, toleran
dan tidak terikat dengan dokterin tertentu. Nilai yang jelas dan tahan lama serta guru yang
memiliki sifat authoriti. Falsafah aliran ini mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulumya
disusun dari topik yang mudah kepada yang lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M
iaitu menulis, mengira dan membaca. Ahli-ahli essensialisme mengkaji semula perkara-perkara
yang akan dimasukkan kedalam kurikulum dan membezakan program-program sekolah kepada
pelajaran yang penting dan kurang penting serta membentuk authoriti guru didalam bilik darjah.
Menurut Mok Soon Sang (2004), guru menurut fahaman essensialisme hendaklah memainkan
peranan yang penting dalam proses pendidikan. Mereka berperanan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan dan mengajar mereka memperolehi keperluan dan kualiti kehidupan orang
dewasa supaya mereka boleh berjaya dalam hidup. Guru juga hendaklah bersifat demokratik,
kretif, mempuyai inisiatif dalam pengajaran dan mahir menggunakan taktik ganjaran dan denda
kepada pelajar (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Ahli- ahli essensialime menganggap
segala inisiatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terletak di bawah tanggungjawab
guru. Guru juga hendaklah mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat. Oleh itu, kaedah

pengajaran yang disarankan termasuklah pembacaan,, syarahan, ingatan, ulangan dan


peperiksaan.
Perennialisme
Parennialisme berasaskan daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh
fahaman idealisme. Mengikut ahli parennialisme, nilai moral dan rasional manusia semakin
merosot (Mok Soon Sang, 2010). Oleh itu, untuk meyelamatkan umat manusia daripada
kelenyapan fungsi utama pendidikan hendaklah mengutamakan perkembangan potensi rasional
individu, membantu mencari prinsip mutlak dan memahami dunia yang sebenar. Maka
parennialisme memandang pendidikan sebagai jalan iaitu proses mengembalikan kebudayaan
sekarang. Ahli-ahli parennialisme menganggap bahawa ciri-ciri asas semulajadi manusia
berbentuk universal dan tiada had masa (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986).
Progressivisme
Pengajaran progressive pula, mereka menggunakan pendekatan induktif dalam mencapai
matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif tidak memerlukan teori tetapi memerlukan
mereka membentuk penerangan sendiri yang akan menerangkan fenomena yang didedahkan.
Menurut Mok Soon Sang (2010), guru hanyalah berfungsi sebagai pembimbing atau penasihat
dalam penyelesaian masalah.
Eksistensialisme
Aliran fahaman eksistensialisme mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan mencari
ilmu pengetahuan. Pelajar tidak seharusnya mengorbankan individualiti mereka untuk
memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh itu hanya pembelajaran yang berkesan sahaja yang
mempunyai makna kepada individu berkenaan. Fokus utama kurikulum hendaklah dipindahkan
daripada perkara alam dunia kepada dunia personaliti. Kurikulum eksistensialisme pula
mementingkan kebebasan. Kurikulum eksistensialisme tidak tetap kerana kurikulumnya
berdasarkan minat pelajar itu sendiri (Tajul dan Noraini, 1992).

Falsafah Pedidikan Kebangsaan


Falsafah pendidikan merupakan pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkaraperkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menjadi penyuluh dan pedoman kepada segala usaha mengembang dan
memajukan pendidikan. Ia juga menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan

matlamat pendidikan Negara dan sebagai rujukan untuk membantu pendidik memahami sistem
pendidikan Negara serta menghapuskan salah faham dan keraguan dalam melaksanakan
tugasan pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah seperti berikut:
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008)
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dengan jelas menyatakan bahawa proses
pendidikan merupakan satu usaha untuk membangunkan keseluruhan potensi individu yang
merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual berasaskan kepercayaan dan
keyakinan kepada Tuhan (Rohana,2010). FPK berhasrat melahirkan insan yang berpegang
teguh kepada agama (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Dengan berpandukan FPK,
segala usaha pendidikan termasuk sistem pendidikan yang sedia ada akan dapat dirancang,
direformasi dan dilaksanakan untuk mencapai matlamat pendidikan
Menurut Tajul dan Noraini (1992), sumbangan kurikulum essensialisme yang dapat dilihat
dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilainilai murni dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran di bahagikan kepada teras dan elektif
dimana menggambarkan mata pelajaran penting dan kurang penting seperti pelaksanaan
KBSM dan penekanan 3M dalam pelaksanaan KBSR (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986).
Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat
membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi Negara serta melahirkan
rakyat yang berdisiplin (Azizi Jaafar, 2009). Ketiga-tiga matlamat ini merupakan kesan daripada
fahaman essensialisme yang menganggap individu sebagai alat demi kepentingan
pembangunan Negara daripada kepentingan individu.
Menurut Mok Soon Sang (2010) sama seperti falsafah essensialisme, falsafah
parennialisme juga mempunyai matlamat untuk menyatupadukan rakyat dan dapat

membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi Negara serta melahirkan


rakyat yang berdisiplin. Matlamat ini dikira sebagai lebih mengutamakan Negara daripada
individu itu sendiri dan ia menunjukkan sistem pendidikan lama di Malaysia bersifat tradisional.
Falsafah pendidikan yang terlalu progesif tidak sesuai diserapkan dalam Dasar Pendidikan
Negara kita. Jadi pemilihan beberpa prinsip falsafah parennialisme juga boleh diterima. Aliran
parennialisme mementingkan nilai (Azizi Jaafar, 2009). Dengan menanam nilai-nilai kepada
pelajar,mereka dapat menyeimbangkan antara pembangunan manusia sebagai insan dan
kemajuan sains dan teknologi. Di samping itu, parennialisme yang rasional akan membantu
melahirkan rakyat yang berkualiti. Falsafah pendidikan kebangsaan juga mengharapkan
penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar agar mereka menjadi masyarakat yang berakhlak
mulia.
Walaupun pada dasarnya falsafah pendidikan progressivisme tidak diamalkan sepenuhnya
di Negara ini, tetapi secara tidak langsung kita dapat melihat perkaitannya dengan falsafah
pendidikan kebangsaan iaitu untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan
bertanggungjawab serta usaha untuk mewujudkan masyarakat yang maju dan berilmu.
Falsafah progressivisme mahukan perkembangan pelajar dari segi intelek dan fizikal oleh itu,
progressivisme memberi kuasa dan kebebasan pelajar untuk mengembangkan bakat dalam
pembelajaran mereka. Ia akan melahirkan sikap yang berkeyakinan diri pelajar dan mereka
akan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk manghadapi dugaan dan cabaran pada masa
akan datang (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Progressivisme mementingkan operasi
penyelidikan yang menjadi pemangkin pembangunan teknologi jadi fahaman aliran
progressivisme dapat melahirkan masyarakat saintifik, progresif dan inovatif kerana kajian
penyelidikan saintifik dipupuk secara meluas dan menyeluruh. Di dalam falsafah pendidikan
juga meggalakkan pelajar agar mempunyai sikap yang kretif dan inovatif agar dapat
menyumbang dalam perkembangan teknologi Negara. Sekolah merupakan tempat dimana
segala ilmu penyelidikan dilakukan seperti di makmal. Pelajar bukan sahaja menerima ilmu
daripada guru, malah turut melakukan penyelidikan untuk mengembangkan ilmu tersebut.
Falsafah pendidikan juga mengharapkan potensi pelajar berkembang dengan menyeluruh tetapi
dalam fahaman progressivisme ini, agama diketepikan. Justeru itu, falsafah pendidikan
kebangsaan menyatupadukan antara perkembangan potensi pelajar yang seimbang serta
unsur spiritual. Ini kerana kemajuan tanpa agama akan menyebabkan manusia hilang pedoman
serta nilai dalam diri akan terhakis dan manjadikan manusia bersifat ego dan individualistik.

Falsafah pendidikan eksistensialisme mempunyai konsep yang kabur dan mendatar.


Fahaman ini berkaitan dengan kebebasan dalaman untuk mengarahkan penhidupan.
Kebebasan secara keseluruhan tidak sesuai dalam pendidikan di Negara ini kerana kebebasan
tanpa petunjuk tidak akan dapat membawa pelajar ke destinasi yang diharapkan iaitu kepada
matlamat pendidikan yang mengharapkan pelajar mencapai kesedaran kendiri. Falsafah yang
berlandaskan agama adalah lebih baik dalam proses pembelajaran. Dalam fahaman ini
mengajar manusia mengembangkan potensi individu untuk mencapai kesempurnaan kendiri.
Falsafah eksistensialisme mengharapkan dapat mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas
dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada serta tabah
dalam menghadapi segala jenis masalah (Tajul,1992). Dalam hal ini, konsep pendidikan
eksistensialisme yang baik dan berguna sahaja yang dijadikan panduan, bukanlah perkara yang
bercanggah dengan agama. Falsafah ini mengajar kita supaya bertanggungjawab atas
keputusan yang dibuat tanpa menyalahkan orang lain. Falsafah pendidikan juga mengharapkan
pelajar mempunyai sifat tanggungjawab kepada diri dan masyarakat. Selain itu perkembangan
potensi yang menyeluruh juga disarankan tetapi dalam falsafah pendidikan, kebebasan yang
diharapkan bukanlah kebebasan yang mutlak. Kebebasan yang disarankan ialah kebebasan
yang mampunyai petunjuk agar manusia mempunyai hala tuju yang benar.
Falsafah barat memainkan peranan penting terhadap perkembangan pendidikan di
Malaysia. Falsafah pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa ciri-ciri yang diterapkan dari
falsafah barat. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua bahagian iaitu falsafah
tradisional dan falsafah barat. Falsafah tradisional pula diri daripada essensialisme dan
parennialisme manakala falsafah moden terdiri daripada progressivisme dan eksistensialisme.
Kedua-dua bahagian ini mempunyai mazhab-mazhab tertentu dan secara keseluruhannya
penumpuan kesemua mazhab berdasarkan faktor kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar
dan peranan murid. Di dalam falsafah pendidikan barat terdapat mazhab yang memberikan
penumpuan pembinaan insan yang berketerampilan dan aspek ini juga terdapat dalam falsafah
pendidikan kita. Keempat-empat falsafah yang telah dibincangkan ini boleh dikatakan sebagai
asas kepada falsafah pendidikan kebangsaan. Walaubagaimanapun, falsafah-falsafah ini
digabungkan dan diubahsuai mengikut keperluan Negara kita. Hanya mengambil aspek-aspek
yang penting dan berguna sahaja yang diambil kira dalam penggubalan Falsafah pendidikan
Kebangsaan. Falsafah pendidikan kebangsaan juga meletakkan kembali asas kepada
perkembangan insan berjiwa kemerdekaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

Pendidikan pada masa kini adalah sesuatu yang berharga. Pendidikan yang terbaik
mestilah datang dari pendidik atau guru yang yang terbaik. Namun, kurangnya penghayatan
seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyebabkan sesuatu
pembelajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik di mana ilmu yang disampaikan itu tidak
dapat diberi secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini
turut mempengaruhi prestasi kerja seseorang guru itu kerana hasil pelajar yang dididik adalah
penentu aras kepada prestasi kerja seseorang guru itu. Ini kerana apabila anak didiknya itu
tidak terdidik secara menyeluruh, maka ilmu yang disampaikan itu gagal diterima oleh
pelajarnya menyebabkan pelajar tersebut tidak seimbang diantara akademik, emosi, fizikal
serta moralnya dan gagal mematuhi kehendak FPK. Oleh disebabkan demikian, guru-guru yang
kurang memahami FPK haruslah diberi perhatian. Pelbagai tindakan boleh diambil seperti
mengadakan kursus serta penyeliaan berkala.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti
kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta
boleh memberi sumbangan untuk mencapai kemajuan negara serta memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat harmonis yang berbilang kaum. Program Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
telah dirancang bertujuan mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara
ini.Sekiranya kita membuat perbandingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan falsafahfalsafah pendidikan yang lain, sama ada di negara Barat, Timur mahupun falsafah pendidikan
Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan suatu falsafah pendidikan yang mempunyai
keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada unsur-unsur
yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai kaitan erat dengan falsafahfalsafah pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Negara adalah asas serta panduan bagi seseorang pendidik mendidik
pelajarnya untuk berjaya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut sebagai
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Menurut
Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996. Oleh yang demikian, semua aktiviti

pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal
guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap
tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada di landasan
yang betul.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1988) dalam laman sesawang Gabungan
Persatuan Guru-guru Cina Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara, penggubalannya dilakukan
dengan penuh pertimbangan yang teliti dengan merujuk kepada Penyata Razak 1956, Laporan
Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961, Laporan JK Kabinet 1979, Rukunegara, Prinsipprinsip pendidikan, Matlamat pendidikan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan .
Pendidikan merupakan satu perjalanan bagi mencari kebenaran di mana guru itulah
penyuluh kepada ilmu yang kabur di dalam nyata. Semasa proses ini, ianya akan membawa
pelajar mengenal mana satu yang betul, mana yang salah. Ianya akan membuat pelajar serta
guru itu faham akan ilmu logikal. Proses ini akan melahirkan rasa keindahan dikalangan pelajar
dan guru dalam mencorak dunia selari dengan tugas manusia sebagai khalifah. Oleh yang
demikian, bagi mencapai keseimbangan tersebut, manusia haruslah kembali mendampingi
kepada Penciptanya serta alam semester iaitu Tuhan. Kerana kebenaran yang dicari datang
daripadaNya.
Apabila wujud insan yang seimbang intelek, rohani, emosi serta jasmaninya, maka lahirlah
rakyat yang berilmu, bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang
kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Apabila masyarakat sesebuah
Negara berilmu, maka ilmu yang diperolehi itu boleh dimanfaatkan pada diri sendiri dan
masyarakat sekitar sekaligus dapat mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran Negara.
Menurut Abu Ajip (1994) dalam Azura (2004), pendidik yang kreatif, cekap, bermotivasi tinggi
dan berhemah mulia diperlukan oleh institusi pendidikan bagi melahirkan pelajar sebagaimana
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apabila seseorang guru itu menjalankan tugasnya
berlandaskan ciri-ciri Falsafah Pendidikan Negara, maka pelajar yang dihasilkan akan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh yang demikian, ianya dapat
meningkatkan kepuasan bekerja serta prestasi seseorang guru tersebut ini guru tersebut telah
dapat menjayakan FPK.
Vroom (1964) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai suatu kejayaan seseorang individu
itu di dalam membuat penyesuaian diri dengan peranan kerjanya. Sikap positif terhadap
kerjayanya secara konseptual boleh dinyatakan setimpal dengan kepuasan kerja sebaliknya
sikap negatif adalah sama dengan ketidakpuasan. Definisi ini disokong oleh Smith, Kendall dan

Hullin (1969) menyatakan kepuasan kerja sebagai perasaan seseorang pekerja mengenai
kerjanya. Dengan kata lain, kepuasan kerja berkaitan dengan seseorang sama ada berminat
atau tidak terhadap kerjanya.
FPK merupakan asas yang menjadi panduan bagi sistem pendidikan di Malaysia. Kefahaman
terhadap kandungan FPK semestinya akan memberi kepuasan khususnya kepada warga
pendidik itu sendiri dalam menunaikan amanahnya kepada anak bangsa. Apabila seseorang
pendidik itu memahami kehendak FPK, maka hasilnya adalah bangsa yang berjaya bukan
sahaja dari akademiknya, malah akhlaknya jua.
i. Kepuasan bekerja
Pekerjaan yang sesuai memainkan peranan bagi seseorang individu mencapai kepuasan bagi
sesuatu kerja yang dilakukan. Menurut Dinham dan Scott (2000), kepuasan kerja merupakan
satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai kerja yang
berselarasan dengan keperluan individu. Apabila sesuatu pekerjaan yang dilakukan menepati
kehendak serta keperluan diri, maka tahap kesukaran sesuatu kerja tidak menjadi masalah
dalam mencapai kepuasan bekerja. Manakala Locke (1976) menyatakan bahawa kepuasan
kerja sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil daripada peghormatan
atau pengalaman kerja seseorang.
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan minat secara mendalam yang datang dari hati
akan melahirkan satu perasaan yang dinamakan kepuasan, di mana dari kepuasan itu akan
menzahirkan produk yang berkualiti. Begitulah juga konsepnya dalam sistem pendidikan, di
mana apabila seseorang guru itu melaksanakan tugasnya dengan penuh komitmen sambil
menjadikan FPK sebagai panduan, maka lahirlah kepuasan di dalam diri seseorang guru itu
selepas segala amanah yang digalas akan terlaksana dan akan meningkatkan profesionalisme
keguruan. Hasilnya, akan lahir insan yang berjiwa serta seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek telah berjaya bebas dari kepompong kejahilan.
ii. Hasil pembelajaran pelajar
Hasil pembelajaran pelajar dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan yang dijalankan
oleh pihak sekolah atau kementerian di mana ianya juga merupakan keluaran bagi mutu kerja
seseorang guru. Jika tinggi peratusan pelajar yang berjaya dalam peperiksaan, maka
berhasillah usaha yang dijalankan guru tersebut. Jumlah pencapaian pelajar yang cemerlang
atau sebaliknya akan memberi kesan terhadap kualiti kerja guru tersebut.

Menurut kajian oleh McClelland (1961) di dalam Sidek Mohd Noah dan Mohd Ali Jaamat (1998)
menunjukkan bahawa pencapaian akademik yang tinggi seringkali dikaitkan dengan individu
yang mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi. Guru adalah medium penting dalam
meningkatkan motivasi pelajar terutamanya ketika sesi pembelajaran dijalankan. Cara menjana
motivasi atau semangat pelajar adalah bergantung kepada kreativiti guru bagi memastikan
pencapaian pelajarnya cemerlang. Apabila seorang guru itu memahami antara kehendak FPK
di mana mewujudkan pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi, maka usaha yang diberikan
oleh guru itu bukanlah hanya melepaskan batuk ditangga namun ianya adalah sebaliknya demi
menjalankan amanah yang dipikul oleh guru itu. Oleh yang sedemikian, hasilnya adalah pelajar
yang mempunyai keputusan yang cemerlang.
iii. Sikap
Bangsa yang berjaya bukanlah diukur dari segi pencapaian akademi sahaja, malah sikap
turut menjadi elemen penting dalam melahirkan bangsa yang berkualiti bagi sesebuah Negara.
Berdasarkan kepada FPK, hasil daripada usaha memperkembangkan potensi seseorang
individu adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Bagi mencapai matlamat tersebut,guru harus
meningkatkan tahap professional mereka kerana ia adalah penting bagi mencapai matlamat
FPK .
Tanpa sikap serta sahsiah diri yang cemerlang di dalam diri seorang guru, maka usaha
untuk mencapai kesejahteraan diri sukar untuk dicapai kerana mereka ini dianggap gagal untuk
menjaga sikap atau akhlak terhadap diri sendiri. Apabila diri gagal dipimpin, maka jauh sekali
kepimpinan serta sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan Negara dapat
disumbangkan. Ini adalah kerana, sikap seorang guru memainkan peranan yang penting untuk
mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara yang diusahakan.
Menurut Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli dan Yusof Boon (2007), Keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran boleh ditingkatkan sekiranya guru dapat memahami sikap
pelajar terhadap mata pelajaran diajariya. Maklumat yang diperolehi itu boleh digunakan oleh
guru untuk merancangkan strategi pengajaran yang bersesuaian demi mengubah sikap pelajar

dan seterusnya membawa kepada pencapaian yang cemerlang. Dapat dilihat bahawa sikap
memainkan peranan penting dalam diri seseorang pelajar di mana ianya menjadi antara tugas
guru bagi memastikan pelajarnya bukan sahaja hebat di dalam akademik mahupun kokurikulum
tetapi sahsiahnya juga penting. Apabila seimbang intelek, rohani, emosi dan jasmani, maka
potensi individu yang dikembangkan akan seimbang.

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus sedar
tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan
negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha
mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik
dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar
dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang
semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan kemahiran
Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan
perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet
menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti
bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini.
Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai melengkapkan diri
dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan
penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk
menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara
global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan
pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian
sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan
menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak. Guru
yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu
serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu
semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang
berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.

Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum
pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna
kepada bangsa dan negara.
Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah
serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka
bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,
penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing pelajar
bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab
terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap
adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak
mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari
menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama
dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti
mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan
kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi
negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kedudukan perguruan
sebagai suatu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut menghadapi cabarancabaran masa kini dan akan datang. Di tangan guru sendiri martabat profesion perguruan dapat
ditingkatkan dengan memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar,
ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion
perguruan.
1. Mempertingkatkan Profesionalisme.
Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang
akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu
dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru

perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihakpihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat
dilakukan oleh para pendidik.
2. Kemahiran Dalam Penggunaan ICT.
Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman.
Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran
kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan
terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih
dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan
kepada para pelajar. Guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi
menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai
satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang
2020.
Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat
masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam
kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah
Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan
semaksima mungkin.
3. Berpengetahuan, Berdaya Fikir dan Berakhlak.
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk
peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari
penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan
sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang
di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion
perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam
kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam
pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga
yang berguna kepada bangsa dan negara.

4. Berupaya Membuat Keputusan, Menyelesai Masalah serta Berfikiran Kritis dan Kreatif.
Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi
terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan
sebagainya.
5. Menyedari Tanggungjawab.
Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing pelajar untuk mencapai
kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap:
a. Tanggungjawab terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar,
bersikap adil, memupuk nilai murni.
b. Tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati
mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat
kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka.
c. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara
negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman.
d. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat
kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat
serta membantu rakan sejawat.
6. Menjadi Guru Berkualiti.
Bagi mempertingkatkan profesion perguruan, seseorang guru mempunyai ciri-ciri guru
yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara jika mahu
dipandang tinggi oleh masyarakat. Kualiti guru dapat diperkemaskan dari masa ke semasa
dengan latihan, seminar dan lain-lain kursus dalam perkhidmatan. Penubuhan Institut Aminudin
Baki (IAB) adalah untuk meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan untuk melahirkan
para guru yang lebih efisien.

B) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi


kandungan unit 1
Penghayatan yang lemah terhadap FPK adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang
merpakan cabaran dalam mengaplikasikan FPK. Antara faktor-faktor tersebut adalah
ketidaksuaian kerjaya sebagai seorang guru serta ambil mudah terhadap tanggungjawab
sebagai seorang pendidik.
i. Pemilihan kerjaya
Pemilihan kerjaya memainkan peranan yang penting bagi memastikan seseorang individu itu
berjaya mencapai kejayaan di dalam bidang yang diceburinya. Ianya perlulah bersesuaian
dengan karakter diri serta minat yang mendalam sebelum sesuatu pekerjaan itu dipilih menjadi
kerjaya seseorang individu itu, di mana akhirnya menjamin masa depan yang cemerlang.
Proses pemilihan kerjaya adalah bergantung kepada beberapa faktor dan ianya adalah berbeza
bagi setiap individu. Menurut Aminah dan Arthur (1994), terdapat pelbagai jenis gaya pemilihan
kerjaya yang diamalkan oleh para pelajar iaitu memilih kerjaya berdasarkan apa yang terdapat
di persekitaran mereka sahaja, terpengaruh dengan keistimewaan sesuatu bidang kerjaya
tanpa meneliti keburukan dan kesulitan yang mungkin ditempuhi, tidak mempunyai keyakinan
untuk meneroka kerjaya yang lebih kompleks, pemilihan kerjaya dipengaruhi oleh kemahuan
atau tekanan ibu bapa atau ahli keluarga, sistem dan ganjaran gaji yang ditawarkan serta
peluang pekerjaan yang cerah.
Guru merupakan antara kerjaya yang menjadi pilihan pelajar. Menurut Hamidi Jaafar
(1997), motif utama pelajar-pelajar memilih profesion perguruan adalah faktor idealistik iaitu
keinginan untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat dalam mendidik generasi muda
akan datang. Namun, ada segelintir pula memilih profession sebagai guru bukan kerana minat.
Menurut Azhar (2007) di dalam Siti Zafirah (2008), sesetengah individu menganggap kerjaya ini
sebagai pilihan terakhir kepada golongan siswazah terutama bagi mereka yang gagal
memperoleh sebarang pekerjaan.
Gagal meminati bidang kerjaya sebagai guru tetapi tetap memilih guru sebagai kerjaya
antara penyebab sesetengah guru gagal memahami FPK. Ini kerana, sesetengah individu
hanya memilih guru sebagai kerjaya bukanlah kerana cintanya dalam bidang pendidikan tetapi
disebabkan faktor jaminan pekerjaan selepas graduasi serta syarat kemasukan yang longgar

berbanding bidang Sains dan Kejuruteraan. Apabila asas pemilihan kerjaya itu bukan kerana
minat akan profesion tersebut, maka proses mempelajari serta memahami intipati kandungan
kursus pendidikan kurang difahami, sebaliknya hanya belajar sekadar untuk peperiksaan.
ii. Tanggungjawab
Tanggungjawab yang digalas oleh seseorang guru adalah besar kerana proses awal
pembentukan seseorang individu adalah bermula di sekolah di mana gurulah insan yang akan
menjalankan tugas tersebut. Tugas sebagai seorang guru tidak semudah yang disangkakan.
Pelbagai tanggungjawab yang digalas oleh guru semasa di sekolah samada berkaitan dengan
akademik atau tidak. Menurut Aishah Bee Binti Ahmad Tajudeen (2004), guru merupakan "ibu"
dan "bapa" kepada para pelajar, lantaran itu menjadi tanggungjawab ke atas guru itu terhadap
keselamatan, disiplin dan pencapaian akademik pelajar. Dalam kesibukan mengajar, mereka
juga menjadi kaunselor menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang
berada di bawah pengawasan mereka selain menjalankan kerja perkeranian seperti mengisi
kad maklumat pelajar, mengisi borang pinjaman buku teks, mengisi kad kesihatan dan
sebagainya
Tugas guru yang semakin bertambah boleh dikaitkan dengan cabaran dalam
mengaplikasikan FPK dalam melaksanakan tugasnya. Apabila tanggungjawab yang digalas
oleh seseorang guru bertambah, maka fokus terhadap proses pengajaran turut terjejas. Oleh
yang demikian, sesetengah guru kurang membuat persediaan yang secukupnya sebelum
memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran. Kurangnya persediaan yang rapi akan
menyebabkan guru tersebut hanya sekadar menyampaikan ilmu sahaja tanpa cuba
memasukkan elemen yang berkaitan dengan kehendak FPK.
Cabaran yang ditanggung oleh guru bukannya sedikit. Selain memenuhi tuntutan kerja
perkeranian yang menimbun, guru matematik juga terpaksa menyediakan bahan pengajaran
untuk P&P yang mendatang. Pemilihan alat bantu mengajar perlu sesuai, penyediaan lembaran
kerja yang pelbagai buat pelajar yang pelbagai tahap perlu disediakan. Di bilik darjah pula guru
perlu pandai memilih kaedah yang dapat menarik perhatian pelajarnya dengan apa yang diajar.
Pelajar tidak harus terasa tertekan, merasa bosan malah merasa benci terhadap pelajaran
mereka . Soalnya, pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap pencapaian yang
berbeza, malah mempunyai corak disiplin yang mengharukan juga harus ditangani oleh guru.

Cabaran yang utama ialah

melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek.

Golongan intelek bermaksud golongan cerdik pandai. Sesungguhnya zaman ini keintelektualan
sangat dititik beratkan. Ibu bapa mahukan anak-anak mereka terpelajar dengan menguasai apa
sahaja pengetahuan. Lanjutan itu, bidang keguruan turut berkembang. Guru perlu berusaha
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terkini dalam bidang pendidikan agar anak murid
mereka tidak ketinggalan.
Selain itu, ketaksuban dalam bidang akademik dewasa ini bukan hanya membabitkan
dalam negara tetapi juga ke peringkat antarabangsa. Lantaran ingin seiring dengan negara lain,
negara mengambil langkah memajukan sains dan teknologi serta pengetahuan ICT dalam
dunia pendidikan. Dengan kecanggihan yang ada maka guru menghadapi cabaran
memenuhkan ilmu di dada sebelum masuk ke kelas menyampaikan ilmu.
Para intelek yang terhasil lantaran kemajuan pendidikan merupakan individu yang akan
cabaran globalisasi. Siapakah yang akan mencorakkan intelek ini. Tentulah dari awal lagi para
guru. Para intelek ini akan menjadi warganegara yang akan berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan cendekiawan dari negara lain dalam merancang kemajuan negara di samping
menangkis cabaran mendatang.
Selain melahirkan generasi yang intelek, guru juga menghadapi cabaran melahirkan
warganegara yang seimbang rohani dan emosi. Rohani dan emosi bermaksud perasaan dan
kejiwaan. Selain menyampaikan ilmu pengetahuan bagi melahirkan generasi intelek, guru juga
memainkan peranan besar dalam mengasuh hati dan perasaan para pelajarnya.
Guru merupakan anggota utama dalam sekolah. Ini adalah kerana guru
memainkan peranan yang paling penting untuk mendidik murid-murid di sekolah menuju ke
arah pembentukan warganegara yang berilmu dan berakhlak mulia. Secara ringkasnya guru
memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia
demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya membangunkan
sistem pendidikan bertaraf dunia .Walau bagaimana pun tugas dan tanggungjawab guru tidak
dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya para guru menghadapi tekanan kerja. Menurut
Kyriacou (1987),
jumlah kajian yang semakin meningkat tentang cabaran guru di seluruh dunia menunjukkan
keseriusan masalah ini.Menurut Kyriacou (1987).
Sesetengah guru yang tertekan dengan arahan yang diberikan akan melepaskan tekanan
kepada pihak yang lain, umpamanya pelajar. Sementara dalam diri guru tersebut, dia
kehilangan dirinya, sukar menghadapi kenyataan, bimbang yang berlebihan dan

bertindak luar kawalan tanpa disedari.Sebagai seorang pendidik yang berdedikasi, akauntabiliti
guru yang merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku kendiri, murid dan profesion
telah memberi cabaran yang berat kepada guru.
Para guru yang mengajar di sekolah baru biasanya diberi beban tugas yang berlipat
ganda memandangkan keperluan bilangan guru adalah berdasarkan bilangan pelajar.Dengan
bilangan guru yang kurang tetapi segala pentadbiran sekolah, kurikulum,kokurikulum, disiplin
perlu dikendalikan dari peringkat permulaan hingga peringkatyang mantap seperti sekolahsekolah lain.
Keadaan ini ditambahkan lagi dengan pelbagai kemudahan canggih yang perlu
dilengkapkan dengan sumber kewangan yang terhad. Bilik komputer, Bilik Sains, Bilik
Kemahiran Hidup, kesemua bilik ini perlu dihias dan diperlengkapkan untuk P&P.Seseorang
guru diberi beberapa tugas seperti guru disiplin, guru rumah sukan, guru penasihat persatuan,
guru komputer, ketua panitia, guru kantin, guru keselamatan, guru kelas dan guru SPBT. Selain
daripada menghadapi beban tugas yang berat itu,seseorang guru juga perlu menghadapi
masalah hubungan interpersonal dengan rakan seperjuangan yang baru dikenali, salah laku
pelajar, peraturan/pentadbiran sekolah,persekitaran sekolah baru dan kekangan masa serta
sumber.
Dalam suasana yang penuh dengan ketegangan ini, guru akan lebih merasa
tertekan.Berjayanya sesuatu matlamat/ wawasan pendidikan dikaitkan dengan perancangan
yang teliti dan teratur manakala kegagalan pula dikaitkan dengan sikap guru yang tidak
proaktif,tidak melaksanakan dengan sempurna dan pelbagai prasangka yang kurang
menyenangkan. Oleh itu, dirasanya perlu mangadakan kajian untuk melihat tahap tekanan guru
di sekolah-sekolah baru dan cara-cara menanganinya bagi memastikan pengoperasian sekolah
baru dapat berjalan dengan lancar.Salah laku pelajar yang berlaku seperti ponteng kelas,
bising, bertindak biadap terhadap guru, melanggar peraturan sekolah, bergaduh, tidak
menyerahkan kerja sekolah dan sebagainya merupakan punca cabaran di kalangan guru.
Kesimpulan
Adalah amat penting seseorang guru itu mengikuti kehendak FPK dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ini kerana FPK itu adalah panduan bagi sistem
pendidikan di Malaysia. Segala kelemahan yang dirasai dalam menghayati FPK oleh guru

haruslah di atasi segera bagi membolehkan ilmu yang disampaikan itu telus kepada para
pelajar tanpa ada rasa halangan bagi seseorang pelajar itu menerima ilmu itu sekaligus
mempraktikanya.
Seseorang guru yang dapat menghayati FPK dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik
bakal mewujudkan khalifah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek di mana
mereka ini bakal menerajui dunia dimasa akan datang dengan hikmah dan jayanya.

Rujukan
1)

Abdul Rahin Bin Hamdan, Ahmad Johari Bin Hj Sihes,Jamaluddin Bin Ramli dan Rosliza

Binti Hamzah. (2006). Persepsi Guru Terhadap Profesion Perguruan Masa Kini. Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
2) Aishah Bee Binti Ahmad Tajudeen. (2004). Kepuasan Kerja Dan Tekanan Yang Dihadapi
Oleh Guru Sekolah Menengah. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia.
4) Aminah Hashim dan Arthur, P.L. (1994). Bimbingan Dan Kaunseling Di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
5) Fakulti Pendidikan. UTM Skudai. Abdul Rahin Bin Hamdan, Ahmad Johari Bin Hj
Sihes,Jamaluddin Bin Ramli dan Rosliza Binti Hamzah. (2006). Persepsi Guru Terhadap
Profesion Perguruan Masa Kini. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
6) Al Ramaiah (1999). Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini. Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd. Aminah Hashim dan Arthur, P.L. (1994). Bimbingan Dan Kaunseling Di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
7) Dinham, S. & Scott, S. (2000). Enhancing teachers professionalism: The need to engage
with the Third Domain. ACEA International Conference. September 9-12. Hobart.

JAWAPAN FORUM
1.

Forum 1

Course ID : KPF3012 < Group Name : Group EL-A18 < Full Name : Rosman Bin Tahir
Title
Forum
1

Message
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu, Bagi saya
pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara
satu sama lain. Tanpa pendidikan,proses pembinaan negara
tidak akan tercapai.Sesebuah negara perlukan warganegara
yang terdidik dalam semua aspek jasmani,emosi,rohani,dan
intelektual seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Pernyataan di atas menggambarkan peranan
utama yang diharapkan dapat dilaksanakan oleh guru dalam
membina bangsa yang bersatu dan moden.Situasi ini juga
menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang
dimainkan oleh guru dalam mendidik anak bangsa bagi
mencapai matlamat negara.

Date
posted

Full
Name

26 Sep
2011
09:58:41
PM

Rosman
Bin Tahir

Forum
1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan seperjuangan,
bagi saya gerak kerja ko-kurikulum juga adalah penting dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .Guru perlu
memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan
gerak kerja ko-kurikulum bagi menyemai sifat-sifat
kepimpinan,kerjasama,tolong-menolong dan sedia berkhidmat
di kalangan murid..Guru juga perlu merancang aktiviti kokurikulum dengan baik supaya semua murid mempunyai
perseimbangan antara perkembangan mental dengan
perkembangan sosial,jasmani dan rohani.

27 Sep
2011
09:38:34
PM

Rosman
Bin Tahir

Forum
1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan seperjuangan,
bagi saya seorang yang menjawat profesion sebagai seorang
guru,dia berada di barisan hadapan dalam membina insan
yang berkualiti seperti yang termaktub di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK).Peranan seorang guru adalah
amat penting serta mempunyai pengaruh yang amat meluas

28 Sep
2011
09:17:46
AM

Rosman
Bin Tahir

yang berbentuk jangka pendek dan jangka panjang terhadap


golongan anak didiknya.Bijak mendidik pewaris negara ini
akan menghasilkan golongan cerdik pandai dan cendikiawan
yang berkualiti sebagaimana yang dihajatkan dalam FPK
seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan
kemajuan dan kamakmuran masyarakat dan negara.
Forum
1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bagi saya antara peranan penting seorang pendidik ialah
menjadi ayah dan ibu kepada pelajar-pelajarnya,laksana
seorang ayah (seperti mana seorang ibu juga) ketika
memandang anak-anaknya begitulah seharusnya seorang
guru atau pendidik melihat pelajar-pelajarnya dengan
pandangan kasih sayang.Seorang ayah yang mempunyai
anak yang rendah pencapaian akademik masih menaruh
harapan tinggi kepada anak-anaknya dan menyakini bahawa
kebolehan anaknya masih belum diterokai .Kenapa seorang
ayah mempunyai pandangan tersebut? Ya,kerana ia
memandang dengan penuh kasih sayang.Begitulah
sewajarnya pandangan seorang pendidik terhadap pelajarpelajarnya.Kasih sayang menjadi ubat dan tonik untuk
menghilangkan rasa jemu dan letih dalam membangunkan
pelajarnya bagi memastikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan tercapai.

24 Sep
2011
11:01:37
AM

Rosman
Bin Tahir

29 Sep
2011
09:57:07
PM

Rosman
Bin Tahir

Pendidikan yang menggunakan pendekatan kasih sayang


merupakan kaedah pendidikan terbaik kerana sistem
hubungan ini merupakan fitrah dan serasi dengan jiwa
manusia.Kasih sayang juga menjadi alat yang baik dalam
memperbaiki perilaku akhlak dan mengharmoniskan hubungan
manusia.Melalui kasih sayang guru akan membuat pelajarpelajar tidak mudah mengabaikan tanggungjawab dan tugas
yang diamanahkan kepada meraka.Kasih sayang begitu
penting dalam pengembangan ruh dan keseimbangan jiwa
pelajar-pelajar.Teguh tidaknya pendirian dan kebaikan perilaku
seorang pelajar bergantung banyak sejauh mana kasih sayang
yang diterimanya selama masa pendidikan.

Forum
1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan sekalian,bagi
saya perubahan sikap pendidik dan profesional untuk
menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah
Pendidikan Kebangsaan(FPK) adalah penting .Pendidik yang

benar-benar memahami FPK akan dapat mengubah sikap


peribadi dengan pandangan dan visi yang positif terhadap
tugasnya bagi merealisasi matlamat FPK.Melalui FPK
juga,pendidik akan dapat mengubah strategi dan teknik
pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkan insan yang
berilmu pengetahuan,berketrampilan dan berakhlak mulia .

2.

Forum 2

Course ID : KPF3012 < Group Name : Group EL-A18 < Full Name : Rosman Bin Tahir
Date
posted

Full
Name

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya bersetuju dengan pendapat cikgu ,berdasarkan kepada
pelaksanaan PPSMI pihak yang paling kuat menerima
tempiasnya ialah pelajar. Sistem ini membawa banyak
masalah sehingga menjejaskan pencapaian anak-anak di luar
bandar dan juga kekurangan guru yang mahir untuk mengajar
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Dalam hal ini
juga, anak-anak di luar bandar yang majoritinya orang Melayu
mengalami gangguan dalam penguasaan ilmu Sains dan
Matematik.Bukan setakat itu sahaja,persatuan pendidikan
Tamil juga menunjukkan kerisauan terhadap murid-murid
SJK(T) yang kebanyakkan tinggal di kawasan luar bandar
yang akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan
menguasai bahasa Inggeris turut menerima kesan daripada
pelaksanaan PPSMI.

30 Oct
2011
09:46:14
AM

Rosman
Bin Tahir

Forum
2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya bersetuju dengan pendapat cikgu.bagi saya dasar
PPSMI tidak perlu diteruskan kerana terdapat beberapa kajian
awal yang menunjukkan sekiranya bahasa Inggeris digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains dan
Matematik dikhuatiri ia akan menyebabkan semangat
perpaduan antara kaum musnah sehingga memberi kesan
yang amat besar kepada bangsa dan negara
Malaysia.Perkembangan penggunaan Bahasa Melayu
menunjukkan Bahasa Melayu dapat memperkembangkan lagi
semangat perpaduan.Pelaksanaan dasar PPSMI akan
mencalar nama Bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa
perpaduan.

30 Oct
2011
10:59:24
AM

Rosman
Bin Tahir

Forum
2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Isu ini menjadi hangat sekitar awal 2002 .Namun ketegasan
Tun Dr.Mahathir untuk tidak tunduk pada tuntutan tersebut
amatlah terpuji.Dasar PPSMI adalah jalan

21 Oct
2011
10:48:37
PM

Rosman
Bin Tahir

Title

Message

Forum
2

tengahnya,diumumkan pada 10 Mei 2002.Tun pada ketika itu


berpendapat ,jika aliran Inggeris diwujudkan semula maka
terhapuslah taraf Bahasa Melayu..Apapun isu ini sebenarnya
adalah isu mentaliti. . Bagi saya Dasar PPSMI tidak wajar
diteruskan ini kerana terdapat laporan yang menunjukkan
murid-murid di kawasan pedalaman tidak dapat menguasai
matematik dan sains yang diajar dalam bahasa Inggeris
dengan baik.Pengalaman saya mengajar di sekolah murid
Asli di kawasan pedalaman selama 12 tahun dapat
membuktikan betapa jauhnya ketinggalan mereka dalam mata
pelajaran tersebut.Adapun isu PPSMI ini tidak seharusnya
menjadi satu masalah yang membingungkan .Tidak akan
mundur jika kita mempelajari sains dan matematik dalam
Bahasa Melayu .Apa yang penting ialah daya usaha.Dasar
Kerajaan dalam hal ini adalah jelas.Kerajaan mahu membina
insan yang berdaya saing dari segi sains dan teknologi dan
dalam masa yang sama turut menguasai Bahasa Inggeris
dengan kaedah yang betul.Seharusnya rakyat menyambut
baik usaha kerajaan ini.
Forum
2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya
pelaksanaan PPSMI ini juga memberi kesan yang negatif
kepada sekolah kebangsaan.Kedudukan bahasa Inggeris
yang kini semakin menapak di negara kita telah menyebabkan
wujud pelbagai jenis sekolah yang menggunakan bahasa
Ingggeris sebagai bahasa pengantar.Kesan daripada perkara
ini,sekolah kebangsaan akan mengalami risiko kekurangan
pelajar dan seterusnya nasib bahasa Melayu juga akan
terpinggir.

30 Oct
2011
09:31:02
AM

Rosman
Bin Tahir

Forum
2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya pelaksanaan
PPSMI juga memberi kesan kepada pihak tenaga pengajar
khususnya di kawasan pedalaman.Pelaksanaannya yang
terlalu drastik telah menyebabkan guru-guru terpaksa
mempersiapkan diri dalam sekelip mata bagi memastikan
hasrat kerajaan tercapai.Hal ini menyebabkan kualiti dan
kuantiti pelajar yang cemerlang hanya sekadar cukup makan
kerana pengajaran dan pembelajaran yang dibuat oleh guru
adalah tergesa-gesa.

30 Oct
2011
09:53:37
AM

Rosman
Bin Tahir

3.

Forum 3

Course ID : KPF3012 < Group Name : Group EL-A18 < Full Name : Rosman Bin Tahir
Title

Message

Date
posted

Full
Name

Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


3
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya KSSR perlu
dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan pemodenan
zaman.Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya
bergantung kepada kurikulum sedia ada kerana manusia akan
berubah dari segi pemikiran dan sosial.Sekiranya tiada
perubahan yang dibuat maka kita tidak akan dapat mengatasi
masalah pelajar-pelajar yang semakin meruncing saban hari
dalam pelajaran mahupun dalam aktiviti sosial.Transformasi
kurikulum yang digubal oleh kerajaan diharap dapat membentuk
pelajar yang berketrampilan,bersahsiah serta berilmu dalam
menyumbang tenaga kepada negara.

03 Nov
2011
10:26:15
PM

Rosman
Bin Tahir

Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


04 Nov
3
Saya bersetuju dengan pendapat rakan-rakan seperjuangan,bagi
2011
saya pembangunan insan mestilah bermula di peringkat kanak10:58:21
kanak supaya mereka dapat dipupuk dengan nilai-nilai murni dan
AM
nilai moral yang baik serta disemai dengan ilmu pengetahuan
dan kemahiran di peringkat sekolah.Hanya melalui bidang
pendidikan,modal insan berkualiti dapat diwujudkan iaitu mereka
yang berkemahiran dan berpengetahuan,kreatif dan inovotif
adalah prasyarat bagi mencapai satus negara maju.Oleh
itu,kerajaan sangat menitikberatkan aspek pendidikan dan
latihan yang disusun semula dan diperkukuhkan di peringkat
sekolah rendah dan menengah.

Rosman
Bin Tahir

Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


3
Pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada
masanya .Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia
mengalami perubahan ialah pada tahun 2003,iaitu semakan
semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah
dilaksanakan sejak 1993.KSSR adalah satu transformasi
pendidikan,iaitu satu bentuk perubahan yang holistik kepada
kurikulum sekolah yang sedia ada yang melibatkan perubahan
bentuk,organisasi,kandungan,pedagogi,peruntukan
masa,kaedah pentaksiran,bahan dan pengurusan kurikulum di
sekolah.Kurikulum Standard Sekolah Rendah mendukung citacita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan bagi
melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara
menyeluruh dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani serta
menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta
ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

03 Nov
2011
10:08:20
PM

Rosman
Bin Tahir

Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


3
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu kerana untuk melahirkan
modal insan bertaraf dunia satu transformasi dan anjakan
paradigma diperlukan.Sudah sampai masanya kurikulum
kebangsaan dikaji agar revelan dan seiring dengan cabaran
semasa .KSSR diharap mampu memperbaharui kurikulum sedia
ada serta memastikan ia revelan dengan keperluan pendidikan

07 Nov
2011
10:52:12
AM

Rosman
Bin Tahir

semasa .Guru juga perlu memainkan peranan sebagai


penggerak kepada proses transformasi ini kerana tanpa
komitmen dan sokongan dari guru sudah pasti KSSR ini tidak
akan berjaya.
Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera
3
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu kerana kurikulum ini
akan membantu guru mengenal pasti strategi penambahbaikkan
dan mengatasi masalah murid keciciran dalam
pelajaran.Kurikulum standard memerlukan semua guru
bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan serta
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan.Proses
pembelajaran dan pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru
memainkan peranan penting dalam melahirkan seseorang insan
yang kreatif,inovatif dan progresif.Guru bertindak sebagai
pencetus dan penggerak kepada proses transformasi ini.
4.

07 Nov
2011
11:11:35
AM

Rosman
Bin Tahir

Forum 4

Course ID : KPF3012 < Group Name : Group EL-A18 < Full Name : Rosman Bin Tahir
Date
posted

Full
Name

Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


4
Profesion keguruan merupakan perkhidmatan yang mempunyai
tanggungjawab yang amat penting kepada pembangunan
individu,masyarakat dan negara.Dalam menjana tranformasi
pendidikan,tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan
ilmu pengetahuan tetapi juga berperanan sebagai arkitek untuk
membentuk bangsa supaya menjadi insan yang
seimbang,harmonis,berakidah,dinamik dan berkualiti.Guru juga
memainkan peranan yang penting di dalam merealisasikan
aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Guru juga
berperanan dalam menentukan corak pembangunan sesebuah
negara.Kejayaan negara sehingga kini,sebahagian besar adalah
hasil sumbangan kerjaya keguruan yang menjadi arkitek
bangsa.

07 Nov
2011
09:08:03
PM

Rosman
Bin Tahir

Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


4
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya guru
merupakan ejen perubahan untuk melahirkan insan seimbang
yang mampu membina dan menjaga sebuah negara bangsa
yang bermaruah di masa akan datang.Guru perlulah mempunyai
sifat-sifat yang mulia,sanggup memikul tanggungjawab untuk
mencapai hasrat FPK .Guru sentiasa memperbaiki kelemahan
dan memajukan diri dalam setiap bidang bagi membantu para
pelajar menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab kepada
agama,bangsa dan negara,oleh itu guru dikatakan sebagai

11 Nov
2011
09:55:28
PM

Rosman
Bin Tahir

Title

Message

arkitek bangsa yang bertanggungjawab diatas pencapaian


murid.
Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
4
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu kerana guru adalah
merupakan individu yang akan mencorakkan anak didiknya.Guru
memikul amanat daripada Kementerian Pelajaran ,ibu bapa
serta masayarakat agar dapat melahirkan murid-murid yang
cemerlang dan jati diri yang kukuh.Dengan pengorbanan guru
juga lahir seorang Perdana Menteri,doktor,peguam dan
sebagainya sebagaimana luahan sasterawan negara A.Samad
Said.Kesimpulannya guru merupakan arket bangsa.Maju dan
mundur sesebuah negara terletak ditangan guru yang
membentuknya.

13 Nov
2011
09:55:39
AM

Rosman
Bin Tahir

Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


4
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu, bagi saya amatlah
wajar jika guru digelar arkitek bangsa kerana guru yang
membentuk dan mewarnai muridnya dengan ilmu pengetahuan
yang tiada batas dan sempadan.Membentuk nilai dan estetika
dengan moral dan keperibadian yang tinggi bagi pewaris nusa
dan bangsa.,Gurulah yang membina,menstruktur,merancang
dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada seorang
murid,jadi tidak hairanlah guru digelar arkitek bangsa.

13 Nov
2011
10:43:31
AM

Rosman
Bin Tahir

13 Nov
2011
11:04:25
AM

Rosman
Bin Tahir

Gurulah membina,menstruktur,merancang,menyampaikan
pengetahuan dan
Forum Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
4
Saya bersetuju dengan pandangan cikgu, tugas pendidik pada
zaman ini bukanlah semudah yang disangka.Sebagai seorang
guru mempunyai tanggungjawab yang besar,bukan sekadar
memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu tetapi lebih
daripada itu.Kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi
dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem
pendidikan sesebuah negara.Justeru itu tugas pendidik amat
penting dalam membina bangsa, masyarakat malah negara.
5.

Forum 5

Course ID : KPF3012 < Group Name : Group EL-A18 < Full Name : Rosman Bin Tahir

Date
posted

Full
Name

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Seorang guru yang unggul dan profesional mestilah
menunjukkan sikap profesional,mempamerkan ciri-ciri
kekuatan,kaya dengan ilmu,bertindak di atas landasan etika
kerja,berperibadi mulia ,penampilan watak terpuji,berwawasan
sebagai pendidik yang unggul dan sentiasa meningkatkan
kualiti pengajaran.Guru yang mengamalkan peraturan dalam
melaksanakan tugasnya,adalah guru yang mempunyai iltizam
memberikan tumpuan kepada kerjanya dan bersemangat
untuk mencapai objektif dan sasasran kerja yang
ditetapkan .Guru yang berlandaskan kepada disiplin dan
peraturan dapat menggelakkan diri kepada perkara-perkara
yang tidak sihat boleh mencemarkan profesionalisme
keguruan. Dengan adanya kod etika atau peraturan-peraturan
perkhidmatan keguruan ini,guru akan lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka serta sentiasa berhati-hati
agar tidak melanggar batas-batas yang ditetapkan.

23 Nov
2011
10:27:50
AM

Rosman
Bin Tahir

Assalamualaikum dan selamat ,

23 Nov
2011
11:26:16
AM

Rosman
Bin Tahir

25 Nov
2011
07:05:58
AM

Rosman
Bin Tahir

Title

Message

Forum
5

Forum
5

Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya setiap tugas


atau tanggungjawab semua penjawat awam di negara ini
adalah tertaluk kepada undang-undang dan perturan
termasuklah guru-guru yang merupakan tulang belakang yang
penting dalam pendidikan .Mengapa peraturan-peraturan ini
penting ? tidak lain dan tidak bukan melainkan atas sebabsebab di bawah ini ;
i. Memastikan semua guru melaksanakan tugasnya
dengan cekap,amanah dan bertanggungjawab.
ii. Memelihara imej dan reputasi perkhidmatan awam.
iii. Pegawai yang bersalah perlu diberi pengajaran atau
hukuman.
Forum
5

Asslamualaikum dan selamat sejahtera


Saya bersetuju dengan pendapat cikgu,bagi saya guru yang
sentiasa mematuhi peraturan perkhidmatan keguruan adalah
merupakan guru yang bersemangat tinggi dalam
perkhidmatannya.Peraturan dan etika profesion perguruan
penting untuk dijadikan panduan guru-guru dalam
menjalankan tugas mendidik demi menjamin martabat
profesion perguruan .Dengan adanya kod etika guru dapat
menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh
seorang guru serta dapat memahami dengan jelas
tanggungjawab guru terhadap negara,masyarakat ,rakan
sejawat ,dan pelajar.Justeru itu dengan adanya kod etika ini

akan meningkatkan lagi imej profesion perguruan .


Forum
5

Asslamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya bersetuju dengan pandangan cikgu,matlamat utama
peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan ditetapkan adalah
supaya guru-guru dapat menjalankan tugas dengan
cekap,amanah dan bertanggungjawab.Peraturan
perkhidmatan juga membolehkan guru menjaga imej profesion
perguruan di samping tidak meletakkan kepentingan untuk diri
sendiri.Peraturan dapat membentuk sikap dan sahsiah guru
agar lebih cemerlang dalam tugasan harian,di mana guru akan
mengajar mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.Peraturanperaturan perkhidmatan keguruan dapat mewujudkan suasana
yang aman dan tenteram di kalangan guru-guru dalam
melaksana tugasan bagi menjamin imej profesion keguruan
yang cemerlang.

23 Nov
2011
10:39:41
AM

Rosman
Bin Tahir

Forum
5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya bersetuju dengan pandangan cikgu,bagi saya peraturan
dan disiplin diri sangat penting dalam kehidupan
manusia.Peraturan menjadikan kita boleh mengurus sesuatu
kerja dengan cekap dan berhemah.Guru merupakan 'role
model' kepada anak didiknya jadi sudah semestilah guru
mematuhi peraturan -peraturan dalam etika kerja keguruan
demi menjamin kecemerlangan mutu pendidikan.

25 Nov
2011
07:20:46
AM

Rosman
Bin Tahir

Anda mungkin juga menyukai