Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan Negara serta masyarakat global.

OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Objektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid: OM1 Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; OM2 Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; OM3 Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; OM4 OM5 Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

BAND 1 2 3

PERNYATAAN STANDARD Mempunyai pengetahuan asas moral dan penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman moral serta penerapan nilai-nilai untuk berakhlak mulia. Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia. Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul serta mempraktikkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib, iaitu berlandaskan peraturan dan undang-undang. Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat. Menguasai pengetahuan dan kemahiran moral dengan betul dan tepat serta mengamalkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia secara tertib, tekal dan berterusan dalam pelbagai situasi berlandaskan peraturan dan undang-undang serta norma masyarakat.

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

ASPEK/DOMAIN

BAND

DESKRIPTOR Menyatakan tindakan yang sesuai berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, kekeluargaan dan alam sekitar dalam situasi berkaitan dengan betul. Menjelaskan tindakan yang sesuai berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, alam sekitar dan patriotisme berdasarkan situasi berkaitan dengan betul dan tepat. Mengaplikasi tindakan yang sesuai berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, alam sekitar, hak asasi manusia dan demokrasi dalam situasi berkaitan dengan betul. Menganalisis tindakan yang sesuai berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia dalam bidang perkembangan diri, kekeluargaan, dan hak asasi manusia dalam situasi berkaitan dengan betul dan tepat. Menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, demokrasi serta keamanan dan keharmonian dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan. Menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat berdasarkan nilai-nilai untuk berakhlak mulia bagi bidang perkembangan diri, demokrasi serta keamanan dan keharmonian dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan secara tekal dan berterusan.

3 KOGNITIF 4

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

ASPEK/DOMAIN

BAND

DESKRIPTOR Menerima dan menunjukkan persetujuan dalam pergaulan dengan warga sekolah bagi nilai berikut dengan baik: Kasih sayang Keadilan Kebebasan bersuara Sikap keterbukaan

PENGHAYATAN / PENGAMALAN NILAI

Memberi respons dalam pergaulan dengan warga sekolah bagi nilai berikut dengan jelas dan baik: Toleransi Kebebasan bersuara Sikap keterbukaan Hidup bersama secara aman Saling membantu dan bekerjasama Hemah tinggi

Boleh menunjukkan perlakuan dalam pergaulan dengan warga sekolah bagi nilai berikut apabila disuruh: Kasih sayang Keadilan Kebebasan bersuara Sikap keterbukaan Saling membantu dan bekerjasama

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

Boleh menunjukkan perlakuan dalam pergaulan dengan warga sekolah bagi nilai berikut dengan rela hati dan tertib: Toleransi Kasih sayang Keadilan Kebebasan bersuara Sikap keterbukaan Hidup bersama secara aman Saling membantu dan bekerjasama Hemah tinggi

Boleh mengamalkan nilai berikut dengan rela hati dan tertib dalam pergaulan dengan warga sekolah dalam pelbagai situasi: Kasih sayang Keadilan Kebebasan bersuara Sikap keterbukaan Hidup bersama secara aman

Boleh mengamalkan nilai berikut secara tekal dan berterusan dalam pergaulan dengan warga sekolah dalam pelbagai situasi: Toleransi Kasih sayang Sikap keterbukaan Hidup bersama secara aman Saling membantu dan bekerjasama Hemah tinggi

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

Anda mungkin juga menyukai