Anda di halaman 1dari 1

DOA HARI SUKAN TAHUNAN

________________________









.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kami
menzahirkan kesyukuran kami, kerana dengan limpah kurniamu ya Allah, dapat kami
berkumpul pada hari yang bersejarah ini, sempena KEJOHANAN MERENTAS
PERINGKAT SMK FELDA TENGGAROH






Pada hari ini, kami memohon kepada-Mu ya Allah, supaya Engkau kurniakan
kepada kami jiwa yang mantap, iman yang teguh, khususnya dikalangan guru-guru dan
pelajar sekolah ini. Peliharalah kami dari terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh
menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara.








Kami memohon kepadamu ya Allah, supaya perhimpunan pada kali ini akan
dapat melahirkan barisan pelajar

yang berkeyakinan, berdisiplin dan berkemahiran

tinggi dalam bidang sukan yang diceburi dan seterusnya menjadikan SEKOLAH INI
sebuah sekolah luar bandar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum.
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Agong, Maha bijaksana, Pencipta
sekalian Alam.












Anda mungkin juga menyukai