Anda di halaman 1dari 2

MINIT CURAI MESYUARAT YANG DIHADIRI OLEH PEGAWAI SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI 45200 SABAK BERNAM

Nama: Rohani Binti Sidek Jawatan : PPPLD DGA 32 Kursus yang di hadiri : Kursus Ulangan Penyebarab KSSR dan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran

(DSKP) Tahun 4/ 2014 Pendidikan Seni Visual Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Tempat : Pusat Kecemerlangan PPD Sabak Bernam Tarikh : 25 September 2013.

Agenda : 1. Ucapan Pengerusi ( Encik Ismail Bin Husin Pegawai PPD,S.Bernam) 1.1. Dimulakan dengan salam ,bacaan Ummul kitab dan doa semoga kusus mendapat keberkatan . 1.2. Mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke Kursus Ulangan Seni Visual KSSR Tahun 4/2014 1.3.Tujuan kursus diadakan semula untuk penambahbaikan kurikulum KSSR Seni Visual Tahun 2014. 1.4. Bermula Tahun 4/2014 tidak ada pengisian markah secara online tetapi secara sistem excel. 1.5. Bagi Tahap 2, guru akan menyediakan 1 fail putih untuk 1 kelas manakala fail perkembangan murid dan fail show case dimansuhkan . 1.6. Hanya Tahap 1 masih menggunakan system online. 1.7. Semua Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) digantikan dengan Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). 1.6. Band akan diganti dengan Tahap Penguasaan (TP) 1 hingga 6 .Ia lebih kepada pemerhatian yang berterusan semasa PdP.

2. Sesi 1 :Pn. Hafiza (SK.Sg.Panjang) 2.1. Penerangan tentang dokumen standard kurikulum melalui computer. 2.2. Bagi murid lemah Tahun 4/2014 boleh diberi Tahap Penguasaan 3 . 2.3. Pentaksiran Formatif adalah pentaksiran berterusan yang dijalankan semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. 2.4. Pentaksiran Sumatif dijalankan di dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

3.Sesi 3:Pn. Zarina (SK.Seri Makmor) 3.1. Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) bermula pada 1 Januari 2014 Tahun 4 dengan menggunakan system excel yang telah disediakan oleh pihak kementerian . 3.2. Guru hanya perlu mengubah pada beberapa perkara sahaja seperti sekolah,namaguru mata pelajaran dan senarai nama murid. 3.3. Pada Peperiksaan Pertenganhan Tahun dan Akhir Tahun ,guru Seni Visual boleh mengambil markah menggunakan gred (%) .untuk diisi dalam Sisten Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). 3.4. Cetakkan salinan markah murid dan berikan kepada Setiausaha peperiksan ,Ketua Panitia dan guru mata pelajaran, untuk disimpan di dalam fail. 3.5. Guru telah dibekalkan dengan CD untuk mencetak bahan-bahan yang diperlukan di dalamnya.

Disediakan oleh: ( Rohani Bt. Sidek )

Disahkan oleh: ...

Anda mungkin juga menyukai