Anda di halaman 1dari 18

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011


KOD & NAMA KURSUS

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


TAJUK
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

KUMPULAN
M 02
DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

TUAN SUHAINI TUANABDULLAH

D20102042058

017-6752650

NAMA TUTOR :
PROF. MADYA DR. AMIR HASAN BIN DAWI
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM
PERAK.

PENGGUNAAN KAD PERKATAAN UNTUK MENINGKATKAN


KEMAHIRAN MENULIS AYAT TUNGGAL BAHASA MELAYU MURID
BERMASALAH PENDENGARAN TAHUN 5 MAWAR

ABSTRAK.
Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji penggunaan kad perkataan bagi
meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal Bahasa Melayu. Subjek kajian yang
terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 3 orang murid Tahun 5 Mawar bermasalah
pendengaran di Sekolah Pendidikan Khas Melaka. Fokus kajian ini adalah supaya
murid dapat menulis ayat tunggal dengan struktur yang betul. Ujian diagnostik
dijalankan untuk mengesan kelemahan dalam kemahiran menulis ayat tunggal muridmurid Tahun 5 Mawar. Hasil keputusan ujian diagnostik mendapati murid banyak
melakukan kesalahan dari aspek ejaan serta struktur ayat. Kad perkataan digunakan
untuk membina ayat tunggal dengan struktur yang betul dalam tempoh masa 4
minggu. Ujian pra dan ujian pos, pemerhatian serta soal selidik digunakan untuk
mengumpul data tentang kajian yang dijalankan. Penganalisisan data dilakukan
dengan mencari perbezaan peratus pencapaian ketiga-tiga subjek kajian. Dapatan
kajian menunjukkan peningkatan kemahiran menulis ayat tunggal menggunakan kad
perkataan.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Melalui pengalaman pengkaji mengajar murid-murid bermasalah pendengaran selama
10 tahun, didapati kebanyakan murid bermasalah pendengaran lemah dari segi
membina ayat. Pengkaji menjadikan lembaran kerja mata pelajaran Bahasa Melayu
sebagai kayu pengukur untuk menilai tahap prestasi murid. Kelemahan yang dikenal
pasti adalah dari aspek struktur ayat, ejaan, tanda baca dan penggunaan huruf besar
yang tidak betul dalam penulisan mereka. Ini berpunca daripada kelemahan
penguasaan perbendaharaan kata dan kurang memahami maksud perkataan.
Masalah yang sering dilakukan oleh murid adalah pemilihan kata yang kurang
tepat atau salah. Sebagai contoh ayat murid ialah, Ali sedang melihat televisyen.
Perkataan melihat adalah tidak tepat. Perkataan yang lebih tepat adalah menonton.
Kesalahan seperti ini menunjukkan murid masih tidak dapat memilih perkataan yang
sesuai di dalam sesuatu ayat yang dibina.
Oleh itu, pengkaji telah menggunakan alat bantu mengajar iaitu kad perkataan
dalam pengajaran menulis ayat tunggal. Gambar juga digunakan sebagai rangsangan
semasa proses pengajaran ayat. Penggunaan kad perkataan dapat memberi panduan
kepada murid untuk membina ayat dengan betul manakala gambar dilihat dapat
membuka minda murid untuk memahami lebih mendalam maksud setiap perkataan
yang ingin disampaikan. Melalui pemerhatian hasil kerja murid, pengkaji mendapati
murid tidak dapat membina ayat yang lengkap sekiranya tiada bantuan daripada pihak
guru. Ini menunjukkan bahawa perbendaharaan kata murid sangat lemah. Melalui
masalah yang telah dikenal pasti, pengkaji menggunakan kad perkataan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan perbendaharaan kata murid supaya
mereka dapat membina ayat dengan struktur yang betul.

FOKUS KAJIAN
Walaupun beberapa masalah yang dihadapi murid dapat dikesan, pengkaji hanya
fokuskan kajian ini kepada masalah membina ayat tunggal. Kelemahan murid
bermasalah pendengaran adalah dalam bidang bahasa terutamanya dalam kesalahan
struktur ayat memang telah lama menjadi isu. Murid banyak melakukan kesalahan
dari segi: penggunaan istilah atau perkataan di dalam ayat struktur ayat. Kajian ini
bertujuan untuk meningkatkan perbendaharaan kata supaya murid dapat membina
ayat tunggal dengan struktur yang betul menggunakan kad perkataan berbantukan
gambar. Melalui penggunaan kad perkataan,

perbendaharaan murid

dapat

ditingkatkan. Selain itu, pengkaji menggunakan gambar supaya murid lebih faham
serta dapat menggambarkan situasi sebenar.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini mengharapkan murid mencapai objektif berikut:

Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk memperkayakan perbendaharaan kata dan
meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal Bahasa Melayu bagi murid tahun 5
Mawar menggunakan kad perkataan berbantukan gambar.
Objektif Khusus

meningkatkan perbendaharaan kata murid-murid bermasalah pendengaran


menggunakan kad perkataan.

membantu

murid

meningkatkan

menggunakan kad perkataan.

kemahiran

menulis

ayat

tunggal

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 3 orang murid lelaki bermasalah pendengaran
tahun 5 Mawar. Semua subjek kajian terdiri daripada bangsa yang berlainan iaitu
seorang murid berbangsa Melayu, seorang murid berbangsa Cina dan seorang lagi
berbangsa India. Pengkaji merujuk pada profil murid dan didapati setiap murid
mempunyai tahap dan kategori kehilangan pendengaran yang berbeza. Secara
keseluruhannya, prestasi akademik murid dilihat sangat lemah. Melalui maklumat
yang diperoleh daripada buku Laporan Adab Belajar, mata pelajaran Bahasa Melayu
(penulisan) dalam keputusan peperiksaan penggal 1, adalah sangat lemah iaitu gred
pencapaian ketiga-tiga subjek kajian berada pada tahap perlu penambahbaikan dan
pemulihan (0% hingga 39%).

TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Prosedur Tindakan
Ujian diagnostik membina ayat telah dijalankan sebagai pengumpulan data tinjauan
awal (rujuk lampiran 1). Menurut Jamil Adimin (2006), ujian diagnostik ditakrifkan
sebagai ujian yang dijalankan oleh guru untuk mengenal pasti masalah atau halangan
yang berbentuk kesukaran, kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang sering
dihadapi murid dalam pembelajaran. Melalui dapatan ujian diagnostik, masalah
membina ayat oleh murid-murid ialah kurang perbendaharaan kata serta struktur ayat
yang tidak tepat. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan ujian pra mengenai menulis
ayat tunggal pada 8 Julai 2010 (rujuk lampiran 2). Manakala ujian pasca dijalankan
pada 28 Julai 2010 selepas menjalankan 2 sesi intervensi.
Pengkaji juga telah mentadbir soal selidik untuk guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahap 2 untuk murid bermasalah pendengaran (rujuk
lampiran 3). Soal selidik ini ditadbir untuk mendapatkan maklumat berkaitan
penggunaan kad perkataan.
Setelah mengenal pasti punca masalah yang dihadapi murid melalui tinjauan
awal, pengkaji merancang tindakan intervensi bagi mengatasinya. Tindakan intervensi

disusun dan dirancang berdasarkan model Kemmis & Mctaggart (2000, seperti
dinyatakan dalam Toh, 2005). Model tersebut menyarankan empat langkah dalam
setiap kitaran iatu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Pemilihan model
ini adalah disebabkan langkah-langkah yang dilihat bersesuaian dan lebih
bersistematik. Penyelidikan ini dilaksanakan dalam dua kitaran.

Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian


Kitaran 1 (Intervensi 1)

Bercuti di Kampung

Jadual 1:
____________________________________________________________
Langkah-langkah Sesi P&P Intervensi 1
_____________________________________________________________
Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

____________________________________________________________
Set induksi

Pengkaji membuat permainan bahasa iaitu meneka huruf yang


sesuai untuk mengisi tempat kosong. Contoh perkataan
kampung.

Langkah 1

Murid-murid dikehendaki melihat gambar yang ditunjukkan


dan bercerita mengikut kefahaman masing-masing.

Langkah 2

Pengkaji menampal kad-kad perkataan yang disusun menjadi


ayat pada papanputih. Pengkaji berisyarat dan murid diminta
membaca/

berisyarat

ayat bersama pengkaji menggunakan

KTBM yang betul.


Langkah 3

Pengkaji meletakkan kad-kad perkataan secara rawak. Setiap


murid diminta menyusun kad perkataan menjadi ayat yang
betul berdasarkan gambar. Muridmembaca semula kad
perkataan yang disusun.

Langkah 4

Murid
lembaran

melengkapkan
kerja

latihan

membina

ayat

melalui

yang diberikan. Pengkaji menyemak hasil

kerja murid dan memberikan ganjaran kepada murid yang dapat


membina ayat dengan betul.

Penutup

Pengkaji membuat ulangkaji dengan menunjukkan beberapa


kad perkataan, murid diminta berisyarat perkataan yang
ditunjuk.

_______________________________________________________________

Pemerhatian
Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati murid lebih teruja untuk membina ayat
menggunakan kad perkataan. Namun, pada permulaan sesi didapati murid masih tidak
memahami konsep membina ayat dengan struktur yang betul. Pengkaji telah
menerangkan cara membina ayat dengan betul.
Refleksi
Keseluruhan sesi P&P dijalankan, didapati murid seronok tetapi kurang memberi
tumpuan pada menulis ayat. Masih banyak kesalahan ejaan dan struktur ayat yang
tidak betul.

Kitaran 2 (Intervensi 2)

Aktiviti Keluarga Saya

Jadual 2 :
Langkah-langkah Sesi P&P Intervensi 2
____________________________________________________________________
Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

____________________________________________________________________
Set induksi

Pengkaji membuat permainan bahasa iaitu meneka huruf yang sesuai


untuk mengisi tempat kosong. Contoh perkataan membaca

Langkah 1

Murid-murid dikehendaki melihat gambar yang ditunjukkan dan


bercerita mengikut kefahaman masing-masing.

Langkah 2

Pengkaji menampal kad-kad perkataan yang disusun menjadi ayat pada


papanputih. Pengkaji berisyarat dan murid diminta membaca/
berisyarat ayat bersama pengkaji menggunakan KTBM yang betul.

Langkah 3

Pengkaji meletakkan sampul kad-kad perkataan di atas setiap meja


murid.Setiap murid diminta menyusun kad-kad perkataan menjadi ayat
yang betul dan membuat perkaitan dengan gambar. Murid diminta
membaca semula kad-kad perkataan yang disusun.

Langkah 4

Pengkaji meminta setiap murid melakonkan situasi berdasarkan ayat


yang bertujuan untuk menngkatkan pemahaman murid.

Langkah 5

Murid melengkapkan latihan membina ayat melalui lembaran


kerja

yang diberikan. Pengkaji menyemak hasil kerja murid dan

memberikan ganjaran kepada murid yang dapat membina ayat dengan


betul.
Penutup

Pengkaji membuat ulangkaji dengan menunjukkan beberapa kad


perkataan,murid diminta berisyarat perkataan yang ditunjuk. Pengkaji
menerangkan nilai murni yang terkandung dalam sesi P&P.

_____________________________________________________________________

Pemerhatian
Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati murid lebih seronok untuk membina ayat
menggunakan kad perkataan yang disediakan dalam bentuk yang berbeza. Selain itu,
murid dapat menyusun kad-kad perkataan menjadi ayat dengan betul menggunakan
kad perkataan yang disediakan dalam pelbagai bentuk dan warna yang berbeza.
Refleksi
Murid lebih seronok pada P&P yang dijalankan kerana ia dilaksanakan secara
permainan. Pengkaji memberikan ganjaran kepada murid yang dapat membina ayat
dengan betul. Oleh itu, murid lebih berhati-hati semasa menyusun perkataan. Didapati
murid telah memahami konsep membina ayat. Perbendaharaan kata murid juga
meningkat dengan penggunaan kad perkataan.

CARA PENGUMPULAN DATA


Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tindakan yang dijalankan dengan cara mendapatkan data
daripada ujian membina ayat tunggal murid bermasalah pendengaran Tahun 5 Mawar.
Menurut Chua (2006), kajian tindakan bertujuan untuk membaiki kualiti amalan
harian.
Pengkaji memberikan satu set soalan menulis ayat tunggal kepada ketiga-tiga
subjek kajian. Murid dibimbing sebanyak dua sesi intervensi menggunakan kad
perkataan. Selain itu, data dan maklumat yang berkaitan diperolehi daripada soal
selidik yang diedarkan kepada guru pendidikan khas yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu Tahap 2 di sekolah tersebut. Pengkaji juga menjalankan pemerhatian
untuk menyokong dapatan kajian.

Ujian
Pengkaji telah memilih ujian dalam bentuk kemahiran menulis adalah untuk
memudahkan pengkaji melakukan kajian dan penelitian terhadap pencapaian dan
kemahiran murid-murid bermasalah pendengaran dalam menulis ayat tunggal.
Menurut Mohd. Majid Konting (1998, dalam Laila Pungut, 2000) ujian pencapaian
adalah untuk mengukur penguasaan dan kemahiran individu di dalam sesuatu bidang
yang khusus.
Dalam kajian yang dijalankan, reka bentuk ujian telah dipersetujui oleh guru
Bahasa Melayu yang mengajar kelas tersebut. Murid-murid menjawab ujian selama
30 minit dalam ujian pra. Pengkaji menggunakan set soalan yang sama dalam ujian
pasca dan masa yang diperuntukkan adalah sama. Ujian pasca dijalankan selepas dua
sesi intervensi menggunakan kad perkataan dijalankan ke atas ketiga-tiga subjek
kajian.

Pemerhatian
Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian. Tujuan kaedah pemerhatian adalah
untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas berkaitan proses P&P serta
penggunaan kad perkataan sebagai ABM dalam pengajaran menulis ayat murid
bermasalah pendengaran. Menurut Mohd Majid Konting (1998, dalam Laila Pungut,
2000), kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang mudah dijalankan kerana hanya
memerlukan pengkaji membuat pemerhatian, mendengar dan mencatat maklumat
yang diperolehi. Selain itu, kebaikan kaedah ini ialah pengkaji dapat mengalami
sendiri aktiviti yang diperhatikan (Sulaiman, 1996).
Pemerhatian merupakan proses meneliti sesuatu situasi secara kritikal dan
teliti. Ia digunakan untuk memerhatikan perlakuan dan tindakbalas murid-murid di
dalam kelas sebelum dan selepas intervensi dijalankan ke atas mereka. Melalui
pemerhatian, pengkaji dapat melihat serta menilai sejauh manakah peningkatan
kemahiran menulis ayat tunggal menggunakan kad perkataan berbantukan gambar.
Peristiwa atau keadaan yang membantu dicatatkan semasa kajian ini dijalankan.

Pemerhatian juga bertujuan untuk melihat respon atau tindakbalas murid-murid


terhadap tindakan dan rangsangan yang telah dijalankan ke atas mereka.

Soal Selidik
Selain ujian dan pemerhatian, kajian ini juga menggunakan soal selidik untuk guru.
Soal selidik telah dijalankan kepada tiga orang guru pendidikan khas yang mengajar
murid-murid bermasalah pendengaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap 2.
Soal selidik mengandungi 7 item pilihan dan responden hanya perlu menanda
pada setiap pilihan yang diberi. Soalan 1 hingga soalan 7 adalah mengenai kesesuaian
penggunaan kad perkataan dalam pengajaran membina ayat tunggal. Responden
dikehendaki memilih kenyataan yang bersesuaian seperti yang dinyatakan
berdasarkan penggunaan skala Likert 4 mata. Menurut Abu Bakar (1995, dalam Laila
Pungut, 2000), skala Likert mengandaikan jarak yang sama antara satu skala dengan
skala berikutnya.

KEPUTUSAN / ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI


Analisis data dibuat berdasarkan hasil ujian pra dan ujian pasca menulis ayat yang
dijalankan ke atas tiga subjek kajian yang terdiri daripada murid-murid bermasalah
pendengaran Tahun 5 Mawar. Analisis terhadap kesalahan ayat dibuat dalam
peratusan. Seterusnya, pengkaji akan menganalis data daripada pemerhatian yang
dijalankan semasa sesi intervensi dijalankan. Selain itu, pengkaji akan menganalisis
data soal selidik. Satu set soal selidik telah diberikan kepada 3 orang guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap 2.

Ujian Pra dan Ujian Pasca


Ujian menulis ayat untuk murid-murid terbahagi kepada dua iaitu ujian pra dan ujian
pasca. Pengkaji membuat analisis untuk ujian pra dan ujian pasca. Ujian dianalisis
dari aspek kesalahan struktur ayat dilakukan secara individu. Aspek kesilapan yang
difokuskan ialah urutan kata (subjek + kata kerja + objek) dalam ayat. Data dianalisis
menggunakan peratusan.
Daripada analisis yang dibuat terhadap hasil penulisan ayat tunggal murid
Tahun 5 Mawar dalam ujian pra, dapatlah dirumuskan bahawa subjek kajian banyak
melakukan kesalahan bahasa dalam penulisan mereka seperti ejaan, pengguguran
perkataan dan struktur ayat. Dapatan ini selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh
Alizah (1997) yang menyatakan bahawa murid-murid bermasalah pendengaran sering
melakukan kesalahan struktur ayat dalam penulisan mereka. Selain itu, dapatan ini
juga selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Ho (2000) bahawa murid
bermasalah pendengaran sering melakukan kesalahan seperti pengguguran perkataan
dalam ayat yang tidak sepatutnya berlaku.
Jadual 3:
Tahap Pencapaian Murid dalam Ujian Pra Menulis Ayat
_____________________________________________________________________
Markah Murid dalam Kekerapan/ Peratusan
_____________________________________________________________________
Bil

Frasa / Ayat

4 5

Min

_____________________________________________________________________
Ayah sedang menyiram sayur.

0 0

2.00

Abang sedang bermain guli.

0 0

1.33

Datuk sedang menambat kambing.

0 0

1.33

Ibu sedang mengambil air.

0 0

3.00

Kakak sedang memberi ayam makan 0

0 0

2.00

Azri sedang melukis gambar.

0 0

2.33

Ina sedang membelai kucing.

0 0

2.67

Alif sedang bermain komputer.

0 0

2.00

Alia sedang membuat kuih.

0 1

0 0

2.67

Syidah sedang membaca buku.

0 1

0 1

3.33

_____________________________________________________________________
N : Tahun 5 Mawar
Berdasarkan dapatan dalam Jadual 3 di atas, soalan yang menunjukkan tahap
pencapaian murid paling tinggi adalah item soalan sepuluh dengan nilai min 3.33.
Manakala min tahap pencapaian rendah adalah item dua dan tiga iaitu 1.33. Dapatan
ini menunjukkan kelemahan pada item dua dan tiga bagi ketiga-tiga subjek kajian.
Ujian pasca telah dijalankan dan pengkaji mendapati perubahan yang ketara di
mana seorang murid telah mendapat markah penuh. Keputusan dalam ujian pasca
telah menunjukkan peningkatan memuaskan. Hasil dapatan dicatatkan dalam Jadual 4
dan Rajah 4 di bawah. Dapatan menunjukkan bahawa peratus pencapaian ketiga-tiga
subjek kajian telah meningkat dengan memuaskan dalam aspek struktur ayat selepas
menjalani dua sesi intervensi menggunakan kad perkataan.

Jadual 4 :
Pencapaian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
_____________________________________________________________________
Subjek Kajian

Ujian Pra (%)

Ujian Pasca (%)

Peningkatan (%)

____________________________________________________________________
1

54

100

46

46

98

52

36

88

52

120

100

80

Petunjuk :
60

Pra Ujiam

40

Pasca Ujian

MA
R
K
A
H

20

Subjek Kajian Subjek1 Kajian Subjek2 Kajian 3


1

subjek kajian

Rajah 4: Perbezaan Pencapaian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca


Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian semasa sesi intervensi dilaksanakan di dalam
kelas pada sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu. Setiap sesi
mengambil masa selama 60 minit. Pemerhatian telah dijalankan oleh pengkaji dengan
mengisi borang pemerhatian yang telah disediakan (rujuk lampiran 4). Pengkaji telah
menulis respon subjek kajian dari aspek isyarat ayat, susunan ayat dan ejaan
perkataan. Tujuan pengkaji menjalankan pemerhatian semasa P&P dijalankan adalah
untuk memastikan hasil dapatan kajian tindakan adalah tepat setelah subjek kajian
dapat memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pengkaji. Seterusnya, pengkaji
dapat melihat situasi sebenar dalam bilik darjah semasa pemerhatian dilaksanakan.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan, pengkaji mendapati penggunaan
ABM serta pendekatan pengajaran dalam bilik darjah memainkan peranan yang
penting. Penggunaan ABM mempengaruhi subjek kajian untuk menjadi lebih fokus
untuk meneruskan P&P. Hal ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Yalow
(2000) yang menyatakan bahawa penggunaan ABM menjadi daya penarik yang
penting untuk murid-murid. Semua subjek kajian telah melibatkan diri dalam aktiviti
P&P dengan lebih aktif semasa sesi intervensi kedua. Subjek kajian juga bermotivasi
tinggi apabila mendapat pujian serta diberi ganjaran oleh pengkaji setelah berjaya
menulis ayat dengan struktur yang betul. Aktiviti yang dirancang secara bermain

mendorong subjek kajian memberikan tumpuan, minat, gembira dan tidak berasa
bosan.
Soal Selidik
Soal selidik telah dijalankan kepada tiga orang guru yang mengajar murid-murid
bermasalah pendengaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap 2. Berdasarkan
maklumbalas menggunakan borang soal selidik secara bertulis, didapati penggunaan
kad perkataan untuk pengajaran menulis ayat tunggal sesuai digunakan. Keseluruhan
analisis untuk soal selidik boleh dirujuk pada Rajah 5 di bawah. Analisis bagi soalansoalan adalah berdasarkan peratusan iaitu pengiraan dibuat mengikut taraf persetujuan
responden (rujuk lampiran 5).

Min

Item soalan

Rajah 5: Jumlah Min Setiap Item Soal Selidik


Secara keseluruhannya, item ke 6 menunjukkan jumlah min yang tertinggi iaitu
sebanyak 4.00. Semua responden menyatakan sangat setuju bahawa penggunaan kad
perkataan perlu digunakan bersama gambar. Manakala skor min yang terendah adalah
pada item ke 5 iaitu sebanyak 2.67. Terdapat seorang responden yang tidak bersetuju
bahawa melalui penggunaan kad perkataan, perbendaharaan kata murid dapat
ditingkatkan.
RUMUSAN / REFLEKSI SELEPAS DAPATAN
Dapatan bagi keseluruhan markah pencapaian murid Tahun 5 Khas dalam Ujian Pra
dan Ujian Pasca menulis ayat tunggal menunjukkan bahawa peratus pencapaian
ketiga-tiga subjek kajian telah meningkat dengan memuaskan dalam aspek struktur
ayat selepas menjalani dua sesi intervensi menggunakan kad perkataan. Murid telah
memahami konsep menulis ayat dengan struktur yang betul.

Hasil kajian ini menyokong dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Ch?ng (2000),
yang menyatakan bahawa melalui penggunan kad kiu (kad perkataan) dapat
membantu murid menguasai konsep yang hendak disampaikan.
Selain itu, penggunaan kad perkataan juga membantu murid yang lemah dalam
perbendaharaan kata kerana mereka tidak akan merasa tertekan dan bosan untuk
mempelajari sebaliknya sentiasa rasa gembira untuk menulis ayat dengan betul. Hasil
dapatan ini menyokong kenyataan Rashidi dan Abdul Razak (1995) iaitu teknik
pemainan bahasa dalam pengajaran dapat menambahkan keseronokan kepada murid
dalam pembelajaran.
Kad perkataan yang digunakan oleh pengkaji adalah daripada pelbagai bentuk dan
gambar besar yang berwarna-warni dengan tulisan yang jelas. Murid bermasalah
pendengaran memerlukan ABM yang jelas. Ini bertepatan dengan kajian yang
dijalankan oleh Ho (2000), yang menyatakan bahawa kad perkataan dan gambar yang
digunakan haruslah jelas kerana murid-murid bermasalah pendengaran menerima
maklumat melalui deria penglihatan.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Kajian tindakan seterusnya adalah untuk meninjau kemahiran menulis ayat majmuk
Bahasa Melayu dalam kalangan murid bermasalah pendengaran menggunakan kad
perkataan. Selain itu, untuk kajian yang seterusnya, pengkaji perlu menambah
kemahiran pengujian untuk murid. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ujian
ekspresif iaitu mengisyaratkan ayat Bahasa Melayu mengikut laras Kod Tangan
Bahasa Melayu (KTBM). Selain itu, ujian reseptif juga boleh dilaksanakan iaitu
menulis ayat Bahasa Melayu dari ujian KTBM. Melalui pengujian ini, pengkaji dapat
melihat sejauhmana penguasaan perbendaharaan kata serta dapat mengenal pasti sama
ada murid dapat membaca, menulis dan mengeja.
SENARAI RUJUKAN
Alizah Abdul Malek. (1997). Pemerolehan bahasa pelajar-pelajar bermasalah

pendengaran tahap dua: Satu kajian di dua buah sekolah pendidikan khas di
Wilayah Persekutuan dan Selangor. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.
Chua, Y.P. (2006). Buku 1: Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Cheng, B.E. (2000). Pengajaran Lisan dengan menggunakan kad kiu bergambar untuk
murid-murid pemulihan khas. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Malaysia.
Ho, S.F. (2000). Masalah penggunaan Bahan Bantu Mengajar di kalangan guru
pendidikan khas bermasalah pendengaran di negeri Sabah. Tesis tidak
diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia.Jamil Adimin.
(2006). Ujian Diagnostik. Pendidik , 23, 24-26.
Laila Pungut. (2001). Keberkesanan kaedah latih tubi dalam memperbaiki kesalahan
struktur ayat dalam penulisan di kalangan murid-murid bermasalah
pendengaran tahun 6 di sekolah kebangsaan pepndidikan khas (P) Sibu: Satu
kajian kes. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Malaysia.
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. (1995). Pengajaran dalam bilik darjah:
Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis data dalam penyelidikan pendidikan.
Ampang/ Julu Kelang: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Toh, W.S. (2005). Penyelidikan tindakan: Perkembangan profesionalisme ke arah
pengamalan reflektif dan penambahbaikan sekolah. Diperoleh Okt 1, 2010
darihttp://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/SemAR2005/1
%20toh.pdf
Yalow Anak Maros. (2000). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran
Bahasa Melayu : Kajian di sekolah rendah bermasalah pendengaran di Bandar

Seremban. Tesis tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,


Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai