Anda di halaman 1dari 7

MODUL 11 PERANCANGAN STRATEGIK : PROGRAM TRANSISI

Tajuk 1 2 3 4

Perkara Sumber Kewangan Sumber Tenaga Perancangan Menyeluruh Pelan Tindakan Utama

PERANCANGAN PROGRAM

Beberapa pertimbangan penting perlu diambil kira sebelum pelaksanaan Program Transisi secara menyeluruh pada tahun 2001. Antara pertimbangan tersebut ialah dari aspek : Sumber Kewangan Sumber Tenaga Perancangan Menyeluruh Pelan Tindakan Utama

Tajuk 1 Sumber Kewangan


Pada peringkat awal, satu peruntukan khas telah disediakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti persiapan awal seperti mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil Bahagian Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan negeri, Guru-guru Besar, Guru-guru Tahun Satu, Guru-guru Prasekolah dan pihak swasta bagi mendapatkan input-input yang diperlukan. Ini diteruskan dengan mesyuarat pembinaan dan pemurniaan Manual dan Kit Program Transisi. Sebelum manual dan kit ini disebarluaskan, dengan sumber kewangan yang ada, satu kajian rintis terhadap enam buah sekolah telah dijalankan. Latihan khas juga diberikan kepada semua kakitangan sumber peringkat negeri dan daerah sebelum pelaksanaan secara menyeluruh dijalankan pada awal 2001. Untuk perancangan seterusnya, adalah diharapkan agar pihak Jabatan Pendidikan Negeri dapat membuat perancangan awal dengan mengambil kira aktiviti Program Transisi ini dalam penyediaan peruntukan latihan bagi setiap negeri untuk tahun-tahun seterusnya. Begitu juga dengan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat menjadikan aktiviti Program Transisi ini sebagai salah satu aktiviti dalam panitia mata pelajaran agar keperluan kewangan dan bahanbahan dapat disalurkan melalui peruntukan yang sedia ada.

11-1

Tajuk 2 Sumber Tenaga

Kejayaan pelaksanaan Program Transisi ini juga banyak bergantung kepada kepakaran sumber tenaga di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah. Dalam hal ini satu jaringan kumpulan tenaga pakar telah dibina untuk setiap peringkat yang ditetapkan. Di peringkat negeri, seramai empat orang personalia yang terdiri daripada seorang Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, seorang Guru Besar, seorang Guru Penolong Kanan dan seorang Guru Tahun Satu telah dilatih oleh Pusat Perkembangan Kurikulum selama lima hari empat malam. Adalah diharapkan selepas latihan yang diberikan pihak Jabatan Pendidikan negeri pula akan dapat melatih kakitangan sumber mereka di peringkat bahagian, daerah dan sekolah masing-masing. Dengan adanya jaringan kakitangan sumber ini, pelaksanaan dan pemantauan program akan dapat dilaksanakan secara menyeluruh bagi mencapai matlamat yang diharapkan

11-2

Tajuk 3

Perancangan Menyeluruh
Perancangan yang menyeluruh oleh semua pihak yang terlibat dalam Program Transisi ini akan memastikan program ini mencapai kejayaan yang diharapkan. Antara perancangan yang perlu diberi perhatian ialah : Penglibatan jawatankuasa secara menyeluruh sama ada di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah Komitmen dan kerjasama yang jitu antara pihak pengurusan sekolah dengan semua guru di sesebuah sekolah Persediaan awal yang perlu dilakukan oleh semua guru Tahun Satu dan panitia mata pelajaran yang terlibat Perancangan dan pelaksanaan yang teratur bagi setiap peringkat sama ada di peringkat awal pelaksanaan, semasa Minggu Orientasi, semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang menjuruskan kepada pendekatan tematik, main sambil belajar dan bersepadu. Latihan dan peningkatan ilmu yang berterusan untuk semua kakitangan sumber di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah Pemantauan yang berterusan untuk melihat keberkesanan dan mengesan kelemahan yang ada

Membudayakan setiap aktiviti yang dirancang agar ia sebati dengan kehidupan seharian
murid dan guru sama ada di dalam atau luar bilik darjah

11-3

Tajuk 4 Pelan Tindakan Utama


Bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan lancar, satu Pelan Tindakan Utama sangat diperlukan agar keseragaman aktiviti dapat diteruskan. Setiap aktiviti dalam pelan ini perlu dirancang mengikut peringkat yang telah ditetapkan seperti :

Peringkat Perancangan Awal


Antara tindakan yang perlu dilakukan ialah : Penubuhan jawatankuasa di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah Mesyuarat perancangan dan pelaksanaan program di peringkat negeri, bahagian, daerah dan sekolah. Pemilihan guru Tahun Satu yang bersesuaian Mengadakan kursus perkembangan staff di peringkat sekolah Persediaan fizikal di bilik darjah Majlis pendaftaran murid dan aktiviti suaikenal Kerjasama dari pihak pengurusan Prasekolah Taklimat kepada ibu bapa murid yang akan masuk ke Tahun Satu

Aktiviti Di Minggu Orientasi


Aktiviti minggu pertama orientasi bertujuan untuk menggalakan murid-murid berinteraksi dan berkenalan antara satu dengan lain di samping mengurangkan rasa malu dan segan di kalangan mereka yang datang dari latarbelakang budaya dan sosio-ekonomi yang berbeza. Aktiviti minggu kedua orientasi bertujuan untuk meningkat dan memupuk semangat kerjasama secara kolaberatif di kalangan murid agar dapat menceriakan bilik darjah mereka sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula secara formal

11-4

Aktiviti Selepas Minggu Orientasi


Aktiviti selepas Minggu Orientasi bermula pada minggu ketiga bulan Januari hinggalah ke akhir bulan Mac. Dalam masa ini proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Penekanan hendaklah dijuruskan kepada aktiviti main sambil belajar, pengajaran bertema (tematik) dan bersepadu. Dalam masa yang sama aktiviti-aktiviti pranombor, pratulisan, prabacaan dan melukis turut diberikan perhatian. Diharapkan melalui aktiviti yang dirancang akan dapat mengesan potensi dan kelemahan murid dalam bidang-bidang tertentu.

Penilaian Program
Satu format borang penilaian telah direkabentuk bagi kegunaan semua personalia yang terlibat. Format penilaian ini boleh digunakan dengan mudah oleh semua pegawai yang bertanggungjawab dalam pemantauan program seperti Pegawai dari Kementerian, Jemaah Nazir, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian dan Daerah serta Pihak Pengurusan Sekolah.

11-5

PENGHARGAAN Semua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Semua Jabatan Pendidikan Negeri Semua Ahli Pasukan Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu Unit Prasekolah Pusat Perkembangan Kurikulum Persatuan Tadika Malaysia

SEKOLAH CONTOH
Sekolah Kebangsaan Singkir, Bidong, Kedah Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Jeram, Perak Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak

SEKOLAH RINTIS
Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam, Selangor Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur, W. Persekutuan Sekolah Kebangsaan Dato' Shah Bandar Abu Bakar, Negeri Sembilan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ranggon, Kerteh, Terengganu Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, Kuantan, Pahang Sekolah Kebangsaan Jeram Mengkuang. Bidor, Perak

Juru Teknik Pusat Perkembangan Kurikulum


En.Che Azman Bin Yusuf En.Hamzah Bin Isa

Juru Taip Pusat Perkembangan Kurikulum


En. Johari Md. Zain Pn. Malizala Bt. Rahmat

Anda mungkin juga menyukai