Anda di halaman 1dari 14

PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI

1.0 PENDAHULUAN Menurut Mohd Zohri dan Shukri Osman, 2004 menyatakan bahawa mengajar adalah tugas utama bagi pekerjaan guru. Seperti pekerjaan lain, tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran tertentu yang perlu dikuasai oleh guru sebagai pekerja. Untuk menjadi mahir, seseorang pekerja perlu menjalani latihan yang cukup sebelum dapat melaksanakan tugas dalam situasi sebenar.Begitulah juga dengan tugas guru sebagai pengajar dalam bilik darjah.Semasa menjalani kursus, guru-guru di dedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan juga dilatih tentang pelbagai kemahiran mengajar seperti pendekatan, kaedah strategi dan teknik. Apabila seorang guru itu mengajar, mereka mengaplikasikan strategi tertentu. Strategi pengajaran yang digunakan akan menunjukkan kebijaksanaannya memilih sesuatu pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti bagi sesuatu pengajaran. Sesuatu pendekatan, kaedah,teknik dan aktiviti yang dipilih dan diaplikasikan dalam pengajaran adalah strategi pengajaran seorang guru dalam melaksanakan pengajarannya.

2.0 STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan.

Dalam pengajaran , guru-guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Guru-guru perlu membuat perancangan yang rapi,

sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran akan tercapai. Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran , guruguru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan, manakala pelajar pula merasa seronok belajar.

Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah : 1. Pembelajaran masteri 2. Kajian masa depan 3. Konstruktivisme 4. Belajar cara belajar 5. Kecerdasan pelbagai 6. Pembelajaran akses kendiri 7. Kemahiran berfikir 8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) 9. Pembelajaran konseptual 10. Pembelajaran Kontekstual

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka. Melalui pemilihan strategi yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Penggunaan strategi yang sesuai membolehkan pelajar-pelajar memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan yang seterusnya memberi kebaikan kepada guru dan pelajar

Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan strategi berikut dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajarnya. Strategi tersebut ialah: 1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehkan pelajar berkongsi idea serta dapat bercakap mengenainya. 2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar dengan cara mendengar, melihat dan memberi maklum balas. 3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar daripada mereka melalui

cara yang berbeza. 4. Melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sedang menjalankan aktiviti amali di samping membantu mereka secara individu atau kumpulan. 5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan personaliti mereka sendiri.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika guru mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulankumpulan yang berbeza-beza itu. Guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid yang berbeza. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam pengajarannya.

3.0 PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan dalam pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini. Ciri-ciri tersebut ialah: a. Daripada konkrit kepada abstrak b. Daripada mudah kepada kompleks c. Daripada keseluruhan kepada bahagian d. Daripada umum kepada spesifik (deduktif) e. Daripada spesifik kepada umum (induktif) f. Daripada diketahui kepada belum diketahui

Manakala pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya : (i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru (ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar (iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan (iv) Pendekatan induktif (v) Pendekatan deduktif (vi) Pendekatan inkuiri (vii) Pendekatan masteri

Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri. Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-kaedah seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan pendekatan ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu. Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai isi kandungan yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan.

Selain itu, pendekatan induktif, deduktif, inkuri dan masteri pula mempunyai maksud yang tersendiri. Keempat-empat pendekatan itu dapat diterjemahkan sebagai:

(a) Pendekatan induktif merupakan satu proses penaakulan yang tinggi di mana pelajar-pelajar tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut. (b)Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar murid kepada hukum-hukum tertentu dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberikan untuk menuju ke suatu fakta. (c)Pendekatan inkuiri- pelajar akan menjalankan penyelidikan tentang masalah yang hendak diselidiki. Guru membimbing pelajar untuk mengutarakan soalan yang jawapannya boleh diperolehi melalui aktiviti yang telah pun dirancang sebelumnya. (d)Pendekatan masteri- ujian diagnos dijalankan untuk memastikan pelajar menguasai sepenuhnya isi pelajaran, kemahiran atau sikap yang dinyatakan dalam objektif.

4.0 KAEDAH DAN TEKNIK

Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. 4.1 JENIS-JENIS KAEDAH Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti pada jadual berikut: Bil 1. JENIS KAEDAH Kaedah Tradisional Tugasan membaca buku teks Kuliah Mengucap dengan kuat Tumpuan kepada perbendaharaan Laporan secara lisan oleh pelajar PENERANGAN

Mengkaji semula(riview) Ujian,kuiz dan peperiksaan

2.

Kaedah inkuiri (penemuan)

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan

3.

Kaedah Kumpulan perbincangan kumpulan kuliah perbincangan kerja jawatankuasa main peranan Sumbangsaran Wawancara Konferen

4.

Kaedah penyelesaian masalah Projek Tinjauan Penyelidikan atau penjelajahan Tunjukcara atau demonstrasi Kelab kesihatan Lawatan

5.

Kaedah Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan pelajar bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru.

6.

Kaedah Koperatif pelajar terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan

kemajuan pelajar bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. pelajar belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada pensyarah. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan

5.0 TEKNIK

Manakala teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P antaranya ialah: Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab Teknik simulasi Teknik drama Teknik perbincangan

Bagi teknik perbincangan, ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik brainstorming ialah teknik yang berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya. Seterusnya teknik soal jawab yang merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu. Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung.

Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan. Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan. Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya. Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

6.0 KESIMPULAN :

Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan, teknik serta strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Para guru seharusnya bijak menggunakan kemahiran mengajar berpandukan elemen-elemen tersebut untuk menarik minat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan. Para guru juga seharusnya memainkan peranan penting dalam menyusun proforma atau rancangan pengajaran supaya setiap sukatan dipelajari oleh pelajar dengan jayanya. Hal ini bermakna para guru tidak seharusnya hanya mengajar bermatlamatkan untuk menghabiskan sukatan semata-mata tanpa menghiraukan hasil yang

diterima pelajar. Seharusnya, sukatan pelajaran perlu dihabiskan seiring dengan pelajar dapat memahami dan menjadi pakar dalam setiap pelajaran yang telah dipelajari. Para guru juga seharusnya bijak mengawal atau mengetahui keadaan serta keperluan semasa pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dilaksanakan dalam keadaan bosan. Para guru seharusnya menggunakan kemudahan teknologi seperti pertunjukan video, atau memasang lagu diawal kelas dan penghujung kelas agar murid tidak merasa bosan dan supaya mereka berasa seronok. penggunaan alat teknologi ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk berfikir lebih kreatif dan mengasah bakat mereka untuk berkarya lebih dinamik dan tidak terikat dengan teknik atau hasil yang sama. Kesimpulannya, para guru seharusnya mengaplikasikan setiap teknik, pendekatan, kaedah mahupun strategi yang terkini dan berkesan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan demi mencapai matlamat yang terkandung dalam dasar pendidikan negara.

BANDING BEZA CIRI-CIRI STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

STRATEGI

PENDEKATAN

KAEDAH

TEKNIK

Berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran, pendekatan kaedah dan teknik mengajar

Bercorak abstrak

Bersifat konkrit

Lebih khusus atau spesifik

Rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan

Satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara

Cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar kemahiran bahasa

Wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik dan bahan atau alat yang berkaitan

Strategi penggabungjajalinan kemahiran -strategi penyerapan nilai-nilai murini dalam pengajaran

Pendekatan empirisis -pendekatan rasiomalis (mentalis -pendekatan komunikatif

-kaedah tubi -kaedah terus -kaedah dengar dan sebut -kaedah bersiri -kaedah terjemahan -kaedah tentera

-teknik kloz -teknik bacaan nyaring -teknik bercerita -teknik drama -teknik korus -teknik dialog

7.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH

Mata pelajaran dan Sejarah tahun 4 Berjaya kelas Tema/Tajuk Masa Fokus Mari Belajar Sejarah 9.40 10.40 Standard kandungan 1.2 Mengetahui dan memahami diri dan keluarga. Standard pembelajaran 1.2.2 Mengenal pasti salasilah keluarga. 1.2.3 Menyatakan pengertian keluarga asas. K 1.2.7 Menyatakan adab yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga. Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i) Murid dapat menghasilkan rajah salasilah keluarga. ii) Murid dapat menyatakan pengertian keluarga asas. iii) Murid dapat meyenaraikan anggota keluarga asas. Aktiviti 1. Menonton tayangan video bertajuk Sayangi Orang Tua Kita (TMK). 2. Murid bercerita tentang keluarga asas berdasarkan video yang ditonton. 3. Melihat persembahan slaid powerpoint tentang Kenali Keluarga Asas Saya. 4. Murid membina rajah salasilah keluarga dengan bimbingan guru. 5. Murid menyanyi lagu Oh Ayah, Oh Ibu

EMK

Nilai Murni: Bersyukur , kasih sayang, menghormati, kerjasama. KPS: .

TMK: LCD/Slaid/gambar/Akses internet

BBM

Lembaran kerja, slaid power point

Penilaian Tahap penguasaan Pengajaran dan Pembelajaran DSP Pengukuhan Guru memberi tugasan lanjutan kepada murid berkenaan keluarga. (membuat buku skrap)

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI Permulaan ( 5 minit ) 1. Murid dikehendaki melihat tayangan video bertajuk Sayangi Orang Tua Kita 2. Murid dipilih secara rawak untuk memberi ulasan berkenaan dengan tayangan video tersebut. 3. Guru mengaitkan perbincangan tadi dengan tajuk pelajaran. Tajuk pelajaran : Kenali Keluarga Asas Saya Aktiviti 1 (15 minit ) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberi sampul surat yang mengandungi soalan berdasarkan video yang telah ditonton. a) Apakah maksud keluarga asas? b) Senaraikan ahli keluarga asas? c) Nyatakan peranan ibu bapa dan adik beradik ? d) Nyatakan kepentingan memahami ahli keluarga ? 3. Secara berkumpulan murid membuat perbincangan tentang soalan yang diberi. 4. Setiap kumpulan menghantar wakil untuk membentangkan hasil perbincangan. EMK CATATAN

Aktiviti 2 (15 minit ) 1. Murid-murid ditayangkan persembahan multimedia (Power Point) yang bertajuk Kenali Keluarga Asas Saya.

2. Antara kandungan dalam tayangan slaid :Salasilah Keluarga Asas Datuk Nenek Ibu Ayah Abang Kakak Adik Lelaki Adik Perempuan Peranan Keluarga Asas Ibu ayah :Melahirkan, menjaga, membesar, dan memastikan keperluan anakanak mencukupi Mendidik dan menyayangi anakanak Membimbing, menasihati dan

mengawal tingkahlaku anak-anak Adik-beradik Menghormati dan menyayangi

antara satu sama lain Menjaga dan melindungi antara satu sama lain Saling bantu-membantu Bertanggungjawab sama lain Kepentingan memahami anggota keluarga : Menunjukkan kasih sayang terhadap anggota keluarga Menghormati anggota keluarga Menghargai keluarga sumbangan anggota antara satu

Mengukuhkan hubungan keluarga.

Aktiviti 3 (20 minit ) 1. Guru menunjukkan gambaran pokok salasilah keluarga asas 2. Murid dikehendaki menghasilkan salasilah keluarga asas pada lembaran kerja yang diberi 3. Murid boleh menggunakan kreativiti dengan menampal gambar ahli keluarga ataupun menggunakan gambar pada majalah. Penutup ( 5 minit ) 1. Murid menyanyikan lagu Oh Ayah, Oh Ibu berdasarkan tayangan video. 2. Guru menjalankan sesi perbincangan dengan murid untuk membuat rumusan berkaitan kenali keluarga asas saya 3. Murid menyiapkan salasilah keluarga sebagai kerja rumah .