Anda di halaman 1dari 19

1

MENTAATI PEMERINTAH: ANTARA LITERAL DAN MAQASID


Prof Madya Dato Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Pendahuluan
Rentetan dari isu demonstrasi aman di seluruh dunia Islam, telah terbit pelbagai fatwa yang
yang kadang-kala bersifat partial ataupun berpihak. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi
juga berlaku di negara-negara Arab pasca kebangkitan rakyat. Dalam mempertahankan kuasa para
pemerintah Arab semasa -yang sebahagian besar pemerintah itu korupsi dan zalim- muncullah
kelompok agamawan yang membela mereka. Malangnya, pembelaan itu datang dari mereka yang
kelihatan kuat beragama. Dalam kalangan mereka itu ramai pula dari aliran literalist. Mereka ini
memahami nas-nas al-Quran dan hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan
siyasah sama macam ibadah khusus yang tidak boleh dilakukan sebarang pembaharuan dan tokok
tambah. Lantaran dari pemikiran ini, mereka membidaahkan perkara-perkara yang membabit
urusan harian yang dilakukan atas kemaslahahan manusia. Maka, mereka menganggap tidak syari
ataupun bidah kewujudan persatuan, demonstrasi, nasyid, seni rekaan dan pelbagai lagi. Jika
fatwa-fatwa mereka ini diterima, maka dunia Islam pasti akan jumud dan kehidupan manusia
menjadi sempit di bawah lembayung Islam.
Di Malaysia juga ada yang mengimport hujah-hujah literalist Timur Tengah. Ya, tiada
salahnya mengambil keputusan menyokong pemerintah ataupun bersama pembangkang, tapi yang
tidak tepat apabila nas-nas agama itu ditafsirkan berasaskan kehendak aliran politik dengan
mengenepikan pertimbangan yang sewajarnya dalam memahami nas. Ini berlaku di pihak
pembangkang dan juga kerajaan.
Lebih bahaya lagi ada yang menjadikan soal politik seperti menentang pemerintah itu dalam
bab tauhid sehingga membawa kepada menyesatkan pihak yang bertentangan. Ibn Ashur ketika
menyebut tentang sebab-sebab perpecahan: Kelima: memasukkan ke dalam tauhid perkara-
perkara yang bukan daripadanya. Tujuan untuk membesarkannya pada mata orang awam seperti
masalah khilafiyyah, tentang keluar menentang penguasa, mengenai mengikut salah satu imam
mazhab yang empat
1
. Walaupun tujuan mereka mungkin untuk menghalang fitnah yang mereka
jangka, tetapi memasukkan bab-bab itu ke dalam tauhid adalah tidak benar. Ia akan membawa
kekecohan iaitu kafir-mengkafir, ataupun sesat menyesat kerana politik.
Hal yang sama berlaku kepada golongan yang menjadikan penyertaan kepada parti politik
mereka termasuk dalam isu akidah, lantas mereka mengkafirkan ataupun memandang sesat
sesiapa yang tidak menyokong parti tertentu. Sejarah kafir mengkafir di Malaysia ini adalah hasil
dari nas-nas agama ditafsirkan menurut kehendak politik kepartian. Golongan ini bahayanya juga
amat besar kerana telah menjadikan parti mereka bagaikan agama.


1
Muhammad Tahir ibn Ashur, Alaisa al-Subh bi Qarib, 186. Tunisia: Dar Suhnun (2007)
2

Politik Berasas Maslahah
Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah
khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang
bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan
pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia.
Jika ada pendetilan, ia mempunyai faktor tempat dan masa yang terdedah kepada perubahan.
Apatahlagi, pentadbiran kerajaan Nabi s.a.w tidaklah begitu terperinci seperti zaman selepas itu. Ini
kerana keperluan politik sudah memadai dengan bentuk pengurusan yang lebih menjurus kepada
tribal system ketika itu. Maka pengurusan Nabi s.a.w berdasarkan kepada keperluan. Kemudian
politik itu berkembang dan pengurusannya lebih rumit dan terperinci. Tidak sama pula antara satu
tempat dengan yang lain, antara negeri dengan negeri, antara negara dengan negara.
Maka, kita dapati banyak perubahan politik yang dilakukan selepas kewafatan Nabi s.a.w,
khususnya bermula pada zaman Saidina Umar al-Khattab seperti mengenakan zakat kepada kuda
apabila didapati tuan-tuan kuda begitu kaya, menarik balik peruntukan muallaf pada zamannya
apabila melihat sudah tiada keperluan dan lain-lain lagi
2
. Ijtihad dalam politik lebih luas dan
terbuka. Terasnya, kemaslahatan rakyat. Islam bersifat luas dalam hal politik. Ini kerana syariat itu
dibina atas dasar kemaslahatan manusia. Perubahan keadaan menyebabkan para sahabah
membuat perubahan dalam pengurusan sekalipun pada zahirnya tidak lagi sama dengan
sebahagian arahan Nabi s.a.w, tetapi maksudnya atau dari segi maqasidnya tetap sama.
Umpamanya, Nabi s.a.w tidak membenarkan ditangkap unta yang sesat jalan. Ketika baginda
sedang bercakap mengenai mengutip barang yang terjumpa (luqatah) dan mengiklannya, ada orang
yang bertanya tentang menahan dan mengiklankan unta yang sesat jalan, baginda marah sehingga
merah wajahnya. Baginda menjawab:
(Apa masalah engkau?! Bagi unta itu tempat airnya dan kasutnya
4
, dia boleh minum air dan makan
pokok. Biarkannya sehingga tuannya mendapatkannya)
Pada zaman Khalifah Abu Bakr dan Khalifah Umar mereka mengekalkan pendekatan tidak
mengganggu unta-unta yang sesat jalan itu. Namun pada zaman Khalifah Uthman, beliau
mengiklankan (tarif) bagi mencari tuannya dan menjual jika tuannya tidak ditemui. Jika tuannya
datang menuntut, akan diberikan harganya. Saidina Uthman melakukan tindakan demikian apabila
melihat kepada perubahan akhlak masyarakat yang kemungkinan unta-unta itu akan hilang jika
tidak dibuat demikian. Saidina Ali yang memerintah selepas itu pada asasnya setuju dengan

2
Lihat: al-Qaradawi, Madkhal li Dirasat al-Shariah al-Islamiyyah, 193-194. Beirut: Muassasah al-Risalah (1993).
3
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
4
Maksudnya ia boleh menyimpan air dalam perut ataupun tengkuknya, dan ia ada khuf ataupun kuku yang
membolehkannya berjalan.
3

pendekatan Uthman tetapi tidak setuju ia dijual. Beliau telah memerintahkan agar dibina kandang
dan diberi makan unta-unta berkenaan. Jika tuannya datang menuntut, diberikan
5
.
Demikian juga dalam hadis:
Daripada Anas bin Malik, dia berkata: Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu
ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: Wahai Rasulullah! Harga barang
telah mahal, tetapkan harga untuk kami. Jawab Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Allah, Dialah yang
menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki.
Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam
kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta.
Dalam hadis ini, Nabi s.a.w enggan menetapkan atau mengawal harga barang (price control
policy). Baginda bimbang itu akan menzalimi peniaga. Ini sangat relevan dengan keadaan para
peniaga pada zaman baginda, keadaan barangan yang diniagakan dan juga bentuk perdagangan
yang ada ketika itu. Namun, apabila zaman berubah, sikap peniaga, keadaan pasaran (market
situation) pun berubah. Jika price control policy tidak diwujudkan, kemungkinan para pembeli pula
mungkin menjadi mangsa. Untuk itu kita dapati dalam kalangan fuhaqa sejak dahulu ada yang
memboleh penetapan harga oleh pihak berkuasa apabila melihat kepada perubahan keadaan. Kata
al-Munawi (meninggal 1031H) : Rabiah (bin Abd al-Rahman) telah mengharuskan penetapan
harga. Ini sebenarnya Mazhab Umar, kerana itu akan memelihara sistem harga. Kata Ibn al-Arabi
al-Maliki: sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-
undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al -
Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang
betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan
orang ramai, maka pintu Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan
7
. Hal yang sama disebut oleh
Ibn Taimiyyah dalam Majmu al-Fatawa.
Ertinya, tujuan arahan dan panduan agama berkaitan politik adalah demi menegakkan
maslahah dalam kehidupan. Nas-nas agama berhubung dengan politik tidak boleh difahami secara
literal, sebaliknya hendaklah dilihat dari kerangka maslahatan yang menjadi tujuan tertinggi
pensyariatan hukum-hakam agama berhubung dengan siyasah. Di mana tertegaknya wajah
keadilan, bukti-buktinya yang diterima oleh fitrah manusia maka di situlah siyasah yang diredhai
Allah dan rasulNYA. Sekalipun tiada nas yang jelas menyebut pendekatan yang sedang diamalkan
itu. Inilah yang gagal difahami oleh golongan literalist yang cuma membataskan siyasah islamiyyah
dalam rupa dan cara yang hanya disebut dalam nas-nas agama secara literalnya. Maka mereka

5
Lihat: al-Qaradawi, Shariat al-Islam 141-143. Beirut: al-Maktab al-Islamiy.
6
Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani.
7
Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
4

mengharamkan pelbagai pendekatan siyasah atas alasan kononnya tidak berlaku pada zaman Nabi
s.a.w dan Khulafa Rashidin. Kadang-kala mereka mengharamkan sesuatu pendekatan politics hanya
kerana ia berasal dari Barat ataupun Timur dan bukan dari Arab.
Hal keluasan siyasah ini pernah ditegaskan oleh al-Imam Ibn Qayyim ketika mengulas
tentang siyasah menyebut:







8

(Berkata al-Shafii: Tiada siyasah (politics) melainkan apa yang menepati syarak. Kata Ibn Aqil:
Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan
dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu
mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu Tiada siyasah melainkan apa yang
menepati syarak iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul. Jika engkau
maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan
para sahabah..apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar (radiant) dalam
apa jalan sekalipun maka di situlah syariat Allah dan agamaNYA. Allah S.W.T lebih mengetahui,
lebih bijaksana dan lebih adil untuk hanya membataskan jalan-jalan keadilan dan tanda-tanda serta
alamat-alamatnya dengan sesuatu kemudian menafikan apa yang lebih jelas (more evident)
daripada itu, lebih kuat dalilnya, lebih nyata tandanya, lalu dia tidak menerima dan menilai
kewujudannya dan menegakkan tuntutannya. Bahkan Allah S.W.T telah menjelaskan bahawa
tujuan apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan
keadilan dalam kalangan hamba-hambaNYA dan membolehkan manusia menegakkan keadilan.
Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini,
dan ia tidak menyanggahinya. Tidak mungkin untuk dikatakan bahawa siyasah yang adil itu
menyanggahi apa yang ungkapkan oleh syarak, sebaliknya ia menepatinya. Bahkan siyasah yang adil
itu satu juzuk dari syarak. Kita menamakannya siyasah mengikut istilah mereka padahal sebenarnya
ia adalah keadilan Allah dan rasulNYA yang zahir menerusi tanda-tanda dan bukti-bukti tersebut)





8
Ibn Qaiyim al-Jauziyah, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shariyyah, 19-20. Beirut: Dar Ihya al-Ulum (t.t)
5

Perubahan Keadaan Merubah Fatwa Siyasah
Demikianlah hukum agama dalam Islam ini. Terdapat perkara yang tetap tidak boleh
berubah seperti solat, puasa, haji dan yang seumpamanya. Namun terdapat banyak hukum yang
berkait dengan latar keadaan manusia terutama yang membabitkan urusan muamalat seperti
urusan jual-beli, sewaan, riba, pakaian, pergaulan dan seumpamanya. Al-Imam Ibn Qayyim dalam
karyanya yang terkenal Ilam al-Muwaqqiin meletakkan satu fasal:
(Perubahan fatwa dan perbezaannya berdasarkan perubahan zaman, tempat,
keadaan, niat dan adat). Antara yang beliau sebut di bawah fasal tersebut:
(Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk
manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka
setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan
dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah
Islam sekalipun dimasukkan ke dalam syariah secara takwilan).
Pengurusan politik dalam negara umat Islam berteraskan keadilan dan kemaslahatan. Inilah
maqsad di sebalik perintah penegakan hukum agama dalam kehidupan manusia. Jika ada hukum
yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia
bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya.
Maka fatwa-fatwa yang berkaitan politik hendaklah dilihat kepada perubahan keadaan
manusia. Tidak boleh jumud dengan nas-nas yang mempunyai konteks yang berbeza. Apatahlagi
tidak boleh jumud dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan tertentu yang belum tentu pandangan
mereka menepati maslahah di tempat dan zaman yang berbeza. Kata al-Imam al-Qarafi (meninggal
684H): Jika kita keluar dari satu negeri ke negeri yang lain yang adat (kebiasaan) mereka berbeza
dengan adat negeri kita maka kita berfatwa berdasarkan adat negeri mereka dan bukan adat negeri
kita. Demikian juga jika seseorang datang dari negeri yang adatnya berbeza dengan adat negeri kita,
maka kita tidak boleh berfatwa melainkan dengan adat negerinya bukan adat negeri kita
10
. .
Bahkan al-Imam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) menyebut dalam Iqtida Sirat al-Mustaqim
tentang keadaan muslim yang berada di negara bukan muslim: Sekiranya muslim berada di negara
musuh, ataupun negara kufur yang tidak musuh maka dia tidak disuruh untuk berbeza dengan
mereka dari segi penampilan zahir kerana itu akan memudaratkan. Bahkan digalakkan ataupun
diwajibkan menyertai mereka di sudut penampilan zahir jika itu terdapat kemaslahatan agama
seperti untuk dakwah mereka kepada Islam dan memerhati keadaan dalam mereka untuk

9
Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I'lam al-Muwaqqi'in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail
10
Al-Qarafi, Al-Ihkam fi Tamyiz bain al-Fatawa wa al-Ahkam, 218. Syria: al-Matbuat al-Islamiyyah
6

dimaklumkan kepada orang muslim ataupun menghalang bahaya mereka terhadap orang muslim
ataupun selainnya yang merupakan niat yang baik
11
.
Beliau tidak berpendapat untuk muslim berbeza dengan kafir dari segi penampilan zahir,
sebaliknya dalam keadaan yang seperti itu digalakkan tidak berbeza dari segi zahir. Suasana yang
berbeza memerlukan fatwa yang berlainan.
Maka, penafsiran hadis-hadis Nabi s.a.w dan penukilan fatwa terutama yang membabitkan
soal muamalat dan politik hendaklah dilihat dalam kerangka teks dan konteks. Bukan kerana
sesuatu nas hadis itu tidak sesuai, tetapi latar keadaan yang telah berubah. Ia memerlukan ijtihad
baru dalam kerangka yang baru. Kata Syeikh Mustafa al-Zarqa: Betapa banyak hukum yang
dahulunya perongkai dan penyelesai masalah yang berkesan dalam suasana zaman tertentu,
namun selepas beberapa jenerasi ia tidak lagi mencapai maksudnya. Mungkin memberikan kesan
yang sebaliknya disebabkan perubahan keadaan, pendekatan dan akhlakdi atas asas ini diletakkan
kaedah fekah Tidak dinafikan perubahan hukum disebabkan perubahan zaman
12
.

Ketaatan dan Keadilan Rukun Kemaslahatan Politik
Mentaati Ulul Amr adalah rukun dalam penegakan maslahah siyasiyah. Mustahil dapat
diwujud satu kerajaan yang aman dan kuat yang melaksanakan kemaslahan rakyat tanpa ketaatan
daripada rakyat itu sendiri. Ini seperti mana mustahil dapat ditegakkan keamanan tanpa keadilan
daripada pemerintah yang menguruskan kehidupan negara dan rakyat. Untuk itu Allah menegaskan
dalam al-Quran:
| < ``.!, :. .... _|| !l> :| ..>> _,, _!.l .>> _.-l!, | < !`,-. >L-, ., | < l !-,.- ,. ,
__ !!., _ `. ., `-,L < `-,L _.l _|` . `>.. | ,.s... _ ,`_: ::` _|| < _.l | ,.. `... <!,
,,l > ,l: ,> _.> ,!. __
13


(maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah
Rasul dan uli al-Amr dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu

11
Ibn Taimiyyah, Iqtida al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafat Ashab al-Jahim, 176. Kaherah: Matbaah al-Sunnah al-
Muhammadiyyah.
12
Mustafa Ahmad al-Zarqa, Al-Madkhal al-Fiqhi al-Am. Beirut: Dar al-Fikr(1968)
13
Surah al-Nisa: 59
7

maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan ar-Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan
Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya.

Ayat perintah ketaatan datang selepas penegasan Allah tentang tanggungjawab memilih
pemimpin dan orang yang layak untuk memegang amanah, kemudian pemimpin pula berhukum
dengan adil. Apabila dua tanggungjawab utama itu dilaksanakan, mana datangnya penegasan
tanggungjawab ketaatan.

Al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebut petikan ucapan yang disandarkan kepada Ali
bin Abi Talib: Tanggungjawab pemerintah ialah berhukum dengan adil dan menunaikan amanah.
Apabila dia melakukan yang demikian, wajib ke atas muslimin untuk mentaatinya kerana Allah
memerintahkan kita menunaikan amanah dan adil, kemudian memerintah agar mentaati
pemerintah
14
.
Ibn Hajar al-Asqalani (meninggal 852H) menyebut dalam Fath al-Bari:
: ) ( :
- - ) (
15

(Antara jawaban yang menarik, ungkapan kalangan tabiin
16
kepada para pemerintah Bani Umayyah
apabila ada yang berkata: Tidakkah Allah memerintahkan kamu untuk taat kepada kami dalam
firmanNYA dan uli al-Amr dari kalangan kamu. Maka dijawab: Tidakkah kewajiban taat itu telah
dicabut (dibatalkan) apabila kamu menyanggahi kebenaran dengan firmanNYA jika kamu berselisih
pendapat dalam sesuatu maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan ar-Rasul (Sunnah), jika kamu
benar beriman dengan Allah)
Ini kerana apabila pemerintahan menyanggahi kebenaran, maka hilanglah kemaslahatan
siyasah yang menjadi kewajibannya untuk dia tegakkan. Maka, ketika itu penilaian terhadap arahan
pemerintah hendaklah dirujuk kepada asas-asas ajaran Allah dan rasulNYA.

Ketaatan Kepada Pemerintah Tidak Mutlak

Seperti mana yang kita tahu bahawa ketaatan kepada para pemerintah ada batasannya.
Hak untuk mereka ditaati tidak sama dengan ketaatan kepada Allah dan RasulNYA. Ketaatan kepada
Allah dan rasulNYA adalah mutlak. Allah dan rasulNYA tidak boleh dibantah. Dalam masa yang sama
kita tahu segala arahan yang bersifat syariat yang datang dari keduanya adalah untuk kemaslahatan
manusia.
Hal ini tidak sama dengan para pemerintah. Ketaatan kepada mereka tidak mutlak. Mereka
sentiasa terdedah kepada kepentingan diri seperti mana manusia lain, maka bukan semestinya
semua yang datang dari mereka itu untuk maslahah rakyat dan negara. Kemungkinan arahan

14
Al-Qurtubi: Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad, al-Jami li Ahkam al-Quran, 5/359. Beirut: Dar al-Fikr (t.t).
15
Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari 15/4. Beirut: Dar al-Fikr (1993).
16
Dalam tafsir al-Nasafi disebut dialog ini antara tokoh tabiin yang terkenal Abu Hazim dengan Maslamah bin Abd al-
Malik bin Marwan. (1/232. Beirut: Dar al-Fikr (t.t))
8

mereka membawa kerosakan bukan kemaslahatan, yang mana ia bercanggah dengan prinsip-
prinsip Islam. Untuk itu jika kita melihat firman Allah dalam hal ini, Allah menyebut:

17

(maksudnya) Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr dari
kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu maka kembalilah kepada
Allah (al-Quran) dan ar-Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat.
Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya.

Al-Hafizd Ibn Hajar dalam Fath al-Bari menukilkan kata-kata al-Tibi:
: ) ( .
) (
18

(Berkata al-Tibi: Allah mengulangi arahan dalam firmanNYA taatilah Rasul sebagai isyarat bahawa
kemutlakan Rasul itu dalam ketaatan. Dia tidak mengulanginya pada uli al-Amr sebagai isyarat
terdapat dalam kalangan mereka (uli amri) yang tidak wajib ditaati. Kemudian Allah terangkan
perkara itu dengan firmanNYA jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu.. seakan dikatakan
jika mereka tidak beramal dengan kebenaran maka kamu jangan taat dan kembalikan apa yang
kamu selisishkan mengenainya kepada hukum Allah dan RasulNYA)

Dalam sebuah hadith yang lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

19

Daripada Ali r.a., katanya: Nabi s.a.w. pernah menghantar satu pasukan kecil tentera dan dilantik
seorang lelaki Ansar mengetuai mereka serta memerintahkan mereka agar taat kepadanya.
(Semasa dalam tugasan) lelaki itu telah marah (kepada pasukannya) dan berkata: Tidakkah Nabi
s.a.w perintahkan kamu untuk taat kepadaku? Jawab meraka: Bahkan. Katanya: Kumpulkan
untukku kayu api. Mereka pun mengumpulkannya. Katanya: Nyalakan api. Mereka pun
nyalakannya. Katanya: Masuklah kamu ke dalamnya. Mereka ragu-ragu, melihat antara satu sama
lain lalu berkata: Kita ini mengikut Nabi s.a.w. hanya kerana ingin lari dari api (neraka) apakah kita
patut masuk ke dalamnya?. Mereka terus berfikir demikian sehingga api tersebut pun terpadam
dan kemarahan ketua mereka kembali tenang. Maka apabila kisah tadi sampai kepada Nabi s.a.w.,
baginda bersabda: Jika mereka memasukinya maka mereka tidak dapat keluar sehingga kiamat

17
Surah al-Nisa: 59
18
Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari 15/4.
19
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
9

(mereka akan mati dan tidak dapat kembali ke dunia). Ketaatan itu hanya itu hanya dalam perkara
ma'ruf (kebaikan).
Antara masalah golongan literalist, mereka seakan menjadikan ketaatan kepada
pemerintah itu seakan hampir mutlak. Kadang-kala ada satu sudut mereka akan menyatakan tiada
ketaatan dalam perkara maksiat namun mereka apabila mereka melihat rakyat membantah
munkar, mereka kembali membaca nas-nas ketaatan luar dari konteks yang sepatutnya.

Taat Dalam Perkara Ijtihadi
Tidak dinafikan kadang-kala ada tindakan pemerintah yang tidak dipersetujui oleh rakyat
bawahan tetapi tindakan itu tidak munkar. Maka sekiranya tindakan itu tidak menyanggahi syarak
dan membawa mafsadah yang nyata, maka ia termasuk dalam batas-batas ijtihad pemerintah yang
diizinkan syarak. Maka dalam hal yang seperti ini, seorang muslim hendaklah tetap taat. Ini kerana
jika setiap orang mahu bertindak mengikut ijtihad sendiri dalam perkara yang membabitkan
kepentingan awam, tentu rosak keadaan negara dan musnah kemaslahatan awam. Dalam keadaan
seperti ini, ijtihad rakyat hendaklah akur kepada bidang kuasa pemerintah dalam perkara yang
membabitkan pengurusan kemaslahatan awam. Nabi s.a.w bersabda:
20

Daripada Abd Allah bin Umar r.ahuma, daripada Nabi s.a.w, sabda baginda: Dengar dan taat
(kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau
benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam
perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat.
Hadis di atas dengan jelas mewajibkan setiap muslim mentaati para pemerintah dalam apa
jua perkara, selagi tidak berbentuk maksiat kepada Allah. Bahkan di dalam hadis di atas baginda
Nabi s.a.w. menegaskan bahawa ketaatan kepada para pemerintah merangkumi perkara yang
disukai atau dibenci selagi ia tidak menyanggahi Allah. Kata al-Nawawi (wafat 676H) dalam
mensyarahkan hadith berkenaan: Maksudnya (hadith di atas) wajib mentaati para pemerintah
dalam perkara yang susah, yang tidak disukai oleh jiwa dan selainnya dalam perkara yang tidak
maksiat
21
.
Dengan itu, jika pandangan kita berbeza dengan pandangan pemerintah sedangkan
pandangan pemerintah itu bersifat ijtihadiyyah yang tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah
secara jelas, juga kemaslahatan awam secara nyata, maka kita diamkan diri dan serahkan urusan
tersebut kepadanya. Ini tidak menghalang kita memberikan pandangan kita melalui saluran yang
disediakan.


20
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
21
Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim 12/537. Beirut: Dar al-Khair (1414H).
10

Larangan Bersekongkol Dengan Kezaliman Penguasa
Sabda Nabi s.a.w


22

(maksudnya)Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman
dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan
menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan
mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak
menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan
mendatangi telaga (di syurga).

Sabda baginda juga:


23

(maksudnya): Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah,
padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah
mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu
pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan
sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari
dia bertemu Allah.
Sufyan bin `Uyainah menyebut: Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah,
kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang
kedua (yang dimurkaiNya) ialah yang mendorongnya melakukan kezaliman
24
.



Membantah Ada Batasan

Tidak mematuhi yang munkar bukan bererti kita disuruh agar membantah segala-galanya.
Kita hendaklah tepat dalam masalah ini. Maksudnya perkara yang munkar kita benci, yang tidak
munkar kita taat. Kewujudan sesuatu kemaksiatan hendaklah dibenci dan dibantah. Namun ini
tidak membawa maksud bahawa kita mesti keluar sama sekali dari ketaatan. Tidak juga sehingga
berperang dengan penguasa yang boleh membawa keburukan yang lebih besar. Nabi sabda
baginda s.a.w:
25


22
Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Tirmizi. Hadis ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi Asim, al-
Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339. Beirut: al-Maktab al-Islami 1993)
23
Riwayat Malik dan al-Tirmizi.
24
Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21. Beirut: Dar al-Fikr (1995).
25
Riwayat Muslim 3/1481
11

(maksudnya): Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan
mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang
membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia
selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan
munkar). Sahabah bertanya: Tidakkah boleh kami perangi mereka? Jawab baginda: Tidak
selagi mana mereka bersolat.
Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa bertegas dalam membenci dan
membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah itu adalah tuntutan agama. Namun, Nabi
s.a.w tidak membenarkan rakyat memerangi pemerintah muslim dengan senjata selagi mereka
itu bersolat. Solat menjadi petunjuk bahawa pemerintah tersebut masih berpegang dengan
ajaran Islam dalam kehidupan. Keluar memerangi pemerintah dengan senjata hanya akan
menimbulkan kerosakan yang lebih besar.
Perhitungan tindakan dalam Islam adalah di sudut kadar manfaat dan mudarat.
Menumpaskan pemerintah zalim dengan senjata biasanya mengundang mudarat yang jauh lebih
bahaya dibandingkan manfaat yang hendak dicapai. Sebab itu al-Imam al-Nawawi (meninggal
676H) menyebut: kata ulama: alasan seseorang pemerintah tidak dipecat, atau pengharaman
memeranginya kerana menyebab fitnah, penumpahan darah dan kerosakan yang nyata
26

Kebencian atau bantahan terhadap kemungkaran pemerintah tidak membolehkan rakyat
menderhakai mereka dalam perkara yang baik atau makruf. Ini seperti yang ditegaskan oleh
hadis. Sabda Nabi:

27

(maksudnya) Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka
mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat
ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat,
mereka juga melaknati kamu. Baginda ditanya: Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan
pedang? Jawab baginda: Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang
seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat
kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut
tangan dari ketaatan.
Ini kerana setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan atau dosa yang dilakukan. Jika
setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah
keamanan masyarakat dan negara. Maka justeru itu, menentang kemungkaran pemerintah, bukan
memeranginya dengan senjata. Ini kerana antara tujuan berpolitik dalam Islam adalah menegakkan
keadilan, keamanan dan hak rakyat. Peperangan saudara dalam negara hanya akan menghancurkan

26
Al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/40
27
Riwayat Muslim.
12

perkara-perkara tersebut. Namun itu tidak menafikan tanggungjawab melakukan islah siyasi kerana
dalam Islam kemungkaran wajib cegah dan diubah.
Maka, arahan pemerintah yang zalim atau mungkar dalam perkara-perkara kebaikan atau
kemaslahatan awam tetap wajib ditaati. Kata al-Khattabi (meninggal 388H): Sesungguhnya jihad
itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama
pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam
persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya
28
. Pendapat
ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w tadi :
29

Daripada Abd Allah bin Umar r.ahuma, daripada Nabi s.a.w, sabda baginda: Dengar dan taat
(kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau
benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam
perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat.

Penafsiran Literal Terhadap Hadis-Hadis Politik
Satu phenomena yang kurang baik dalam Dunia Muslim apabila terdapat golongan literalist
yang memahami nas-nas politik begitu mendatar ataupun literal sehingga menghilangkan tujuan
kemaslahatan yang sepatutnya ditegakkan dalam siyasah. Mereka menafsirkan nas-nas politik yang
berkaitan ketaatan kepada pemerintah secara literal sehingga seakan tiada ruang untuk rakyat
bersuara dan membantah kemungkaran para penguasa.
Lebih dahsyat lagi, apabila aliran ini dimanfaatkan oleh para pemerintah yang korupsi dalam
dunia Islam. Ini apabila kelompok ini menafsirkan hadis-hadis politik secara literal yang seakan-akan
Islam memberikan lesen besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat
kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.
Antara yang dibaca dan disebarkan dalam mempertahankan para pemerintah dan
menghalang rakyat melakukan kritikan sekalipun aman- ialah hadis Huzaifah r.a:

Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan
dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka

28
Al-Khattabi, Maalim al-Sunan, 2/ 357
29
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
30
Riwayat Muslim.
13

seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan. Kata Huzaifah: Apa yang patut aku lakukan wahai
Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?. Jawab baginda: Dengar dan taat kepada ketua,
sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah.
Hadis ini dijadikan hujah, sehingga ada yang berkata jika pemerintah membunuh kaum-
keluarga saya pun, saya tidak akan mendakwa pemerintah di mahkamah dunia. Saya tidak dapat
bayangkan jika semua orang Islam faham seperti itu, maka bermaharaja lelalah para pemerintah
dunia Islam, menindas mereka. Tidak boleh dibantah bahkan tetap taat. Lebih daripada itu ada yang
menyatakan inilah manhaj salafussoleh.
Ketika dunia berusaha mempertahankan hak asasi manusia agar tidak dicemar, tiba-tiba kita
pula menarik umat ke belakang dengan tafsiran yang literal seperti itu. Bayangkan jika seorang yang
baru hendak mengenali Islam dihidangkan dengan kefahaman seperti itu, bagaimanakah mungkin
beliau ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya? Di manakah sabda Nabi s.a.w:

Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir
Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya.
Satu hadis tidak boleh dibaca secara berasingan tapi hendaklah melihat keseluruhan secara
perbandingan dengan nas-nas yang lain. Jika tidak, penafsirannya akan cacat. Di situ adanya ilmu
yang dinamakan Mushkil al-Hadith yang membincangkan hadis-hadis yang zahirnya kelihatan
bercanggahan.
Hina dunia Islam hari ini, sekalipun Allah melimpahkan mereka dengan pelbagai kelebihan,
adalah disebabkan salahguna harta rakyat dan ketidakadilan. Dalam beberapa sudut, pemimpin
dunia Barat lebih amanah dan jujur kepada rakyat mereka dibandingkan apa yang ada di dunia
Islam hari ini. Di mana pergi kekayaan minyak Arab? Bahkan, dari segi keadilan, kadang-kala haiwan
di negara Barat lebih dibela dari seorang muslim yang hidup di dunia Islam; dipukul, dihina,
dipenjara, bahkan dibunuh tanpa berani bersuara. Apakah ini kemaslahatan yang dikehendaki oleh
syarak?! Sedangkan Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya binasa mereka yang sebelum kamu kerana mereka itu apabila seorang yang
dianggap mulia dalam kalangan mereka mencuri dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah
mencuri, mereka laksanakan hukuman ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad
mencuri nescaya aku potong tangannya

31
Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih
32
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
14

Jadi, sejak bila pula, Islam menyatakan jika pemerintah melakukan kezaliman kita hanya
diam dan bersabar! Malang sekali jika manusia di Barat dan Timur yang tidak muslim menentang
pelanggaran hak asasi rakyat, tiba-tiba ada kelompok agama dalam Islam yang menyatakan
kezaliman pemerintah dihadapi dengan diam, sabar dan taat kerana itu ajaran Islam!

Huraian Hadis
Hadis tentang taat dan patut sekalipun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada
keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakkan yang lebih besar
seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita
tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. Ini terutama di zaman dahulu yang
terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah regim-regim yang zalim yang hanya
merugikan para penentang dan negara secara umumnya. Namun, apabila dunia berubah. Negara-
negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. Juga, apabila negara-
negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain
membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh
dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan
persetujuan antarabangsa. Maka, konteks hadis sudah berbeza. Islam bukanlah agama yang
memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri.
Bagaimana mungkin rakyat tidak boleh membalaskan tindakan pemerintah melalui saluran
keadilan dan tuntutan yang wajar, sedangkan dalam hadis, Nabi s.a.w sendiri sebagai pemerintah
mengizinkan diri baginda dibalas. Ini seperti hadis yang diriwayatkan Ibn Ishak dalam sirahnya, ia
disahihkan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah bahawa ketika Rasulullah membetulkan saf
perang Badr dengan anak panah baginda, lalu baginda mencucuk perut Sawad bin Ghaziyyah, maka
Sawad berkata:

Wahai Rasulullah! Engkau telah menyakitiku dan demi Allah yang mengutuskanmu dengan
kebenaran dan keadilan, beriku untuk membalasnya. Rasulullah s.a.w menjawab: Balaslah. Kata
Sawad: Wahai Rasulullah! Semasa engkau mencucukku, aku tidak berlapik. Maka Rasulullah s.a.w
pun menyingkap perut baginda dan bersabda: Balaslah. Lalu Sawad memeluk dan mencium perut
Nabi s.a.w. Baginda bertanya: Mengapa engkau buat begini wahai Sawad?. Beliau menjawab:

33
Riwayat Abu Nuaim al-Asfahani, Marifah al-Sahabah 10/71. Al-Hafiz Ibn Hajar alAsqalani menyebut kisah ini ketika
menterjemahkan Sawadah bin Amr ataupun disebut juga Sawad bin Amr (lihat: Ibn Ibn Hajar al-Asqalani, Al-Isabah fi
Tamyiz al-Sahabah, 3/188. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah t.t) Al-Albani menilai sanad kisah ini yang diriwayatkan juga
oleh Ibn Ishaq sebagai bertaraf hasan. (lihat: Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 6/808. Riyadh: Maktabah al-Maarif li al-
Nashr wa al-Tauzi 1996)
15

Seperti yang engkau lihat, aku ingin agar saat akhir aku denganmu, kulitku menyentuh kulitmu.
Lalu Rasulullah s.a.w pun mendoakan kebaikan untuknya.
Rasulullah s.a.w yang merupakan seorang nabi dan pemerintah, jauh lebih mulia dari semua
pemerintah mengizinkan diri dibalas atas tindakannya, bagaimana mungkin ada pihak boleh
menyatakan tindakan pemerintah tidak boleh dipertikai atau dibawa ke mahkamah, atau
dibicarakan atau dituntut kesalahannya oleh rakyat!
Menariknya al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H) yang terkenal sebagai tokoh
literalist (zahiri) tidak begitu literal dalam menghuraikan hadis di atas. Kata Ibn Hazm mengulas
kenyataan sesetengah pihak di zamannya yang menyuruh rakyat taatkan pemerintah berdalil hadis
tersebut:

Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w agar bersabar atas pengambilan harta dan
pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang
sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar adapun jika dengan cara yang batil maka
berlindung dengan Allah untuk Rasulullah s.a.w menyuruh bersabar untuk itu. Dalilnya firman Allah:
Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam dosa
dan permusuhan. Kita tahu bahawa kalam Rasulullah tidak akan menyanggahi kalam
Tuhannyamaka sah bahawa apa yang Rasulullah s.a.w sabda adalah wahyu dari sisi Allah azza wa
jalla, tiada perbezaan, tiada percanggahan dan pertentangan. Jika demikian maka sesuatu yang
yakin tanpa syak yang diketahui oleh setiap muslim bahawa mengambil harta muslim ataupun
zimmi tanpa cara yang sebenar dan memukul belakangnya tanpa kesalahan yang sebenar adalah
dosa, permusuhan dan haram. Sabda Nabi s.a.w: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah
kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari). Maka tiada syak dan perbezaan pendapat
kalangan muslimin bahawa orang yang menyerahkan hartanya untuk perampas secara zalim,
memberikan belakangnya untuk dipukul secara zalim sedangkan dia mampu untuk menghalang hal
itu dengan apa cara yang mungkin, maka itu adalah pertolongan kepada orang yang menzaliminya
atas dosa dan permusuhan, dan ini haram dengan nas al-Quran
Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa
dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan yang diperintah oleh Islam untuk diwujudkan?
Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama?

34
Ibn Hazm, Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, 4/133. Kaherah: Maktabah al-Khaniji.
16

Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu! Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan
muslim seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w:

"Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk
dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri
ini (Mekah).
Nabi s.a.w juga menyebut:
Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid

Umat Mempertahankan Harta Rakyat
Di sini disebutkan beberapa contoh bagaimana golongan salaf dan ulama mempertahankan
harta rakyat. Mereka tidak pernah menyatakan rakyat wajar membiarkan tindakan pemerintah
untuk mengambil harta rakyat secara zalim ataupun memukul belakang rakyat secara jahat.
Sebaliknya, umat ini telah bangkit membangkang tindakan kezaliman para penguasa dan
menyatakan pendirian secara terang dan terbuka. Berikut beberapa contoh;
i
Khalifah Umar bin al-Khattab suatu hari pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya
pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata:

Wahai manusia dengarlah! Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: Kami tidak mahu dengar.
Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman? Jawabnya: Engkau berikan kamu semua seorang
sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai. Kata Umar: Jangan tergesa-gesa wahai Salman.
Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: aku menyerumu dengan nama Allah,
bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku.
Jawabnya: Ya!. Maka kata Salman: Sekarang kami akan dengar.

35
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
36
Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
37
Ibn Qutaibah, Uyun al-Akhbar, 1/55. Kaherah: al-Haiah al-Misriyah al-Ammah li al-Kitab.
17


ii
Dalam riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir:

Muawiyah bin Abi Sufyan r.a (khalifah ketika itu) menaiki mimbar pada hari Jumaat, dia berkata
dalam khutbahnya: Harta ini (kerajaan) adalah harta kami, dan harta fai (yang diperolehi melalui
peperangan) juga harta kami. Kami berikan kepada sesiapa yang kami mahu, dan kami tidak berikan
kepada sesiapa yang kami mahu. Tiada seorang pun yang menjawabnya. Apabila tiba jumaat yang
kedua, dia mengucapkan perkara yang sama. Tiada siapa pun menjawabnya. Pada jumaat yang
ketiga dia berkata perkara yang sama, lalu seorang lelaki yang hadir dalam masjid itu bangun dan
berkata: Sama sekali tidak! Harta ini adalah harta kami (rakyat) dan fai ini adalah fai kami (rakyat).
Sesiapa yang menghalang antaranya dengan kami, kami hukumnya dengan pedang-pedang kami.
Apabila selesai solat, Muawiyah memerintahkan lelaki itu berjumpa dengannya. Orang ramai
berkata: Habislah dia. Kemudian orangramai masuk dan mendapati dia duduk bersama
Muawiyah di atas tempat duduknya. Muawiyah berkata kepada orang ramai: Dia ini telah
menghidupkanku (memberikan kebahagian), semoga Allah menghidupkannya. Aku mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada
siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun. Kata
Muawiyah: Aku bercakap pada jumaat pertama, tiada siapa pun menjawabku, maka aku takut aku
termasuk dalam kalangan mereka. Kemudian pada jumaat yang kedua, tiada siapapun
menjawabku, maka aku pun berkata: Aku termasuk dalam kalangan mereka. Aku bercakap pada
jumaat ketiga lelaki ini bangun menjawabku. Dia hidupkan (bahagiakan) daku, semoga Allah
menghidupkannya
38
.
iii
Al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk
memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi
musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana
mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan
jihad. Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa

38
Riwayat al-Tabarani dalam al-Mujam al-Kabir. Al-Albani menilainya pada taraf hasan. (lihat: al-Albani, Silsilah al-
Ahadith al-Sahihah, 4/298)
18

berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu
sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya
kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau
dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan
kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba
lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus
hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu
semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha
perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang,
harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu.
Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut
jalan nabiNya s.a.w.
39

iv
Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan
Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi
melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk
menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati
Raja Qazan berkenaan. Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan:
Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai
ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu
adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun
engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan. Kemudian berlangsunglah dialog
antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang
hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn
Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: Mengapa engkau tidak mahu makan?.
Jawab Ibn Taimiyyah: Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke
atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong
daripada pokok-pokok milik orangramai!. Kata Raja Qazan: Berdoalah untukku. Kata Ibn
Taimiyyah: Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan
kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-
nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya.
Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing
mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: Mengapa kamu semua
mengangkat jubah?. Jawab mereka: Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti
darah engkau akan terkena jubah kami. Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata

39
Abd al-Ghani al-Daqar, Al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam
19

kepada Ibn Taimiyyah: Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan
engkau lagi. Jawab Ibn Taimiyyah: Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi.
40


Kesimpulan
Nas-nas yang berkaitan politik dalam Islam hendaklah dibaca dengan melihat teks dan
konteks, memahami yang tersurat dan yang tersirat. Pemikiran maqasidi amatlah dituntut dalam
menafsirkan nas-nas siyasah dalam syariah. Jika tidak, tujuan siyasah iaitu penegakan maslahah
akan hilang. Mustahil Allah dan rasulNya menetapkan perkara-perkara yang merosakkan
kemaslahatan manusia, mengizinkan kezaliman dan penindasan. Teks politik yang terkandung
dalam al-Quran dan al-Sunnah bertujuan untuk menegakkan maslahah dan menghalang mafsadah.
Jika huraian mengenai teks berkenaan tidak mencapai tujuan tersebut, bererti huraian itu tersasar
dari maksud yang sebenar.
1 pm/ 11 Sept 2012.






40
Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah t.t.

Anda mungkin juga menyukai