Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP SATU NAMA TAJUK SEKOLAH : ANGIE AILEENIE : ANAK MONYET MAHU BULAN : SK BUKIT ARIP,

SELANGAU

Pada zaman dahulu, ada seekor anak monyet yang sangat majna. Dia mahu apa-apa benda sahaja yang dilihatnya. Pada suatu hari, anak monyet melihat bulu burung merak yang sangat cantik. Dia menangis kerana mahu bulu itu. Hmmmmmmmmm. Saya mahu bulu yang cantik seperti burung merak. Saya mahu bulu yang cantik seperti burung merak. Ibu monyet berasa kasihan melihat anaknya menangis. Dia terus pergi berjumpa dengan burung merak. Merak merak berikan saya sehelai bulu, untuk diberikan kepada anak saya. Burung merak pun bersetuju lalu mencabut sehelai bulu pada ekornya. Setelah mendapat bulu burung merak, anak monyet pun mengikat bulu burung merak pada ekornya. Dia berlari ke sana ke mari untuk menunjuk-nunjuk bulu yang sangat cantik itu. Pada hari yang lain pula, anak monyet melihat telinga arnab yang panjang. Telinga itu sungguh melucukan. Wah, panjangnya, sungguh lucu! Hahaha Dia terus meminta telinga itu daripada arnab. Arnab berkata, Saya tidak boleh memotong telinga saya untuk diberikan kepada awak. Apabila arnab tidak mahu, anak monyet pun mengguling-guling di atas tanah sambil menangis lalu menjerit-jerit, Saya mahu telinga yang panjang, saya mahu telinga arnab. Jerit anak monyet. Arnab sangat takut lalu melarikan diri. Seja hari itu, tiada sesiapa yang ingin bermain-main dengan anak monyet. Dia menjadi kera sumbang. Pada suatu malam, anak monyet melihat bulan yang tinggi di langit. Bulan itu besar lagi terang. Dia meminta bulan itu daripada ibunya dengan

berkata, Ibu, saya mahu bulan, saya mahu bulan yang tinggi di langit. Ibu monyet berkata, Ibu tidak boleh mengambil bulan itu, bulan itu terlalu tinggi di langit. Anak monyet pun menangis lagi, dia tetap mahu bulan itu. Ibu monyet berfikir mencari akal Hmmmmm macam mana ya? Haaaa, Tidak lama kemudian, ibu monyet mendapat akal. Dia ingin mengait bulan yang ada di dalam air dengan sebatang kayu. Ketika mengait bulan yang ada di dalam air, ibu monyet terjatuh sambil menjerit meminta tolong, Tolongtolongtolong jerit ibu monyet. Mujurlah sepasang angsa yang sedang berenang-renang di kolam itu terdengar jeritan ibu monyet lalu menolongnya. Ibu monyet mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ekor angsa itu. Pengajarannya kawan-kawan, kita jangan terlalu memanjakan anak kerana anak yang manja akan menyusahkan ibu bapa. Kita juga perlu menolong orang yang berada dalam kesusahan. Sekian, terima kasih.

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP DUA NAMA : CATHERINE AMPAK AK THOMAS TAJUK : HANSEL DAN GRETAL SEKOLAH : SK BUKIT ARIP, SELANGAU

Pada zaman dahulu, tinggal seorang peladang bersama isteri muda dan duo orang Gretel. Pada suatu pagi, ibu tiri Hansel dan Gretel membawa mereka ke hutan dan tinggalkan mereka di sana dengan harapan mereka akan dibaham oleh binatang buas. Hansel seorang buda yang bijak. Semasa masuk ke hutan bersama ibu tirinya, dia telah mencampak rotinya sepanjang jalan sebagai tanda supaya tidak sesat semasa pulang. Tetapi Hansel dan Gretel kecewa kerana roti yang ditinggalkan sebagai tanda telah habis dimakan oleh burung dan tupai di hutan itu. Hansel dan Gretel duduk di bawah sebatang pokok dan menangis kerana tidak dapat mencari jalan pulang. Semasa merayau-rayau di hutan itu, mereka terjumpa sebuah pondok dibuat daripada pelbagai jenis biskut dan kuih. Kuih-kuih ini nampak lazat, kata Hansel sambil menarik sebatang coklat yang panjang dari bumbung pondok itu. Tiba-tiba muncul seorang ahli sihir yang jahat dan berkata, Oh, rupa-rupanya kamu berdua yang mencuri dari pondok saya! Perempuan jahat itu mengheret Hansel ke dalam pondok itu dan berkata, Saya akan menggemukkan kamu sebelum saya makan kamu. Ahli sihir itu mengurung Hansel di dalam sebuah bilik. Manakala Gretel pula telah dipaksa untuk bekerja di rumah itu. anaknya yang bernama Hansel dan Gretal. Peladang amat menyanyangi anak-anaknya tetapi isterinya pula benci akan Hansel dan

Bagaimana kita hendak melepaskan diri daripada cengkaman ahli sihir itu? tanya Gretel. Nampaknya, kita tidak dapat melepaskan diri, jawab Hansel dengan sedih. Pada suatu hari, ahli sihir itu menyiapkan dapurnya lalu berkata, Saya mahu makan abang kamu hari ini. Gretel menjadi terlalu sedih mengenangkan nasib abangnya, Hansel. Apabila ahli sihir itu sedang sibuk

menyiapkan dapurnya, Gretel dengan tangkas menolaknya ke dalam api. Maka, perempuan tua yang jahat itu pun mati terbakar. Gretel Berjaya menyelamatkan Hansel. Mereka pun mengambil semua barang berharga dari rumah ahli sihir itu. Hansel dab Gretel Berjaya pulang ke rumah mereka. Ibu tiri mereka sudah meninggal dunia. Mereka hidup bahagia bersama ayah mereka. Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita tadi ialah kita hendaklah hidup sayang-menyanyagi dan perlu bijak berfikir untuk menyelesaikan masalah. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai