Anda di halaman 1dari 12

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5 SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18 (1) BIL.

5/ 2014 Tarikh Waktu Tempat Hadir: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. : 14 Mac 2014 (Jumaat) : 8.30 malam : Dataran Nilam SKPP 18(1)

Pn. Salmiah Hashim En. Ayob Ibrahim En. Mohd. Effandi Othman Pn. Wan. Nor Afni Wan Mustama En. Ahmad Fakarudin Abdul Wahab En. Azliza Mat Saat En. Saiful Afzan Abd. Rashid Pn. Nor Hana Nordin Pn. Julia Zainira Zaimon Dr. Shamsudin Mohamad Pn. Salwani Abdullah Pn. Khadijah Ismail Pn. Roslina Abdul Rahman Pn. Zaharah Hashim Che Rozi Hassan Pn. Nor Izuana Mohd. Jaya Pn. Samsidar Mohd. Nahrawi Pn Nor Bizura Abdul Hamid En. Mansur Mohd. Yunus En. Ahmad Bustamam Mohd Ali En. Mohd Ariff Latif En. Mohd Azriq Mohamad Yunus En. Abdul Karim Che Dollah En. Mohd Afham Abdul Ghaffar En. Mohd Azrani Asran En. Ruzeze Harun En. Zuhairizam Abd. Rahman Cik Nurul Ain Wahida Abu Bakar Cik Gayah Abdullah Pn. Ainul Hayati Inche Md. Shamsudin Pn. Ainul Azreen Ishak Pn. Asnani Asudin Pn. Azida Badaruddin Pn. Amiratun Nadiyah Ayub Pn. Engku Noraini Engku Abdullah Pn. Fateha Alia Abdul Malek Pn. Farhana Shariff Pn. Fairus Dora Abdul Malek Pn. Azimah Mansor Pn. Hasmira Diana Hassan Pn. Haizum Farhana Badaruddin Pn. Jamunarani a/p Marimuthu

( Guru Besar/ Ex-Officio ) ( YDP PIBG ) ( Setiausaha Kehormat ) ( Bendahari Kehormat-Wakil ) ( Guru- AJK PIBG ) ( Guru- AJK PIBG ) ( Guru- AJK PIBG ) ( Guru- AJK PIBG ) ( Guru- AJK PIBG ) ( Ibu Bapa- AJK PIBG ) ( Ibu Bapa- AJK PIBG ) ( Ibu Bapa- AJK PIBG ) ( Guru- GPK 1) ( Guru- GPK HEM ) ( Guru- GPK KO ) ( Biro ) ( Biro ) ( Biro ) ( Biro ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru )

43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80. 81. 82. 83. 84. 85. 86. 87. 88. 89. 90. 91. 92. 93. 94.

Pn. Maizah Fadillah Kamisan Pn. Masyitah Khalib Pn. Munauwarah Saamin Pn. Nur Nazihah Mohd. Nasharudin Pn. Nik Zafifah Nik Osman Pn. Normadiah Omar Baki Pn. Noorasmaliza Badrudin Pn. Nor Nazifah Mat Adenan Pn. Norjalilah Abd. Jalil Cik Nurliyana Noradzman Pn. Nur Azmawati Azlan Pn. Nurrulhidayah Yusof Pn. Nur Halinna Abdul Rahman Pn. Nurul Farinah Jamaludin Pn. Rafizah Sulaiman YM Raja Emy Norisma Raja Samsudin Pn. Rohani Abdullah Pn. Ramona Md. Ramli Pn. Rohidah Abdullah Pn. Sukinah Mat Darus Pn. Shaziera Hussain Pn. Shafarina Yati Sahbudin Pn. Salawati Md. Tajubdin Pn. Surya Intan Ibrahim Cik Sodah Saad Pn. Siti Noor Aisyah Hadrun Pn. Sitie Sarah Mustaffa Pn. Wan Fathiyah Wan Lah@ Abdullah Pn. Yusmarina Yum Pn. Zahilah Alyani Hashim En. Azmi Mohd. Amin En. Aedy Akmal En. Abdul Wahab Zara En. Abd. Wahab Zain En. Abdul Halim Hashim En. Abdullah Mohamad En. Ahmad Fairuz Mohd. Puzi En. Ahmad Faiz Hasan En. Azizi Mohd. Arifin En. Azman Mohd. Yusof En. Ali Abdillah Abdullah En. Faizal Shah Abd. Fatah En. Halimi Md. Hussain En. Hamzah Nordin En. Hasnan Harun En. Jamaludin Alias En. Jamaluddin Daim En. Kamarul Abu Bakar En. Madzlan Ali En. Mazri Wazip Bidin En. Mior Abdullah En. Mahusin Yaacob

( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Guru ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa )

95. 96. 97. 98. 99. 100. 101. 102. 103. 104. 105. 106. 107. 108. 109. 110. 111. 112. 113. 114. 115. 116. 117. 118. 119. 120. 121. 122. 123. 124. 125. 126. 127. 128. 129. 130. 131. 132. 133. 134. 135. 136. 137. 138. 139. 140. 141. 142. 143. 144. 145. 146.

En. Mohd. Azhar Sakti En. Mohd. Ramesh Khrisna En. Mohamad Shukry Sulaiman En. Mohd. Izani Che Jaafar En. Mohd Fahmi Roslan En. Mohd. Rizal Ramli En. Mohd. Khairulnizam Mohd. Zain En. Mohd. Adli Ismail En. Mohd. Taufik Harun En. Mohammad Haji Yaacob En. Muhammad Hazam Hajanan En. Muhamad Zaidi Abd. Wahab En. Noor Haizam Hussin En. Noor Ansari Abd. Razak En. Razak Jantan En. Samari Saring En. Shahrul Najif Jaafar En. Shafarin Nasuredin En. Shamsuri Mohd. Said En. Zahiruddin Fitri Abu Hassan En. Zamzam Amar@ Omar Pn. Ainol Zuhaida Zainal Abidin Pn. Farah Wahida Abdullah Pn. Hasmawaty Mohd. Hashim Pn. Halimah Ali Pn. Izuana Mohd. Jaya Pn. Ku Zarina Ku Majid Pn. Khatijah Yaacob Pn. Laila Abd. Majid Pn. Maslah Harbi Pn. Mazriyah Abd. Wahab Pn. Norhana Haji Alias Pn. Norli Miskom Pn. Norlida Mohd. Daud Pn. Norazlin Abdullah Sani Pn. Nor Lilah Yusoff Pn. Rahimah Abd. Razak Pn. Rosnah Abdullah Pn. Rosita Hud Pn. Rosa Adrianne Anuar Pn. Rohani Mohd. Salim Pn. Roslawati Ibrahim Pn. Salwani Abdullah Pn. Siti Aishah Abd. Kadir Pn. Siti Syahada Abd. Rahim Pn. Siti Aminah Abdullah Pn. Siti Fadzliana Mohd. Asri Pn. Siti Khadijah Ismail Pn. Wan Zamaria Wan Mohd. Zahmeer Pn. Zaleha Azi Pn. Zaliha Masahari Pn. Zunaidah Daud

( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa ) ( Ibu Bapa )

AGENDA: 1.0 Ucapan Penasihat/ ExOfficio

1.1 Guru Besar merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan guruguru yang sudi hadir dan amat berbesar hati dengan kehadiran Yang DiPertua PIBG. Memaklumkan sekolah telah dibuka pada tahun 2009 kini memuatkan seramai 1280 orang murid. Gabungan yang mantap ibu bapa ke arah mencapai kejayaan anak-anak selain ibu bapa menunjukkan teladan yang baik untuk anak-anak. Pihak sekolah mengharapkan agar ibu bapa dapat memastikan anak-anak untuk mematuhi peraturan sekolah dengan hadir awal sebelum pukul 7.30 pagi. Dengan mematuhi peraturan hadir awal ke sekolah, dapat membentuk sahsiah dan peribadi yang lebih baik kepada murid. Selain itu, beliau memohon kenderaan ibu bapa tidak menghalang laluan keluar masuk pintu pagar sekolah sewaktu mengambil dan menghantar anak ke sekolah. Ibu bapa juga tidak dibenarkan untuk memberi makan dan minum anak-anak di Laman Nilam untuk mengelakkan kawasan berkenaan kotor dengan sampah dan sisa makanan. Sebaliknya kemudahan kantin boleh digunakan untuk tujuan berkenaan. Ibu bapa dimohon membaca edaran yang diberikan berkaitan i-THINK yang merupakan rintis di sekolah Putrajaya. Pengetahuan mengenai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau HOTS juga perlu diketahui ibu bapa. Ia merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kearah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Sikap hormat murid yang semakin kurang terhadap guru-guru adalah dipandang serius. Murid perlu lebih menghormati guru agar ilmu yang diperolehi lebih diberkati. Menjadi harapan pihak sekolah agar ibu bapa dapat berkerjasama dengan pentadbir sekolah supaya harapan dapatdirealisasi dengan lebih berkesan. 2.0 Ucapan Yang DiPertua PIBG

2.1 Yang DiPertua mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian kehadiran ibu bapa. Yang DiPertua PIBG memaklumkan bahawa Naib Yang Dipertua Dr. Mohd Mustafa Bin Awang Kecik tidak dapat hadir kerana ada urusan di luar negara. Beliau memohon maaf kerana mesyuarat PIBG tidak dapat diadakan di dewan kerana keadaan dewan yang tidak mengizinkan dan masih dalam proses penyelengaraan. Memaklumkan bahawa kelas tambahan yang diadakan pihak sekolah adalah untuk pencapaian murid-murid dan berharap ibu bapa dapat memberikan kerjasama untuk membayar yuran kelas tambahan yang ditetapkan. Beliau berpendapat, sekiranya murid mengambil kelas tambahan diluar, bayaran yang dikenakan adalah lebih mahal. Beliau dimaklumkan, masih terdapat ibu bapa yang tidak melaksanakan bayaran kelas tambahan tersebut. Peningkatan kelulusan 5A dalam pencapaian UPSR sekolah setiap tahun amat membanggakan. Bilangan murid yang memperolehi 5A pada tahun 2011 seramai 8 orang, tahun 2012 seramai 16 orang, manakala tahun 2013 adalah seramai 19 orang. Kini sekolah berada ditangga ke lima terbaik di peringkat Putrajaya. Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak Guru Besar demi pencapaian sekolah.

Terdapat rungutan ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan loker di sekolah. Murid-murid terpaksa membawa beg sekolah dengan muatan yang berat. Memaklumkan bekalan loker yang diberikan oleh Kementerian adalah sekali sahaja. Segala perbelanjaan mengenai penyelenggaraan loker tersebut adalah tanggungjawab PIBG sekolah. Maka PIBG sekolah perlu memikirkan bagaimana untuk memperolehi dana untuk memperbaiki loker yang rosak dengan bilangannya banyak. Sumbangan PIBG satu keluarga sebanyak RM50 yang dikutip adalah bertujuan untuk pembangunan sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang sudi mendermakan lebih daripada RM50. Perkhidmatan tong sampah juga diambil perhatian. PIBG berhasrat untuk membeli tong sampah bertutup. Kosnya agak mahal, tetapi akan diusahakan. Beliau memaklumkan, memandangkan keadaan cuaca panas, murid mengalami gangguan silau cahaya matahari sewaktu aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Justeru, PIBG berusaha untuk menyediakan langsir dalam waktu terdekat. Laporan aktiviti sekolah pada tahun 2013 terdapat didalam edaran yang diberikan kepada ibu bapa. Terdapat lebih 20 aktiviti telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pada tahun ini penekanan diberikan kepada murid-murid bermula Tahun 4. Perhatian diberikan pada peringkat awal agar pemahaman murid-murid lebih mendalam sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Cadangan untuk membina bumbung di tapak perhimpunan telah diajukan kepada pihak Kementerian. Kos pembinaan menelan belanja sebanyak RM200 ribu. Sekiranya ada peruntukkan yang lebih, pihak sekolah berhasrat untuk mengadakan papan tanda LED yang boleh dibaca oleh ibu bapa dari luar kawasan sekolah. Sekiranya dapat diralisasikan, pihak sekolah amat bersyukur kerana ia merupakan salah satu pembangunan sekolah. Beliau memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga perjumpaan ini adalah pembentangan usul yang telah diterima oleh pihak sekolah dan usul-usul baru (jika ada). Beliau juga memaklumkan tentang pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2013/2014 serta lantikan baru bagi AJK PIBG bagi sesi 2014/2015. Beliau juga berharap agar semua ibu bapa sentiasa menyokong pihak sekolah dan memberikan kerjasama yang baik untuk setiap program yang akan dianjurkan pada tahun 2014. 2.2 Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-5 bagi Tahun 2014 oleh YDP PIBG, En. Ayob bin Ibrahim. 3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-4 tahun 2013

3.1 Setiausaha Kehormat memohon ahli meneliti ejaan nama pada senarai kehadiran ke mesyuarat. 3.2 En. Azmi Mohd. Amin mencadangkan minit mesyuarat disahkan. En. Ali Abdillah Abdullah menyokong agar minit mesyuarat disahkan. 4.0 Pembentangan laporan / penyata 4.1 Laporan aktiviti tahunan PIBG tahun 2013. 4.1.1 Setiausaha Kehormat, En. Mohammad Effandi Othman membentangkan laporan aktiviti PIBG bagi tahun 2013. Ibu bapa diminta melihat buku mesyuarat masing-masing iaitu bermula halaman 18 hingga 25. Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan adalah gabungan

keseluruhan aktiviti yang melibatkan tajaan PIBG dan aktiviti yang hanya PIBG jemputan sahaja.

sebagai Makluman

5.0

Laporan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2013

5.1 Wakil Bendahari Kehormat, Pn. Wan Nor Afni Mustama membentangkan laporan penyata kewangan. Ibu bapa diminta melihat penyata kewangan pada halaman 37 menunjukkan jumlah perbelanjaan yang berakhir pada 31/12/2013 berjumlah RM19,686.00, baki ditangan RM929.30 dan baki di bank berjumlah RM63880.07. Tiada kutipan yuran dibuat untuk tahun 2014 . 5.2 Pengesahan penyata kewangan yang dicadang oleh En. Adli Ismail dan disokong oleh Pn. Zaleha Ali. Makluman 6.0 Sumbangan Yuran Persekolahan

6.1 Yang DiPertua PIBG, En Ayob Ibrahim memohon agar sumbangan yuran PIBG sekolah berjumlah RM50 (satu isi rumah) dikekalkan memandangkan keperluan untuk keseimbangan pencapaian Akademik dan Kokurikulum sekolah. 6.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan bayaran sumbangan yuran adalah RM50. Tindakan : Ibu bapa dan Bendahari 7.0 Usul-usul yang telah diterima

Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima 21 usul ibu bapa yang dipilih melalui perbincangan usul bersama PIBG pada 12 Mac 2014 lalu. Usul-usul ini akan dikemukakan untuk pembentangan. Namun usul akan dikecualikan sekiranya ahli (Pemberi usul) tidak hadir. 7.1 En. Mohd. Fauzi Haji Ismail. Mencadangkan agar Mesyuarat Agung diadakan pada waktu siang. Guru Besar : Memaklumkan bahawa dewan sekolah menengah telah mengalami kerosakan dan dalam proses penyelenggaraan. Beberapa kekangan lain turut berlaku dan pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan Mesyuarat Agung pada waktu malam. 7.2 En. Mohd. Izani Md. Jaafar. 7.2.1 Mencadangkan agar kelas tambahan diadakan pada waktu malam dan dikenakan yuran yang berpatutan.

Guru Besar : Memaklumkan bahawa sememangnya pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan pada waktu malam khususnya untuk murid tahun 6. Kelas tambahan malam untuk murid tahun 5 akan dipertimbangkan dengan kadar bayaran yang munasabah. 7.3 En. Faizal Shah Abd. Fatah. 7.3.1 Mencadangkan agar ibu bapa dibenarkan masuk ke sekolah sewaktu hujan untuk menghantar anak-anak. 7.3.2 Menyediakan lama sosial facebook sebagai medium komunikasi.

Guru Besar : Memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak menghalang ibu bapa untuk masuk ke kawasan sekolah tujuan menghantar anak-anak sekiranya berlaku hujan. Berkaitan cadangan mewujudkan laman facebook, perkara ini telah dibangkitkan pada Mesyuarat Agung yang lepas dan kurang bersetuju kerana akan memberi banyak impak yang negatif.

7.4 En. Zahiruddin Fitri Abu Hassan. 7.4.1 Mencadangkan agar PIBG menerbitkan newsletter 3 kali setahun yang berperanan sebagai medium komunikasi ibu bapa dan sekolah. 7.4.2 Mencadangkan agar PIBG menyediakan borang untuk diedarkan kepada ibu bapa dengan menyatakan bidang kepakaran masing-masing dan memohon ibu bapa ini membantu memajukan sekolah. 7.4.3 Menyatakan banyak buku latihan tidak digunakan dan memohon pihak sekolah meneliti perkara ini. Guru Besar : Memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan medium komunikasi seperti blogspot rasmi sekolah dan memohon ibu bapa senantiasa melayari info dan hebahan terkini di laman berkenaan. Selain itu, ibu bapa boleh menelefon pihak sekolah untuk sebarang pertanyaan. Namun, pihak sekolah akan mempergiatkan penyampaian info melalui pelbagai medium lagi. 8.0 Usul-usul Baharu

En. Muhd. Zaidi bin Abd. Wahab. 8.1 Dana Tambahan Melalui Pelbagai Program

Memaklumkan bahawa sumber tabung PIBG hanya melalui sumbangan yuran sahaja. Beliau mencadangkan bahawa diadakan program-program seperti hari terbuka dan sebagainya bagi mendapatkan dana tambahan. Guru Besar : Mengucapkan terima kasih dan memaklumkan bahawa PIBG menerima usul ini dan akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG untuk tahun ini. Tindakan : AJK

8.2 8.2.1

Pemasalahan Loker En. Mohd. Rizal bin Ramli.

Memaklumkan bahawa murid menghadapi masalah bebanan membawa buku ke sekolah berikutan loker tidak dapat digunakan. 8.2.2 En. Ayob Ibrahim.

Memohon pihak sekolah mempertimbangkan untuk membuat sewaan loker sebanyak Rm20 setahun bersama deposit. Selain wujud rasa tanggungjawab ibu bapa dan murid, sewaan ini boleh digunakan untuk kerja membaikpulih loker sekiranya berlaku kerosakan. 8.2.3 Pn. Salwani Abdullah.

Memaklumkan bahawa hanya sekolah di Putrajaya sahaja yang menawarkan loker secara percuma kepada murid-murid. Beliau memklumkan terdapat sekolah di Subang Jaya yang menetapkan penyewaan loker dan SKPP 18(1) boleh mempertimbangkan untuk tujuan ini. 8.2.4 En. Mohd. Zaidi.

Memohon agar tiada penyewaan loker dibuat sebaliknya mencadangkan ibu bapa membeli sendiri loker dan sekiranya berlaku kerosakan, adalah dibawah tanggungjawab ibu bapa untuk membaikpulih . 8.2.5 Pn. Izuana Mohd. Jaya.

Mencadangkan agar penggunaan loker dimansuhkan sekiranya wujud pemasalahan. Guru Besar : Memaklumkan bahawa kemudahan loker disertakan bersama bangunan sekolah pada tahun 2009. Jumlah loker adalah mengikut kapasiti murid pada tahun berkenaan yang berjumlah hanya 300-500 murid sahaja. Pada tahun 2013/14, sekolah mengalami pertambahan murid secara mendadak kepada 1000 murid. Pemasalahan kekurangan loker timbul apabila berlaku kerosakan dan tiada kos penyelengaraan loker disediakan. Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa dan akan dimaklumkan kelak. Tindakan : AJK 8.3 8.3.1 Keselamatan di Luar Kawasan Sekolah En. Mazri Nazip Bidin.

Memaklumkan bahawa tiada kawalan lalulintas di hadapan sekolah dan memohon penjelasan daripada pihak sekolah. 8.3.2 En. Shahrul Najif Jaafar.

Mencadangkan agar ibu bapa turu melibatkan diri dan tidak mengharapkan pengawal keselamatan dan guru sahaja.

8.3.3

Pn. Wan Zamaria Wan Mohd. Zahmeer.

Pemasalahan dilihat apabila murid menunggu bas terlalu lama, Beliau memaklumkan bahawa perlu ada perbincangan bersama pihak polis, Nadiputra dan Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama YDP sekolah menengah. Guru Besar : Memaklumkan bahawa perkara ini adalah dibawah bidang kuasa pihak polis dan pihak Perbadanan Putrajaya. Namun beliau memohon ibu bapa turut sama melibatkan diri berkaitan perkara ini. YDP : Merakamkan ucapan terima kasih atas keperihatinan ibu bapa dan memaklumkan perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG dan akan dihebahkan kepada komuniti kelak. Tindakan : AJK 8.4 8.4.1 Keceriaan dan Keselamatan Sekolah Pn. Izuana Mohd. Jaya

Memaklumkankan ada dalam kalangan ibu bapa yang membuang sampah di kawasan pokok sekitar sekolah. Beliau berharap agar ibu bapa memberi kerjasama dalam soal kebersihan agar dapat dicontohi oleh anak-anak. 8.4.2 Mencadangkan agar diwujudkan akujanji untuk ibu bapa untuk mematuhi peraturan sekolah. 8.4.3 Mencadangkan agar mewujudkan program Jalinan Ibu Bapa. Program boleh diadakan mengikut sesi yang mana ibu bapa akan hadir ke sekolah untuk membincangkan prestasi anakanak. Guru Besar : Memaklumkan bahawa pihak sekolah memohon jasa baik ibu bapa untuk menjaga kebersihan sekitar sekolah. Perkara-perkara lain akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kelak. Tindakan : AJK 8.5 8.5.1 Penetapan Waktu Balik En. Mohd. Fahmi Roslan

Memaklumkan bahawa anak beliau telah ditahan sewaktu balik oleh guru mungkin kerana masalah disiplin. Justeru, anak beliau telah ditinggalkan van kerana pemandu berpendapat anak tiada. Beliau terpaksa bergegas dari tempat kerja yang jauh untuk menjemput anak. Beliau memohon pihak sekolah meneliti perkara ini. Guru Besar : Memaklumkan bahawa pihak sekolah akan meneliti perkara ini dan akan membuat perbincangan dalam mesyuarat jawatankuasa nanti. Tindakan : AJK dan Guru Disiplin

8.6 8.6.1

Garis Panduan Disiplin En. Zahiruddin Fitri Abu Hassan

Memaklumkan bahawa pihak sekolah perlu mengikuti garis panduan dalam menentukan hukuman terutama merotan. 8.6.2 Pn. Fairus Dora Abd. Malek

Memaklumkan bahawa sebagai ketua guru disiplin, pihak sekolah telah menggunakan garis panduan dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kesalahan ringan jika diulang sebanyak tiga kali, akan disenaraikan sebagai kesalahan berat. Pihak sekolah juga menggunakan sistem SSDM (Sistem Disiplin Murid) yang diwujudkan oleh KPM yang berperanan sebagai rekod kesalahan murid secara online. Namun pihak sekolah memberi beberapa kelonggaran dalam pengisisan SSDM ini. Makluman 8.7 Usul Guru Besar

Memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mempertingkatkan disiplin dalam kalangan murid. Beliau mencadangkan agar setiap kesalahan murid yang berulang sebanyak tiga (3) kali, akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa. Surat tunjuk sebab akan dihantar kepada ibu bapa setelah dibuat salinan kepada Ydp. Tindakan : AJK dan Guru Disiplin 9.0 AJK PIBG bagi tahun 2013/ 2014 dibubarkan dan pemilihan baru dibuat berdasarkan undian 9.1.1 Guru Besar memohon persetujuan ahli untuk menjadi pengerusi sementara. Beliau memaklumkan terdapat kekosongan jawatan AJK berikutan ada diantara AJK terdahulu sudah tidak mempunyai anak yang bersekolah dan kedua kerana ketidakhadiran ahli jawatankuasa pada malam ini. 9.1.2 En. Adli Ismail mencadangkan agar Guru Besar mengerusi sementara mesyuarat dan disokong oleh Pn. Salwani Abdullah. 9.1.3 En. Mohd. Shukry Sulaiman mencadangkan agar Ahli Jawatankuasa PIBG 2013/2014 dikekalkan. 9.1.4 En. Noor Haizard Hussin menyokong mencadangkan agar cadangan lain ditutup. agar jawatan tersebut dikekalkan dan

9.1.5 En. Ayob Ibrahim mencadangkan Dr. Shamsudin bin Mohamad sebagai Yang Dipertua untuk sesi 2014/2015 dan disokong oleh Pn. Norazlin Abdullah Sani. 9.1.6 En. Ayob Ibrahim mencadangkan Pn. Salwani Abdullah sebagai Naib Yang Dipertua untuk sesi 2014/2015 dan disokong oleh Dr. Shamsudin Mohamad. 9.1.7 Lantikan Ahli Jawatankuasa ibu bapa dibuat melalui Dr. Shamsudin Mohamad mencadangkan En. Mohd Shukry Sulaiman dan disokong oleh En. Adli Ismail.

10

9.1.8 En. Mohd. Shukry Sulaiman mencadangkan En. Adli Ismail dan disokong oleh En. Azmi Mohd. Amin. 9.1.9 Dr. Shamsudin Mohamad mencadangkan En. Azmi Mohd. Amin dan disokong oleh Pn. Salwani Abdullah. 9.2..1 Pn. Norazlin mencadangkan Pn. Izuana Mohd. Jaya dan disokong oleh Pn. Siti Fazlina Mohd. Asri. 9.2.2 Che Rozi Husin mencadangkan En. Ali Abdlillah Abdullah dan disokong oleh En. Azmi Mohd. Amin 9.2.3 Pn. Mazriyah Abd. Wahab mencadangkan Pn. Siti Khadijah Ismail dan disokong oleh En. Faizal Shah Abd. Fatah. 9.2.4 Dr. Shamsudin Mohamad mencadangkan Pn. Norazlin Abdullah Sani dan disokong oleh En. Ayob Ibrahim. 9.2.5 Guru Besar mencadangkan Pn. Wan Zamariah Wan Zahmeer sebagai Juru Audit mewakili ibu bapa. Pn. Rohani Mohd. Salim mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh En. Mohd. Faizal Shah Abd. Fatah. 10.0 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas pelantikan tersebut dan secara rasminya, ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara dengan pelantikan tersebut di bawah bagi sesi 2014/ 2015: Yang DiPertua : Dr. Shamsudin bin Mohamad Naib Yang DiPertua : Pn. Salwani binti Abdullah Setiausaha Kehormat : En. Mohammad Effandi bin Othman Bendahari Kehormat : Pn. Farah Wahida binti Hj. Anuar En. Azliza bin Mat Saat ( AJK Guru ) En. Ahmad Fakaruddin bin Abd. Wahab ( AJK Guru ) En. Saiful Afzan bin Rashid ( AJK Guru ) Pn. Nor Salwati binti Abd. Wahid ( AJK Guru ) Pn. Julia Zainira binti Zaimon ( AJK Guru ) Pn. Nor Hana binti Nordin ( AJK Guru ) En. Hazri bin Latib (AJK Guru-Sarana) En. Mohamad Shukry bin Sulaiman ( AJK Ibu Bapa) En. Ali Abdillah bin Abdullah ( AJK Ibu Bapa) En. Adli bin Ismail ( AJK Ibu Bapa) En. Azmi bin Mohd. Amin ( AJK Ibu Bapa) Pn. Izuana binti Mohd. Jaya. ( AJK Ibu Bapa) Pn. Siti Khadijah binti Ismail ( AJK Ibu Bapa) Pn. Norazlin binti Abdullah Sani ( AJK Ibu Bapa) Pn. Wan Zamaria binti Wan Mohd. Zahmeer (Juruaudit Dalaman - Ibu Bapa) Pn. Norazlina binti Ahmad (Juruaudit Dalaman - Guru) Ucapan penangguhan Yang DiPertua mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran ibu bapa.

11.0 11.1

11.2 Mesyuarat Agung PIBG akan ditangguhkan pada satu masa yang akan ditentukan kelak.

11

12.0

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam. Semakan 1 oleh : .................................................. (PN. SALMIAH BINTI HASHIM) Guru Besar SK Putrajaya Presint 18(1)

Pencatat : ......... (EN. MOHAMMAD EFFANDI BIN OTHMAN) Setiausaha Kehormat PIBG SK Putrajaya Presint 18(1) Semakan 2 oleh : ............................................ (EN. SHAMSUDIN BIN MOHAMAD ) Yang DiPertua PIBG SK Putrajaya Presint 18(1)

12

Anda mungkin juga menyukai