Anda di halaman 1dari 11

LDK 1 : Draw in a row

Ketua Fasilitator : Dayang nur izzah munirah Alatan : Kertas dan pensil Rasional : Mengasah bakat melukis. Teliti dalam menyampaikan amanah yang jelas.

Bentuk aktiviti : Berkumpulan Cara pelaksanaan aktiviti: Seorang wakil dari ahli kumpulan akan melakukan 3 cabutan undian untuk setiap lukisan yang harus dilukis. Cabutan tersebut akan diserahkan kepada fasilitator yang bertugas dan fasilitator akan menunjukkannya kepada para peserta. Peserta pertama memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej melalui lukisan agar ahli kumpulan yang lain tahu apa yang harus dilukis. Peserta terakhir akan meneka lukisan apa yang telah dilukis oleh ahli kumpulannya. Masa pelaksanaan aktiviti : 10 saat untuk setiap ahli kumpulan melukis. Senarai lukisan yang harus dilukis oleh peserta : 1. Ikan buntal 2. Buaya 3. Harimau 4. Beruang 5. Kereta 6. Lori 7. Sayur 8. Kapal terbang 9. Badak 10. Pizza 11. Burger 12. Smartphone 13. Mangkuk tandas 14. Kasut tumit tinggi 15. Pokok kelapa 16. Ayam 17. Aiskrim 18. Penguin 19. Kamera 20. Topi

LDK 2 : Poret (Bercerita)


Ketua Fasilitator : Nur Atikah Binti Bujang Alatan : Kertas yang mengandungi teks cerita. Rasional ; Amanah dalam menyampaikan maklumat dan jangan menokok tambah akan sesuatu cerita yang didengar. Harus sentiasa ingat akan amanah yang telah diberikan dan sampaikan dengan cara yang betul. Pastikan sumber maklumat yang diperolehi itu adalah betul.

Bentuk aktiviti : Berkumpulan Cara pelaksanaan aktiviti: Setiap kumpulan akan diberikan satu cerita. Ahli kumpulan yang pertama memainkan peranan penting dalam mengingati peristiwa atau cerita yang telah diberikan kerana maklumat yang diterima akan disampaikan kepada ahli kumpulan yang kedua sehinggalah yang terakhir. Ahli kumpulan yang terakhir yang menerima maklumat akan menceritakan kembali cerita atau maklumat yang diterima kepada fasilitator yang bertugas. Masa pelaksanaan aktiviti : Tidak ditetapkan

LDK 3 : Pen dalam botol


Ketua fasilitator : Abdul Rahim Roslan Alatan : Pen, tali dan botol Bentuk aktiviti : Berkumpulan Rasional : Dalam setiap kumpulan, jemaah ataupun organisasi, akan ada seorang ketua, jadi sebagai ahli di bawah ketua, kita harus patuh dengan arahannya, buat apa yang

disuruh walaupun sesetngah itu memenatkan kita, tapi yang penting matlamat mesti tercapai. Ketua harus mainkan peranan yang penting untuk memberi arahan ataupun tunjuk ajar dengan tepat supaya orang yang kerja di bawahnya dapat menyiapkan sesuatu kerja dengan tepat dan mudah. Semua ahli dan ketua harus berpegang teguh antara satu sama lain, ukhuwah dan ikatan mesti kuat. tali yang dipegang ibarat ikatan dan ukhuwah antara semua ahli, pen ibarat sesuatu matlamat, untuk mencapai sesuatu matlamat, setiap sorang harus berpegang teguh dengan ikatan ukhuwah atau tali silaturrahim antara semua ahli dan ketua.

Cara pelaksanaan aktiviti : Setiap kumpulan akan diberi satu pen dan setiap ahli akan diberi seutas tali setiap seorang. Masing2 ikat tali pada pen tersebut dan kemudian memegang tali masing2. Satu botol kosong akan disediakan di atas lantai. Setiap ahli harus menghadap ke arah bertentangan dgn pen sambil memegang tali masing2 dan seorang ketua kumpulan akan beri arahan kepada setiap ahli untuk pastikan mereka berjaya masukkan pen ke dalam botol yg disediakan. Hanya ketua sahaja yang boleh melihat pen dan botol tersebut.

LLK 1 : Tiup tisu


Ketua fasilitator : Amir Hidayat Bin Muslim ( lelaki ) & Nur Atikah Binti Bujang ( perempuan ) Bentuk aktiviti : Peserta lelaki dan perempuan akan diasingkan. Alatan : Tisu dan kotak Rasional : Perlukan stamina yang kuat dan hendaklah serius dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberikan. Perlu bijak dalam mengatur strategi. Untuk berjaya haruslah saling membantu. Hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih. Jangan berputus asa dalam melakukan sesuatu tugasan. Bersikap amanah dalam menyampaikan amanah.

Cara pelaksanaan aktiviti : Setiap ahli kumpulan haruslah meniup tisu ke arah rakan disebelah sehinggalah ke peserta yang terakhir. Peserta terakhir perlulah memasukkan tisu tersebut ke dalam kotak yang telah disediakan tanpa menggunakan tangan.

Masa pelaksaan aktiviti : Tidak ditetapkan

LLK 2 : Jarutan sengsara


Ketua fasilitator : Amirullah (lelaki) & Siti Shahirah Ahmad (perempuan) Bentuk aktiviti : Peserta lelaki dan perempuan akan diasingkan Rasional : Jangan berputus asa Ambil masa yang secukupnya untuk berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan masalah Bersabar kerana dalam kehidupan pasti akan bertemu dengan insan yang tidak berpuas hati dan bertindak kasar dengan kita.

Cara pelaksaan aktiviti : Peserta program dikehendaki membuat bulatan dan arahan akan diberikan oleh fasilitator yang bertugas.

Masa pelaksaan aktiviti: Tidak ditetapkan.

LLK 3 : SWOT ( STRENGTH, WEAKNESS, OPPURTINITY, THREAT)


Ketua fasilitator : Aizat Alatan: Kertas A4 Bentuk aktiviti : Berkumpulan Rasional : Ramai orang kurang selesa menceritakan tentang kelemahan diri sendiri daripada menyenaraikan kekuatan diri sendiri kerana takut riak. Dengan berkongsi kelemahan dan kekuatan, seseorg itu dpat mengatasi kelemahan tersebut dgn kekuatan nya. Surah an-Nisa:ayat 123

Cara pelaksanaan aktiviti : Setiap peserta diberi sehelai kertas A4. Peserta diminta untuk melipat kertas kepada 4 bahagian kemudian ditulis bermula dengan Strength(kekuatan), weakness(kelemahan), Opportunity(Peluang) dan Threats(ancaman). Peserta diminta untuk menyenaraikan semua ciri-ciri tersebut. Jangan biarkan rakan lain nampak apa yg ditulis. Setelah itu, peserta diminta untuk menerangkan apa yang telah senaraikan. Fasi juga diminta untuk melakukan hal yang sama. Fasilitator meminta peserta memberi pendapat dan nasihat kepada peserta tentang aktiviti yang dijalankan. Masa pelaksaan aktiviti : Tidak ditetapkan

Explorace
Check-point zero ( 0 ) - Dayang nur izzah munirah
STRAWBER Alatan yang diperlukan: 1. Cawan plastik 2. Straw 3. Getah Cara pelaksanaan aktiviti: Fasilitator akan memberikan 10 getah kepada setiap kumpulan. Seorang wakil dari ahli kumpulan bertanggungjawab menghulurkan getah ke straw rakan disebelahnya dan getah

tersebut akan diberikan kepada ahli kumpulan yang seterusnya tanpa menggunakan tangan. Kreativiti dalam pengaturan strategi amatlah diperlukan. Kumpulan yang selesai menghabiskan 10 getah tadi akan dilepaskan ke check point yang seterusnya. *fasilitator haruslah memastikan tiada kumpulan yang menipu ketika permainan dijalankan.

Check-point satu ( 1 ) - Nur Hartini Mardan *Zon tembakan pistol air*


LIBAS Alatan yang diperlukan: 1. Air mineral (cucuk straw) 2. Kotak kosong 3. Pistol air Cara pelaksanaan aktiviti : Setiap ahli dalam kumpulan akan diberikan satu air. Mereka perlu menghabiskan air tersebut terlebih dahulu. Setelah botol itu kosong, mereka perlu menendangnya dengan gaya permainan sepak takraw ke dalam kotak yang disediakan. Setiap kumpulan perlu memasukkan 3 botol kosong ke dalam kotak. Sekiranya mereka mahukan botol air yang baru, mereka harus ditembak menggunakan pistol air terlebih dahulu oleh fasilitator sebelum fasilitator membenarkan mereka melakukan cubaan yang seterusnya.

Check-point dua ( 2 ) Abdul Rahim Roslan


BOLING PADANG Alatan yang diperlukan : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kertas Sellotape Bola futsal Buah kelapa Bola tenis Bola swimming Stokin 5 botol mineral 1.5 liter

Cara pelaksanaan aktiviti : Seorang wakil dari ahli kumpulan akan menyabut undian untuk jenis bola yang akan mereka gunakan untuk permainan ini. Antara bola yang disediakan : i. ii. iii. Bola futsal Bola tenis Bola swimming

iv. v. vi.

Kertas disellotape Buah kelapa Stoking peserta

Untuk bola jenis stoking, peserta dikehendaki membuka stoking mereka untuk dijadikan bola. Kreativiti amatlah diperlukan untuk membentuk stoking sehingga menjadi seperti bola. Mereka perlulah melakukan strike sebanyak 3 kali.

*Sebelum explorace , fasilitator yang bertugas perlu memberitahu peserta perempuan untuk membawa stoking lebih.

Check-point 3 - Majidah Bujang


GETAH TEMBAK Alatan yang diperlukan : 1. Getah 2. Botol yang diisikan dengan air 3. Sellotape

Cara pelaksanaan aktiviti : Setiap kumpulan akan diberikan 10 getah. Mereka perlu menembak botol yang sudah diisi dengan air menggunakan 10 getah yang telah disediakan sehingga botol itu melepasi garisan sellotape. Peserta tidak dibenarkan bermain lebih dari 4 kali.

Check-point 4 - Nur Atikah Bujang & Siti Shahirah Ahmad *Zon tembakan pistol
air* PEMBELITAN LIDAH Alatan yang diperlukan: 1. 2. 3. 4. 3 helai kertas manila Marker pen Stop-watch Pistol air

Cara pelaksanaan aktiviti : Mereka dikehendaki membaca laju teks yang telah disediakan. Setiap kumpulan akan diberikan masa selama 30saat untuk menghabiskan bacaan tanpa kesalahan (gagap). Jika

mereka didapati melakukan kesalahan, mereka perlu mengulangi bacaan. 3 peluang akan diberikan kepada setiap kumpulan. Tembakan air akan dilakukan setiap kali kesalahan dikesan. Shahirah ditugaskan untuk melakukan tembakan air dan Atikah akan menjaga masa dan mendengar bacaan.

Check-point 5 Amir Hidayat Muslim *Zon tembakan pistol air*


MENCARI GULA-GULA DALAM TEPUNG Alatan yang diperlukan : 1. 2. 3. 4. Gula-gula masam Tepung Mangkuk Pistol air

Cara pelaksanaan aktiviti : Setiap kumpulan perlu menghantar 3 wakil untuk mencari dua (2) gula-gula dalam tepung tanpa menggunakan tangan. Mereka perlu makan gula-gula yang dijumpai sebelum peserta lain menyambung sesi pencarian gula-gula. 15 saat akan diberikan untuk setiap percubaan.

Check-point 6 Aizat
FUTSAL Alatan yang diperlukan : 1. Bola futsal 2. Kain 3. Selipar Cara pelaksanaan : Mata peserta akan ditutup dan menendang bola kebelakang sehingga menjatuhkan selipar yang telah disusun. Ahli kumpulan yang lain boleh memberikan arahan sebagai petunjuk arah kepada peserta yang telah ditutupkan matanya.

PENALTI

Penalti yang telah ditetapkan ialah minum kopi pahit. Penalti akan diberikan kepada kumpulan yang gagal di setiap check-point yang ada. Untuk ke check-point yang seterusnya, mereka perlulah melakukan penalti yang telah ditetapkan.

PERTEMBUNGAN DUA KUMPULAN ATAU LEBIH DALAM SATU CHECK-POINT.


Sebelum memulakan aktiviti explorace, setiap kumpulan akan diberikan satu pemadam untuk mereka bertarung dengan kumpulan yang lain dalam aktiviti lawan pemadam sekiranya mereka berada di check-point yang sama dalam satu masa. Kumpulan yang menang akan diberikan peluang untuk bermain terlebih dahulu.

Senarai barangan yang perlu disediakan


Penalti(setiap checkpoint) Air Kopi Pekat Pahit Barang diperlukan: -jag -gelas(2,1 untuk muslimin dan muslimat) -kopi -pistol air(4 laras) -pemadam -plastik sampah

-kotak(perlu sedia lebih)

Checklist Barang yang perlu dibeli: Checkpoint Bowling: 1.Bola plastic mainan 2.Bola tenis 3.Buah kelapa 4.Kertas,pita selofan 5.Botol kosong(5 biji)

Cekpoint Getah Tembak: 1.Getah(10 keping) 2.Pita Selofan(Utk menanda garisan) Cekpoint Lidah Berberlit: 1.Kad Manila(3 keping) 2.Pen marker 3.Pistol air(2 laras) 4.Stopwatch

Cekpoint Cari Gula-gula Dalam Tepung: 1.Gula-gula masam 2.Tepung 3.Mangkuk 4.Pistol Air

Cekpoint Strawber(Straw + Rubber) 1.Gelas plastic 2.Straw 3.Getah Cekpoint Libas 1.Air mineral(cawan) 2.Kotak kosong

Cekpoint Futsal 1.Kain(untuk menutup mata) 2.Bola futsal 3.Selipar

Anda mungkin juga menyukai